You are on page 1of 3

Model Penyelesaian Masalah Polya

Pada tahun 1945, George Polya telah menerbitkan buku How To Solve It yang telah menjadi sebuah penerbitan tersohor pada ketika itu. Bukunya telah terjual lebih satu juta naskah dan diterjemahkan dalam 17 bahasa. Dalam buku ini beliau telah memperkenalkan 4 prinsip dalam penyelesaian masalah matematik.

Prinsip pertama : Memahami Masalah Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan berikut : Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan dalam masalah

tersebut ? Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ? Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ? Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu

memahamkan masalah ? Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

Prinsip kedua : Merangka strategi Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah: Cuba jaya membuat senarai yang tersusun mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan menggunakan simetri menimbangkan kes istimewa menyelesaikan persamaan melihat pola melukis gambar menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu guna model bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu guna formula guna analogi/perbandingan lakonkan/ujikaji

mempermudahkan masalah

Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga digunakan oleh pakar matematik sekalipun.

Prinsip keempat : Menyemak jawapan Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya untuk menyelesaikan sebarang masalah hari ini.

Masalah rutin Masalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. walaubagaimana pun masalah-masalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana ia: memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tenteng perkaitan di antara sesuatu operasi

dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar. Apabila menyelesaikan masalah-masalah rutin, pelajar perlu mengenalpasti: Apakah soalannya yang perlu dijawab fakta-fakta atau nombor-nombor yang perlu digunakan Operasai-operasi matematik yang sesuai digunakan anggaran nilai penyelesaian

Masalah bukan rutin Sudah tentu masalah-masalah bukan rutin memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalahmasalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Nyata sekali pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin.

Masalah bukan rutin perlu diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif

Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah kerana boleh; mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian,

berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik. mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan

petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman.

You might also like