You are on page 1of 26

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN


(KGT) 2008.

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM


PENGANGKUTAN DI KAWASAN TAMAN
KERAMAT DAN PERBANDINGAN
DENGAN NEGARA KANADA.

NAMA PELAJAR :
TINGKATAN :
NAMA GURU PENILAIAN:

…………………….. ……………………..

T.TANGAN MURID T.TANGAN GURU

1
TAJUK

2
SENARAI KANDUNGAN

BIL. TAJUK. MUKA


SURAT.
i Penghargaan. 4.
ii Pendahuluan. 5.
iii Objektif Kajian 6.
iv Kawasan Kajian 7 - 11.
• Peta
- peta daerah
- peta Taman Keramat
- peta perincian Taman Keramat
- peta negara Kanada

v Kaedah kajian 12.


vi Hasil Kajian 13 – 23.
• Jenis- jenis sistem pengangkutan.
• Faktor – faktor yang mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan di Taman Keramat.
• Kepentingan jaringan sistem pengangkutan.
• Kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan
terhadap alam sekitar.
• Langkah- langkah penyelesaian.
• Jadual data kajian dan grafik.
vii Rumusan 24
Lampiran 25.
viii Rujukan 28.

3
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Geografi saya,
Cikgu Pn. Hamidah binti Husin kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk
ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Pn. Rihan binti Mohd
Salleh yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini
selepas waktu persekolahan.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada kedua-dua ibu bapa
yang telah banyak berkorban untuk saya serta dorongan dan bantuan untuk menjalankan
kajian ini.

Kepada rakan-rakan, yang telah bersama-sama menbantu menjalankan kajian ini


diucapkan terima kasih, semoga kita bersama-sama berjaya dalam setiap ujian dan
peperiksaan yang dihadapi.

Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada penduduk Taman Keramat
yang sudi memberikan beberapa meklumat dan telah sudi menjadi responden saya dalam
kajian ini

4
PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar tingkatan tiga diwajibkan
menjalankan kerja kursus. Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang telah dipelajari.
Saya telah memilih tajuk “Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan di Taman Keramat
Dan Perbandingan dengan Negara Kanada.

Saya memilih kawasan ini kerana terletak berhampiran dengan rumah saya dan ia
memudahkan saya untuk menjalankan kajian. Kajian ini dijalankan selama empat minggu
dan dihasilkan secara individu.

5
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut. Objektif kajian ini
adalah untuk:

• Menyenaraikan jenis-jenis pengangkutan di Taman Keramat.


• Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan
di Taman Keramat.
• Menghuraikan kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Taman Keramat dan
Negara Kanada.
• Menyatakan dan menghuraikan kesan-kesan jaringan sistem pengangkutan di
Taman Keramat dan Negara Kanada.
• Menghuraikan langkah-langkah penyelesaian mengatasi masala yang dihadapi di
kawasan kajian dan Negara Kanada.

Ini buat dalam bentuk ayat! Diats ni isi pentng je!!

6
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Taman Keramat. Saya memilih kawasan ini kerana
kedudukan yang berhampiran dengan sekolah dan tempat tinggal saya iaitu kira-kira
0.5km. Kawasan kajian saya iaitu Taman Keramat terletak dalam daerah Gombak dan
mukim Hulu Kelang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang.

Luas kawasan Taman Keramat lebih kurang 5km persegi. Jarak dari pusat Bandar ke
Taman Keramat lebih kurang 9km.

7
PETA :

• Peta Daerah :

8
• Peta Negara Kanada :

9
• Peta Kawasan Kajian di Taman Keramat :

10
• Perincian Peta Kawasan di Taman Keramat :

11
KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah berikut :

• Pemerhatian

Saya membuat pemarhatian terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan Enggang di
Taman Keramat dari jam 4.00 petang hingga 5.30 petang selama lima hari iaitu dari hari
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat

• Rujukan

Saya telah membuat rujukan daripada buku teks Geografi, internet, Majlis Perbandaran
Ampang, guru geografi, Pn.Hamidah binti Hussin dan di perpustakaan.

12
DAPATAN KAJIAN

Jenis- jenis Sistem Pengangkutan.

Jenis- jenis sistem pengangkutan yang terdapat di Taman Keramat ialah jalan raya utama
yang menghubungkan Taman Keramat dengan Pusat Bandar, mempunyai beberapa
lorong- lorong kecil yang menghubungkan rumah- rumah penduduk Taman Keramat
dengan jalan raya yang utama, dan di sini juga terdapat Transit Aliran Ringan(LRT) yang
menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur ke kawasan kajian.

