You are on page 1of 7

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN ANDEK MORI (SKAM) MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 5/2013
Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran (Bilangan) : 7 Mac 2013 : 4.30 petang : Bilik Mesyuarat SKAM : En Abdul Halim Bin Yunus (Guru Besar SKAM) : 23/27 Ahli Mesyuarat

Turut Hadir (Jika ada) : -

1.

KATA ALU-ALUAN Pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Bahrim Mat Yaacob.

1.1 Anjakan Paradigma Pengarah Pelajaran Johor (Tn. Hj. Mohd. Nor Bin A. Ghani) 1.1.1 Tuan Pengarah meminta semua guru dapat menyahut cabaran dan seterusnya dapat merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 1.1.2 Beliau meminta semua guru dapat melahirkan pelajar yang cemerlang berdasarkan 6 aspirasi yang terdapat dalam PPPM itu. 1.1.3 Oleh itu, guru-guru perlu berubah dari segi pendekatan serta kaedah pengajaran agar dapat membentuk warganegara yang bukan sahaja cemerlang pencapaian akademiknya tetapi juga yang penting warganegara yang taat setia kepada negaranya. 1.1.4 Beliau juga berpesan agar semua guru dapat memahami dan menyahut dasardasar yang didokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Dasar MBMMBI, Dasar 1 Murid 1 Sukan, PBS, LINUS dan KSSR. 1.1.5 Untuk Head Count UPSR Negeri Johor , JPNJ telah menetapkan: Peratus lulus GPS Peratus perfect score = = = . 77.13%.

1.1.6 Oleh itu,Guru Besar meminta semua guru bekerjasama untuk memastikan UPSR SK Andek Mori bagi tahun 2013 hendaklah melepasi peratus dan GPS negeri. 1.1.7 JPNJ juga telah menetapkan KPI Ponteng sekolah-sekolah negeri Johor adalah 1.01%. Manakala KPI Disiplin adalah 0.35%. 1.1.8 Tuan Pengarah meminta guru-guru dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aktiviti sukan. Selain daripada melaksanakan Dasar 1M1S,sekolah perlu mengutamakan kepada acara sukan yang ada potensi untuk pergi jauh dan menjadi kebitaran sekolah.

1.2

PPD Pontian

Hak cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 Keluaran 03 l Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


1.2.1 Program Pemantauan Pengarah Turun Padang 2013 1.2.1.1 Pemantauan oleh Pengarah akan bermula pada 3 April dan 4 April 2013. 1.2.1.2 Tentatif Lawatan 7.30 - 8.30 pagi 8.30 8.30 - 11.30 pagi 2.00 3.00 petang Melawat sekitar kawasan sekolah Pembentangan oleh Guru Besar 2 pegawai akan memantau PdP 2 pegawai menyemak dokumen Sesi rumusan bersama semua guru. Tindakan: Semua Guru

1.2.2

Program LINUS 2.0 1.2.2.1 Guru yang mengajar tahun 1 perlulah guru Opsyen. 1.2.2.2 Penilaian LINUS hanya 2 sahaja iaitu murid Menguasai dan murid Tidak Menguasai 1.2.2.3 Tiada lagi istilah Linus Tegar dan Linus Arus Perdana. 1.2.2.4 Saringan 1: Bacaan Lisan diadakan pada 10 Mac hingga 19 April 2013 Saringan 2: Bertulis diadakan pada 21 April hingga 30 April 2013 Pengisian Data: 6 Mei hingga 17 Mei 2013 1.2.2.5 Fasilitator LINUS berpesan agar semua saringan dijalankan pada waktu PdP mata pelajaran tersebut. 1.2.2.6 Pastikan semua murid terlibat dalam saringan tersebut.

