You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA 13220 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI PULAU PINANG.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KALI 1 Tarikh : 27.09. 2012 Masa : 1.05 Petang Tempat: Bilik Mesyuarat Kehadiran: 1. En. Harmizi bin Mohamed 2. En. Zulkifli bin Omar 3. En. Fauzey bin Abu Bakar 4. En. Anuar bin Ismail 5. Pn. Asmah Jamilah bt Ahmad 6. Pn. Kalsom bt Osman 7. Pn. Rogayah bt Mohd Nor 8. Pn. Noraziah Bt Abu Mansor 9. Pn. Suhaili bt Taib 10. Pn. Rohana Bt Md Mokhtar 11. Pn. Noraini Bt Saad 12. Pn. Hasbuna Bt Ahmad 13. Pn. Inah Abd. Hamid Tidak Hadir Bersebab: En. Hamdan bin Hashim Turut Hadir: Tiada Agenda: 1. Ucapan Pengerusi 2. Perbincangan program perkhemahan 3. Perkara berbangkit 4. Kewangan 5. Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa induk perkhemahan unit beruniform kerana dapat hadir untuk taklimat kali pertama persediaan program perkhemahan bagi pengisian program tahun 6 sesi 2012. 1.2 En. Hamdan tidak dapat hadir kerana bermesyuarat di luar. 1.3 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada AJK yang dilantik pada tahun ini walaupun kekangan masa dengan pelbagai program di penghujung tahun ini , guru-guru SKPS masih komited dengan tugas yang diberikan tanpa mengabaikan tugasan lain malahan mencipta beberapa kejayaan aktiviti kokurikulum luar dengan jayanya . Tindakan: Makluman

2.0 Perbincangan program Perkhemahan Tahun 6 2.1 Pengerusi meminta semua AJK meneliti draf program perkhemahan yang telah dibuat oleh setiausaha perkhemahan unit beruniform ( rujuk lampiran aktiviti perkhemahan. 2.2 Pn. Asmah mengesyorkan agar ketepatan waktu program dititikberatkan memandangkan kepada cuaca yang tidak menentu pada masa sekaran dan pelan B untuk mengelak kegagalan melaksanakan aktiviti . 2.3 En. Zulkifli bin Omar mencadangkan agar jika cuaca sewaktu aktiviti dijalankan redup atau hujan , khemah didirikan sementara waktu dikawasan didewan terbuka, manakala aktiviti lain boleh diteruskan didewan Mutiara. Semua AJK bermain peranan untuk agar pelaksanaan aktiviti berjalan lancar. 2.4 Sumbangan untuk perkhemahan unit beruniform tahun 6 tidak mencukupi, penyelaras perkhemahan mencadangkan agar guru-guru mengeluarkan sumbangan ikhlas bagi menampung program ini. Pengalaman murid-murid diluar kelas merupakan satu proses pengajaran yang guru harus laksanakan bagi pendedahan dan keseronokan belajar. 2.5 Bahan-bahan untuk aktiviti memasak semuanya disediakan oleh murid-murid

dengan menyenaraikan keperluan mereka seminggu sebelum hari perkhemahan. 2.6 Penyelaras perkhemahan En. Zulkifli bin Omar meminta ketua-ketua setiap aktiviti yang dilaksanakan menyenaraikan keperluan bahan-bahan yang akan digunakan agar keciciran bahan yang akan digunakan tidak terkecuali dalam bajet. Tindakan : Makluman 3.0 Perkara berbangkit 3.1 Bagi aktiviti Malaysia cergas pihak sekolah bercadang mengunakan khidmat guru PJK yang menghadiri kursus pemantapan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 3.2 Peserta perkhemahan perlu melaksanakan aktiviti Malaysia cergas dengan betul dan aktif bagi menerapkan amalan pelaksanaan senaman yang betul disamping kecergasan minda. 3.3 Semua aktiviti yang dirancang akan difleksibelkan sekiranya berlaku ketidakizinan cuaca. 3.4 Makanan murid akan disediakan oleh pihak sekolah dan guru-guru yang bertugas akan menyediakan minuman sejuk pada sebelah tengah hari dan minuman panas pada waktu petang . Semua makanan dan minuman di sediakan di kantin sekolah. Tindakan : Makluman 4.0 Kewangan i ) Sumber kewangan Bil 1 2 Perkara Kutipan peserta 60 x RM5.00 Sumbangan (Peruntukan Ko-kurikulum Sk Pokok Sena) JUMLAH Jumlah RM 300.00 RM 400.00 RM 700.00

ii ) Perbelanjaan Bil 1 2 3 4 5 6 7 Perkara Minum Pagi (RM1.50 x 70) Jamuan makan tengah hari ( 70 x RM2.50 ) Minum petang (RM1.50 x 70) Penceramah Hamper dan hadiah Air minuman Lain-lain JUMLAH Jumlah RM105.00 RM175.00 RM105.00 RM 100.00 RM150.00 RM35.00 RM30.00 RM700.00

5.0 Hal-hal lain 5.1 Ustazah Kalsom mencadangkan agar penerapan nilai-nilai murni sepanjang program perkhemahan ini dititikberatkan agar peserta perkhemahan lebih berdisiplin dan berakhlak mulia. 5.2 Kerjasama antara guru merupakan penggerak keberkesanan perjalanan aktiviti perkhemahan unit beruniform. Tindakan : Setiausaha dan Ajk

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, (ASMAH JAMILAH BT AHMAD) Setiausaha Perkhemahan Unit beruniform S.K Pokok Sena.

You might also like