You are on page 1of 1

GURU YANG SAYA SAYANGI

Semua orang ada guru yang mereka sanjungi. Terdapat ramai guru di sekolah saya. Namun, ada seorang guru yang amat saya sayangi . Cikgu Aminah bt Ahmad merupakan guru kelas saya. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya sangat suka cara Cikgu Aminah mengajar. Cikgu Aminah berumur tiga puluh tujuh tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak iaitu seorang anak perempuan dan dua anak lelaki. Cikgu Aminah ialah seorang guru yang baik hati. Beliau amat rajin mengajar saya caracara membina karangan yang baik. Apabila saya melakukan kesalahan, Cikgu Aminah akan memberikan nasihat. Cikgu Aminah jarang memarahi saya. Beliau selalu riang apabila berada di dalam kelas saya. Cikgu Aminah sering memberi saya dorongan kepada saya agar menjadi insan yang berguna kelak. Beliau bagaikan lilin yang menerangi hidup saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana dinasihati oleh Cikgu Aminah.Saya sangat sayang dan sanjungi Cikgu Aminah.

You might also like