You are on page 1of 9

PENGENALAN Saya mengajar di sekolah yang terletak di pinggir Bandar.

Jumlah keseluruhan murid disekolah saya ialah 655 orang murid termasuk murid pra sekolah. Saya diamanahkan mengajar murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah. Jumlah murid di dalam kelas saya ialah 34 orang. 20 orang murid saya kategori murid linus, manakala 14 orang murid dari kelas saya di kategorikan linus tegar. Kesemua murid telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca. Bezanya ialah murid-murid linus itu, menghadapi masalah KVK dan murid Linus Tegar pula menghadapi masalah KV+KV. Terdapat 32 kemahiran asas membaca yang perlu dikuasai oleh murid. Bagi membantu murid menguasai kesemua kemahiran asas membaca, saya memilih model rekabentuk pengajaran Assure kerana model tersebut sesuai untuk digunakan dalam merancang proses pelajaran dan pembelajaran (P&P). Model Assure merupakan sebuah model perancangan pengajaran berasaskan bilik darjah. Terdapat enam langkah penting dalam model Assure yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi saya, perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Di mana, pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat. Berdasarkan model Assure, enam langkah utama adalah seperti berikut:1. A Analyze leaners (menganalisis murid) 2. S State objective (menyatakan objetif pengajaran) 3. S Select method (memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran) 4. U Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) 5. R Require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) 6. E Evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian)

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN MODEL ASSURE

1. A Analyze leaners (menganalisis murid) Sebelum saya memulakan satu pengajaran, langkah pertama yang saya perlu lakukan ialah menganalisis setiap murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah saya. Ini amat perlu saya lakukan supaya saya dapat mengenali dan memahami ciri-ciri murid, tahap pengetahuan murid, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran murid yang berbeza. Saya perlu menganalisis ciri-ciri umum setiap murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, budaya, kaum, latar belakang keluarga dan taraf ekonomi murid. Ciri-ciri umum ini boleh saya perolehi semasa sesi suai kenal antara guru dan murid semasa hari pertama persekolahan. Selain itu, saya juga boleh memperolehi maklumat murid daripada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, temubual dengan ibubapa/ penjaga, guru kelas dan guru matapelajaran serta rakan sebaya. Di antara ciri-ciri murid yang saya kenalpasti ialah seperti berikut: a) Emosi dan tingkah laku Terlalu merendah diri, risau, takut, sedih cepat bosan terhadap pelajaran, malas dan pasif. Ada diantaranya pula tidak menyedari kelemahan diri. b) Sosial Tidak duduk diam, gelisah suka ganggu kawan, pendiam, suka menangis, kerap pergi ke tandas dan selalu ponteng sekolah. c) Kesihatan Badan nampak lemah, kerap sakit, masalah penglihatan, lemah pergerakkan lokomotor dan tidak mementingkan kebersihan. d) Kesediaan belajar Tidak bersedia untuk belajar, kurang perbendaharaan kata, kurang pemahaman, kurang matang dan IQ rendah. e) Pengamatan

Tidak dapat membezakan bentuk, saiz, warna turutan, keliru dengan arah, tidak boleh mengingat kembali, lemah pergerakkan dan tidak kreatif.

Melalui proses menganalisis murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah, ia dapat membantu saya untuk memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah. Apabila saya mengajar di kelas tahun satu, saya memang tahu murid saya mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca. Maka, adalah lebih sesuai jika saya menggunakan bahan bukan cetak. Pada peringkat permulaan, saya akan melakukan ujian diagnostic kepada setiap murid tahun satu. Ujian diagnostic ini bertujuan untk mengenalpasti zon kemahiran asas membaca yang tidak dikuasai oleh murid saya. Berdasarkan ujian ini, saya boleh mengelaskan murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah mengikut kemahiran mereka. Ini bagi memudahkan saya untuk merancang pengajaran mengikut kemahiran asas setiap murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah tersebut.

