You are on page 1of 24

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA

NUR LAILI BINTI LOCKMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA SESI PENGAJIAN : SEMESTER II 2007/2008 Saya: NUR LAILI BINTI LOCKMAN
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi ** Sila Tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan Disahkan Oleh :

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 5430 KG. WAKAF CHE ALI, BUKIT PAYUNG, 21400 K. TRG, TRG. Tarikh : 2 MEI 2008 PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN Nama Penyelia Tarikh : 2 MEI 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM B. NOORDIN 2 MEI 2008

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA

NUR LAILI BINTI LOCKMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2008

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : : NUR LAILI BINTI LOCKMAN 2 MEI 2008

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat: Abah dan umi yang dikasihi, Lockman b. Mohd Zawawi dan Rosidah bt. Jusoh Adik-adik tersayang, Nur Adibah, Nur Izzati, Nur Asyiqin, Nur Izzah

Terima kasih di atas kasih sayang, sokongan dan perhatian yang diberikan.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga banyaknya kepada pembimbing saya, Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom bin Noordin dan Puan Norhasniza Ibrahim atas bimbingan, teguran, nasihat, bantuan dan tunjuk ajar dengan rasa penuh tanggungjawab serta semangat pendidikan yang tinggi sepanjang pelaksanaan projek ini.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pelajar Tahun 1, 2 dan 4 Pendidikan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia kerana sudi memberi kerjasama dalam menjalankan kajian ini.

Seterusnya, terima kasih kepada Ahmad Sufi Abdullah, Nurfazlina Ahmad Fuad, Nor Ashikin Mohd Razali, Siti Nadya Zynuddin, Najah Zakaria, Zuhafiza Zulkifli dan rakan seperjuangan yang sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. Sekian, wassalam.

ABSTRAK

Penguasaan pelajar tentang Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS telah dikaji iaitu kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia, Fakulti Pendidikan, UTM. Terdapat dua pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu jantina dan program pengajian. kajian. Seramai 84 orang pelajar Pendidikan Kimia terlibat sebagai responden

Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Terdapat 10 soalan objektif aneka pilihan Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk

Pencapaian Kemahiran Proses Sains. jawapan dan empat soalan struktur.

kekerapan dan peratusan telah digunakan dalam menganalisis data kajian ini. Tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah secara keseluruhannya adalah sederhana. Daripada dapatan kajian, mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah merentas jantina dan program pengajian masing-masing adalah sederhana. Ini menunjukkan

penerapan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah masih kurang mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran ini memberikan kesan ke atas pencapaian mereka untuk menguasai Kemahiran Proses Sains.

vi

ABSTRACT

The students mastery of science process skills has caught the attention of Science Education researchers. In this study, two science process skills were studied namely the predicting and the controlling variables skills. The purpose of this study is to find out the level of mastery in predicting and controlling variables skills among students of Faculty of Education majoring in Chemistry. There were two independent variables in this study; i.e the gender and course programme of the study respondents. 84 Chemical Education students (male and female) were involved as the respondents of this study. A survey was conducted by using the instrument Ujian Pencapaian

Kemahiran Proses Sains. There are 10 multiple-choice questions and four structured questions in this instrument. Descriptive statistics in the form of frequency and

percentage was used in the data analysis. The results of the level of mastery in these two skills were found to be average. The level of mastery of these two skills across gender and course programme was average respectively. This shows that there is a possibility that the predicting and controlling variables are less emphasized in the teaching and learning process and it will affect their performance to master the science process skills.

vii

KANDUNGAN

BAB JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

PERKARA

MUKA SURAT i ii iii iv v vi vii x xii xiii xiv

SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Kemahiran Mengawal Pembolehubah Kemahiran Meramal 1 3 5 6 7 7 8 9 9 9 10 10

viii 1.9 Rumusan 10

SOROTAN PENULISAN 2.1 2.2 2.3 2.4 Pendahuluan Kemahiran Saintifik Kemahiran Proses Sains Kajian-kajian lepas 2.4.1 2.4.2 2.5 Kajian-kajian lepas di luar negara Kajian-kajian lepas di dalam negara 12 12 14 17 17 19 21

Rumusan

PENGKAEDAHAN KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 Pendahuluan Rekabentuk Kajian Populasi dan Pensampelan Instrumen Kajian 3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.5 3.6 3.7 3.8 Bahagian A Bahagian B Bahagian C 22 22 23 24 24 24 25 26 27 27 28

