You are on page 1of 83

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah serta kurnianNya memberi saya umur yang panjang dan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus pendek (KKP) bahasa Melayu ini. Alhamdulillah, sepuluh jari saya tadahkan kerana sepanjang saya melakukan tugasan ini segalanya telah berjalan dengan lancar. Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, Dr. Khairuddin Bin Muhamad yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang melakukan tugasan ini. Segala bimbingan dan nasihatnya telah sedaya upaya saya terapkan dalam tugasan ini. Tanpa bimbingannya juga, sudah pasti tugasan ini tidak berjaya dilaksanakan. Tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang selama ini memberi serta sanggup meluangkan masa yang begitu berharga bagi membantu dan bekerjasama menjayakan tugasan ini sehingga berjaya. Segala tunjuk ajar dan bimbingan rakan-rakan juga telah sedikit sebanyak mengajar saya erti bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Selain itu, saya berasa sangat gembira sepanjang melakukan tugasan ini kerana dapat memperluaskan ilmu bahasa Melayu iaitu major mata pelajaran yang telah saya ambil di institut perguruan ini. Ibarat bercinta, kita semestinya ingin mengetahui asal usul, ciri-ciri seseorang itu dengan lebih mendalam ibarat pepatah tidak kenal maka tidak cinta. Jadi, sebagai pejuang bahasa yang cinta akan bidangnya, kita mesti mengetahui asal usul, ciri-ciri serta fungsi bahasa Melayu itu sendiri. Dengan ini saya mengharapkan sesuatu yang optimis bahkan optimum agar bahasa Melayu ini dapat diberi penghayatan yang mendalam mengenainya bagi memastikan identiti Melayu selama ini diperkekalkan serta tak lapok dek hujan tak lekang dek panas. Sekian Terima Kasih.

PENGENALAN

Sebelum memperkatakan asal usul bahasa Melayu, ada baiknya dilihat dahulu asal usul orang-orang Melayu itu sendiri kerana bahasa itu lahir bersama-sama dengan bangsa yang menuturkannya. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.Demikian juga perkataan Melayu. Pelbagai teori telah dikaitkan bagi mengetahui asal usul sebenar bahasa Melayu. Terdapat beberapa bukti sejarah yang mengaitkan asal-usul bahasa Melayu . Kemajuan bahasa Melayu sejak 1957 bermula dengan tiga peringkat utama perkembangan bahasa Melayu mengikut dekad iaitu dekad 50-60an,dekad tujuh puluhan dan dekad lapan puluhan. Bermula dengan bahasa Melayu Kuno , selepas itu beralih kepada bahasa Melayu Klasik dan peringkat seterusnya menjadi bahasa Melayu Moden. Penemuan batu-batu bersurat adalah antara bukti yang dapat dikaitkan dengan sejarah asal usul bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri, fungsi serta pengaruhnya tersendiri mengikut peredaran zaman. Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berurutan dan berulang-ulang. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik serta berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Setiap alat artikulasi mempunyai fungsi dan kedudukan daerahnyai. Hal ini merangkumi aspek penghasilan bunyi vokal, penghasilan bunyi diftong serta penghasilan bunyi konsonan.

SENARAI KANDUNGAN TAJUK 1. Kertas Tugasan 2. Prosedur Kerja 3. Biadota 4. Penghargaan 5. Pengenalan 6. Isi Kandungan 7. Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu 7.1 Asal Usul Bahasa Melayu 7.1.1 Peringkat Perkembangan Bahasa Melayu 7.1.1.1 Dekad 50-60an 7.1.1.2 Dekad Tujuh Puluhan 7.1.1.3 Dekad Lapan Puluhan 7.1.2 Rumpun Bahasa 7.1.3 Bahasa Melayu Kuno 7.1.4 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik 7.1.5 Bahasa Melayu Klasik 7.1.6 Bahasa Melayu Moden 7.1.7 Penemuan Batu Bersurat 7.1.7.1 Batu Bersurat Kedukan Bukit 7.1.7.2 Batu Bersurat Talang Tuwo 7.1.7.3 Batu Bersurat Kota Kapur 7.1.7.4 Batu Bersurat Karang Berahi 7.1.8 Pengaruh Bahasa Melayu dalam Kerajaan Srivijaya 7.1.9 Pengaruh Bahasa Melayu dalam Kerajaan Melayu Melaka 7.1.10 Pengaruh Bahasa Melayu dalam Pemerintahan Inggeris 7.1.11 Pengaruh Bahasa Melayu dalam Zaman Baru MUKA SURAT i - iii iv - v vi vii viii ix - xii 1-2 3 4 4 5 6 7-8 9 - 10 11 12 13 -14 15 15 15 15 16 16 17 18 19

7.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu 7.2.1 Bahasa sebagai satu sistem 7.2.2 Bahasa sebagai simbol 7.2.3 Bahasa bersifat arbitrari 7.2.4 Bahasa sebagai komunikasi 7.2.5 Bahasa bersifat unik 7.2.6 Bahasa bersifat sejagat 7.2.7 Bahasa itu dinamis 7.2.8 Bahasa itu bervariasi 7.3 Fungsi Bahasa Melayu 7.3.1 Bahasa Kebangsaan 7.3.2 Bahasa Ilmu 7.3.3 Bahasa Rasmi 7.3.4 Bahasa Pengantar 8.Sistem Bunyi Bahasa Melayu 8.1 Alat-alat Artikulasi 8.2 Fungsi Alat-alat Artikulasi dan kedudukan daerahnya 8.2.1 Lidah 8.2.2 Gigi 8.2.3 Bibir 8.2.4 Gusi 8.2.5 Lelangit 8.2.6 Rongga Hidung 8.2.7 Pita Suara 8.3 Jenis-jenis Bunyi 8.3.1 Bunyi vokal 8.3.2 Penghasilan Bunyi Vokal 39 8.3.2.1 Vokal Depan Sempit

20 21-22 23 24 -25 26 26 - 27 28 28 29 30 31 - 32 32 - 33 33 33 -34 35 35 36 36 36 37 37 37 38 38 39 39

39 - 40

8.3.2.2 Vokal Depan Separuh Sempit 8.3.2.3 Vokal Depan Separuh Luas 8.3.2.4 Vokal Depan Luas 8.3.2.5 Vokal Belakang Sempit 8.3.2.6 Vokal Belakang Separuh Sempit 8.3.2.7 Vokal Belakang Separuh Luas 8.3.2.8 Vokal Tengah 8.3.2.9 Bentuk Bibir 8.3.3 Diftong Bahasa Melayu 45 - 46 8.3.4 Bunyi Konsonan dan cara penghasilannya 8.3.4.1 Letupan 8.3.4.2 Letusan 49 8.3.4.3 Sengauan 8.3.4.4 Sisian 8.3.4.5 Geseran 8.3.4.6 Malaran 8.3.4.7 Getaran 8.3.4.8 Maklumat tambahan 8.3.5 Carta Konsonan Melayu 8.3.6 Konsonan Pinjaman 8.3.6.1 Geseran bibir gigi tak bersuara 8.3.6.2 Geseran bibir gigi bersuara 8.3.6.3 Geseran gigi tak bersuara 8.3.6.4 Geseran gigi bersuara 8.3.6.5 Geseran lelangit lembut tak bersuara 8.3.6.6 Geseran lelangit lembut bersuara

40 40 - 41 41 41 42 42 43 44

47 47 - 48

50 - 51 51 - 52 52 - 53 54 54 - 55 55 56 56 - 57 57 57 57 58 58 58

9. Kajian Petikan Prosa Klasik 9.1 Petikan prosa klasik 9.2 Analisis cara penghasilan bunyi vokal 9.3 Analisis cara penghasilan bunyi diftong 9.4 Analisis cara penghasilan bunyi konsonan Melayu 9.5 Analisis cara penghasilan bunyi konsonan pinjaman 10. Rumusan 11. Refleksi 12. Rujukan 13. Lampiran 14. Borang Kolaborasi

59 59 - 62 63 - 65 66 66 - 73 73 74 75 - 76 77 78 - 130 131

7.SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Asal-usul, Rumpun, dan Perkembangan Bahasa Melayu

Asal-usul Bahasa Melayu

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Klasik

Melayu Proto Melayu Deutro

Bahasa Sanskrit

Tulisan Jawi

Bahasa-bahasa Austris: -Tibet-Cina -Austronesia -Austoasia

Batu Bersurat: -Kedudukan Bukit -Talang Tuwo -Karang Brahi

Batu Bersurat: -Pagar Ruyung -Minye Tujuh -Kuala Berang

Austronesia -Nusantara -Polinesia -Melanesia -Mikronesia

7.1 Secara umumnya, tempat asal lahirnya orang atau keturunan Melayu (asal usul) adalah amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang mengaitkan asal-usul Bahasa Melayu seperti mana berikut. Catatan orang Cina yang menyatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan Mo-loyeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Ada juga yang mengatakan kerajaan Mo-lo-yeu ini berpusat di daerah Jambi, Sumatera daripada sebatang sungai yang deras alirannya iaitu Sungai Melayu. Satu lagi catatan orang Cina ialah catatan rahib Buddha bernama Itsing yang menggunakan perkataan Mo-lo-yu terhadap dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa kuno, perkataan mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dikaitkan dengan orang-orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu Ada pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak tahun 2500 Sebelum Masihi dari daerah Yunan di negara China.Mereka mula berpindah dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia ke Asia Tenggara.Golongan pertama dipanggil Melayu-Proto. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru, iaitu kira-kira tahun 2500 Sebelum Masihi.Kumpulan mereka ialah orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa bahasa Melayu bukan berasal dari Asia Tengah. Mereka mendakwa bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu sendiri.Hal ini berdasarkan penemuan orang Jawa yang telah menghuni Kepulauan Melayu sejak ribuan tahun dahulu. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Kumpulan pertama (Melayu Proto) dan kedua (Melayu Deutro), dikenali sebagai golongan Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

