You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT STAF 1/2011

Tarikh : 30 Disember 2010 (Khamis) Masa : 09.45 pagi Tempat : Kelas Tahun 1 Kehadiran : 1. En. Loran ak Setin (Guru Besar) 2. Pn. Harzemi bte Abang (PK 1) 3. En. Izamri bin Mili(PK KOKU) 4. Pn. Dayang Sadiah binti Awang Rasit 5. En. Mohd Suhardi 6. En. Shahrizan 7. Cik Shantheni A/P Rasasingam 8. Cik Norizan bte Mat Zin 9. Pn Norlela bte Ali 10. Cik Teresa ak Neary(PPM) Tidak hadir : 1. Cik Mastijah bte Jemali (bersebab) 2. En. Kennedy ak Jambai (bersebab) 3. En. Christopher (bersebab) Agenda : 1. Kata-kata aluan Guru Besar 2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu(12.11.2010) 3. Perkara berbangkit daripada mesyuarat yang lalu 4. Amanat PPD/JPN/KPM 5. Post mortem Perancangan Strategik/RPS 2010 6. Misi,Visi dan Sasaran Sekolah 2011 7. Carta Organisasi Sekolah 2011 8. Jadual waktu dan Persediaan mengajar 9. KSSR 10. Pengagihan tugas khas guru/staf 11. Buku panduan tugas dan tanggungjawab kakitangan 12. Kehadiran Staf 13. Tarikh Ujian Bulanan 14. Takwim Sekolah 2011 15. Program LINUS(tahun 1 dan tahun 2) 16. RMT 2011 17. SPBT 2011 18. Buku Latihan/Aktiviti(Tahun 4,5,6) 19. Sasaran Kerja Tahunan(SKT) 2011 20. Jadual bertugas harian sekolah 21. Program Minggu Orientasi tahun 1 22. Peralatan PPSMI/ICT dan penggunaannya dalam P&P 23. Inhouse training (KSSR) 24. Pengurusan kelas 25. Pelantikan Pengawas Sekolah 26. Fail meja(rujuk buku panduan staf) 27. Bayaran sekolah 28. Pengeluaran wang PIBG 29. Cuti Rehat Khas dan Pengumpulan (CRK) 30. Laporan terkini yuran kebajikan staf 31. Hal-hal lain

1. Kata-kata Aluan Guru Besar 1.1 Ucapan selamat dating kepada semua yang hadir terutama guru-guru yang baru. 1.2 Guru besar berharap agar semua yang akan dirancang akan berjalan dengan lancar dan guru-guru komited dalam menjalankan tugas. Tindakan : Makluman 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu(12.11.2010) 2.1 Disahkan oleh : Cik Norizan bte Mat Zin 2.2 Disokong oleh : Semua yang hadir Tindakan : Makluman 3. Perkara Berbangkit 3.1 Sesiapa yang telah mendapat keputusan berpindah,sila buat 2 salinan dan hantar kepada PPD 3.2 Peningkatan UPSR adalah 100% dan bukan 1% sahaja. Tindakan : Guru berkenaan/Makluman 4. Amanat PPD/JPN/KPM 4.1 Bagi pertukaran guru,sila pastikan guru melapor diri di sekolah yang ditempatkan walaupun tidak mahu. 4.2 Cuti rehat khas mestilah dirancang awal dan maklumkan kepada guru besar seawal 2 minggu. 4.3 Semua guru diminta untuk mendaftar dalam E-Penyata Gaji untuk mendapatkan slip gaji masing2. 4.4 Pergaulan staf dengan staf diminta supaya jangan berlebihan. Tindakan : Semua guru 5. Post Mortem Perancangan Strategik /RPS 2010 5.1 Perlu buat penambahbaikan terhadap perancangan strategik yang tidak berjalan dengan lancar. 5.2 Pencapaian perancangan yang dirancang sebelumnya berjalan dengan lancar dan memuaskan. Tindakan : Semua guru 6. Misi,Visi dan Sasaran Sekolah 2011 6.1 Misi,visi dan sasaran sekolah 2010 telah tercapai dan tentukan yang baru. 6.2 Misi,visi dan sasaran sekolah akan dibincang lagi dalam mesyuarat kurikulum yang pertama. Tindakan : Semua guru 7. Carta Organisasi Sekolah 2011 7.1 Carta organisasi sekolah 2011 diuruskan oleh : -Unit Kurikulum (Pn. Harzemi) -Unit HEM (Cik Mastijah) -Unit Kokurikulum(En. Izamri) Tindakan : PK 1,PK HEM,PK KK