2. S State objective (menyatakan objektif pengajaran) Setelah saya dapat mengenalpasti ciri-ciri umum murid dan mengetahui kemahiran asas membaca yang tidak dikuasai oleh mereka, langkah seterusnya ialah saya perlu menyatakan objektif pengajaran yang akan dicapai secara khusus bagi setiap murid. Objektif pelajaran diambil dari sukatan pelajaran tahun satu. Ini perlu dilakukan kerana saya perlu menetapkan perubahan tingkah laku yang akan berlaku pada murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu menyatakan objektif-objektif pengajaran dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang akan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. Sebelum pengajaran bermula, saya telah menetapkan objektif pengajaran bahawa murid Linus dapat membina dan mengeja lima perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Ini kerana tajuk yang akan diajar ialah melibatkan digraf dan konsonan bergabung. Contoh perkataan untuk digraf ialah nyiru, penyu dan penyapu. Bagi konsonan bergabung contoh perkataannya ialah pisang, tudung dan dulang. Bagi murid linus tegar pula saya hanya menetapkan objektif bagi murid ini ialah dapat membina suku kata KV+KV seperti mata, jari, kuku, bapa dan seumpamanya. Oleh itu, saya

perlu memilih perkataan KV+KV yang berkaitan rapat dengan persekitaran mereka. Ini bagi memudahkan mereka untuk membina dan mengeja perkataan tersebut. Antara perkataan KV+KV yang sesuai ialah, baju, pasu, kaki, tisu, pipi, dan Huda. Perkataan ini diambil berdasarkan gambar yang sama dengan murid-murid linus.

3. S Select method (memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran) Bagi langkah ketiga pula, saya perlu memilih kaedah, media dan bahan yang bersesuaian dengan kemahiran membaca perkataan tersebut. Pertama, saya perlu memastikan kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua, saya juga mesti memilih format media yang bersesuaian seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Saya perlu mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan objektif serta maklum balas dalam memilih format media yang bersesuaian. Ketiga, saya juga perlu memilih, mengubahsuai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran di mana pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid tahun satu untuk kelas yang paling lemah, saya memilih kaedah pembelajaran Masteri. Kaedah pengajaran ini memang sesuai dengan murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah. Melalui kaedah ini, saya akan memastikan murid saya telah menguasai satu kemahiran, kemudian barulah saya akan memperkenalkan dengan kemahiran yang lain. Bagi murid tahun satu Linus tegar yang tidak menguasai kemahiran perkataan KV+KV, maka mereka akan mempelajari kemahiran tersebut sehingga mereka berjaya menguasai kemahiran tersebut. Sepanjang proses pengajaran, teknik latih tubi akan sentiasa diterapkan. Kebiasaanya saya akan memilih media yang interaktif untuk murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah. Ini adalah kerana murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah kurang berminat terhadap pelajaran kerana mereka tidak boleh menaakul. Oleh itu, saya biasa memilih jenis media yang boleh memberangsangkan pembelajaran seperti video, permainan atau aktiviti berasaskan teknologi.

Jika saya paparkan slaid perkataan KV+KV, saya selitkan juga gambar animasi kartun yang pelbagai terutama watak kartun Disney, upin dan ipin dan seumpamanya. Ini bagi menarik minat murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah untuk belajar. Saya juga menggunakan gambar tunggal atau foto yang jelas untuk setiap perkataan KV+KV yang di pelajari bagi membantu murid linus tegar memahami maksud perkataan. Konsep didik hibur memang selalu saya terapkan dalam proses pengajaran. Oleh itu, audio atau lagu yang dipilih mesti menjadi kesukaan murid atau murid tahu menyanyi seperti lagu burung kakak tua. Saya memilih bahan-bahan bantu belajar yang mudah digunakan oleh murid tahun satu linus tegar seperti kad cantum perkataan KV+KV. Kad tersebut disediakan berwarna-warni, saiz perkataan yang sesuai dan tahan lama. Warna yang pelbagai amat penting dalam menarik minat murid tahun satu linus tegar untuk belajar dan warna juga dapat merangsang minda mereka. Saya sediakan kad tersebut dalam kuantiti yang banyak supaya murid dapat mempelajari perkataan baru setiap hari sehingga mereka menguasai kemahiran tersebut.