7.1.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Kemajuan bahasa Melayu sejak 1957, terdapat 3 peringkat utama mengikut dekad

7.1.1.1 Dekad 50-60an Zaman ini merupakan tahap permulaan proses pemupukan bahasa Melayu. Masalah utama ialah untuk menyakinkan keupayaan bahasa Melayu untuk mengambil alih bahasa Inggeris serta menjalankan tugas-tugas dengan cekap .Sebahagian rakyat berasa ragu-ragu terhadap bahasa Melayu dan mempersoalkan kebijaksanaan menggantikan bahasa Inggeris. Pengiran Othman Rauf, menteri tidak berfolio dalam jabatan perdana menteri mengatakan dalam Utusan Malaysia (ms 12, 13 April 1979) bahawa masa itu, bahasa Melayu sukar dilaksanakan mahkamah kerana kekurangan rujukan dan laporan kes dibuat dalam bahasa Inggeris. Dalam persidangan pegawai-pegawai kehakiman ke-6 pada 18 Julai 1979,Ketua Hakim Negara terus terang menafikan keupayaan bahasa Melayu menjadi bahasa dalam perbicaraan di mahkamah untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Penggunaan Bahasa Melayu mahkamah tidak mungkin boleh dijadikan universal untuk beberapa waktu , sudah tentu tidak semasa hayat saya- ada kira-kira 20 tahun lagi bagi saya hidup dan tidak juga selepas beberapa lama saya mati Memandangkan bahawa kedua-dua kenyataan telah dibuat 22 tahun lagi selepas pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia, keadaan keraguan terhadap keupayaan Bahasa Melayu pada 1950 dan 1960 jauh lebih teruk. 7.1.1.2 Dekad tujuh puluhan Pada awal peringkat ini, Bahasa Melayu digunakan sebagai pengantar di sekolahsekolah sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan bahasa dalam perhubungan awam. Terdapat 2 kesan daripada gejala pengintensifan penggunaan bahasa Melayu: 1. Dalam masa yang singkat, melalui usaha-usaha yang gigih oleh semua pihak , bahasa dahulu sebagai anak tiri telah mekar berkembang menjadi sekuntum bunga yang harum. 2. Perkembangan ini membawa kesan-kesan negatif yang melibatkan pencemaran bahasa. 7.1.1.3 Dekad Lapan Puluhan Dalam perancangan bahasa kebangsaan tahun 1983, mempunyai implikasi penting kerana tarikh ini, seorang kanak-kanak Malaysia menerima seluruh persekolahannya dari darjah satu hingga ke peringkat universiti dalam bahasa Melayu.Dalam bidangbidang lain juga, pelaksanaan bahasa kebangsaan telah selesai. Dapatlah dikatakan bahawa tahun-tahun 1980an, merupakan tahun kematangan bahasa Melayu. Jika pada tahun 1970-an, penutur-penuturnya masih meraba dalam gelap dan istilahistilah dan ungkapan masih baru dicari-cari maka pada tahun 1980-an boleh dianggap

sebagai zaman taraf kesempurnaan hampir tercapai. Istilah-istilah diperoleh dengan mudah.Gaya bahasa dikembangkan membolehkan bahasa Melayu memperkatakan sesuatu dengan tepat dan sempurna dalam bahasa Melayu. Menjelang abad dua puluh satu, jalan dilalui bahasa Melayu tidak berlainan dengan jalan-jalan bahasa moden lain di dunia seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Jepun, Cina dan lain-lain. Bahasa adalah alat digunakan masyarakat sebagai saluran menyatakan fikiran dan perasaan selagi masyarakat aktif dan berkembang, demikian bahasanya. Sistem bunyinya, sistem pembentukan katanya, serta sistem frasa dan ayat turut menyesuaikan diri dengan apa-apa perubahan yang berlaku pada masyarakat.

7.1.2 RUMPUN BAHASA

Austris

Austrasia

Tibet-china

Austronesia

Nusantara

Mikronesia Melayu

Polinesia

Melanesia

Sumatera Filipina Jawa Kalimantan Acheh Batak Minangkabau

Bali-sasak

Nias Lampung Orang Laut

Menurut Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil :

1.

Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara . Contoh : bahasa

Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. 2. 3. Bahasa-bahasa Polinesia, Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti. Bahasa-bahasa Melanesia, Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian

and Kepulaun Caledonia.$ 4. Bahasa-bahasa Mikronesia, Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna,

Marshall, Carolina dan Gilbert.

7.1.3 Bahasa Melayu Kuno


1. 2. 3.

Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

1. 2.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: Pengaruh agama Hindu. Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

1. 2. 3. 4.

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M). Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M). Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M). Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M). Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit. Susunan ayat bersifat Melayu. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan). Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan). Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas). Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat). Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta). Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua- samuha, saya: sahaya).

8.

7.1.4 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)


1. 2. 3.

Ditulis dalam huruf India. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)


1. 2.

Masih memakai abjad India. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.

c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)


1. 2.

Ditulis dalam tulisan Jawi. Membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

7.1.5 Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

1. 2. 3.

Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaan Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:


1. 2. 3. 4.

Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit. Banyak ayat pasif. Menggunakan bahasa istana. Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih). Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. Ayat songsang. Banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''.

5.

6. 7.

7.1.6 Bahasa Melayu Moden Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan Negara.

KONSEP -Perkembangan bermula pada abad ke-19. -Karya Munsyi Abdullah dianggap sebagai zaman permulaan. -Banyak penciptaan perkataan dan ungkapan baru. SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS -Bahasa perantaraan. -Bahasa pentadbiran. -Digunakan dalam urusan rasmi jabatan kerajaan. -Menjadi syarat kelayakkan menjawat jawatan pegawai. SELEPAS PERANG DUNIA KE-2 -Bahasa Melayu mula terancam. -Pegawai tadbir Inggeris jahil terhadap Bahasa Melayu. -Pengaruh Inggeris memberi tekanan. -Kedudukan Bahasa Melayu merosot. -Bahasa Melayu hanya digunakan -bahasa pemgantar sekolah rendah. -bahasa perhubungan golongan bawahan. PERJUANGAN MENDAULATKAN BAHASA -Melaungkan hasrat melalui akhbar.

Bahasa Melayu Moden

-Pertubuhan bahasa dan sastera. KEMERDEKAAN MALAYSIA -Sebagai bahasa kebangsaan. -Sebagai bahasa rasmi. -Bahasa pentadbiran. -Bahasa perhubungan awam. -Bahasa ilmiah di sekolah dan universiti.

7.1.7 PENEMUAN BATU BERSURAT Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut : 1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang 2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Palembang 3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Pulau Bangka, Palembang 4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) Palembang 7.1.7.1 Batu Bersurat Kedukan Bukit Bertarikh 605 tahun Saka (683M).Dari keluarga Melayu di kampong Kedukan Bukit pada 29 November 1920.Kampung di Tebang Sungai Tatang dalam wilayah Musi di bahagian barat daya Palembang.Terdapat 10 baris ayat dan berbentuk bujur. 7.1.7.2 Batu Bersurat Talang Tuwo

Bertarikh 606 tahun Saka (684M). Dijumpai oleh Residen Jambi, L.C Westenek pada 17 November 1920.Di Talang Tuwo, bahagian barat daya Bukit Siguntang.

Merupakan batu pasir yang ada 14 baris ayat yang di pahat. 7.1.7.3 Batu Bersurat Kota Kapur Bertarikh 608 tahun Saka (686M). Ditemui, J.K. Van Muelan pada 1892 di kota kapur (sebuah pecan di Pulau Bangka).Berbentuk tiang batu. Dipercayai dibawa ke Pulau Bangka sebab tiada batu lain seperti di pulau itu. 7.1.7.4 Batu Bersurat Karang Berahi Bertarikh 614 tahun Saka (692M). Dijumpai oleh Inspektor L. Berkhout. Semasa dijumpai, ia digunakan sebagai lapik basuh kaki di masjid, Jambi. Kajian K. Tom, teks Batu Bersurat Karang Berahi menyamai teks Batu Bersurat Kota Kapur, cuma kurang dua baris. 7.1.8 PENGARUH BAHASA MELAYU DALAM KERAJAAN SRI VIJAYA Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya. Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645

Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera. Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masihi iaitu : 1.Batu Bersurat Gandasuli (832 M) Gandasuli, Jawa Tengah, 2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi. 3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya, 4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya.