Tindakan: AJK Linus

1.2.3

PBS 1.2.3.1 SPPBS hendaklah diuruskan oleh Setiausaha Peperiksaan Awam. 1.2.3.2 Pastikan semua eviden atau hasil kerja terbaik murid disimpan di dalam fail showcase dan fail perkembangan murid. 1.2.3.3 Pengemaskinian band murid secara online hendaklah dibuat sepanjang tahun. Tindakan : AJK PBS

1.3

Amanat Pengerusi 1.3.1 Pemantauan PdP 1.3.1.1 Semua guru harus memastikan RPT yang dirancang hendaklah dirancang meliputi 42 minggu dan berdasarkan takwim sekolah. 1.3.1.2 Beliau meminta guru-guru meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam mata pelajaran yang diajar agar tidak tersalah konsep atau isi kandungan serta fakta. 1.3.1.3 Pengerusi mengharapkan guru-guru mata pelajaran wajib dapat mengajar dengan dedikasi kerana mata pelajaran ini merupakan

Hak cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 Keluaran 03 l Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


pelengkap kepada mata pelajaran teras dan dapat mencungkil bakat murid. 1.3.1.4 Terdapat guru-guru yang tidak melengkapkan maklumat-maklumat yang terdapat dalam BRM. Pastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya mendapat memo BRM daripada Guru Besar. 1.3.1.5 Semua guru perlu mempastikan headcount murid dikemaskini dan dikeluarkan sendiri oleh guru matapelajaran. 1.3.1.6 Guru Besar mengingatkan kepada semua bahawa walaupun jadual pemantauan PdP telah disediakan, tetapi beliau akan memantau mengikut keperluan untuk memastikan semua guru melaksanakan PdP dengan cemerlang pada setiap masa.

Tindakan : SEMUA GURU

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 4/2013 Dicadang untuk disahkan oleh Pn Noor Hadilawati binti Basari. Disokong untuk pengesahan oleh Pn Zalehah binti Mohamed.

3.

PERKARA BERBANGKIT 3.1 Para 3.1. Program Mentor-Mentee 3.1.1 Program mentor-mentee akan mengutamakan murid tahun 6. 3.1.2 Jadual dan surat pelantikan sudah disediakan dan menunggu pengesahan daripada Guru Besar dan akan diedarkan dalam masa terdekat. Tindakan: Pn Darmi

3.2

Para 3.33 Buku Rekod mengajar 3.2.1 Guru Besar berasa dukacita kerana masih terdapat guru yang menghantar Buku Rekod selepas jam 8.30 pagi pada hari Isnin. 3.2.2 Beliau meminta semua guru akur kepada arahanseperti dalam Buku Arahan Tetap Guru Besar yang telah diberikan pada mesyuarat pertama. Tindakan: Semua Guru

3.3

Para 3.4 Mesyuarat Panitia 3.3.1 Semua panitia mata pelajaran diminta menguruskan panitia dengan lebih cekap. Semua fail panitia hendaklah dikemaskini sebelum cuti sekolah bulan Mac. Tindakan: Guru Panitia

3.4

Para 3.5 Buku Daftar Kedatangan Murid 3.4.1 GPK HEM (Cikgu Darmi) memaklumkan ada guru kelas yang belum melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam buku itu. Guru kelas berkenaan diingatkan agar dapat melengkapkannya.

Hak cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 Keluaran 03 l Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


3.4.2 Murid yang terlibat dalam permainan sukan perlu masuk ke kelas masing-masing dahulu untuk diambil kedatangan mereka. Tindakan: Guru Kelas

3.5

Para 3.7 Bilik-bilik Khas 3.5.1 Guru yang bertanggungjawab terhadap bilik-bilik khas diminta menceriakan bilik tersebut termasuklah bilik-bilik darjah yang lain. 3.5.2 Guru Besar meminta agar bilik darjah tidak dipasangkan langsir kerana bilik darjah yang kondusif memerlukan sistem pengcahayaan dan pengudaraan yang cekap. 3.5.3 Cikgu Saniah memaklumkan terdapat lebihan tikar getah di tahun 1 dan guru yang berhajat boleh mengambilnya. Tindakan: Guru Kelas dan Guru Bilik Khas