13
Faktor- faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman
Keramat.

Antara faktor- faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman


Keramat ialah:

• Bentuk Muka Bumi..


Bentuk muka bumi di Taman Keramat terdiri daripada kawasan tanah pamah yang rata.
Keadaan ini memuahkan pembinaan jaringan sistem pengangkutan iaitu jalan raya, lebuh
raya, dan jalan kereta api kerana kos pembinaan yang lebih murah dan mudah berbanding
dengan kawasan tanah tinggi. Saya rasa bersyukur dengan bentuk muka bumi yang rata
telah mempelbagaikan jaringan pengangkutan di tempat kajian saya yang membolehkan
penduduk bergerak dengan mudah dan pantas antara destinasi yang ingin dituju.

• Kegiatan Ekonomi.
Kegiatan ekonomi seperti perndustrian , perdagangan dan perkhidmatan
mempengaruhi jaringan jalan darat di kawasan Taman Keramat. Dengan
berkembangnya kegiatan ekonomi telah menyebabkan banyak jaringan jalan yang
dibina untuk memudahkan darja kertemsampaian penduduk terutama dalam
memajukan kegiatan ekonomi. Contohnya jalan raya yang padat, dan pengangkutan
moden seperti LRT yang dibina di kawasan saya telah banyak memberi kemudahan
kepada penduduk dalam kawasan kajian
Saya rasa berbangga kerana kemajuan kegiatan ekonomi secara tidak langsung dapat
membangunkan kegiatan lagi jaringan pengangkutan di tempat saya.

• Kegiatan Ekonomi.
Kemajuan teknologi dan kepakaran membolehkan kawasan kajian sesuai dibina Sistem
Transit Aliran Ringan (LRT), seperti yang menghubungkan Taman Keramat dengan pusat
Bandar. Selain itu lebuh raya bertingkat turut dibina yang menghubungkan kawasan

14
kajian dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Dengan adanya kemajuan teknologi telah memberi kemudahan kepada penduduk untuk
bergerak dengan pantas di samping dapat memberikan alternatif kepada penduduk selain
daripada menggunakan jalan raya.

• Dasar Kerajaan.
Dasar kerajaan untuk meningkatkan tahap ketersampaian telah membolehkan jalan raya
dibina di Taman Keramat. Jalan- jalan berturap juga dibina agar penduduk dapat sampai
ke tempat yang dituju atau dapat menghubungkan satu kawasan yang lain.Contohnya,
jalan raya yang utama yang menghubungkan penduduk Taman Keramat dengan pusat
bandar.
Saya berbangga tinggal di kawasan Taman Keramat kerana sistem pengangkutan yang
wujud memudahkan urusan harian penduduk di kawasan kajian saya.

15
Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan.

• Ketersampaian
Hasil pemerhatian dan rujukan menunjukkan jaringan sistem pengangkutan di Taman
Keramat mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Jalan pengangkutan ini dapat
menghubungkan kawasan kajian ini dengan bandar raya Kuala Lumpur dan bandar-
bandar yang lain. Ini dapat meningkatkan mobiliti penduduk di kawasan kajian. Sistem
pengangkutan di Malaysia dan Kanada mempunyai jaringan pengangkutan yang cekap
dan padat. Jaringan pengangkutan membolehkan pergerakan penduduk dan meningkatkan
tahap ketersampaian di kedua- dua tempat ini.
Saya bersyukurkeana kawasan ini mempunyai sistem pengangkutan yang moden dan
setanding dengan Kanada.

• Perkembangan Ekonomi.
Sistem jaringan pengangkutan dapat merangsangkan pembangunan kegiatan ekonomi,
contohnya sektor perindustrian yang ada di Taman Keramat, jeringan jalan raya dan lebuh
raya ini membolehkan hasil perindustrian dihantar ke Bandar atau pelabuhan melalui
MRR2. Di negara Kanada juga jalan raya dan lebuh raya digunakan untuk mengangkut
hasil pertanian seperti sayur- sayuran dan hasil barangan kilang yang diangkut dengan
lori kontena ke pelabuhan.
Saya bersyukur kerana jaringan pengangkutan di negara ini setanding dengan negara
maju.