7.1.9 PENGARUH BAHASA MELAYU DALAM KERAJAAN MELAYU MELAKA Abad ke 13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah

bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat keintelektualan Melayu.

7.1.10 PENGARUH BAHASA MELAYU DALAM PEMERINTAHAN INGGERIS Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu

menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab. Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan.

7.1.11 PENGARUH BAHASA MELAYU DALAM ZAMAN BARU Zaman baru membawa banyak perubahan kepada bahasa Melayu. Lebih banyak istilah-istilah dihasilkan demi penakatan bahasa dalam era teknologi dan perindustrian. Kini bahasa Melayu lebih bersifat keilmuan. Bidang-bidang sains, perubatan, mekanikal, kejuruteraan, komputer, sains hayat dan kimia memaksa bahasa Melayu menyerap istilah-istilah Inggeris ke dalam bahasa Melayu melalui satu proses peristilahan. Maka lahirlah istilah-istilah seperti karbon dioksida, eksperimen, teori, kapital, mesin, komputer, seks, biologi, aktiviti, organisasi, konsentrasi, embrio, kranium dan vaksin. Bahasa Melayu telah mengalami evolusi terpenting pada peringkat ini. Modenisasi memankinkan kewujudan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang yang terokai oleh manusia Melayu. Perkembangan sihat ini masih diteruskan. Selain bahasa Inggeris yang diceduk terus ke dalam bahasa Melayu dan disesuaikan dengan sebutan dan ejaan, ada juga yang diistilahkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu mahupun gabungan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu seperti tiru biak (cloning), kepekatan pukal (bulk concentration), rama-rama mata lembu (bull's

eye moth), malar hijau (evergreen), pengewapan/penyejatan (eveporation) dan kirim balik (freight back). Evolusi bahasa Melayu pada zaman ini berlaku atas dasar penakatan agar masyarakat Melayu tidak terpinggir dengan perkembangan pesat dunia. Sesuai dengan perkembangan dunia mencapai kemajuan hidup, bahasa Melayu juga terpaksa berubah dan menyesuaikan diri dengan bahasa-bahasa yang maju agar dapat maju bersama.

Bahasa sebagai satu sistem Bahasa sebagai simbol

Bahasa itu bervariasi

Bahasa itu dinamis

7.2 CIRI-CIRI BAHASA MELAYU Bahasa bersifat arbitrari Bahasa sebagai komunikasi Bahasa bersifat unik

Bahasa bersifat sejagat

7.2.1 BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM


1.

Semua bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu atau sintaksis. Dalam bahasa tersebut terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna mengikut strukturnya. Percantuman unit-unit itu pula terjadi menurut dasar-dasar tertentu. Dari bilangan unit yang begitu banyak dalam sesuatu bahasa, percantuman tidak boleh terjadi sembarangan tetapi dengan tatacara dan peraturan yang tertentu. Percantuman menurut cara dan peraturan tertentu inilah yang menunjukkan bahasa sebagai satu sistem. Bahasa dikatakan mempunyai sistem sebab ia mempunyai aturan-aturan atau rumusrumus tertentu yang pasti dan beraturan. Justeru, bahasa mempunyai sistem. Tanpa sistem pada bahasa, tentunya manusia mengalami kesulitan untuk mempelajarinya. Selain itu, bahasa juga tidak akan berkembang.

2.

3. 4.

5.

6.

7.

8.

9.

Dalam pertuturan terkandung bentuk-bentuk bahasa yang terdiri daripada kumpulan bunyi yang berupa perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna untuk menuturnya. Setiap bentuk juga mempunyai sistem tingkahlaku yang tersendiri. Contohnya : Dalam bahasa Inggeris terdapat bunyi konsonan yang diwakili oleh lebih daripada satu huruf dalam perkataan seperti wh pada perkataan what, which, dan who. Bunyi-bunyi ini tiada dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, bunyi konsonan ny dan ng dalam perkataan nyamuk, nyanyi, nyanyuk, mengantuk, nganga dan mengambil tidak pula terdapat dalam bahasa Inggeris.

10.

11.

Bolinger D. Sears dalam bukunya Aspect of Language berpendapat, Bahasa adalah satu sistem yang melibatkan pertuturan dan pendengaran hasil interaksi dengan pengalaman pengguna-penggunanya dengan menggunakan simbolsimbol yang konvensional yang terdiri daripada unit-unit bunyi bersifat arbitrari dan disusun mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

12.

Penyataan ini cuba menerangkan bahawa tiap-tiap bahasa mempunyai sistem atau peraturannya tersendiri, yang berupa set dan set ini menjadi asas kepada pengguna untuk menuturkan bahasa tersebut. Contohnya ayat buku itu, tiga buah buku kuning. Dalam bahasa Inggeris : that book (buku itu) (itu buku). three yellow books (tiga buah buku kuning) (tiga kuning buku). Dalam bahasa Mandarin Na ben shu (buku itu), San ben huang se de shu (tiga buah buku kuning.

13.

Berdasarkan contoh di atas, membuktikan bahawa struktur bahasa berlainan dalam sesuatu bahasa kerana sistemnya berbeza.

7.2.2 BAHASA SEBAGAI SATU SIMBOL Pertuturan seseorang mempunyai pertalian yang simbolik dengan objek atau peristiwa tertentu, iaitu menggambarkan pelbagai pengalaman. Dalam pertuturan, dua keadaan terjadi, iaitu penanggapan bunyi, dan mempertalikan bunyi yang ditanggap itu dengan makna. Simbol merupakan satu daripada tanda. Tanda yang lain ialah tanda, isyarat, gejala, gerak isyarat, kod, indeks, dan ikon. Tanda dapat mewakili idea, fikiran, perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan alamiah. Misalnya: kemalangan jalan raya, keadaan selepas hujan Simbol menandai sesuatu yang lain secara konvensional, tidak secara alamiah. Misalnya: warna bendera, warna logo institusi Tanda tidak bersifat arbitrari, sedangkan simbol bersifat arbitrari. Simbol amat erat hubungannya dalam kegiatan manusia. Ini dicerminkan oleh bahasa, kerana bahasa ialah simbol. Isyarat ialah tanda yang disengajakan supaya penerima bertindak balas. Misalnya: isyarat dalam acara sukan, lalu lintas Gerak isyarat (gesture) ialah tanda yang dilakukan dengan gerakan badan yang mungkin berupa tanda atau lambang. Misalnya: gerakan manusia dan haiwan. Gejala (symptom) ialah tanda yang tidak disengajakan, tanpa maksud tertentu, tetapi bersifat alamiah untuk menunjukkan bahawa sesuatu akan berlaku. Misalnya: ramalan doktor terhadap pesakit. Ikon ialah tanda yang mirip dengan sesuatu yang diwakilinya. Misalnya: gambar bangunan, patung Ada waktunya ikon bermaksud lambang. Indeks ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain seperti asap yang menunjukkan wujudnya api, tanda penunjuk arah Kod ialah tanda wujudnya sistem, sama ada berupa lambang, isyarat atau gerak isyarat yang mewakili fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan. Misalnya: bahasa rahsia.

7.2.3 BAHASA BERSIFAT ARBITRARI


1.

Bunyi pertuturan dan makna tidak mempunyai hubungan falsafah yang sah dan mutlak, iaitu tiada hubungan wajib antara lambang dengan konsep atau pengertian yang dimaksudkan oleh lambang itu.

2.

Kita tidak dapat menghuraikan mengapa cecair yang terbentuk daripada dua bahagian, iaitu hidrogen dan oksigen dinamakan air, bukannya iar atau ria.

3.

Kita juga tidak dapat menjelaskan mengapa dalam Bahasa Melayu disebut bunga, bahasa Jawa kembang, bahasa Inggeris flower, bahasa Belanda bloem, bahasa Arab shahrun, bahasa Jepun hana, dan bahasa Tagalog bulaklak.

4.

Ini demikian kerana kearbitrarian lambang bunyi(penanda), dan konsep yang dikandungnya (petanda). Penanda tidak memberi petunjuk terhadap konsep yang diwakilinya.

5.

Jika ada hubungan wajib antara penanda dengan petanda, tentulah tidak wujud jamak bahasa. Perbezaan yang wujud jika ada, tidaklah terlalu banyak.

6.

Konsep onomatopia memang wujud, seperti kata cicak yang berasal daripada bunyi cak, cak, cak, cak, atau pipit yang berasal daripada kata pit, pit, pit, pit, namun bentuk seperti itu amat terhad. Lagipun tidak persis antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Contoh lain: kekek, wakwak, ngiau, dering, ngaum, ngembek, nguak, desir

7.

Bunyi ayam jantan berbeza mengikut tempat. Dalam bahasa Indonesia, ayam jantan berbunyi kukuruyuk, bahasa Sunda berbunyi kongkorongok, bahasa Melayu berbunyi ?. Demikianlah juga dengan bunyi letupan senjata api dan bunyi anjing.

8.