3.6

Para 3.11 SAP/SPPBS 3.7.1 Setiausaha SPPBS (Cigu Helmihusnarita) memaklumkan semua guru telah didaftarkan dalam system SAP dan SPPBS kecuali Ustaz Bahrim. 3.7.2 Beliau meminta Ustaz Baharim agar menghubungi sekolah lamanya untuk memadamkan datanya dari sekolah lama. Tindakan: Ustaz Baharim Para 4.1 Mesin Thumb Print 3.7.1 Guru-guru diingatkan agar mendaftar kehadiran secara manual di pejabat pada setiap pagi dan waktu pulang. 3.7.2 Guru yang ingin memohon CRK, diminta merancang dengan betul dan perlu memaklumkan sehari sebelum hari yang diminta supaya jadual menggantikan guru tersebut dapat dibuat oleh GPK 1. Tindakan: Semua guru

3.7

4.

FOKUS MESYUARAT 4.1 Postmortem Majlis Sambutan Maulidurrasul 2013 4.1.1 Ustaz Firdaus mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua guru dalam menjayakan Program Maulidul Rasul dan Mesyuarat PIBG 2013 . 4.1.2 Beliau memaklumkan semua perbelanjaan telah dibayar menggunakan Wang Yuran Khas (Aktiviti Pendidikan Islam), sumbangan PIBG dan juga orang perseorangan. 4.1.3 Cikgu Mastura mencadangkan pada majlis yang akan datang, penceramahnya perlu menyampaikan ceramah yang disasarkan kepada murid-murid sahaja. Biar sedikit tapi ilmunya dapat dimanfaatkan oleh murid-murid. 4.1.4 Pengerusi menerangkan bahawa penceramah yang diundang oleh PIBG telah diminta untuk menyampaikan ceramah kepada dua kumpulan sasaran iaitu murid dan ibu bapa kerana Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini bergabung Mesyuarat Agung PIBG. Oleh itu kaedahnya rencam sahaja. Makluman dan Tindakan Panitia Agama Islam

Hak cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 Keluaran 03 l Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


4.2 Postmortem Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Zon Kukup 2013 4.2.1 GPK Kokurikulum (Cikgu Mudzakir bin Kijan) mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Sukan dan Balapan Zon Kukup. 4.2.2 Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan iaitu: 4.2.2.1 Semasa kejohanan berlansung, perlu arahkan atlet berada di khemah masing-masing atau di padang sahaja. Tidak perlu berada di dewan. 4.2.2.2 Melantik guru untuk mengawal pergerakan QuaterMaster yang dipilih di kalangan murid 4.2.2.3 Kedudukan khemah perlu diubah agar tidak mengganggu pemandangan para penonton yang hadir yang tidak sesuai. 4.2.2.4 Bayaran untuk pekerja pembersihan perlu dikenakan kepada sekolah lain yang ingin menggunakan padang sekolah. 4.2.3 Pencapaian Atlet SKAM 4.2.3.1 Pada tahun ini, atlet SKAM telah menduduki tempat ketiga daripada 19 buah sekolah yang mengambil bahagian. 4.2.3.2 Cikgu Helmehusnarita meminta agar pada masa yang akan datang, GPK Kokurikulum menyediakan jadual latihan wakil sekolah agar semua guru terutamanya guru-guru lelaki dapat bersama-sama melatih atlit sekolah. 4.2.3.3 Beliau juga meminta agar latihan bola sepak yang dikendalikan oleh jurulatih luar dapat dikawal agar tidak mengganggu latihan olahraga. 4.2.3.4 Beliau menegaskan jika ingin melihat SKAM menjuarai kejohanan ini seperti yang telah dicapai pada tahun 2011, semua guru perlu memberi kerjasama untuk melatih dan memberi perhatian kepada keperluan atlet sekolah. 4.2.3 Perbelanjaan untuk kejohanan ini tidak dapat dilaporkan kerana pihak sekolah juga terpaksa menanggung perbelanjaan atlet Zon Kukup ke kejohanan peringkat daerah Pontian pada 18-22 Mac 2013 nanti.