4. U Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) Persoalan yang penting dalam langkah ini ialah, bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Oleh itu, saya perlu menyemak, pratonton, kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya amat bertuah kerana murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah di sekolah saya telah di bekalkan dengan bahan bantu belajar yang sesuai dengan murid tersebut. Bahan-bahan yang saya perolehi dapat membantu saya memudahkan proses pengajaran. Ruang kelas murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah yang saya ajar juga agak selesa dan kondusif untuk murid belajar. Terdapat ruang untuk saya mempamerkan bahan-bahan pengajaran untuk murid mengulangkaji dan juga mudah bagi murid menggunakan bahan-bahan tersebut. Kad-kad cantum perkataan yang dibekalkan dan juga dibina oleh saya diletakkan disudut yang mudah dicapai oleh murid. Secara tidak langsung, menarik minat murid tahun satu bagi

kelas yang paling lemah untuk belajar sendiri. Saya akan cuba menggunakan media dan bahan secara optimum. Media pengantar utama bagi murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah ialah laptop dan LCD. Pembelajaran secara interaktif komputer dapat menarik minat murid tersebut untuk mencuba perkara yang baru. Paparan slaid perkataan KV+KV yang jelas, gambar yang mudah difahami, berwarna-warni dan penggunaan lagu yang sesuai dapat meningkatakan tahap pembelajaran murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah.

5. R Require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) Bagi saya, penglibatan murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting. Tidak dinafikan murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah mempunyai perasaan rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri yang menebal. Saya perlu merancang sesuatu pembelajaran yang melibatkan murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah secara aktif, bagi menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Oleh itu pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah. Melalui penggunaan gambar, gambar bersiri, video dan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah secara aktif. Ini bagi memudahkan saya menilai tingkah laku dan pemahaman mereka terhadap pembelajaran dalam langkah seterusnya. Oleh itu, aktiviti yang saya rancang mesti melibatkan semua murid di dalam kelas saya. Murid tahun satu kumpulan linus saya telah bahagikan kepada empat kumpulan, manakala. Setiap kumpulan linus, saya akan edarkan kad cantum suku kata KKV dan VKK seperti nya, nyi, nyo, nyu, kha, nga, ang, ung, dan beberapa huruf yang boleh membentuk perkataan yang dikehendaki. Setiap ahli dalam kumpulan mesti bekerjasama untuk membina perkataan KKV+KV atau KV+KKV yang bermakna iaitu hasil dari cantuman dua atau tiga kad suku kata. Setiap kumpulan mesti membina 8 perkataan digraf dan konsonan bergabung dan perkataan yang telah dibina akan ditampal di papan tulis.

Bagi murid tahun satu Linus Tegar pula saya pecahkan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan itu saya edarkan kad cantum suku kata KV. Contoh suku kata tersebut ialah hu, pa, ti, su, da, dan sebagainya yang dapat membentuk suku kata menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya Hasil kerja tersebut akan turut di tampal di papan hasil kerja murid linus tegar. Dengan bimbingan guru, perkataan KV+KV yang dibina adalah berdasarkan pengalaman dan persekitaran murid. Kemudian, secara latih tubi murid tersebut mengeja dan membaca perkataan KV+KV yang mereka bina.

6. E Evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian) Dalam langkah terakhir ini, saya perlu membuat penilaian dan pengubahsuaian. Tujuan penilaian ini di buat ialah untuk mendapatkan maklum balas dari murid tahun satu dan memastikan keberkesanan aktiviti yang telah dilaksanakan. Oleh itu, saya akan mengadakan satu sesi refleksi bersama murid tahun satu. Ini bertujuan bagi memudahkan saya mendapat respon secara individu bagi setiap murid tahun satu terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Selain itu, sesi refleksi juga membantu saya untuk memastikan dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambah baikkan dapat dilakukan pada masa akan datang. Melalui penilaian ini, saya boleh menjawab persoalan seperti berikut:a) Adakah objektif pengajaran saya pada hari ini tercapai? b) Adakah media yang saya gunakan dapat membantu murid tahun satu dalam proses pembelajaran? c) Adakah murid dapat menguasai kemahiran asas membaca perkataan pada hari ini. d) Adakah bahan-bahan sumber yang saya guna mudah membantu pemahaman murid tahun satu. e) Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif. Penghujung sesi pengajaran, saya akan edarkan dua lembaran kerja yang berbeza bagi murid tahun satu Linus dan murid Linus Tegar. Lembaran kerja itu adalah yang berkaitan dengan