Contoh bunyi anjing: bahasa Ingggeris wow-wow,wow, bahasa Melayu woo-woo-woo, bahasa Perancis graf-graf-graf, bahasa Jepun wan-wan-wan, bahasa Irish amh-amhamh, bahasa Sebro Croation av-av-av, bahasa Cina wang-wang-wang

9.

Semua bunyi itu dianggap tepat dan betul kerana bahasa itu arbitrari. Ahli masyarakat bahasa berkenaan mempunyai persefahaman untuk memberi makna sesuatu bunyi yang didengar.

10.

Lambang berubah sesuai dengan perubahan masa: Tetuang udara Sakar Radio Gula wisma , khalwat

11.

Lambang tidak berubah, tetapi makna berubah:

12.

Sama bunyi lambang, tetapi konsep yang didokongnya berlainan. Contoh: KATA Dan loghat Gaduh Kopek Pelawak Selalu Teksi MAKNA BM BAKU kata hubung Dialek Kelahi Koyak ahli lawak sentiasa kereta sewa MAKNA DIALEK KELANTAN sempat sibuk sibuk payu dara bohong masa itu juga beca

7.2.4 BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI


1. Sesuatu

bahasa bergantung pada struktur dan bentuk masyarakatnya. Masyarakat yang tidak terdedah dengan sains dan teknologi tentulah berkurangan istilah dalam bidang berkenaan. masyarakat bahasa yang sama juga terdapat perbezaannya. Misalnya bahasa masyarakat bandar dengan bahasa masyarakat desa. sesuatu bahasa akan ditentukan oleh keadaan masyarakat bahasa itu, termasuklah pengaruh luar sama ada secara akulturasi atau sosialisasi pendidikan.

2. Dalam

3. Leksikon

4. Kegagalan

kita mempelajari bahasa akan memberi kesan terhadap proses komunikasi kerana unsur penting dalam komunikasi ialah maklumat, dan proses yang penting dalam komunikasi ialah penggunaan bersama, iaitu melibatkan diri bersama orang lain dalam pemikiran.

7.2.5 BAHASA BERSIFAT UNIK Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat, dan sistem yang lain. Antara ciri keunikan Bahasa Melayu ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis, tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata, tidak merubah makna kata tetapi merubah seluruh ayat. Contoh: * Orang itu menjolok buah * Orang itu menjolok buah * Orang itu menjolok buah Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan pada kata akan menyebabkan makna kata berubah. Contoh: Bahasa Batak : bontar bagas hotang hunik Bahasa Inggeris : import insult Object permit import penghinaan Objek Izin import insult object Permit mengimport menghina berkeberatan mengizinkan darah rumah Rotan kunyit bontar bagas hotang hunik putih dalam keras kuning

Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai konsonan / b /, / d /, / g /, / k /, / p / dan / t / akan didahului oleh konsonan nasal yang relevan. Contoh:

Bandung Depok lompat Tending Gopek Tongkat

mbandung ndopek lo-mpat te-ndang ngopek to-ngkat

Ciri kelainan setiap bahasa, disebut ciri unik untuk bahasa itu, tetapi ciri kelainan yang menjadi ciri sekelompok bahasa tidak disebut unik, tetapi ciri kelainan bahasa serumpun.

7.2.6 BAHASA BERSIFAT SEJAGAT Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia. Ciri yang bersifat umum, dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain. Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan, walaupun jumlahnya tidak sama. Contoh: 6 vokal, 22 konsonan 3 vokal pendek, 3 vokal panjang, 28 konsonan 16 vokal (termasuk diftong), 24 konsonan

bahasa Melayu: bahasa Arab: bahasa Inggeris:

Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang bermakna, seperti satuan kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Cara pembentukannya mungkin tidak sama

7.2.7 BAHASA BERSIFAT DINAMIS

Perubahan bahasa boleh juga terjadi dalam bentuk negatif sesuai dengan perubahan masyarakat bahasa berkenaan. Pelbagai alasan sosial, politik dan ekonomi menyebabkan orang meninggalkan bahasanya, dan menggunakan bahasa lain dalam urusan kehidupannya. Jika perubahan itu berterusan, maka bahasa berkenaan tiada lagi penuturnya, dan menjadi bahasa dokumentasi sahaja untuk ditempatkan di muzium, seperti bahasa Latin dan bahasa Sanskrit.

7.2.8 BAHASA BERSIFAT BERVARIASI Masyarakat sesuatu bahasa terdiri daripada pelbagai status sosial dan latar belakang budaya. Oleh itu, bahasa yang digunakan bervariasi dan beragam. Variasi bahasa dicerminkan oleh ideolek, dialek dan ragam. Ideolek: variasi atau ragam bahasa yang bersifat individu. Dialek: variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompok masyarakat pada tempat dan waktu tertentu. Ragam: variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu, seperti ragam baku, ragam lisan, ragam tulisan, ragam sastera.

Variasi Bahasa

Bahasa Yunani Bahasa Arab Bahasa Jerman-Swiss Bahasa Melayu

tinggi katherevusa al-fusya schriftsdrache Baku

rendah dhimotiki d-darij schweizerdeutsch Tidak baku

7.3 Fungsi bahasa Melayu

Bahasa Rasmi

Bahasa Kebangsaan 7.3 Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan

Bahasa Ilmu

Bahasa Pengantar

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat. Bahasa Melayu mengalami proses pemodenan daripada segi peristilahan, pengekodan dan penye-ragaman. Ini memungkinkan bahasa Melayu dapat menjalankan berbagai-bagai tugas baru sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setelah hampir empat dekad berlalu, bahasa Melayu kini dapat menjalankan berbagai-bagai fungsi. Antara fungsi itu ialah bahasa kebangsaan. 7.3.1 Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan Malaysia. Selepas tercapainya kemerdekaan, PersekutuanTanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan. Tugas bahasa sebagai fungsi penyatuan akan disalurkan melalui sistem

pelajaran kebangsaan sebagaimana termaktub dalam bab permulaan Akta Pelajaran 1961 yang antara lain menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Sebelum 1969, bahasa kebangsaan ini dikenali sebagai bahasa Melayu tetapi selepas peristiwa 13 Mei 1969, bahasa ini diberikan nama baru iaitu bahasa Malaysia. Walaupun diberikan nama baru namun taraf bahasa itu tidak berubah seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Per-lembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, "Bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu..". Di samping memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan, bahasa Melayu juga diperlukan dalam negara Malaysia atas keperluan bagi kepentingan kebangsaan. Ini bermaksud fungsi bahasa Melayu sebagai lambang kebebasan negara daripada belenggu penjajahan. Sebagai sebuah negara membangun, amat wajar sekali mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana kehadirannya akan memberikan sifat kesatuan.Sebagai sebuah bahasa kebangsaan, penggunaan suatu bahasa baku dapat menjalankan beberapa fungsi. Antaranya, fungsi penyatuan iaitu bahasa baku bertindak sebagai alat yang meng-hubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama dan dengan itu dapat menyatukan mereka ke dalam suatu masyarakat pertuturan. Di samping itu, suatu bahasa baku juga dapat menjalankan tugas prestij iaitu kewujudan atau kepunyaan suatu bahasa baku menimbulkan perasaan kewujudan atau kepunyaan dan bersifat megah bagi negara Malaysia. Sebagai sebuah bahasa kebangsaan, bahasa Melayu dikehendaki memikul tugas baru. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua fungsi ini dijalankan oleh bahasa Melayu selepas 1957. Bagi menjalankan pelbagai fungsi tersebut, usaha merancang, membina dan mengembangkan bahasa Melayu perlu dijalankan bagi menjadikan ia sebuah bahasa

komunikasi yang lengkap, sempurna, sesuai dan berkeupayaan memperkatakan pelbagai aspek baru dalam kehidupan manusia.

7.3.2 Bahasa Ilmu Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar ilmu di sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan di universiti. Sebagai bahasa ilmu, bahasa yang memperkatakan segala ilmu pengetahuan, bahasa Melayu seharusnya diperkembangkan dan disesuaikan dengan kehendak-kehendak baru. Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan. Ia digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden dalam berbagai-bagai bidang seperti bidang sains dan teknologi, undangundang, kedoktoran, kejuruteraan, sastera dan sebagainya. Dalam bidang perubatan misalnya, pelbagai istilah telah diwujudkan dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi dalam sebagainya. Dalam bidang kejuruteraan pula, terhasil berbagai-bagai istilah baru terutama dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal, kimia, elektrik, kejuruteraan teknologi maklumat, kejuruteraan angkasa lepas dan sebagainya.

Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dengan tepat. Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai melalui pengembangan kosa kata ataupun penukaran bentuk kata. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa. Ciri-ciri kesempurnaan bahasa Melayu yang pertama ialah kestabilan. Ini bermaksud bahasa yang mempunyai sistem dan peraturan. Antaranya ialah sistem ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Yang kedua ialah kelenturan. Ciri ini bermaksud bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan

persekitaran dan perubahan yang berlaku daripada semasa ke semasa.

