You are on page 1of 10

1.

0 PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

1.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Beberapa program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian etnik di Malaysia sentiasa terpelihara. Antara peranan kerajaan yang kita boleh Nampak ialah penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. Peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Berikutan masalah tersebut, Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita pada ketika itu. Setelah pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Febuari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 19902004 , Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) . Bermula dari kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat yang wujud dari pelbagai kaum. Antara dasar yang dimaksudkan ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan

Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar tersebut diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideology kebangsaan. Ianya bertujuan untuk mengurangkan tindak tanduk politik yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) melalui Pelan

Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010, telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkat perpaduan dan integrasi nasional antaranya dari sudut politik. Strategi politik iaitu persefahaman dimana persetujuan yang termaktub dalam perlembagaan mengenai bentuk dan lambang-lambang negara, hak setiap kaum serta kuasa kerajaan negri dan persekutuan menjadi asas dan kerangka bagi segala usaha dalam bidang politik. Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah untuk memajukan perpaduan negara. Namun ianya hendaklah berlandaskan peruntukanperuntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan mengenai system Kerajaan Persekutuan, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dan beberapa perkara yang telah digariskan di dalam Perlembagaan. Kedua ialah strategi ekonomi dimana ianya merupakan salah satu faktor utama yang menimbulkan ketegangan antara kaum, sentimen entnosentrisme, prejudis, tanggapan negatif antara kaum dan sebagainya ialah ianya menunjukkan bahawa kedudukan taraf sosioekonomi masyarakat tersebut antara kaum adalah tidak seimbang. Masalah sebegini dirumitkan lagi dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi mengikut kaum. Oleh yang demikian, antara objektif utama ke arah keseimbangan taraf sosioekonomi serta mengurangkan pengenalan kaum dengan kegiatan ekonomi yang tertentu sepertimana yang telah dilakukan ketika di zaman pemerintahan British suatu ketika dulu. Beberapa perkara penting hendaklah diambil kira antaranya pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Penjelasan haruslah dilaksanakan supaya tiada wujudnya salah tanggapan dan sekaligus mampu diperbetulkan dan apa-apa perasaan tidak puas hati dapat dibendung. Selain itu program untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum serta sektor swasta akan terus digalakkan memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan usaha mengurangkan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi tertentu. Ketiga dengan merangka strategi pendidikan dimana dengan menganggap system pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membina

jati diri nasional. Beberapa perkara telah dititikberatkan antaranya ialah menggalakkan wujudnya system persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat university yang menggunakan satu bahasa perantaraan iaitu Bahasa Kebangsaan juga merupakan bahasa rasmi yang telah termaktub di dalam Perlembagaan serta penyeragaman kurikulum dan kokurikulum dan menggunakan satu jenis peperiksaan serta pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Selain itu dengan menjadikan bahasa kaum-kaum uatam yang lain sebagai subjek pilihan di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Seperti yang dilihat pada masa kini, kewujudan sekolah mengikut kaum-kaum terbesar di Malaysia seperti sekolah kebangsaan biasa mahupun agama, sekolah jenis kebangsaan semakin membiak seperti cendawan tumbuh dan kerajaan khuatir akan wujudnya atau timbulnya perbandingan dan diikuti ketidakpuasan hati sesama kita, maka kerajaan telah mengambil beberapa langkah dimana kesemua ini disatukan dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, perkhemahan dan sebagainya. Selain

itu,antara inisiatif yang kita dapat lihat pada masa kini ialah kewujudan sekolah wawasan dimana tiga buah jenis sekolah (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil) berkongsi kemudahan yang disediakan seperti perpustakaan dan sebagainya. Selain itu, antara strategi yang di letak dengan menekankan pengajaran dan pembelajaran sejarah terutama sejarah mengenai jatuh bangunnya serta puncapuncanya mengenai Malaysia. Secara tidak langsung, penerapan nilai-nilai murni seperti sikap kesejahteraan, bertolak ansur dan bekerjasama disamping saling hormatmenghormati antara satu sama lain. Selain itu para pelajar juga didedahkan dengan adat resam serta kepercayaan bagi kaum-kaum yang lain. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendokong kepada pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai ini termasuk sikap kesejahteraan, bertolak ansur dan saling hormat-menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan cinta akan negara serta pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan sepanjang hayat merupakan program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak diluar sistem pendidikan formal, juga boleh memainkan

peranan yang penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional. Bagi mencapai tujuan ini, usaha dapat dilakukan untuk memastikan supaya unsur-unsur perpaduan diserapkan ke dalam kurikulum dan kokurikulum serta programprogram pendidikan yang tidak formal yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Keempat ialah strategi penggunaan Bahasa Kebangsaan dimana penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum pelbagai agama, bangsa dan budaya. Usaha ini membolehkan semua kaum mampu berkomunikasi diakalangan mereka dengan menggunakan satu bahasa yang sudah semestinya difahami oleh semua lapisan masyarakat. Perlembagaan Malaysia juga telah memperuntukkan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan pelbagai usaha akan giat diperjalankan antaranya seperti Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. Tujuan utama pelaksanaan memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Manakala tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Rasional pelaksanaannya ialah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an dan Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu. Antara langkah lain lagi untuk memartabatkan Bahasa Malaysia ialah dengan menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. Sejak akhir-akhir ini, jabatan-jabatan kerajaan

