You are on page 1of 9

Cara menjahit kancing

Butang lubang butang dua/empat - Butang boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk. - Butang diperbuat daripada plastik, logam, tulang, kayu dan lain-lain lagi. - Terdapat beberapa jenis butang iaitu butang berlubang dua, butang berlubang empat dan butang bertangkai

Butang dan lubang butang - Butang dan lubang hanya dijahit selepas belah pakaian itu siap atau apabila pakaian itu siap. - Dijahit di atas dua lapisan fabrik. - Kancing ini tegu, kemas dan tahan lasak jika dijahit dengan baik. - Ia digunakan pada semua jenis pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga. - Butang dijahit selepas lubang butang telah siap kerana kedudukannya boleh diubahubahkan supaya sesuai dengan rumah butangnya. - Terdapat dua jenis lubang butang iaitu lubang butang berjahit dan lubang butang berkun - Lubang butang boleh dijahitkan melintang atau menegak.

Perkara-perkara yang harus diingatkan apabila menjahit lubang butang. - Lubang butang selalu dijahit pada 2 lapisan fabrik. - Jika lubang butang mesti dijahit pada selapis kain, kukuhkan sebelah dalamya dengan sehelai kain pengukuh, pita atau reben. - Semua mata jahitan hendaklah sama panjang dan sesuai dengan jenis kain yang digunakan iaitu mata jahitan yang kecil dan halus pada kain yang nipis. - Berlatihlah menjahit jahitan lubang butang sebelum menjahit pada pakaian sebenar. - Selalu menjahit dari bahagian bawah pakaian menghala ke atas. - Gunting lubang butang satu per satu dan sudahkan satu lubang dahulu sebelum menebuk lubang yang lain untuk mengelakkan tepinya daripada berbulu.

Langkah-langkah menjahit lubang butang

Langkah 1 Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti

Langkah 2 Ukuran lubang butang Ukuran garis pusat butang + 3mm (1/8 inci) Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada kedua-dua belah lubang butang

Langkah 3

Gunting lubang butang mengikut urat benang Lubang butang boleh digunting dengan : Sepasang gunting kecil yang tajam.

Langkah 4 Mulakan menjahit dari hujung segi empat dengan menyusupkan jarum di antara 2 lapisan kain. Masukkan jarum dihujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam kain garisan jelunjur halus. Jarum hendaklah tegak dan menghala ke arah penjahit. Tarikkan kedua-dua benang dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah jarum Tarik benang ke atas sehinggan simpul terjadi.

Langkah 5 Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat. Pada hujung yang bulat, jahitkan 7atau 9 mata jahitan lilit kemas

Langkah 6 Pusingkan kain supaya sebelah lubang yang belum dijahit terletak berdekatan dengan penjahit. Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segi empat

Langkah 7 Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segi empat, masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang akhir. Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segi empat

Langkah 8 Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segi empat. Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam

baju

Langkah 9

Lubang butang melintang yang telah siap

Contoh-contoh jahitan butang empat lubang

Langkah-langkah menjahit butang berlubang dua Langkah 1 Mulakan jahitan dengan jahitan kia pada butang Masukkan jarum elalui satu daripada lubang butang Langkah 2 Letakkan jarum melalui satu daripada lubang pada butang. Masukkan jarum pada lubang butang kedua menembusi belakang fabrik. Ulang jahitan/ teruskan sehingga kukuh. Langkah 3

Tanggalkan jarum peniti. Keluarkan jarum di antara fabrik dan butang. Lilitkan benang di keliling tangkai yang berbentuk Keluarkan jarum ke belakang fabrik. Matikan jahitan dengan jahitan kia. Butang berlubang dua

Butang yang mempunyai dua lubang untuk dijahit pada pakaian Diperbuat daripada plastik atau besi

Butang bertangkai Mulakan dengan jahit kia pada tempat butang Terus menjahitkan butag pada fabrik melalui lubang butang sebanyak 3 atau 4 kali. Sudahkan disebelah dalam dengan jahit ulat-ulat. Ukuran lubang butang untuk butang bertangkai = lebar butang bertangkai + 6mm

Langkah-langkah menjahit cangkuk dan palang

Langkah 1 Mulakan dengan jahitan kia Jahit jahitan lilit kemas/jahitan lurus 4-5 kali Matikan dengan jahitan kia

Langkah 2 Mulakan jahitan dengan jahitan kia Masukkan jarum pada satu daripada lubang pada palang. Jahit jahitan lilit kemas 4-5 kali. Susup jarum ke lubang kedua pada palang. Teruskan proses menjahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

You might also like