7.3.3 Bahasa Rasmi Sesudah dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita. Ini bermaksud, bahasa ini digunakan bagi menjadikannya sebagai bahasa utama dalam apa-apa sahaja acara yang bersifat rasmi. Ini termasuklah mesyuarat-mesyuarat persekutuan dan negeri, di persidanganpersidangan dan seminar-seminar, dalam pidato-pidato, di parlimen dan dalam perbicaraan di mahkamah. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu menyalahi Artikel 152, Perlembagaan Malaysia.

7.3.4 Bahasa Pengantar Oleh kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, dasar pendidikan negara Malaysia berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di pusat-pusat pengajian. Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang termaktub dalam Penyata Razak telah dilaksanakan pada tahun 1957, dan dasar ini disokong pula oleh Penyata Rahman Talib pada tahun 1961. Antara tahap-tahap penting dalam proses pelaksanaan ini ialah penubuhan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (1963), pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran khusus di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan (1968) dan permulaan pelaksanaan berperingkat bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolahsekolah rendah jenis kebangsaan (1971).

Pada peringkat sekolah menengah, Bahasa Melayu menjadi satu mata pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata pelajaran dalam Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970, dengan pengambilalihan Sijil Seberang Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua calon yang mengambil peperiksaan tersebut Selain fungsi di atas, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai penggambar akal budi masyarakat Melayu. Ini kerana terdapat pelbagai unsur dalam bahasa Melayu yang dapat menggambarkan dengan jelas kehidupan masyarakat Melayu. Antara unsur itu ialah pantun Melayu dan pepatah Melayu. Antara pantun yang terkenal ialah: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang jua.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pantun di atas menggambarkan dalam masyarakat Melayu, budi pekerti adalah aspek yang amat ditekankan. Sejak kecil sehingga dewasa, anak-anak diasuh agar mengenang budi dan jasa orang.

8.Sistem bunyi bahasa Melayu Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang :

1. Fonetik - Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. 2. Fonologi -Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa

. 8.1 ALAT PERTUTURAN (Alat artikulasi)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Hidung Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

10. Hadapan lidah

8.2 FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN KEDUDUKAN DAERAHNYA

8.2.1 Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian: 1. hujung lidah 2. tengah lidah 3. hadapan lidah 4. belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah

penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

8.2.2 Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

8.2.3 Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

8.2.4 Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

8.2.5 Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian: 1.lelangit keras. 2. lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. 8.2.6 Rongga hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

8.2.7 Pita suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas

dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Rajah di bawah menunjukkan keadaan pita suara bagin setiap situasi-

8.3 JENIS-JENIS BUNYI 8.3.1 BUNYI VOKAL Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

8.3.2 PENGHASILAN BUNYI VOKAL 8.3.2.1 Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi vokal depan sempit.

8.3.2.2 Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi vokal depan separuh sempit.

8.3.2.3 Vokal Depan Separuh Luas () Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi vokal depan separuh luas.

8.3.2.4 Vokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendahrendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi vokal depan luas.

8.3.2.5 Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

8.3.2.6 Vokal Belakang Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi vokal belakang separuh sempit.

8.3.2.7 Vokal Belakang Separuh Luas ( ) Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi vokal belakang separuh luas.

8.3.2.8 Vokal Tengah () Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi vokal tengah.

8.3.2.9 BENTUK BIBIR

8.3.3 DIFTONG

Sempit [i] Separuh sempit [e]

Sempit [u] [oi] Separuh sempit [o]

[ai] [au]

Menurut Ab. Rahman, Yap, dan Ab. Rahim diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan dengan dua lambang vokal.

Menurut Kamus pula diftong bermaksud gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.

Menurut Nor Hashimah ,Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mulamula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.

Kesimpulannya, gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong iaitu:

a. (ai): b. (au): c. (oi):

sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai lampau, silau, garau, surau, pukau amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

8.3.4 FONETIK BAHASA MELAYU: KONSONAN Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya,seperti dua bibir, gigi-gusi,lelangit keras, lelangit lembut,anak tekak dan lainlain. 8.3.4.1 Letupan merupakan hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

Contoh Bunyi Letupan Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [?] Awal [pulau] [bumi] [talam] [datu ] [kata] [garau] ** Akhir [atap] [rbab] [liat] [kad] * [bg] beg [ana?]

*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. **bunyi [? ] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi letupan.

Konsonan_p_b

Konsonan_t_d

Konsonan_k_g

8.3.4.2 Letusan merupakan sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [] untuk menghasilkan bunyi [], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [] untuk mendapatkan bunyi [j]. Contoh Bunyi Letusan Fon [] [j] Awal [cawan] [jam] Akhir [ma] [caj]

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi letusan.

Konsonan_c_j 8.3.4.3 Sengauan adalah satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan [].

Contoh Bunyi Sengauan Fon [m] [n] [] [] Awal [muda] [niat] [aa] [ai] Akhir [cium] [jalan] [buja] *

*Bunyi [ ]tidak dapat hadir pada akhir suku kata.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi sengauan.

Konsonan_m

Konsonan_n

Konsonan_ng

Konsonan_ny

8.3.4.4 Sisian merupakan hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

Contoh Bunyi Sisian Fon [l] Awal [lalu] Akhir [awal]

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi sisian.

Konsonan_l 8.3.4.5 Geseran adalah bunyi yang dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [], dan [h].

Contoh Bunyi Geseran

Fon

Awal

Akhir [alaf] * [awas] [lafaz] [skua] [sah]

[f] [v] [s] [z] [] [h]

[faseh] [vn] [sarat] [zat] [arat] [harta]

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi geseran.

Konsonan_f

Konsonan_s

Konsonan_sy

8.3.4.6 Malaran dapat dihasilkan bunyinya apabila kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan

sesetengah ahli fonetik menamakannya sebagai bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. 8.3.4.7 Getaran adalah bentuk sekatan udara yang ketiga iaitu hentian sekejapsekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

Contoh Bunyi Getaran Fon [r] Awal [rasa] Akhir [siar]

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi getaran.

Konsonan_r 8.3.4.8 Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h]. Transkripsi fonetik merakamkan bunyi bahasa setepat mungkin ke dalam bentuk tulisan. Ini membantu pelajar bahasa memahami sebutan sesuatu bahasa dengan lebih

jelas dan tepat terutama dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, transkripsi fonetik memudahkan pengkaji bahasa mengenal pasti bentuk dan jenis bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Transkripsi fonetik yang digunakan hari ini berdasarkan Carta Abjad Fonetik Antarabangsa yang dikeluarkan oleh The International Phonetics Association (IPA) yang ditubuhkan oleh ahli fonetik Eropah pada awal tahun 1886. Lambang-lambang ini sudah banyak kali mengalami pengubahsuaian serta digunakan dengan meluas dalam bidang transkripsi.

8.3.5 CARTA KONSONAN MELAYU

Cara Sebutan Tb B Tb B B Tb B B B B

Daerah Sebutan Bibir 1 p b m f v Gusi 2 t d n r l w y Gusi-L Keras 3 j s z Lelangit Keras 4 Lelangit Lembut 5 K G X Pita Suara 6 ?

Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh vokal

tb = tak bersuara b = bersuara

8.3.6 KONSONAN PINJAMAN 7.3.6.1 [f] Geseran bibir gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran bibir gigi tak bersuara ini, bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] fikir, [hafal] hafal, dan [ma af] maaf. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi geseran bibir gigi tak bersuara.

Konsonan_f

8.3.6.2 [v] Geseran bibir gigi bersuara. Cara mengeluarkan geseran bibirgusi bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [v kal] vokal, [vrsi] versi, dan [univrsiti] universiti. 8.3.6.3 [] Geseran gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran gigi tak bersuara ini, daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [alaa] Selasa (thalatha), [inen] Isnin (Ithnin), dan [hade] hadis (hadith).

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan alat artikulasi semasa mengeluarkan bunyi geseran bunyi tak bersuara.

Konsonan_th

8.3.6.4 [] Geseran gigi bersuara. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [alem] zalim ( dzalim), dan [haer] hadir (hadzir). 8.3.6.5 [x] Geseran lelangit lembut tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] khabar, [axbar] akhbar, dan [axer] akhir. 8.3.6.6 [ ] Geseran lelangit lembut bersuara. Cara mengeluarkan geseran lelangit lembut bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ ] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [ aeb] ghaib, [lo at] loghat, dan [bale ] baligh. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu

ketika menyebut perkataanperkataan Melayu seperti orang [ a ] dan [ba a ] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].

