You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PEMAKANAN SEIMBANG KELAS-KELAS MAKANAN PIRAMID MAKANAN HURAIAN BULETIN REFLEKSI BIBLIOGRAFI

2 2-3 4 5-8 9 10 11

PEMAKANAN SEIMBANG

Pemakanan

seimbang merupakan

tabiat

memilih makanan yang

hendak

dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh mengakibatkan berlakunya penyakit kekurangan zat makanan.

KELAS-KELAS MAKANAN

Karbohidrat Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel. Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan
3

mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

HURAIAN

Dewasa ini, sama ada kita sedar atau tidak oleh kerana terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin pesat di persada dunia. Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini kita dapat menyaksikan terlalu banyak jenama makanan yang memenuhi pasaran. Tetapi pada hakikatnya, hampir semua daripadanya hanya indah khabar dari rupa. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa makanan yang kita nikmati akan membentuk fizikal, mental dan keperibadian seseorang.

Sebagaimana yang kita ketahui, makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan

masyarakat. Walaupun demikian, kita seharusnya memastikan pengambilan makanan yang seimbang mampu membawa manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan seimbang mampu menjadi faktor utama yang merangsang tumbesaran seseorang itu lebih

sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat dan kudrat tulang empat kerat yang berfungsi dengan sempurna, kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium. Begitu banyak sekali yang Islam ajarkan kepada kita tentang etika-etika makan dan minum. Semua ini dapat kita lihat melalui ayat-ayat yang Allah turunkan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.

Begitu juga dengan petikan hadis yang berbunyi, Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit jelas menyatakan bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam hidup. Tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas membolehkan seseorang manusia itu mampu melunaskan amanah yang terpikul di pundak mereka dengan begitu lancar dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting bukan sahaja untuk tumbesaran fizikal manusia malahan turut menjadi agen penggerak yang paling efektif bagi memastikan kesejahteraan berkekalan.

Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, kepentingan pemakanan seimbang yang menunjangi perkembangan mental seseorang. Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu dan mengalami pelbagai kemudaratan. Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber vitamin c dan zat yang penting, mereka akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan persis cogan kata badan sihat otak cerdas.

Kita mengakui hakikat bahawa, pemakanan seimbang juga dapat membekalkan vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Vitamin ini sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan hormon. Keseimbangan vitamin ini turut mengandungi antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang digelar sebagai radikal bebas. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan,

sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.

Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat.

Populasi warga emas lebih terdedah kepada banyak risiko kesihatan disebabkan oleh kekurangan nutrien dalam pemakanan mereka. Perubahan fisiologi, psikologi dan ekonomi semasa peringkat ini boleh menyumbang kepada pemakanan yang kurang sihat. Ini boleh menjurus kepada keadaan seperti malnutrisi, kurang zat makanan dan berlebihan zat makanan.Malnutrisi ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau nutrien yang tidak mencukupi. Kurang zat makanan pula merujuk kepada keadaan di mana penyerapan nutrien adalah rendah atau kehilangan nutrien yang berlebihan.Berlebihan zat makanan adalah disebabkan oleh akibat berlebihan makan atau pengambilan nutrien yang berlebihan.

Kekurangan zat makanan membunuh hampir 6 juta kanak-kanak setahun terutama di negara membangun meskipun ada pelbagai cara dilakukan bagi membaiki tahap makanan berkhasiat di seluruh dunia.

Menurut laporan Biro Rujukan Populasi yang berpangkalan di Washington, ketika negara berpendapatan rendah dan sederhana menjadi sasaran utama masalah kekurangan zat makanan, isu ini sebenarnya turut menjejaskan sesetengah negara maju.

Data populasi dunia 2007 yang dikeluarkan berserta dua laporan susulan menunjukkan angka terbaru masalah kekurangan zat makanan berdasarkan demografi, kesihatan dan data alam sekitar di semua negara.
7

Menurut laporan itu, kekurangan zat makanan ketika kehamilan dan tahun-tahun awal kehidupan bayi menyebabkan kerosakan mental dan fizikal yang serius.

Presiden Biro Rujukan Populasi, Bill Butz, berkata orang ramai kebanyakannya tidak mempedulikan jumlah kematian di kalangan kanak-kanak kerana kekurangan zat makanan. Ini kerana ia dianggap tidak membunuh kanak-kanak itu secara langsung seperti juga pneumonia dan cirit birit.

Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua merancang program pemulihan kesihatan.

REFLEKSI

Assalamualaikum saya ucpakan bagi pembuka kata refleksi tugasan PJK ini. Saya Edi Harianto Suyadi sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya laksanakan. Semua ini tidak akan berlaku jika, rakan-rakan, barisan pensyarah tidak member galakan, dorongan dan bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Sebelum memulakan tugasan ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah seperti kurang pengetahuan tentang makanan seimbang. Saya sungguh beruntung kerana pada zaman ini, terlalu banyak maklumat mengenai makanan seimbang yang boleh didapati melalui bahan bacaan samada surat khabar, majalah mahupun internet. Secara kesimpulannya, tugasan ini membantu saya lebih memahami tentang makanan seimbang, kepentingan dan kesan daripadanya.

BIBLIOGRAFI

Verplanken, B., & Faes, S. (1999). Good intentions, bad habits, and effects of forming implementation intentions on healthy eating. European Journal of Social Psychology, 29(56), 591-604.

Sanders-Phillips, K. (1994). Correlates of healthy eating habits in low-income Black women and Latinas. Preventive Medicine: An International Journal Devoted to Practice and Theory.

10

You might also like