lebih gemar memilih Bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan Bahasa Malaysia di peringkat sejak sekolah dikalangan anak muda yang juga merupakan generasi baru yang bakal mentadbir negara suatu hari nanti. Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini. Tambahan lagi kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dipandang remeh berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan isu perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1 Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh dan teguh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik. Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia dalam sanubari masyarakat kini, Dewan Bahasa dan Pustaka harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum terhadap keindahan Bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi

memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat. Seterusnya ialah strategi yang kelima iaitu agama dimana semua rakyat Malaysia bebas menganut agama masing-masing dan mengamalkan agama serta kepercayaan mereka masing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam

Perlembagaan dan Rukun Negara. Ianya untuk memelihara suasana yang harmonis antara berbilang kaum, agama dan kepercayaan bagi setiap masyarakat serta bersikap akomodatif serta hormat-menghormati antara satu sama lain. Berbanding dengan strategi keenam iaitu kebudayaan dimana kebudayaan nasional dibentuk berpandukan kepada tiga prinsip iaitu Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu. Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.Kebudayaan r akyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dimana Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan sebagainya Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan dimana Peringkat tertinggi sepatutnya

menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Peringkat kedua menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam. Pelbagai usaha dan langkah-langkah diambil dalam mengintegrasikan keduadua wilayah ini antaranya penambaikan system perhubungan kebangsaan dan pengangkutan dimana perluasan system radio dan televisyen nasional, penubuhan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dikedua-dua negeri dan program lawatan para pemimpin masyarakat. Seterusnya strategi keselamatan dimana ianya bertujuan untuk memelihara dan menegakkan perpaduan negara yang akan memainkan peranan

penting dalam strategi perpaduan negara selagi perpaduan negara belum mencapai tahap yang benar-benar stabil dan berkekalan. Strategi perpaduan keselamatan mempunyai dua aspek iaitu pencegahan dan pemulihan dimana pencegahan melibatkan usaha-usaha mencegah daripada berlakunya ancaman kepada

keselamatan negara mahupun ketenteraman awam manakala pemulihan ialah satu usaha untuk menenteramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik. Terdapat beberapa lagi strategi yang dirancang dan dicadang untuk

mengekalkan perpaduan antara lainnya ialah strategi pembangunan kawasan dimana sesuatu kawasan perumahan misalnya memilki penduduk yang berbilang kaum. Untuk

menjaga kebajikan setiap kaum agar tidak timbulnya isu perkauman yang menyentuh sentiman-sentiman budaya dan agama, maka diwujudkan Jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga dan pengnganjuran pelbagai aktiviti melibat semua penduduk seperti rumah terbuka. Ianya merupakan peranan masyarakat itu sendiri agar perpaduan diantara rakyat dapat dijaga dengan baik. Begitu juga dengan strategi penggunaan tenaga manusia dan juga media massa. Dalam strategi penggunaan tenaga manusia dimana pihak kerajaan cuba memecahkan tradisi ekonomi Dasar Pecah Perintah. Antara cara yang telah dilakukan ialah memastikan majikan tidak mementingkan kaumnya sendiri tetapi setiap perlantikan jawatan haruslah melalui proses yang betul serta adil. Namun demikian, sepertimana yang kita lihat, amalan utamakan kaum masih diamalkan walaupun telah dicegah dan dilarang. Adakalanya kita dapat lihat disesebuah pasaraya mahupun syarikat dimana rata-rata hanya satu kaum sahaja yang berada diatas dan bila ditanya mengapa tiada kaum lain, maka jawapan yang diberi ialah malas. Disitu dapat dilihat adanya masalah perpaduan yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dari segi media massa pula dimana perkembangan media elektronik mampu menggabungkan hampir semua rakyat Malaysia. Namun kemasukan majalah-majalah asing yang mampu menggangu gugat keamanan negara seringkali terjadi. Maka kerajaan telah cuba memastikan bahawa kegiatan ini dapat dibendung dengan kewujudan Akta Cetak dan Mesin Cetak serta Akta hasutan dan ianya akan terus diguna pakai. Beberapa strategi yang dirancang yang hampir sama dengan peranan masyarakat dan sememangnya setiap strategi itu dijalankan sendiri oleh maysarakat itu sendiri. Antara lain ialah strategi kesukanan dimana antara contoh yang paling dekat ialah 1 Murid 1 Sukan serta. Strategi Pemasyarakatan Perpaduan serta strategi pertubuhan sukarela dibahawa pembentukan konsep perpaduan yang diperkenal pada tahun 1998 serta mengikut jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga serta persatuan-persatuan penduduk yang digunakan sebanyak mungkin. Strategi