9. KAJIAN PETIKAN PROSA KLASIK 9.1 Keseluruhan Petikan Prosa Klasik ( PAK KADUK ) Sebermula maka adalah sebuah negeri bernama Chempaka Seri, rajanya bernama Indera Sari. Maka baginda itu cukup lengkap seperti adat istiadat kerajaan yang lain-lain juga, akan tetapi adapun tabiat baginda itu terlalulah suka menyabung dan berjudi, sehingga menjadi suatu amalan pada baginda itu. Dengan hal demikian habislah sekalian rakyat seisi negeri itu menjadi asyik leka dengan berjudi juga pada setiap masa; tiada sekali-kali mengambil bena kepada mendirikan syariat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam kerana raja-raja dan orang-orang besarnya terlalu amat suka mengerjakan pekerjaan yang maksiat itu. Maka adalah pula seorang tua sedang pertengahan umur, namanya Pak Kaduk, tinggal di tepi sungai hujung negeri itu juga. Adapun akan Pak Kaduk ini terlalulah dungu serta dengan betulnya. Maka adalah pada suatu hari Pak Kaduk berkata kepada isterinya, katanya, Aku ini Mak Siti, ingin pula rasanya hendak pergi menyabung ke gelanggang baginda itu, kerana terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung beramai-ramaian di situ, mari kita sabung ayam Biring Si Kunani kita itu, kerana ayam itu pada petuanya terlalu bertuah boleh kita taruhkan kampung kita ini kepada baginda; kalau menang kita, tentulah kita mendapat duit baginda itu. Maka ujar isteri Pak Kaduk, Jikalau begitu baiklah, pergilah awak menyabung bawa ayam kita ini. Maka sahut (halaman 1/28)Pak Kaduk, Jahitkanlah baju dan seluar aku dahulu dengan kertas yang baharu aku beli ini; lekaslah tinggi lagi. Maka kata isterinya, Bagaimana awak hendak membuatkan baju dan seluar kertas ini? Jikalau dipakai kelak tentulah carik bertelanjang di tengah gelanggang sabungan itu. Bukankah awak malu besar? Ujar Pak Kaduk, Tiada mengapa: Buatkan juga lekaslekas, aku hendak pergi. Setelah itu isteri Pak Kaduk pun segeralah mengambil

gunting lalu mengguntingkan seluar dan baju itu dengan tiada berdaya lagi. Maka kata Pak Kaduk Usahlah dijahit lagi, perekat sahajalah supaya bangat. Serta lepas digunting oleh isterinya itu dengan sesungguhnya diperekatlah olehnya; apabila sudah, lalu diberikan kepada Pak Kaduk.

Maka ia pun segeralah memakai pakaiannya sedondon iaitu berbunga tanjung merah, kuning, hitam dan putih, terlalu hebat rupanya tambahan pula berkena tengkolok helang menyongsong angin. Apatah lagi? Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yang maka faham pada sabung-menyabung. Setelah mustaid sekaliannya, Pak Kaduk pun lalu turun menangkap ayamnya Biring Si Kunani itu serta dengan tabung tajinya, lalu berjalan menuju ke gelanggang baginda itu. Selang tiada berapa lamanya, ia pun sampailah ke tengah medan menyabung itu. Hatta telah dilihat oleh baginda akan Pak Kaduk datang itu, maka dikenallah oleh baginda seraya bertitah, Hai Pak Kaduk apa khabar? Menyabungkah kita?Maka sembah Pak Kaduk, Daulat tuanku,persilakanlah kita menyabung kerana ayam patik ini pun belum lagi patik mengetahui tuah malangnya tuanku. Maka titah baginda, Cuba juga bawa ke mari ayam Pak Kaduk supaya beta lihat. Maka Pak Kaduk pun segeralah menyembahkan ayamnya itu lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; diketahuilah oleh baginda tersangat bertuah ayam Pak Kaduk itu. Maka titah baginda, Hai Pak Kaduk, mari kita bertukar ayam; ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romanya Jalak Putih Mata, dan ayam Pak Kaduk Biring Si Kunani sahaja, tiada berapa tuahnya. Setelah didengar oleh (halaman 2/29) Pak Kaduk akan titah baginda menggula dirinya itu, percayalah ia; maka sembahnya, Ampun tuanku beriburibu ampun, jikalau sudah dengan titah duli yang maha mulia relalah patik, seperti titah itu sedia terjunjung di atas jemala ubun-ubun patik. Pada akhirnya lalu bertukarlah keduanya akan ayam masing-masing. Maka sangatlah sukacita baginda berolehnya ayam Pak kaduk itu.

Maka baginda pun bertitah kepada juaranya menyuruh bulang ayam itu. Maka Tok Juara tua pun lalulah membulang ayam Biring Si Kunai yang bertukar dengan Pak Kaduk itu, mengenakan taji bentuk alang serta dengan berbagai-bagai isyarat dan petuanya. Maka Pak Kaduk pun segeralah membulang ayamnya yang bertukar dengan baginda itu, iaitu tuntung tajinya dihalakan ke hadapan dan puntingnya ke belakang. Maka titah baginda Hai Pak Kaduk apa taruhnya kita menyabung ayam ini? Soronglah dahulu supaya beta lihat. Maka sembah Pak Kaduk, Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik ini tiadalah apa harta yang ada, hanya kampung sebuah itu sahaja; jikalau ada ampun dan kurnia ke bawah duli tuanku menjadi agungan memohonkan berhutang kadar lima puluh rial.

Maka titah baginda, Baiklah. Lalu dikurniakan oleh baginda wang yang sebanyak permintaan Pak Kaduk itu kepadanya dengan memegang gadaian kampung itu. Telah sudah baginda pun menyorongkan taruhnya lima puluh rial juga, jumlahnya seratus rial. Maka serta sudah,baginda pun mengajak Pak Kaduk melepaskan ayam masingmasing. Sembah Pak Kaduk, Silakanlah tuanku. Maka baginda pun lalulah mengojaoja ayam keduanya itu. Maka naiklah bengis keduanya serta meremang bulu suak ditengkuknya, lalulah bersama-sama melepaskan ayam masing-masing. Maka ayam Biring Si Kunani pun datanglah menggelupur ayam Jalak. Dan Si Jalak pun segera membalas pula; tetapi kasihan! Sungguhpun Si Jalak membalas, percuma sahaja, kerana tajinya dibulang oleh Pak Kaduk juara tuntungnya (halaman 3/30) ke hadapan dan puntingnya ke belakang ; jadinya pada Si Jalak membalas itu tertikamlah pada dadanya sendiri lalu tersungkur menggelupur di tengah gelanggang itu, kerana dua liang sudah lukanya, sekali terkena tikam oleh taji Si Biring dan sekali ditikam oleh tajinya sendiri. Setelah Pak Kaduk melihatkan ayam Jalak sudah mati dan Si Biring itu menang, maka ia pun lupalah akan hal ia telah bertukar dengan baginda tadi. Wah! Apatah lagi, ia pun tiadalah sedarkan dirinya seraya bertepuk tangan dan bersorak serta melompatlompat lalu menyerukan tuah ayamnya itu. Maka oleh tersangkut bertepuk dan

melompat itu, habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu, bercabiran diterbangkan oleh angin berkeping-keping ke sana ke mari bercamping-camping. Maka Pak Kaduk pun tinggallah berdiri di tengah khalayak yang banyak itu dengan bertelanjang bogel sahaja. Hatta demi dilihat oleh baginda dengan sekalian orang-orang besar dan rakyat tentera hina-dina sekalian akan hal Pak Kaduk itu, semuanya tertawa serta bertepuk tangan dengan tempik soraknya kesukaan melihatkan temasyanya Pak Kaduk itu. Demikian juga baginda pun tertawa bersama-sama. Maka adapun akan Pak Kaduk, demi ia melihat sekalian mereka itu habis tertawa, ia pun tercenggang pula kerana pada sangkanya mereka itu menumpang kesukaan dirinya itu; kemudian apabila ia menoleh memandang kepada tubuhnya baharulah diketahuinya akan dirinya berterlanjang bulat itu. Aduhai, Pak Kaduk pun pucatlah warna mukanya oleh rasa malu yang amat sangat, lalu ia berkejar lari dengan bersungguh-sungguh hati langsung pulang terus ke rumahnya. Maka baginda pun berseru dengan nyaring suaranya Inilah malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai. Maka baginda dengan sekalian yang ada di dalam medan sabungan itu pun kembalilah masing-masing ke rumahnya. Adapun akan Pak Kaduk lari itu tiadalah ia memandang lagi ke kiri ke kanan. Serta ia sampai ke rumahnya seraya terpandang oleh Mak Sitinya, maka terperanjatlah orang tua itu seraya(halaman 4/31) berkata, Apa kena awak Pak Siti, seperti orang gila ini? Maka oleh Pak Kaduk dikhabarkannyalah daripada awal hingga ke akhirnya. Serta didengar sahaja oleh isterinya akan hal suaminya itu, ia pun menangislah kerana mengenangkan untungnya yang malang itu dengan berbagai-bagai sungut leternya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya itu. Maka Pak Kaduk pun diamlah terkosel-kosel tiada berani menjawab kerjanya sehari-hari itu juga .(halaman 5/32)

Cerita Jenaka, 1947. Malaya Publishing House,Limited.

