You are on page 1of 5

PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH (PRODS) 2012 KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) SEKOLAH

KEBANGSAAN SUNGAI MAONG HILIR KUCHING, SARAWAK

CADANGAN KERTAS KERJA ANJURAN TARIKH MASA TEMPAT PESERTA

: Program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) : Barisan Pentadbiran SK Sg Maong Hilir Kuching : 01 Mac 2012 (Khamis) : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari : Sekolah Kebangsaan Paon Temaga, Lundu Sarawak : 20 orang guru, 6 orang staf dan 10 murid terpilih SKSMH

1.0

PENGENALAN

Program Lawatan Penanda Aras ke sekolah berprestasi tinggi merupakan salah satu daripada perancangan strategik sekolah di bawah Program PRODS. Inisiatif ini juga adalah terjemahan kepada usaha mentransformasikan sekolah menuju kecemerlangan menjelang 2015 selari dengan School Improvement Programme. Program yang melibatkan semua guru ini berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru merupakan pembina generasi serta role model kepada masyarakat. Justeru untuk merealisasikan hasrat tersebut, insan guru perlu mempunyai daya fikir dan daya saing yang tinggi setanding penghormatan yang diberikan masyarakat kepada mereka. Penglibatan staf sekolah dan murid-murid pula adalah manifestasi terhadap keyakinan bahawa mereka turut memainkan peranan yang penting dalam mencapai kecemerlangan organisasi. Melalui aktiviti yang dirancang diharapkan semua peserta dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh untuk meningkatkan motivasi, membangunkan diri dan mengatur langkah dalam mencapai visi sekolah.

2.0

MATLAMAT

Program Lawatan Penanda Aras berfokus kepada mendedahkan peserta kepada model pengurusan sekolah yang cemerlang. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang serta hubungan sekolah dengan komuniti dalam mencapai hasrat bersama. Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

3.0

OBJEKTIF

Melalui Lawatan Penanda Aras ini, diharapkan peserta akan dapat : 1. Memahami dan mengenalpasti cirri-ciri pengurusan sekolah yang berkesan. 2. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian. 3. Memahami dan melihat sendiri bagaimana komuniti setempat berperanan dalam membantu kecemerlangan sekolah. 4. Didedahkan dengan keperluan untuk berdaya saing dan memajukan diri dalam menghadapi transformasi dalam dunia pendidikan.

4.0

SINOPSIS

Program ini mencakupi tiga aspek iaitu lawatan penanda aras, sesi perkongsian dan sidang pleno. Lawatan Penanda Aras akan diadakan selama dua jam meliputi kemudahan fizikal sekolah, bilik-bilik khas dan pengurusan pejabat. Ini diikuti dengan sesi perkongsian selama satu jam bersama barisan pentadbiran SK Paon Temaga, terutamanya tentang pengalaman menangani transfomasi serta isu-isu dalam pendidikan. Di akhir program , peserta akan berkongsi dapatan dalam sidang pleno yang akan dikendalikan bersama oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran SKSMH.

5.0

TEMA

SKSMH Ke Arah Kecemerlangan

6.0

TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM Berkumpul di sekolah Bertolak ke SK Paon Temaga Lundu (car pool) Tiba di SK Paon Temaga Lundu Mendengar taklimat ringkas daripada Guru Besar SK Paon Temaga Lawatan Penanda Aras Sesi perkongsian dengan pentadbiran SK Paon Temaga Penyampaian cenderamata kepada tuan rumah Pengendalian Sidang Pleno Berrtolak balik ke sekolah

6.40 pagi 7.00 pagi 8.00 pagi

10.00 pagi 11.00 pagi 12.00 tengah hari

7.0

AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM

PENGURUS PROGRAM Nur Sheila Nair Abdullah (GB)

TIMBALAN PENGURUS Kartini Mahli (GPK Pent)

NAIB PENGURUS 1 Salbiah Tegak (GPK HEM)

NAIB PENGURUS 2 Hashimah Adenan (GPK KK)

SETIAUSAHA 1 Wan Nur Amani Mohamed

SETIAUSAHA 2 Siti Azimah

BENDAHARI Dyg Ruziah Awg Sallam Fadilah Bujang

PENGANGKUTAN Mat Saat Kassim Muntabey Mandes

PERALATAN Mohd Faizal Jahari Hj Hamidon

DOKUMENTASI Mohd Shaddi Julia Baki

PERSEGARAN Yakaha Ahmad Shjeli Siti Fatimah Saufee

KEBAJIKAN & KESELAMATAN Maziah Bujang Sophia Metom

CENDERAMATA Mari Beran Ho Young Jing

LAPORAN Nurul Aimi Rusli Susanna Thong

PUBLISITI Sharifah Sabariah Siti Habibah Abdullah

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

ITEM

HARGA SEUNIT -

KUANTITI -

JUMLAH (RM) 50

JUMLAH BESAR (RM) 50 100 100 250

1 2 3

Pengurusan Cenderamata Persegaran (refreshment) 100 100 2 26

100 100

9.0

PENUTUP

Program Lawatan Penanda Aras ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada peserta tentang pengurusan sekolah cemerlang. Program ini juga diharapkan dapat mempertingkatkan motivasi peserta melalui pengamatan budaya kerja berkesan. Harapan besar penganjuran aktiviti sebegini adalah supaya peserta terutamanya guru serta staf, sentiasa berusaha membangunkan diri selaras dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan sumber manusia yang berpesonaliti unggul serta memiliki kualiti profesionalisme yang tinggi.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(KARTINI MAHLI) Penolong Kanan Pentadbiran

.. (NUR SHEILA NAIR ABDULLAH) Guru Besar

You might also like