You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT STAF 3/2010

Tarikh : 24 Ogos 2010 (Selasa) Masa : 02.30 petang Tempat : Kelas Tahun 1 Kehadiran : 1. En. Loran ak Setin (Guru Besar) 2. En. Azman bin Adis (PK 1) 3. Pn. Norlela binti Ali (PK HEM) 4. Pn. Rohainiza binti Mohd Pasari (PK KOKU) 5. Pn. Dayang Sadiah binti Awang Rasit 6. Pn. Harzemi binti Abang 7. Cik Norizan binti Mat Zin 8. Pn. Khairul Anisah binti Ramli 9. Pn. Nurul Akmar 10. Cik Shantheni A/P Rasasingam 11. En. Izamri bin Mili 12. Cik Mastijah binti Jemali 13. En. Kennedy ak Jambai (kerani) 14. Cik Teresa ak Neary (PPM) Agenda : 1. Kata-kata aluan Guru Besar 2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu(29.04.2010) 3. Perkara berbangkit daripada mesyuarat yang lalu 4. MacS 5. LINUS 6. LNPT 2010 7. Program Murid Tahun 6 selepas UPSR 8. Kehadiran Staf 9. Ujian bulan Ogos 10. Program peningkatan akademik 11. Laporan Pelaksanaan Panitia Kurikulum,HEM dan KK 12. UPSR dan AlaUPSR 13. Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 14. Kelas Intensif tahun 6 15. Cuti 16. Penerimaan bahan daripada kontraktor 17. Jadual pengawasan dan pemantauan waktu cuti 18. Fail peribadi 19. Program selepas UPSR 20. Hari terbuka sekolah(susulan daripada cadangan mesyuarat AJK PIBG) 21. Hal-hal lain

1. Kata-kata Aluan Guru Besar 1.1 Ucapan terima kasih kepada guru dan staf yang hadir. 1.2 Guru besar memberitahu semua program yang dirancang berjalan dengan lancar. Tindakan : Makluman 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu(29.04.2010) 2.1 Disahkan oleh : Pn. Nurul Akmar 2.2 Disokong oleh : Semua yang hadir Tindakan : Makluman 3. Perkara Berbangkit 3.1 Penyeliaan SKT Pertengahan Tahun yang belum dibuat terhadap Cikgu Azman dan Cikgu Harzemi. Cikgu Azman(hari Rabu) dan Cikgu Harzemi(hari Khamis). 3.2 In house training untuk pengurusan fail meja,penyediaan minit mesyuarat dan MBI masih belum diadakan lagi. 3.3 Sukan antara rumah/sukaneka dan perkhemahan pengakap akan diadakan pada 1-3/10/2010. 3.4 Program Partner Ship dibatalkan pada tahun ini. Tindakan : Semua guru 4. MaCs 4.1 Guru dikehendaki berbincang untuk merancang Plan Operasi dan buat post mortem,kemudian dokumenkan. Tindakan : Semua guru 5. LINUS 5.1 Guru besar berharap agar prestasi akan meningkat dan ia berjalan dengan lancar. Tindakan : Guru LINUS 6. LNPT 2010 6.1 LNPT akan dinilai dari semua aspek seperti sikap,tugas dan tanggungjawab,kerjasama(tremasuk kerjasama memantau sekolah waktu cuti),kehadiran,P&P,komitmen,pengambilan CRK,aktiviti luar,aktiviti KK,perhubungan dengan PIBG dan sebagainya sepanjang 09/11/2009 - 09/11/2010. 6.2 LNPT guru juga bergantung kepada prestasi semasa samaada naik,turun atau statik. 6.3 Tarikh menghantar boring SKT 24/09/2010. 6.4 Jadual perjumpaan SKT dan LNPT Akhir Tahun Staf bagi tahun 2010(lampiran disediakan). Tindakan : Semua guru 7. Program murid tahun 6 selepas UPSR 7.1 Guru-guru tahun 6 mencadangkan program yang hendak dan telah dirancang dan bagi kepada guru kelas tahun 6(Cikgu Harzemi) untuk tindakan. Tindakan : Guru tahun 6

8. Kehadiran Staf 8.1 Semua guru dan staf dikehendaki sentiasa menulis setiap kali waktu datang dan balik ke dalam buku kehadiran staf yang disediakan. 8.2 Sekiranya guru keluar semasa P&P,guru dikehendaki menulis rekod keluar ke dalam buku pergerakan staf . Tindakan : Semua guru/staf 9. Ujian bulan Ogos 9.1 Ujian bula Ogos akan dijalankan bermula hari Khamis(26/08/2010) 9.2 Buku laporan ujian bulanan hendaklah dibuat dalam satu buku laporan sahaja. 9.3 Rekod ujian bulanan mestilah dibuat dalam bulan 9 selepas ujian. Tindakan : Semua guru 10. Program peningkatan akademik 10.1 Bagi melancarkan program ini,setiap ujian bulanan akan dipantau oleh panitia masing-masing untuk mengesan kelebihan dan kekurangan ujian tersebut. Tindakan : Panitia Matapelajaran 11. Laporan Perlaksanaan Panitia,Kurikulum,HEM dan Kokurikulum 11.1 Guru yang berkenaan akan membuat laporan perlaksanaan panitia,kurikulum,HEM dan kokurikulum bagi aktiviti yang telah dijalankan. Tindakan : Semua PK/Ketua Panitia 12. UPSR dan AlaUPSR 12.1 Guru matapelajaran tahun 4 dan 5 diminta agar membuat set soalan untuk murid tahun 4 dan 5 bagi menghadapi ujian AlaUPSR. Tindakan : Guru Tahun 4 dan 5 13. Penutupan bulan kemerdekaan peringkat sekolah 13.1 Majlis penutupan ini akan diadakan pada 17/09/2010(hari Jumaat) 13.2 Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kuiz kemerdekaan,melukis dan mewarna dan larian merentas desa. Tindakan : Semua guru