9.2 Analisis Cara Penghasilan Bunyi Vokal Berdasarkan Petikan Prosa Klasik Berdasarkan bahan petikan prosa klasik yang telah saya kaji, terdapat ketiga-tiga unsur bunyi yang telah dianalisis oleh saya yang merangkumi cara-cara penghasilan bunyi vokal, diftong dan konsonan. Hasil kajian saya bagi cara-cara penghasilan bunyi bunyi vokal menunjukkan bahawa penggunaan vokal depan luas [a] adalah yang paling ketara penggunaannya ,manakala penggunaan vokal depan separuh luas [] adalah yang paling sedikit. Berpandukan petikan prosa klasik yang telah saya pilih, berikut adalah hasil kajian saya tentang cara-cara penghasilan bunyi vokal beserta contoh bunyi vokal yang terdapat dalam dalam petikan tersebut. Bunyi Vokal Contoh Negeri, baginda, itu, seperti, istiadat, lain-lain, tetapi, tabiat, berjudi, sehingga, menjadi, demikian, habislah, sekalian, seisi, asyik, Vokal Depan Sempit [i] (halaman 1/28) setiap, tiada, sekali-kali, mengambil, mendirikan, syariat, Nabi, maksiat, tinggal, di, tepi, sungai, ini, hari, isterinya, ingin, pergi, melihatkan, beramairamaian, situ, mari, kita, Vokal Depan Separuh Sempit [e] (halaman 2/29) duit, jikalau, begitu, baiklah. Seluar, dengan, kertas, beli, lekaslah, isterinya, hendak, membuatkan, kelak, tentulah, bertelanjang, tengah, 42 Bilangan

gelanggang, besar, mengapa, lekas-lekas, pergi, segeralah, perekat, serta, lepas, memakai, sedondon, berbunga, merah, hebat, berkena, helang, menyongsong, seperti, setelah, sekali, sekaliannya, menangkap, menuju, ke, selang, berapa, tengah, medan, telah, oleh, seraya, sembah, kerana, elok. Vokal Depan Separuh Luas [] (halaman 3/30) Vokal Depan Luas [a] (halaman 4/31) Relalah, beroleh, beta Hadapan, dan, puntingnya, belakang, jadinya, pada, membalas, tertikamlah, dadanya, lalu, tengah, gelanggang, kerana, dua, liang, sudah, lukanya, sekali, terkena, tikam, taji, melihatkan, ayam, mati, menang, maka, ia, lupalah, akan, hal, telah, bertikar, dengan, baginda, tadi, Wah, Apatah, lagi, tiadalah, sedarkan, dirinya, seraya, tangan, bersorak, serta, 3 104 46

melompat-lompat, menyerukan, melompat, habislah, pecah, bercarikcarik, seluar, baju, kertasnya, bercabiran, diterbangkan, angin, sana, mari, bercamping-camping, maka, tinggallah, tengah, khalayak, banyak, bertelanjang, sahaja, Hatta, dilihat, sekalian, orangorang, besar, rakyat, tentera, hina-dina, hal, tertawa, soraknya, temasyanya, tercenggang, sangkanya, kesukaan, bulat, Aduhai, warna, rasa, malu, hati, nyaring, malang, kampung, tergadai, medan, masing-masing, rumahnya, akan, lari, kanan, seraya. Tua, itu, suaminya, pun, untungnya, sungut, lalu, membuat, juga. Oleh, orang, kebodohannya, terkoselkosel. Terpandang, oleh, terperanjatlah, seraya, berkata, kena, seperti, oleh, 4 23 9

Vokal Belakang Sempit [u] (halaman 5/32) Vokal Belakang Separuh Sempit [o] (halaman 5/32) Vokal Tengah [] (halaman 5/32)

serta, didengar, isterinya, menangislah, kerana, mengenangkan, dengan, leternya, kebodohannya, terkosel-kosel, berani, menjawab, pergi, membuat, kerjanya, sehari-hari.

9.3 Analisis Cara Penghasilan Bunyi Diftong Berdasarkan Petikan Prosa Klasik Selain bunyi vokal, bunyi diftong juga terdapat dalam petikan prosa klasik ini. Hanya bunyi diftong [ai] dan [au] sahaja yang terdapat dalam petikan tersebut manakala bunyi diftong [oi] tiada dalam petikan tersebut. Berikut adalah hasil kajian saya tentang caracara penghasilan bunyi diftong beserta contoh yang terdapat dalam petikan prosa klasik tersebut. Bunyi Diftong Contoh Lain- lain, sungai, beramairamaian, baiklah, bagaimana, dipakai, Diftong [ai] memakai, pakaiannya, iaitu, mustaid, sampailah, Hai, berbagai-bagai, gadaian, naiklah, aduhai, tergadai, sampai, Diftong [au] Jikalau, daulat, engkau, 3 9.4 Analisis Cara Penghasilan Bunyi Konsonan Melayu Berdasarkan Petikan Prosa Klasik Hasil daripada kajian ini, saya mendapati bahawa rata-rata bunyi konsonan Bahasa Melayu digunakan dalam petikan prosa klasik ini kecuali konsonan bunyi geseran []. 18 Bilangan

Antara penggunaan bunyi konsonan yang paling ketara penggunaannya ialah bunyi konsonan letupan [p],[b],[t] ,bunyi konsonan sengauan [m],[n],[ ],bunyi konsonan sisian [l] dan bunyi konsonan geseran [s],[h] serta bunyi konsonan geseran [r]. Berikut adalah contoh-contoh bagi setiap bunyi konsonan berdasarkan petikan prosa klasik yang dipilih oleh saya. Bunyi konsonan Melayu Contoh Lengkap, adapun, pada, setiap, pekerjaan, pula, tepi, kepada, kampung, mendapat, pergilah, Apatah, putih, apa, Letupan dua bibir [p] percayalah, pun, tetapi, sungguhpun, harapan, berkeping-keping, bercamping-camping, bertepuk, bertempik, menumpang, ucaplah, Letupan dua bibir [b] terpandang, terperanjatlah. Sebermula, sebuah, bernama, baginda, menyabung, berjudi, menjadi, habislah, besarnya, baju, beli, bagaimana, bangat, apabila, berapa, sembah, cuba, bertukar, beta, ubunubun, bertitah, bawah, membalas, dibulang, bercarik-carik, belakang, 33 28 Bilangan

bulat, baharulah, kembalilah, berkata, dikhabarkannyalah, menjawab. Itu, seperti, adat, tabiat, istiadat, tetapi, terlalulah, setiap, tiada, terlalu, tua, tinggal, isterinya, melihatkan, tentulah, kita, begitu, jahitkanlah, tinggi, buatkan, tengkolok, Letupan gusi [t] tampaknya, apatah, bertitah, patik, diamat-amat, tersangkut, setelah, ditengkuknya,datanglah, tajinya, tuntungnya, puntingnya, tikam, apatah, bertelanjang, tubuhnya, Letupan gusi [d] tergadai, terkosel-kosel. Adalah, adat, berjudi, adapun, baginda, dengan, di, dapat, duit, dahulu, berdaya, dijahit, sudah, sedondon, mustaid, tiada, medan, daulat, diamatamati, didengar, dirinya, duli, sedia, dihalakan, sembah, ada, kadar, gadaian, keduanya, dan, hadapan, dadanya, 37 35

demikian, aduhai, terpandang, kebodohannya,menjawab. Asyik, kelak, patik, elok, Letupan glotis [?] bersorak, bertepuk, bercarik-carik, khalayak, tempik, suak, awak. Maka, akan, suka, sekalian, leka, kepada, mengerjakan, pekerjaan, maksiat, berkata, aku, kerana, kita, jikalau, jahitkanlah, kertas, Letupan Lelangit Lembut [k] dipakai, kata, kuning, sekaliannya, dikenallah, khabar, tuanku, ke, diketahuilah, bertukarlah, kampung, kadar, baiklah, dikurniakan, keduanya, khalayak, terkosel-kosel. Baginda, lengkap, juga, sehingga, dengan, mengambil, mengerjakan, pertengahan, dungu, tinggi, Letupan Lelangit Lembut [g] lagi, segeralah, tengkolok, sekaliannya, malangnya, agungan, soronglah, putinglah, mengoja-oja, menggelupur, sungut, Letusan Lelangit KerasGusi [] hingga. Cukup, carik, cuba, percayalah, sukacita, 8 22 34 11

percuma, bercarik-carik, bercamping-camping. Juga, berjudi, menjadi, jikalau, jahitkanlah, baju, tanjung, juara, berjalan, Letusan Lelangit KerasGusi [j] menuju, terjunjung, jemala, taji, sahaja, jumlahnya, mengoja-oja, bertelanjang, terperanjatlah, menjawab, kerjanya. Sebermula, maka, bernama, menyabung, amalan, demikian, menjadi, mendirikan, mengambil, amat, umur, menyabung, mari, ayam, kampung, Sengauan Dua Bibir [m] bagaimana, memakai, sampailah, menuju, malangnya, diamat-amati, romannya, menggula, ampun, percuma, masingmasing, mengoja-oja, Sengauan Gusi [n] tertikamlah, suaminya. Naiklah , kasihanmu , kehidupanku , memakan , berjanji , perkataan , demikian , dinantikannya , katakan , hendak , tuan , dan , adapun , kerana , menjadi , berteguh-teguhan 27 30 20