8. Jadual waktu dan persediaan mengajar 8.1 Jadual waktu diagihkan dan diedarkan kepada semua guru yang terlibat. 8.2 Jadual waktu induk telah disiapkan. 8.3 Waktu rasmi sekolah(Isnin-Khamis-7.20 pagi sehingga 1.20 tghari) (Jumaat-7.20 pagi 11.20 pagi) 8.4 Waktu menghantar rancangan harian dan tahunan -Rancangan pengajaran harian(Isnin dan Jumaat sebelum kelas bermula) -Rancangan pengajaran tahunan(01.03.2011) 8.5 HSP boleh dirujuk kepada guru matapelajaran yang mengajar tahun lepas. Tindakan : Semua guru/staf 9. KSSR 9.1 Sila serahkan bahan kursus kepada guru yang berkenaan terutama guru tahun 1. Tindakan : Guru yang berkursus. 10. Pengagihan Tugas Khas Guru/Staf 10.1 Lampiran diagihkan dan diedarkan kepada semua yang hadir. Tindakan : Semua guru 11. Buku panduan tugas dan tanggungjawab kakitangan. 11.1 Buku diedarkan kepada semua yang hadir. Tindakan : Semua guru 12. Kehadiran staf 12.1 Buku rekod kehadiran harian staf akan dihantar setiap bulan ke PPD. Tindakan : Makluman 13. Tarikh ujian bulanan 13.1 Rujuk kepada takwim sekolah yang telah diedarkan. Tindakan : Semua guru 14. Takwim sekolah 2011 14.1 Takwim sekolah diagihkan dan diedarkan kepada semua yang hadir. Tindakan : Semua guru 15.Program LINUS (tahun 1 dan 2) 15.1 Sila pastikan semua bahan LINUS diserahkan kepada guru LINUS Tindakan : Guru Besar/Guru berkenaan

16. RMT 2011 16.1 Peruntukan RMT adalah mengikut jumlah murid semasa. 16.2 Maklumat murid/rekod kehadiran (KP RMT A/KP RMT B) mestilah diuruskan segera. Tindakan : Pn. Harzemi 17. SPBT 2011 17.1 Agihan buku teks kepada murid akan dilakukan pada 03.01.2011. 17.2 Agihan buku teks mestilah menggunakan borang SPBTG. Tindakan : Guru SPBT 18. Buku latihan/aktiviti(tahun 4,5,6) 18.1 Guru boleh beli dahulu buku tersebut menggunakan duit sendiri dan kemudian tuntut dengan pihak sekolah. 18.2 Buku latihan/aktiviti yang dibeli adalah untuk matapelajaran teras sahaja. Tindakan : Guru matapelajaran teras tahun 4,5,6 19. Sasaran kerja tahunan(SKT) 2011 19.1 SKT adalah berdasarkan buku rekod mengajar guru. Tindakan : Semua guru 20. Jadual bertugas harian sekolah 20.1 Jadual belum disediakan lagi dan akan diedarkan kemudian. Tindakan : Makluman 21. Program Minggu Orientasi tahun 1 21.1 Lampiran program diagihkan dan diedarkan kepada semua yang hadir. 21.2 Guru yang terlibat masuk ke kelas mengikut jadual minggu orientasi yang telah ditetapkan. Tindakan : Makluman / Semua guru 22. Peralatan PPSMI / ICT dan penggunaannya dalam P&P 22.1 Penggunaan CD Courseware,laptop,rekod penggunaan dan lain2 akan diuruskan oleh guru ICT Tindakan : Guru ICT 23. Inhouse training (KSSR) 23.1 Guru yang telah menghadiri kursus KSSR diminta untuk bersedia dengan bahan2 kursus apabila mengadakan inhouse training nanti. Tindakan : Guru yang berkenaan