Kajian Rintis Kajian Sebenar Analisis Data Rumusan

DAPATAN KAJIAN 4.1 4.2 Pendahuluan Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah 4.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina 38 29 29

ix 4.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian 4.5 Rumusan 42 44

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 5.3 5.4 Pendahuluan Ringkasan Kesimpulan Perbincangan 5.4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah 5.4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina 5.4.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian 5.5 5.6 5.7 5.8 Implikasi Kajian Cadangan Cadangan untuk Masa Depan Rumusan 53 56 58 60 61 51 48 46 46 47

RUJUKAN LAMPIRAN

62 66

SENARAI JADUAL

JADUAL

MUKA SURAT

2.1 2.2 3.1

Komponen Kemahiran Proses Sains Asas Komponen Kemahiran Proses Sains Bersepadu Taburan responden mengikut Tahun Pengajian, Program Pengajian dan Jantina

14 16

23

3.2

Item-item Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah mengikut Aspek yang dinilai bagi Soalan Objektif 25

3.3

Item-item Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah mengikut Aspek yang dinilai bagi Soalan Subjektif 26

3.4

Pemeringkatan Tahap Penguasaan Terhadap Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah. 28

4.1

Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah 30

4.2

Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan bagi Soalan 1 mengikut Tahun Pengajian 31

4.3

Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan Bagi Soalan 2 mengikut Tahun Pengajian 32

4.4

Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan Bagi Soalan 3 mengikut Tahun Pengajian 33

4.5

Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan Bagi Soalan 4 mengikut Tahun Pengajian 36

xi 4.6 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina 4.7 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina bagi pelajar Tahun 1 4.8 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina bagi pelajar Tahun 2 4.9 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina bagi pelajar Tahun 4 4.10 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian 4.11 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian bagi Tahun 1 4.12 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian bagi Tahun 2 4.13 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Program Pengajian bagi Tahun 4 44 43 43 42 41 40 39 39

xii

SENARAI RAJAH

RAJAH

MUKA SURAT

1.1

Strategi Pengajaran Yang Melibatkan Tiga Aras Pengkonsepan 2 13

2.1

Komponen Kemahiran Saintifik

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM KPM KPS KPSA KPSB KS ORES P&P PMR SPC SPK TIPS TOLT UPKPS UTM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains Asas Kemahiran Proses Sains Bersepadu Kemahiran Saintifik Objective References Evaluation in Science Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian Menengah Rendah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (Kimia) Test of Integrated Science Process Test of Logical Thinking Ujian Penilaian Kemahiran Proses Sains Universiti Teknologi Malaysia

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B C

TAJUK UPKPS SENARAI JAWAPAN PENGESAHAN ITEM

MUKA SURAT 66 74 76

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Malaysia mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai hasrat ini Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi keperluan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan nisbah 60:40 iaitu 60% pelajar dalam bidang sains dan teknikal dan 40% pelajar dalam bidang sastera. Kedudukan nisbah ini pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian dasar ini masih jauh daripada sasarannya. Cuma 27.7% sahaja pelajar berada dalam jurusan sains dan teknikal sementara selebihnya adalah dalam jurusan sastera (Rodziah, 1999).

Dasar membenarkan pilihan jurusan oleh pelajar merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan vokasional, pola menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah meningkat dari 5.12% pada tahun 1980 kepada 16.1% pada tahun 2000. Pencapaian ini sebenarnya masih jauh daripada sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai 60% pelajar dalam jurusan sains (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Selari dengan perkembangan dan kemajuan negara, alam pendidikan di Malaysia juga turut berkembang pesat. Banyak perubahan dilakukan hasil daripada

kajian dan penemuan baru. Kesemua ini adalah bertujuan untuk mengemaskinikan bidang-bidang ilmu pengetahuan serta untuk melahirkan lebih ramai golongan cendikiawan negara dalam pelbagai bidang. Berbagai usaha dan rancangan

dilakukan demi memenuhi keperluan negara untuk memastikan golongan remaja mempunyai pengetahuan tentang sains. Di antaranya termasuklah mewajibkan

pelajar-pelajar di peringkat rendah dan menengah mempelajari sains.

Sehubungan itu, dalam kurikulum sains baru, proses pengajaran dan pembelajaran sains memberi penekanan terhadap kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah, dengan menggunakan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Kemahiran saintifik adalah penting bagi membolehkan pelajar menjalankan sebarang aktiviti (penyiasatan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, dengan menggunakan kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua, iaitu

kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Manakala, kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran asas dan kemahiran bersepadu (Abu Hassan, 2004).