, janji , taulanku , akan , takutkan , binasalah , negeriku , hutan , menaruh , percintaan , perlahan-lahan. Didengar , tinggallah , binatang , dengan , pulang , datanglah , Sengauan Lelangit Lembut [] sekarang , mengapakah , menghidupkan , mengubati , hilanglah , kampung , belakang , berenang , engkau , yang. Petuanya, sesungguhnya, olehnya, sekaliannya, tajinya, lamanya, malangnya, tuahnya, Sengauan Lelangit Keras [ ] sembahnya, keduanya, juaranya, putingnya, taruhnya, kepadanya, jumlahnya, ditengkuknya, tuntungnya, kebodohannya, Sisian Gusi bersuara [l] isterinya, kerjanya. Sebermula, adalah, lengkap, terlalulah, hal, sekali-kali, betulnya, beli, lagi, jikalau, lekas-lekas, lalu, selang, lamanya, dilihat, malangnya, diketahuilah, lihat, 34 20 18

percayalah, bulang, melompat-melompat, oleh, melihat, bertelanjang, bulat, menoleh, sekalian, lari, tiadalah, gila, terkoselkosel, baharulah, khalayak, tinggallah. Sebermula, sebuah, seperti, istiadat, suka, sehingga, suatu, habislah, seisi, masa, syariat, besarnya, maksiat, seorang, sedang, rasanya, situ, isteri, sahut, seluar, kertas, lekaslah, sabungan, segeralah, supaya, Geseran Gusi-Lelangit Keras Tidak Bersuara [s] menyongsong, mustaid, sekaliannya, selang, sampailah, sembah, atas, masing-masing, sukacita, isyarat, sebanyak, seratus, bengis, bersama-sama, kasihan, membalas, sekali, seraya, bersorok, sana, temasya, habis, rasa, langsung, terus, suaranya, Geseran Glotis Tidak Bersuara [h] suaminya, sehari-hari. Adalah, sehingga, hal, habislah, hendak, melihatkan, bertuah, 43 53

taruhkan, baiklah, pergilah, sahut, jahitkanlah, dahulu, baharu, sesungguhnya, olehnya, merah, hitam, putih, hebat, tambahan, helang, apatah, setelah, tengah, hatta, hai, khabar, sembah, tuah, percayalah, titah, dihalakan, taruhnya, dahulu, bawah, puluh, kasihan, hadapan, pecah, khalayak, hina-dina, kebodohannya. Awak, bawa, bawah, wang, Malaran [w] wah, tertawa, awal, menjawab. Menyabung, rakyat, asyik, syariat, besarnya, Malaran [y] namanya, ayam, pakaiannya, Getaran Gusi Bersuara [r] menyorongkan, khalayak. Negeri, rajanya, berjudi, rakyat, kerana, raja-raja, pekerjaan, pertengahan, hari, rasanya, bertuah, taruhkan, seluar, kertas, serta, juara, berapa, khabar, serta, romannya, bertukar, dirinya, beriburibu, relalah, harta, 33 10 8

meremang, percuma, sendiri, bertukar, seraya, bersorak, bercarik-carik, sehari-hari.

9.5 Analisis Cara Penghasilan Bunyi Konsonan Pinjaman Berdasarkan Petikan Prosa Klasik Selain bunyi konsonan Melayu, dalam petikan prosa klasik ini juga terdapat beberapa bunyi konsonan pinjaman. Namun jumlahnya amatlah sedikit. Berikut adalah contohcontoh bagi setiap konsonan pinjaman yang terdapat dalam petikan prosa klasik tersebut. Bunyi Konsonan Pinjaman Geseran Bibir-Gigi [f] Geseran Gusi Bersuara [z] Geseran Lelangit Lembut Tak Bersuara [x] Geseran Lelangit Lembut Bersuara [ ] Contoh Berfikirlah Rezekinya Khabarkanlah Masyghulnya Bilangan 1 1 1 1

10. RUMUSAN Berdasarkan bahan petikan prosa klasik yang telah saya kaji, terdapat ketiga-tiga unsur bunyi yang telah dianalisis oleh saya yang merangkumi cara-cara penghasilan bunyi vokal, diftong dan konsonan. Hasil kajian saya bagi cara-cara penghasilan bunyi bunyi vokal menunjukkan bahawa penggunaan vokal depan luas [a] adalah yang paling

ketara penggunaannya ,manakala penggunaan vokal depan separuh luas [] adalah yang paling sedikit. Selain bunyi vokal, bunyi diftong juga terdapat dalam petikan prosa klasik ini. Hanya bunyi diftong [ai] dan [au] sahaja yang terdapat dalam petikan tersebut manakala bunyi diftong [oi] tiada dalam petikan tersebut. Hasil daripada kajian ini, saya mendapati bahawa rata-rata bunyi konsonan Bahasa Melayu digunakan dalam petikan prosa klasik ini kecuali konsonan bunyi geseran []. Antara penggunaan bunyi konsonan yang paling ketara penggunaannya ialah bunyi konsonan letupan [p],[b],[t] ,bunyi konsonan sengauan [m],[n],[ ],bunyi konsonan sisian [l] dan bunyi konsonan geseran [s],[h] serta bunyi konsonan geseran [r]. Selain bunyi konsonan Melayu, dalam petikan prosa klasik ini juga terdapat beberapa bunyi konsonan pinjaman. Namun jumlahnya amatlah sedikit. Jadi, saya berharap agar kajian yang telah saya lakukan ini menepati kepada landasan yang diberikan serta dapat mendalami lebih mendalam lagi mengenai bahasa Melayu terutama cara-cara penghasilan bunyi vokal, diftong, dan konsanan dengan betul.

11. REFLEKSI Sepanjang melakukan tugasan kerja kursus pendek (kkp) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Akademik 1 ini, pelbagai halangan dan rintagan telah saya tempuhi. Antaranya, saya menghadapi masalah kekurangan masa. Ini kerana semua tugasan termasuk matapelajaran-matapelajaran lain telah diberikan kepada kami pada waktu

yang sama. Jadi, segala tugasan yang dilakukan telah disiapkan dalam keadaan tergopoh-gapah. Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan bahan rujukan dan sumber. Ini kerana, dengan masa yang suntuk, ia telah mengehadkan perjalanan saya untuk berkunjung ke perpustakaan bagi mencari sumber dan bahan rujukan. Tidak cukup dengan masa dan sumber, maklumat untuk melakukan tugasan ini juga telah menjadi salah satu halangan yang besar kepada saya. Ini kerana, saya menghadapi masalah untuk menyusun kesemua tugasan ini agar kelihatan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, saya juga tidak tahu cara untuk mengkaji prosa klasik yang telah dipilih. Akhirnya, Alhamdullilah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurniaNya, memberi saya kekuatan serta kesihatan yang baik sepanjang melakukan tugasan ini, sekaligus dapat menyelesaikan segala masalah yang telah saya hadapi dengan jayanya. Pelbagai cara dan kaedah saya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini. Atas dorongan dan bimbingan pensyarah Dr. Khairuddin Bin Mohamad, tugasan ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar atas penerangannya sepanjang waktu pembelajaran di dalam kelas. Di situ, saya mengambil kesempatan untuk mengajukan pelbagai masalah yang telah saya hadapi. Selain daripada itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya rakamkan kepada rakan-rakan atas kesudian meluangkan sedikit masa bagi melakukan perbincangan berkumpulan bagi memantapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak Institut atas menyediakan rangkaian internat tanpa wayar. Ini telah membantu saya untuk berusaha mencari maklumat sekaligus mendalami bidang teknologi.

Jadi, secara tuntasnya dengan tugasan yang diberikan, saya mengharapkan kepada diri saya sendiri agar sentiasa belajar daripada pengalaman tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan berdikari. Terutamanya semasa dihantar untuk mengajar ke sesebuah sekolah atau kawasan pendalaman untuk

mengajar kelak. Selain itu, sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini, saya memperoleh banyak faedah, pengalaman dan pengetahuan. Tugasan ini telah menguji kecekapan saya dalam mengemukakan fakta, buah fikiran dan pandangan dengan menggunakan bahasa yang tepat, tersusun dan kemas. Segala pengetahuan yang saya peroleh dari tugasan ini akan cuba saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya hadapi pada masa depan kelak. Insyaallah. Sekian, terima kasih. Oleh : Mohd Azzriq Bin Rohaizad

12. RUJUKAN

Abdullah Hassan.(2005).Rencana Linguistik . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar.(1995).Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jensen.J.T.(1995). Morfologi Struktur Kata dalam Nahu Generatif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.(2000).Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharani Ahmad.(1993).Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz.(2008).Siri Pendidikan Guru. Buku Bahasa Melayu 1 : Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

13. LAMPIRAN

14. BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS PPISMP SEMESTER SATU AMBILAN JULAI 2008 INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR

NAMA : MOHD AZZRIQ BIN ROHAIZAD UNIT : BM / PJ / KS SEMESTER : 1 NO KAD PENGENALAN : 910202-12-5913 NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : DR. KHAIRUDDIN BIN MOHAMAD MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU 1 PERKARA YANG DIBINCANGKAN TANDA TANGAN

TARIKH

KOMEN PENSYARAH

03 Sep 2009

Penerimaan tugasan dan sedikit penerangan daripada Dr. Khairuddin Bin Mohamad

07 Sep 2009

Mendapat taklimat dengan lebih terperinci daripada pensyarah

28 Sep 2009

Cara membuat kerja kersus dengan lebih lengkap

You might also like