14. Kelas Intensif tahun 6 14.1 Kelas ini terpulang kepada guru-guru tahun 6 terutama guru matapelajaran BM,BI,MATE dan SAINS. Tindakan : Guru tahun 6 yang berkenaan 15.Cuti 15.1 Cuti Rehat Khas -Sesiapa yang belum menghantar borang cuti dikehendaki menghantarnya dengan segera.Hantar selewat-lewatnya 2 atau 1 minggu sebelum cuti. -Setiap rekod cuti berkenaan akan dimasukkan ke dalam rekod peribadi guru. -Sekiranya borang cuti tidak dihantar,surat tunjuk sebab akan diberi. 15.2 Cuti gantian sempena hari raya. -13-14/09/2010(Isnin dan Selasa) ialah cuti ganti -18/09/2010(Sabtu) adalah sekolah ganti tetapi belum diluluskan lagi. -15/09/2010(Rabu) adalah hari persekolahan.Semua guru dikehendaki hadir dan tiada cuti tambahan. Tindakan : Semua guru 16. Penerimaan bahan daripada kontraktor 16.1 Pastikan lihat borang pesanan terlebih dahulu agar sama dengan LPO yng disediakan. Tindakan : Semua guru/staf 17. Jadual pengawasan dan pemantauan sekolah waktu cuti 17.1 Cuti September-tiada jadual disediakan keranan cuti pendek. 17.2 Cuti Akhir Tahun-lampiran disediakan dan telah diserahkan kepada semu guru dan staf. Tindakan : Semua guru/staf 18. Fail peribadi 18.1 Pastikan ada fail peribadi sendiri di rumah yang isi kandungan sama dengan di sekolah. 18.2 Sekiranya belum ada,sila wujudkan dan fotostat setiap salinan Tindakan : Semua guru 19. Program selepas UPSR 19.1 Aktiviti Kokurikulum(perlawanan antara kelas-badminton,futsal,sukaneka dan sebagainya) -diuruskan oleh penyelaras kelab 19.2 Bersifat akademik -diuruskan oleh Cikgu Azman 19.3 Keceriaan sekolah -diuruskan oleh guru yang berkenaan Tindakan : Guru berkenaan

20. Hari Terbuka sekolah(susulan daripada mesyuarat AJK PIBG) 20.1 Tujuan ia diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan ibubapa dengan pihak sekolah 20.2 Akan diadakan pada bulan Oktober tetapi tarikh belum ditetapkan lagi. 20.3 Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti jualan makanan(sumbangan akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG),futsal,tarik tali antara ibubapa,sukaneka dan cabutan tiket bertuah. 20.4 Hari terbuka ini akan diadakan di padang mini sekolah. Tindakan : Makluman 21. Hal-hal lain 21.1 Laptop(penukaran nama pemegang) -pemegang laptop yang baru hendaklah menukar nama dari pemegang laptop yang lama. 21.2 Tuntutan pengeluaran akaun PIBG -Sesiapa yang telah menuntut telah diluluskan dan akan dibayar dengan seberapa segera. -Akaun PIBG akan ditutup pada 31/08/2010. 21.3 Pelawat / NGO -Minta kebenaran terlebih dahulu daripada guru besar sekiranya ingin mengambil gambar sekolah dan membuat lawatan samaada secara perseorangan atau berkumpulan. 21.4 Eg-tukar -Ia akan dibuka pada bulan September 2010. -Guru yang dah berkahwin hanya layak memohon selepas 6 bulan berkahwin. -Sekiranya memohon eg-tukar,sila pastikan buat 4 salinan borang(2 untuk ppd,1 untuk simpanan sekolah dan 1 untuk simpanan fail peribadi). Tindakan : Makluman / Semua guru Oleh kerana tiada hal lain yang hendak dibincangkan,maka mesyuarat ditangguhkan pada jam 0500 petang. Dicadangkan oleh : En. Izamri bin Mili Disokong oleh : Semua yang hadir

Dicatat oleh : _______________________ (Pn. Dayang Sadiah binti Awang Rasit) Setiausaha Mesyuarat Staf

Dipengerusikan oleh : __________________________ (En. Loran ak Setin) Guru Besar SK Temiang

You might also like