16
Kesan – Kesan Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap
Alam Sekitar di Taman Keramat.

Kesan Positif:

Kesan- kesan perkembangan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan


Taman Keramat amat memuaskan dan dapat mewujudkan landskap yang menarik.
Kawasan yang asalnya terbiar telah berubah menjadi jalan raya yang berturap dan di
perindahkan dengan tanaman pokok bunga. Perubahan landskap ini telah meningkatkan
rasa cinta terhadap kawasan kajian.
Selain itu, kemajuan sistem pengangkutan mengurangkan kesesakan lalu lintas di
kawasan Taman Keramat. Contohnya pembinaan lebuh raya bertingkat dapat
mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak. Oleh yang demikian saya berasa
selesa dan bersyukur kerana tidak perlu berhadapan dengan masalah kesesakan.
Perkhidmatan LRT bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan tetapi juga dapat
mengurangkan pencemaran udara.

Kesan Negatif:

• Pencemaran Udara
Asap kenderaan telah mencemarkan udara akibat pembakaran bahan api petrol dan diesel.
Jumlah kenderaan yang tinggi di kawasan ini memberikan kesan yang lebih serius kepada
alam sekitar. Masalah ini juga turut berlaku di negara Kanada.

• Kesesakan Lalu Lintas


Jalan raya di taman keramat sering mengalami kesesakan lalu lintas terutama pada waktu
petang kerana ramai murid- murid sekolah pulang ke rumah dan waktu pulang dari
pejabat.

17
Langkah – Langkah Penyelesaian

Bagi mengurangkan masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan,


beberapa langkah perlu diambil. Antaranya ialah memasang alat catalytif converter pada
ekzos kereta. Penggunaan alat ini berupaya menukarkan gas beracun seperti Karbon
Monoksida dan Nitrogen Oksida kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti
Karbon Dioksida dan Nitrogen.

Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ialah mengadu kepada pihak yang terlibat
untuk memasang papan tanda waktu melalui jalan di Taman Keramat bagi mengelakkan
kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Taman Keramat

Sebagai negara maju Kanada turut mengambil langkah yang sama dalam usaha mengatasi
masalah yang timbul akibat daripada kepesatan jaringan pengangkutan di negara mereka.

18
Jadual Data Kajian & Grafik

Jadual 1: Jenis kenderaan yang melalui Taman Keramat dari jam 3.30 petang hingga 4.30
petang dalam tempoh lima hari.

Jenis

Hari Kereta Bas Motosikal Lori Basikal Jumlah

Isnin 16 2 13 - - 31

Selasa 7 1 11 - 2 21

Rabu 8 - 14 1 1 24

Khamis 11 1 10 1 1 24

Jumaat 42 4 48 2 4 100

19
GRAF BAR MUDAH :

Bilangan Kenderaan Dari Hari Isnin


Hingga Khamis

50
45
40
35
30
Bilangan
Kenderaan 25
20 Jenis
15 Kenderaan
10
5
0
Kereta Bas Motorsikal Lori Basikal

Jenis Kenderaan

20
Jenis Kenderaan Bilangan Peratus (%) Saiz Sudut
Kenderaan Sektor

Kereta 42 42% 151

Bas 4 4% 14

Motorsikal 48 48% 173

Lori 2 2% 7

Basikal 4 4% 14

Jumlah 100 100% 360

21
Carta Pai :

Carta Pai Bagi kenderaan yang Melalui Taman


Keramat Dari Isnin hingga Khamis

Lori Basikal
2% 4%

Kereta
42% Kereta
Motorsikal
Bas
48%
Motorsikal
Lori
Basikal
Bas
4%

22
RUMUSAN

Secara keseluruhan jaringan pengangkutan di kawasan Taman Keramat telah banyak


menyumbangkan kepada kemajuan pembangunan kawasan ini. Hasil kajian yang di
jalankan mendapati jenis pengangkutan utama di kawasan ini ialah jalan raya.
Perkembangan jaringan sistem pengangkutan di pengaruhi oleh bentuk muka bumi yang
terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Kepentingan sistem jaringan pengangkutan
ini dapat meningkatkan darjah ketersampaian dan seterusnya meningkatkan mobiliti
penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Walaupun jaringan pengangkutan ini telah mendatangkan pencemaran kesan negatif


kepada alam sekitar fizikal seperti pencemaran udara, tetapi saya amat menghargai
jaringan yang telah di sediakan oleh pihak kerajaan.

23
LAMPIRAN

24
25
26

You might also like