2 1 MAKROSKOPIK PEMBINAAN 3 KONSEP SAINS

MIKROSKOPIK

PERSIMBOLAN

Rajah 1.1: Strategi Pengajaran Yang Melibatkan Tiga Aras Pengkonsepan

Berdasarkan Rajah 1.1, strategi pengajaran dan pembelajaran sains perlu bermatlamatkan penguasaan konsep sains yang diletakkan pada tengah-tengah bulatan tersebut. Untuk menguasai sains, pelajar perlu menguasai konsep-konsep yang merupakan asas untuk menguasai prinsip dan hukum-hukum sains yang lebih kompleks (Gange, dalam Johari dan Yusof, 2003). Penguasaan konsep ini tidak dapat dibina dengan mudah kerana ia memerlukan penguasaan yang tepat pada ketiga-tiga aras pengkonsepan itu iaitu aras makroskopik, aras mikroskopik dan aras persimbolan (Johari dan Mohd Yusof, 2003). Penguasaan yang sebenar memerlukan

penguasaan pada ketiga-tiga tersebut kerana setiap subkonsep ini adalah berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina konsep sains yang sebenar. Penguasaan kemahiran saintifik adalah penting kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam pendidikan sains. Pendedahan kemahiran saintifik di kalangan

pelajar akan menyediakan mereka untuk mendapatkan pengetahuan sains seterusnya menimbulkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran sains. Dengan adanya kemahiran saintifik, ia akan menjuruskan pelajar ke arah pemikiran secara kritis, kreatif dan analitis (Tobin dan Copie, 1980).

1.2

Latar Belakang Masalah

Penguasaan KS telah diberi penekanan dalam kurikulum kebangsaan di peringkat sekolah rendah dan menengah seperti Kurikulum Sains Sekolah Rendah dan kurikulum mata pelajaran sains lain dalam KBSM (PPK, 2004). Penekanan ini adalah sejajar dengan kehendak negara yang sedang menuju ke arah status negara maju serta mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif. Penguasaan KS ini amat penting bagi membolehkan pelajar mengkaji dan memahami alam melalui pendekatan inkuiri. Pengajaran dan pembelajaran sains bukan lagi bertujuan untuk melatih pelajar mengingat dan menghafal fakta dan prinsip tetapi mendidik pelajar untuk menggunakan akal fikiran secara kreatif dan kritis dalam mencari pengetahuan. Oleh yang demikian, sains mendidik dan membentuk individu untuk menggunakan akal fikiran secara logik bagi menerangkan perkara-perkara yang berlaku disekitar kehidupan disamping mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru seperti chalk and talk menyebabkan guru tidak menjadi fasilitator pembelajaran tetapi hanya menjadi penyampai maklumat untuk menghabiskan tajuk dalam sukatan pelajaran tanpa memberi pertimbangan terhadap keperluan atau potensi pelajar. Kaedah amali sains dilaksanakan di sekolah hanya pada tahap yang ditetapkan dalam rancangan

pengajaran (Rodziah, 1999). Kemahiran saintifik dapat ditingkatkan melalui aktiviti pelajar seperti menjalankan eksperimen di mana kedua-dua kemahiran proses sains dan kemahiran manipulasi dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun guru harus

menyebut kemahiran proses yang digunakan agar pelajar menyedari tentang kemahiran tersebut. Merancang dan menjalankan eksperimen serta membuat laporan eksperimen yang lengkap dengan setiap langkah dinyatakan dengan eksplisit dapat membantu meningkatkan lagi kemahiran saintifik pelajar.

Satu kajian telah dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, menyatakan bahawa guru yang terlibat dengan proses pengajaran sains kepada pelajar berpencapaian rendah belum menguasai sepenuhnya aspek yang berkaitan dengan pedagogi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Walau

bagaimanapun, pendedahan melalui kursus yang dihadiri telah meningkatkan tahap penguasaan kefahaman dan penguasaan mereka dalam aspek yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi. Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh Norjaharudden (1996) masih mendapati guru kurang mengamalkan aktiviti yang berupaya membantu meningkatkan keberkesanan KPS dan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran sains, seperti pendekatan pembelajaran kooperatif (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000).

Musheno dan Lawron (1999) pula berpendapat bahawa buku teks sains dan kaedah-kaedah pengajaran sekarang tidak banyak membantu melainkan sebenarnya menghalang kemajuan terhadap literasi saintifik. Ianya banyak menekankan proses pembelajaran untuk menjawab berbanding untuk meneroka soalan-soalan,

mengalakkan hafalan, berbanding dengan pemikiran kritikal, cebisan-cebisan maklumat berbanding dengan memahami mengikut konteks, menyatakan berbanding dengan perbahasan dan membaca berbanding membuat. Ini menyebabkan pelajar malas untuk berfikir dan seterusnya kurang menguasai KPS.