24. Pengurusan kelas 24.1 Fail kelas,fail murid dan lain2 fail mestilah diuruskan dengan sebaik-baiknya. Tindakan : Semua guru/guru kelas 25. Pelantikan pengawas-pengawas sekolah 25.1 Pelantikan ketua dan penolong ketua kelas -Ketua kelas(Melissa) -Penolong ketua kelas(Ryan Thompson) 25.2 Pelantikan pengawas sekolah yang lain akan ditentukan oleh PK HEM. 25.3 Cagaran necktie/name tag -sesiapa pengawas yang menghilangkan dan tidak menghantar balik,diminta untuk membayar balik atau menggantikannya dengan yang baru. Tindakan : PK HEM 26. Fail meja(rujuk buku panduan staf) 26.1 Cara membuat fail meja boleh rujuk kepada buku panduan staf dan sila nyatakan tugas-tugas dan sasaran guru masing2. Tindakan : Semua guru 27. Bayaran sekolah 2011 27.1 Bayaran sekolah telah dipersetujui oleh PIBG tetapi belum mendapat kelulusan JPN . 27.2 Bayaran boleh dibayar kemudian atau secara beransur-ansur sekiranya waris tidak mampu. Tindakan : Guru kelas/makluman 28. Pengeluaran wang PIBG 28.1 Sila guna borang berkenaan apabila hendak membuat tuntutan.Kelulusan perlu diperolehi daripada YDP/Bendahari dan guru besar terlebih dahulu sebelum membeli bahan/perkhidmatan. Tindakan : Semua guru 29. Cuti rehat khas dan pengumpulan (CRK) 29.1 Bagi cuti rehat khas yang belum digunakan pada tahun sebelumnya boleh dibuat pengumpulan dan tarikh akhir membuat pengumpulan adalah pada 15/01/2011. Tindakan : Semua guru 30. Laporan status terkini yuran kebajikan staf 30.1 Jumlah yang masih berbaki adalah RM590(belum ditolak dengan hadiah untuk guru yang berpindah) 30.2 Yuran bulanan kebajikan adalah sebanyak RM5. 30.3 Selain untuk kematian,yuran juga akan digunakan untuk pembelian hadiah bagi guru/staf yang akan berkahwin dan mendapat cahaya mata. Tindakan : Bendahari kebajikan staf/makluman

31. Hal-hal lain 31.1 Tarikh untuk mesyuarat kurikulum bil 1/2011(19.01.11) 31.2 Tarikh untuk mesyuarat HEM dan Ko kurikulum bil 1/2011(27.01.11) 31.3 Tarikh untuk mesyuarat PIBG bil 1/2011(03.02.11) 31.4 Tarikh mesyuarat panitia BM (31.01.11) 31.5 Tarikh mesyuarat panitia matapelajaran teras yang lain - Ketua panitia diminta untuk memilih tarikh untuk mesyuarat panitia masing2 dan jangan lewat daripada 04/02/11. 31.6 Minit-minit mesyuarat mestilah dibuat 2 minggu selepas mesyuarat diadakan. Tindakan : PK/Ketua Panitia

Oleh kerana tiada hal lain yang hendak dibincangkan,maka mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari. Dicadangkan oleh : En. Izamri bin Mili Disokong oleh : Semua yang hadir

Dicatat oleh : _______________________ (Pn. Dayang Sadiah binti Awang Rasit) Setiausaha Mesyuarat Staf

Dipengerusikan oleh : ___________________________ (En. Loran ak Setin) Guru Besar SK Temiang

You might also like