You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT STAF 1/2012

Tarikh : 29 Disember 2012 (Isnin) Masa : 09.00 pagi. Tempat : Kelas Tahun 4 Kehadiran : 1. En. Loran ak Setin (Guru Besar) 2. Pn. Harzemi bte Abang (PK 1 3. En. Izamri bin Mili(PK KOKU) 4. Pn. Dayang Sadiah binti Awang Rasit 5. En. Mohd Suhardi bin Rosli 6. En. Shahrizan bin Fadil 7. Pn. Juwana bte Rosli 8. En. Mohammad Amizarizal b. Rabat @ Robat 9. En. Piten ak John 10. Cik Teresa ak Neary(PPM) 11. En. Kennedy ak Jambai (Kerani) Tidak Hadir : 1. En. Christopher Wesly ak Stephen Jone 2. Cik Mastijah bte Jemali(bersebab) Agenda : 1. Kata-kata aluan Guru Besar 2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu(14.11.2011) 3. Perkara berbangkit daripada mesyuarat yang lalu 4. Jadual waktu 2012 4.1 Jadual waktu kelas 2012 4.2 Jadual waktu individu 4.3 Buku rekod persediaan mengajar 5. Panduan tugas guru/staf 6. KSSR/PBS 6.1.1 Pengurusan fail 6.1.2 Fail perkembangan murid 6.1.3 Sistem Peperiksaan Berasaskan Sekolah(SPPBS) tahun 1 7. Program Peningkatan Akademik 7.1 Analisis keputusan UPSR 2011 8. Perancangan Strategik 8.1 Kurikulum,HEM dan Ko Kurikulum 8.2 Pembahagian tugas perlaksanaan perancangan(Kur/HEM/Koku) 9. Aktiviti panitia 10. Key Performance Indicator(KPI) 2012 11. RMT 12.SBPT 13. Sistem Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) 14. Perutusan PPD(susulan mesyuarat bersama GB) 15. Hal-hal lain 15.1 Perkembangan staf KSSR 15.2 Bantuan RM100/KWAPM

1. Kata-kata Aluan Guru Besar 1.1 Guru besar memaklumkan bahawa mesyuarat ini merupakan mesyuarat staf yang pertama bagi sesi 2012 1.2 Guru besar berharap semoga tahun 2012,semua aktiviti sekolah akan berjalan dengan lancar. 1.3 Ucapan selamat datang kepada guru yang baru iaitu Cikgu Piten ak John dan Cikgu Amizarizal b. Rabat@Robat. Tindakan : Makluman 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu(30.12.2010) 2.1 Disahkan oleh : En. Izamri b. Mili 2.2 Disokong oleh : Semua yang hadir Tindakan : Makluman 3. Perkara Berbangkit 3.1 SSP sudah diisi oleh semua guru. 3.2 KSSR/PBS perlu dikemaskini secara online sebelum Januari 2012. 3.3 Berdasarkan UPSR tahun 2011,seorang murid tahun 6 iaitu Melissa telah berjaya dan diterima untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh(SMS Kuching). 3.4 Ucapan terima kasih dari guru besar kepada guru yang telah bertugas semasa pemantauan dan pengawasan sekolah semasa cuti hujung tahun. 3.5 Guru besar memberitahu bahawa kontraktor buku teks belum lagi menghantar buku teks yang baru semasa cuti sekolah. 3.6 Semua guru dikehendaki mengisi i-splg sebelum 31/12/2011. 3.7 Setiap ujian bulanan/akhir tahun,semua guru mestilah mencari kelemahan murid dan analisis kelemahan tersebut.Apa yang paling penting ialah buat penambahbaikan. Tindakan : Semua guru/Makluman 4. Jadual waktu 201 4.1 Jadual waktu kelas - Sila rujuk lampiran yang telah disediakan oleh PK1(Cikgu Harzemi) untuk perbincangan bersama. 4.2 Jadual waktu individu - Jadual masih lagi dalam penambahbaikan dan akan diserahkan semasa sesi persekolahan bermula 4.3 Buku rekod persediaan mengajar - Semua guru dikehendaki menyiapkan buku rekod persediaan mengajar pada masa cuti sekolah yang masih ada dan buku tersebut mesti dihantar pada hari pertama persekolahan. - Seperti biasa,buku rekod persediaan mengajar mesti dihantar pada hari Isnin dan Jumaat sebelum p&p bermula. Tindakan : Semua guru 5. Panduan tugas guru/staf 5.1 Buku panduan tugas guru/staf telah diberi kepada semua guru untuk rujukan semasa.Bagi guru yang baru,buku panduan tersebut akan diberi kemudian. 5.2 Semua guru/staf diminta untuk sentiasa merujuk buku tersebut untuk mengetahui tugas-tugas yang diamanahkan. Tindakan : Semua guru/staf

