You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN Perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut memberi kesan ke atas sistem pendidikan khususnya daripada aspek pengajaran dan pembelajaran. Ramai di kalangan pakar dalam bidang pendidikan bersetuju dengan keupayaan TMK untuk merevolusikan teknik pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah kerana proses penyampaian maklumat menggunakan TMK mengintegrasikan pelbagai jenis media seperti teks, audio, video, grafik dan animasi mampu merangsang pelbagai deria manusia dengan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan berkualiti. Selain itu, penggunaan TMK dapat memudahkan guru untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan murid dan komuniti pengajar yang lain. Ini adalah sangat penting bagi kita yang sebagai bakal guru. Kita mesti pandai menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat belajar dengan lebih berkesan. Dalam tugasan projek ini, saya dikehendaki membina rancangan pengajaran berdasarkan mengikut model ASSURE. Saya perlu menggunakan media yang sesuai untuk menyokong proses pembelajaran yang dirancang. Klip video yang perlu dihasilkan adalah antara 5 minit.

You might also like