perkataan yang telah dipelajari. Melalui aktiviti ini, saya dapat menilai tahap penguasaan murid terhadap kemahiran yang diajar. Dengan bimbingan, saya akan menerangkan apa yang perlu murid jawab di lembaran kerja. Di antara aktiviti yang dilakukan ialah memadankan perkataan dengan gambar yang betul, murid tulis suku kata yang betul berdasarkan gambar yang diberikan dan murid warnakan gambar yang betul berdasarkan perkataan KV+KV yang diberikan. Latihan lembaran kerja yang diberikan kepada murid adalah pengukur sejauh manakah kefahaman tentang apa yang dipelajari. Sekiranya jumlah murid berjaya menjawab betul lima soalan daripada lapan soalan maka, bolehlah dirumuskan bahawa murid faham apa yang telah dipelajari pada hari ini. Saya akan menilai setiap hasil kerja murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah untuk memahami tahap penguasaan murid tehadap kemahiran yang dipelajari. Kebiasaan bagi satu kemahiran asas membaca, seperti perkataan KV+KV, saya akan mengulangi pembelajaran sehingga murid tahun satu Linus Tegar benar-benar menguasai kemahiran tersebut. Kemudian, saya akan menjalankan ujian pelepasan kemahiran perkataan KV+KV. Jika murid tahun satu Linus Tegar lulus ujian tersebut, maka saya akan beralih kepada kemahiran seterusnya iaitu kemahiran perkataan KVK seperti jam, kek, pen, beg dan seumpamanya. Tetapi, jika murid tahun satu Linus Tegar gagal ujian pelepasan kemahiran perkataan KV+KV, saya akan mengulangi pembelajaran kemahiran tersebut dengan bahan bantu belajar yang lain seperti kad imbasan dan permainan perkataan KV+KV. Begitu juga bagi murid-murid Linus yang masih belum menguasai pembelajaran, saya akan mengulangi semula dengan memberi latih tubi setiap hari di dalam kelas. Selain menggunakan lembaran kerja, pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran saya akan mengemukakan soalan untuk dijawab oleh murid bagi mengetahui sejauh manakah pemahaman mereka terhadap pengajaran yang telah dipelajari. Sekiranya murid dapat menyatakan semula tentang apa yang telah dipelajari, maka jelaslah bahawa murid faham mengenai pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini. Aktiviti ini saya lakukan seperti kuiz, mereka yang dapat menjawabnya akan diberikan sedikit ganjaran seperti sebatang pensel atau pemadam. Tujuannya agar murid sentiasa bersedia untuk memberikan jawapan yang terbaik di masa akan datang.

KESIMPULAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, model Assure memang membantu saya dalam merancang aktiviti di kelas tahun satu yang paling lemah. Matlamat saya ialah untuk membantu murid-murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah menguasai kemahiran asas membaca, maka saya perlu merancang aktiviti pengajaran yang berkesan. Saya perlu menyatakan objektif pengajaran yang jelas bagi setiap pengajaran. Di mana hanya satu objektif pengajaran ditekankan bagi setiap satu sesi pengajaran murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah. Setiap murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah mempunyai masalah pembelajaran yang berbeza, maka saya perlu mengenalpasti setiap masalah atau kelemahan mereka dalam pembelajaran. Amat penting bagi saya untuk mengenalpasti ciri-ciri umum bagi setiap murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah. Ini bagi membantu saya memilih kaedah, media dan bahan sumber yang sesuai untuk diguna pakai semasa proses pengajaran. Saya menilai tahap pembelajaran murid tahun satu bagi kelas yang paling lemah sepanjang masa, tidak hanya di dalam waktu mengajar saya sahaja. Perbincangan dengan guru matapelajaran lain turut membantu saya membuat penambahbaikkan dalam pengajaran seterusnya. Selain itu, apabila saya menerapkan langkah-langkah Model Assure dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun satu yang paling lemah ia dapat membantu proses perkembangan pembelajaran murid-murid tersebut.

You might also like