Tindakan: AJK Pembangunan Sukan Sekolah

4.3

Postmortem Pertandingan Bola Sepak MSSM Zon Kukup. 4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Pasukan Bola Sepak SKAM telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. 4.3.2 Seramai 4 orang pemain SKAM telah dipilih menganggotai pasukan MSSM Zon Kukup ke pertandingan peringkat daerah. 4.3.3 Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru yang terlibat . Makluman

5.

HAL-HAL LAIN 5.1 Kurikulum 5.1.1 GPK 1 (Cikgu Katijah Binti Sulaiman) mengingatkan guru-guru yang masuk mengajar agar menulis nama di dalam Buku Kawalan Bilik Darjah.

Hak cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 Keluaran 03 l Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


. 5.1.2 Beliau mengingatkan semua guru agar dapat mengemaskini maklumat di sudut panitia selepas kain latar (background) di sudut-sudut terbabit ditukar. 5.1.3 Maklumat pada papan sudut matapelajaran di dalam kelas perlu dikemaskini. Tindakan: Semua guru

5.1.4 Cikgu Helmehusnarita menerangkan jawatankuasa baru akan diwujudkan untuk Pentaksiran KSSR . Tindakan: AJK PBS

5.1.5 Mesyuarat bersetuju untuk menjalankan peperiksaan pada 19, 20 dan 21 Mac untuk murid tahap 2. Pengerusi mengingatkan soalan peperiksaan yang dibuat perlulah bermutu dan mengikut tahap murid. Tindakan: Semua guru tahap 2

5.2

Hal Ehwal Murid 5.2.1 GPK HEM( Cikgu Darmi binti Goro) telah menyediakan pelan kecemasan sekolah untuk ditampal di dalam kelas, dan bilik-bilik khas. 5.2.2 Cikgu Noor Hadilawati memaklumkan bahawa terdapat tambahan matapelajaran baru bagi murid tahun 4 untuk tahun 2014 seperti matapelajaran sejarah. Senarai matapelajaran baru akan diberikan kepada pihak pengurusan untuk dibuat perancangan untuk tahun hadapan. Makluman

5.3

Kokurikulum 5.3.1 Pengerusi mencadangkan agar agar profil murid khususnya sukan dan permainan untuk murid tahun 6 dikemaskini untuk memudahkan pengurusan ke sekolah menengah. 5.3.2 GPK Kokurikulum (Cikgu Mudzakir bin Kijan) meminta semua guru melengkapkan buku laporan sukan dan permainan, kelab dan persatuan. Tindakan: Guru kelab, sukan dan permainan; dan persatuan

5.4

Latihan Dalam Perkhidmatan 5.4.1 Semua guru diminta mengisi kad biru jika guru menghadiri taklimat atau kursus. 5.4.2 Mohon semua guru mengisi data dalam e-SPLG sebelum 15 Mac 2013. Tindakan: Semua guru

5.5

Buku Laporan Guru Bertugas. 5.5.1 Pengerusi meminta guru bertugas mingguan bertugas mengisi buku laporan bertugas dengan tepat. Tindakan: Guru bertugas Mingguan

Hak cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 Keluaran 03 l Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


5.6 Cikgu Shahril memohon untuk melaksanakan program SEGAK pada Sabtu 9 Mac 2013. Pengerusi dan En Mudzakir bersetuju dan meminta semua guru membantu program pada hari Sabtu tersebut. Tindakan: Semua Guru

5.7

Pn Mastura memaklumkan bahawa Pertandingan Petanque Pendidikan Khas akan diadakan pada 21 Mac dan Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Pendidikan Khas Daerah akan diadakan di SK Andek Mori pada 3 dan 4 April 2013. Tindakan: Semua Guru Pendidikan Khas

PENUTUP a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Majlis/ ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat berikutnya akan diberitahu kelak. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh, (NOOR HADILAWATI BASARI) Setiausaha ke 2 Mesyuarat Tarikh : 7 Mac 2013

Disemak Oleh: .. (ABDUL HALIM BIN YUNUS) Pengerusi Mesyuarat Tarikh:

Hak cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 Keluaran 03 l Pindaan 00

You might also like