6. KSSR/PBS - Untuk makluman semua guru,mulai tahun 2012,kelas KSSR ada 2 kelas iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. 6.1 Pengurusan fail -Pengurusan fail hendaklah dibuat secara sistematik dan teratur kerana ia merupakan showcase sekolah. 6.2 Fail perkembangan murid - Setiap murid tahun 1 dan tahun 2 yang terlibat dengan KSSR,setiap satu fail perkembangan mereka mempunyai 11 subjek matapelajaran. 6.3 Sistem Peperiksaan Berasaskan Sekolah(SPPBS) Tahun 1 -Guru tahun 1 dikehendaki mengisi laporan SPPBS sebelum 31/12/11). Tindakan : Guru berkenaan/Makluman 7. Program Peningkatan Akademik 7.1 Analisis Keputusan UPSR 2011 - Analisis keputusan UPSR 2011 akan dibincangkan semasa mesyuarat kurikulum yang pertama. Tindakan : Semua guru/Makluman 8. Perancangan Strategik 8.1 Kurikulum,HEM dan Ko Kurikulum -Perancangan strategik perlu dibuat lebih awal.Boleh ikut perancangan yang sedia ada tetapi perlu dibuat penambahbaikan. -Perancangan strategik bagi kurikulum,HEM dan KoKurikulum mesti disiapkan sebelum 28/02/2012. 8.2 Pembahagian tugas perlaksanaan perancangan(Kur/HEM/KK) - Sila rujuk lampiran yang disediakan untuk perbincangan bersama mengenai pembahagian tugas. Tindakan : Semua guru/staf 9. Aktiviti Panatia 9.1 Setiap ketua dan ahli panatia dikehendaki berbincang untuk merancang aktiviti panatia yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012. Tindakan : Guru Panitia/Semua guru 10. Key Performance Indicator(KPI) 2010 10.1 Guru besar akan mengedar borang KPI kepada semua guru/staf dan akan disentuh semasa mesyuarat kurikulum yang pertama nanti. 10.2 KPI akan menentukan prestasi individu terutama dalam penilaian LNPT dan SBPA. Tindakan : Semua guru/staf 11. RMT 11.1 RMT akan terus dilaksanakan pada hari pertama persekolahan sehingga bulan Mac dan masih dibuat secara katering(tukang masak). Tindakan : Makluman/Cikgu Harzemi

12. SBPT 12.1 Guru besar berharap agar semua murid mendapat buku teks sebelum sesi persekolahan bermula kecuali murid tahun 2 kerana konktraktor belum menghantar buku teks ke sekolah. Tindakan : Semua guru/Guru SBPT 13. Sistem Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) 13.1 Borang SBPA telah diserahkan kepada semua guru/staf oleh kerani untuk mengisi maklumat yang diperlukan. 13.2 Borang tersebut hendaklah diisi lengkap dan diserahkan kepada kerani pada 31/12/2011. Tindakan : Semua guru/staf 14. Perutusan PPD(susulan mesyuarat bersama GB) 14.1 Guru besar membaca perutusan PPD mengenai kutipan yuran, linus(sasaran peringkat PPD 95%), disiplin/ponteng, aduan, P&P(laporan Nazir), cuti dan laporan asset yang mesti dihantar 06/01/2012. 14.2 Semua guru/staf diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap apa yang dinyatakan oleh guru besar. Tindakan : Semua guru/staf 15.Hal-hal lain - PK 1(Cikgu Harzemi) berharap agar semua guru kelas memastikan kelas mereka berada dalam keadaan yang bersih dan kemas sebelum sesi persekolahan bermula. 15.1 Perkembangan staf KSSR - Perkembangan staf KSSR untuk semua guru akan diuruskan oleh guru besar dan guru yang berkenaan. 15.2 Bantuan RM100/KWAPM - Bantuan RM100/KWAPM kepada murid yang dapat akan diuruskan oleh guru besar dalam masa terdekat.Wang tersebut akan diserahkan kepada ibubapa/waris murid. Tindakan : Semua guru/staf Oleh kerana tiada hal lain yang hendak dibincangkan,maka mesyuarat ditangguhkan pada jam 01.15 petang. Dicadangkan oleh : Pn. Juwana bte Rosli Disokong oleh : Semua yang hadir

Dicatat oleh : _______________________ (Pn. Dayang Sadiah binti Awang Rasit) Setiausaha Mesyuarat Staf

Dipengerusikan oleh : ___________________________ (En. Loran ak Setin) Guru Besar SK Temiang

You might also like