You are on page 1of 6

Adab terhadap ibubapa

Konsep Keibubapaan Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa Dalil al-Quran; Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Sebab-sebab wajib berbakti kepada kedua ibu bapa:

Kalau kita berbakti kepada ibu bapa Allah ; Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa Suka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana; Amalan ini tuntutan agama Untuk kita membals jasa ibu bapa kita Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Berdoa dan memohon ampun untuk mereka Berbuat baik kepada rakan mereka

Merendah diri dan menghormati mereka Berbakti kepada mereka pada bilabila masa

Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak ADAB TERHADAP IBU BAPA PERCAKAPAN
Bercakap dgn hormat dan sopan santun

PERGAULAN
Berdiri untuk memberi hormat kpd

mereka
Merendahkan suara dihadapan mereka

Memberi hormat semasa bertemu dgn


mereka

Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi

Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur

Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk

Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA SEMASA HIDUP


Menjaga mereka semasa tua dan sakit

SETELAH MENINGGAL DUNIA


Mendoakan keampunan untuk mereka

Memberi nafkah kepada mereka

Membayar hutang mereka sekiranya ada

Selalu menziarahi mereka sekira tidak tinggal bersama-sama Mendoakan kesejahteraan mereka

Melaksanakan wasiat mereka

Berbuat baik kepada sahabat mereka

KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA; Mendapat keberkatan hidup Disayangi keluarga Mendapat ganjaran pahala Ikatan keluarga bertambah kukuh
Mendapat balasan syurga di akhirat

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA

Runtuh institusi kekeluargaan Kehidupan tidak diberkati Allah Mengancam keharmonian masyarakat Dikenakan azab neraka di akhirat

Penghayatan 1. Patuh dan taat kepada ibu bapa 2. Berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa selepas solat

3. Berbakti kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya

LATIHAN 1. Nyatakan konsep keibubapaan menurut Islam 2. Senaraikan tiga sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa 3. Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa I. II. semasa mereka hidup semasa telah meninggal dunia

4. Huraikan dua akibat anak yang derhaka terhadap ibu bapa 5. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih sayang keduadua ibu bapa

You might also like