Menurut McDermott (1992) dan Halroyd dan Harlen (1996) menyatakan bahawa guru yang mengajar sains kurang yakin serta kurang pengetahuan dalam KPS yang mereka kena ajar berbanding dengan guru kurikulum lain. Pernyataan ini

disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz (2001).

Beliau telah

menjalankan satu kajian ke atas tahap penguasaan KPS guru pelatih Maktab Perguruan Zon Utara. Dapatan kajian menunjukkan hampir semua guru pelatih di semua maktab yang dikaji didapati tidak menguasai kemahiran-kemahiran proses sains. Hanya guru pelatih MPSAH (menguasai KPSA dan keseluruhan) dan MPTB (menguasai hanya KPSA) yang ada sedikit KPS. Beliau tidak memahami bahawa kenapa setelah mengikuti hampir semua sukatan pelajaran kurikulum sains Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) selama 5 semester, guru-guru pelatih ini masih gagal menguasai KPS walaupun KPSA.

Menurut Lely Nurizawati (1999), guru yang mempunyai latar belakang pengetahuan sains yang lemah akan mempunyai keyakinan yang rendah untuk mengajar sains, terutamanya di bahagian yang mereka kurang berpengetahuan. Guru yang mempunyai pengetahuan KPS yang terhad mungkin tidak menyedari akan miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar. Keyakinan diri guru akan meningkat

apabila mereka mempunyai asas pengalaman pengetahuan sains yang kukuh.

Akibatnya, pelajar akan gagal menguasai konsep asas dan menghadapi kesulitan menghafal terlalu banyak fakta dan rumus dalam mata pelajaran berkaitan sains. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Kabolla (1988) yang mendapati kaedah pengajaran sains yang tidak berkesan telah menyebabkan pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains sangat menjemukan, sukar, terlalu banyak hafalan dan sukar dikaitkan dengan kehidupan seharian.

1.3

Pernyataan Masalah

Mata pelajaran sains termasuklah Sains Teras, Kimia dan Fizik menekankan KPS yang lama diajar dan dipelajari oleh pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan, Kampus Skudai, UTM. Pelajar-pelajar telah mempelajari KPS sebelum masuk ke universiti dan juga semasa di universiti. Persoalannya, adakah semua pelajar yang telah mempelajari KPS selama bertahun-tahun ini telah menguasai KPS tersebut?

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jaus (1975) menyatakan bahawa bakal-bakal guru mempunyai tahap penguasaan KPS yang lemah dalam ujian yang dijalankan oleh beliau walaupun bakal-bakal guru ini telah mengambil kursus penguasaan KPS untuk tempoh minimum 15 jam. Keputusan kajian Jaus (1975) disokong oleh Leong (2003) dan Tan (2003) di mana kedua-duanya telah menjalankan kajian ke atas tahap penguasaan KPS bakal-bakal guru di UTM. Mereka mendapati bahawa tahap

penguasaan KPSA bakal-bakal guru UTM berada ditahap baik tetapi sebahagian KPSB yang dikaji oleh mereka berada pada tahap sederhana.

Kajian ini dilaksanakan setelah penyelidik menyedari bahawa pelajar begitu kurang menguasai KPS disebabkan masalah-masalah yang telah dinyatakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan khusus untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar terhadap kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah. Kajian ini hanya ditumpukan kepada 2 kemahiran proses sains

kerana kemahiran-kemahiran yang disebutkan di atas perlu dikuasai oleh pelajar dari peringkat rendah lagi khususnya semasa mereka menjalankan eksperimen.

1.4

Objektif Kajian

Beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya ialah:

1.

Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia.

2.

Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia merentas jantina.

3.

Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia merentas program pengajian.

1.5

Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan berikut:

1.

Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia?

2.

Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia merentas jantina?

3.

Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia merentas program pengajian?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memberi gambaran umum tentang tahap penguasaan kemahiran proses sains terhadap kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah di kalangan pelajar Pendidikan Kimia di Fakulti Pendidikan, UTM. Diharapkan dapatan kajian yang diperolehi akan diberikan Kepentingan kajian ini dilihat

perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak.

terhadap bakal guru, pensyarah, pihak fakulti dan seterusnya penggubal kurikulum.

Dapatan kajian itu diharapkan akan dapat mengubah sikap bakal-bakal guru yang sentiasa tidak mengambil berat terhadap kefahaman KPS mereka. Mereka

You might also like