penyelidikan dan penerbitan bahan bacaan sama seperti strategi media massa dimana mereka akan memperbanyakkan penyelidikan mengenai perpaduan serta integrasi nasional. Ianya bertujuan untuk mengetahui pola penyusunan perhubungan antara kaum. Begitu juga dengan strategi pemantauan isu-isu semasa dan konflik dimana

setiap pihak harus cakna dengan segala isu yang timbul bagi mengelakkan terjadinya semula tragedi berdarah yang menimpa kita lebih empat dekad yang lalu iaitu tragedi rusuhan kaum 13 mei 1969. Strategi penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) ditubuhkan bertujuan untuk membincangkan isu-isu perpaduan dan integrasi nasional. Sebagai badan yang bertanggungjawab dalam membincangkan isu-isu perpaduan, mereka sekaligus bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-agensi lain dan seterusnya

bertanggungjawab dalam menasihati, melapor dan mendapat persetujuan dari Jemaah Menteri dan parlimen mengenai apa-apa juga isu yang berkaitan dengan isu yang bersangkut dengan perpaduan dan integrasi nasional. Manakala strategi program dan aktiviti perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu dan ianya termasuk kanak-kanak prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, pekerja kerajaan dan swasta serta anggota komuniti seperti belia, wanita, orang kurang upaya dan orang ramai yang membawa akan membawa perubahan perlakuan termasuklah mengenai pengetahuan, sikap dan juga kemahiran tentang perpaduan antara kaum. Diperingkat sekolah seperti perkhemahan dimana dapat dilihat dari segi aktiviti kurikulum mahupun ko-kurikulum dan manakala di pengajian tinggi dimana pencampuran dalam suatu kos yang dipilih dan pelbagai lagi aktiviti yang melibatkan percampuran etnik yang jelas terlihat. Manakala dalam rancangan atau cadangan bagi strategi-strategi lain yang dicadangkan untuk memantapkan perpaduan dan integrasi ialah dengan mewujudkan latihan dalam komunikasi antara budaya, mewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaan,

menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia dan penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia.

1.2 Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khimat Negara (PLKN) dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 2004. Ianya merupakan kursus wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Kandungan program ini terbahagia kepada dua komponen, iaitu 30% latihan ala tentera dan 70% kemasyarakatan. Ianya bertujuan menanam semangat patriotism dalam kalangan generasi muda untuk memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional serta membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat sukarelawan dan melahirkan generasi muda yang cerdas, cergas dan penuh yakin. Program Latihan Khidmat Negara atau nama singkatannya PLKN ini

dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisplin yang merangkumi empat modul iaitu modul fizikal dimana ianya melibatkan aktiviti kawd, merempuh halangan, merentas desa, dan kembara hutan. Kedua ialah modul kenegaraan yang melibatkan pengetahuan tentang pembinaan negara dan yang modul yang ketiga ialah modul pembinaan karakter iaitu penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal. Modul yang keempat ialah modul khidmat komuniti dimana ianya merangkumi aktiviti gotong-royong, pembersihan, dan yang seumpamanya. Program Latihan Khidmat Negara membantu membina ketahanan mental dan fizikal yang kukuh dalam kalangan remaja. Dalam tempoh tiga bulan latihan tersebut, pelbagai aktiviti berkumpulan seperti mendaki bukit, berkhemah, latihan lasak dan sebagainya dijalankan. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan kekuatan mental dan fizikal remaja yang mengikuti progam ini. Aktiviti terancang tersebut turut membantu membina semangat dan keyakinan mereka dalam menghadapi cabaran hidup. Selain itu, program Latihan Khidmat nageara memainkan peranan penting dalam mewujudkan integrasi nasional. Kesemua aktiviti progam itu memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar kehidupan untuk saling berinteraksi. Sepanjang tempoh latihan tersebut, peserta dilatih bergontong-royong, bermuafakat, bertoleransi

dan lain-lain. Oleh yang demikian, perpaduan kaum mudah tercapai khususnya di negara yang berbilang kaum ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara ini turut menimbulkan beberapa masalah. Pertama, program ini melibatkan kos yang amat tinggi. kerajaan terpaksa membelanjakan tidak kurang daripada RM500 juta setiap tahun untuk menjayakan progam ini. Kos ini diperlukan untuk menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti tempat penginapan, makan minum, rawatan perubatan, pengangkutan, kelengkapan dan peralatan, abyaran elaun jurulatih dan lain-lain. Di samping itu, kerajaan juga harus menangani masalah teknikal seperti terdapat remaja yang mengingkari program latihan tersebut. sehingga kini, tidak kurang daripada 4300 remaja yang tidak melaporkan diri untuk mengikuti progam tersebut. Kerajaan terpaksa berusaha mengesan dan mendakwa mereka di mahkamah. Hal ini membazirkan masa dan kos. Terdapat juga ibu bapa yang kurang peka dan kurang memahami hasrat murni program ini sehingga mereka memandang remeh terhadap program tersebut dan tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya untuk menjayakan program tersebut. Sebenarnya Program Latihan Khidmat Negara amat penting dalam konteks pembangunan masyarakat dan negara. Progam ini harus mendapat sokongan semua pihak.

You might also like