You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT STAF 4/2012

Tarikh : 07 November 2012 ( Rabu ) Masa : 11.00 pagi Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kehadiran : 1. En. Loran ak Setin (Guru Besar) 2. Pn. Harzemi bte Abang (PK 1) 3. Cik Mastijah bte Jamali (PK HEM) 4. En. Izamri bin Mili (PK KOKU) 5. Pn. Dayang Sadiah binti Awang Rasit 6. En. Mohd Suhardi bin Rosli 7. En. Shahrizan bin Fadil 8. Pn. Claire Syaria ak Eddie 9. En. Christopher Wesly ak Stephen Jone 10. En. Piten ak John 11. Pn. Juwana bte Rosli 12. En. Mohammad Amizarizal b. Rabat @ Robat 13. Ustazah Tengku Nurul Aqilah bte Tengku Abdul Rahman 14. Cik Teresa ak Neary (PPM) 15. En. Kennedy ak Jambai (Kerani) 16. En. Suharsidi b. Boject (PAR) Tidak Hadir : Agenda : 1. Kata-kata aluan Guru Besar 2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu (09.07.2012) 3. Perkara berbangkit daripada mesyuarat yang lalu 4. Peperiksaan Akhir Tahun 4.1 Senarai Keputusan 4.2 Buku Rekod Prestasi 5. Persiapan terkini Majlis APC 6. Jadual Waktu P&P 2013 7. Amanat PPD (Susulan Mesyuarat Profesional GB/PPD bil.4/12) 8. Keputusan UPSR 2012 9. LNPT 10. Pelaksanaan Peruntukan Per Kapita Grant (PCG) 2013 11. LDP 12. Program Transisi Tahun 1/2013 13. Program Pra Linus Tahun 1/2013(Prasekolah 2012) 13.1 Saringan Bertulis 14. eGTukar 15. Hal-hal lain 15.1 Komitmen Guru (Perkongsian oleh SK Abang Kadir Gedong) 15.2 Pemantauan sekolah waktu cuti

1. Kata-kata Aluan Guru Besar 1.1 Ucapan selamat pagi,salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua yang hadir pada mesyuarat staf kali ke-4 ini. 1.2 Guru besar memberitahu bahawa ini merupakan mesyuarat staf yang terakhir bagi tahun 2012. 1.3 Ucapan terima kasih guru besar kepada semua guru/staf di atas usaha selama ini. 1.4 Guru besar juga menyatakan bahawa tahun 2013 merupakan tahun yang lebih mencabar, memerlukan pengorbanan dan usaha yang lebih lagi. Tindakan : Makluman 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu(10.04.2012) 2.1 Disahkan oleh : En. Shahrizan b. Fadil 2.2 Disokong oleh : Semua yang hadir Tindakan : Makluman 3. Perkara Berbangkit 3.1 LINUS telah selesai dan berjalan dengan lancar. 3.2 Program LINUS berjalan dengan lancar cuma pembacaan murid masih kurang dan belum mencapai tahap gangsa lagi. 3.3 Diminta guru yang terlibat memberi laporan Program Motivasi Ibubapa Tahun 6 siri 2/2012 kepada Cikgu Harzemi sebelum cuti sekolah bermula. 3.4 Sesiapa guru yang belum mengemaskini markah untuk PBS, sila bertindak dengan segera untuk mengisi markah sebelum cuti bermula. 3.5 Cikgu Piten memberitahu terdapat masalah untuk mencetak markah PBS yang telah diisi. Guru besar berharap agar guru itu sendiri yang mencetak markah samaada di sekolah, rumah atau cybercaf. Sekiranya masih ada masalah juga, Kennedy(kerani) yang akan diberi tangggungjawab untuk mencetak markah tersebut. 3.6 Guru besar juga berharap agar guru-guru Sains menfailkan maklumat PEKA dan membuat dokumentasi PEKA dengan lengkap. Tindakan : Semua guru dan staf/Makluman 4. Peperiksaan Akhir Tahun - peperiksaan ini telah dijalankan dan berharap semua guru telah menyemak kertas ujian. 4.1 Senarai Keputusan - senarai keputusan peperiksaan akhir tahun telah diserahkan kepada guru besar. 4.2 Buku Rekod Prestasi - Semua guru kelas telah menghantar buku rekod prestasi kecuali kelas tahun 4 dan 5. Guru kelas yang belum menghantar buku tersebut, sila hantar kepada guru besar pada 08/11/12 iaitu sebelum majlis APC bermula. Tindakan : Semua guru/Makluman

5. Persiapan terkini Majlis APC 5.1 Setakat ini, persiapan APC berjalan dengan lancar. 5.2 Mengenai makanan-ibubapa, guru dan staf membawa makanan sendiri semasa majlis ini. 5.3 Guru besar berharap agar semua guru memastikan semua murid menghadiri majlis APC. Tindakan : Semua guru dan staf/Makluman 6. Jadual waktu P&P 2013 6.1 Ada sedikit perubahan iaitu : - Guru besar hanya boleh mengajar pada hari Isnin dan Selasa sahaja. Hari-hari yang lain adalah untuk menghadiri mesyuarat dan pengurusan. - Berkemungkinan 1 atau 2 orang guru dari setiap sekolah tidak akan mengajar pada hari Khamis dan Jumaat untuk pergi ke PPD bagi persiapan akademik.(keutamaan adalah guru yang menjadi jurulatih utama daerah) - Guru besar memberitahu agar PK 1 buat jadual seperti biasa terlebih dahulu sebelum pemilihan guru tersebut. - Guru besar juga berharap agar PK 1 menyiapkan jadual waktu dengan sepenuhnya sebelum mesyuarat staf 1/2013 bermula. Tindakan : Semua guru/PK 1/Makluman

7. Amanat PPD(Susulan Mesyuarat Profesional GB/PPD bil.4/12) 7.1 Elaun pedalaman berkemungkinan akan ditarikbalik bagi sekolah yang telah menerima pada suatu masa nanti. 7.2 Peringatan kepada guru/staf yang membuat pinjaman, didapati 27 orang telah diisytiharkan muflis. 7.3 Pelaksanaan KPI UPSR 2013 - PPD berharap agar semua guru berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai gred GPS daerah iaitu 2.08. - Ujian diagnostik 1/13 untuk tahun 6 sahaja akan diadakan pada 02 04/01/2013 iaitu minggu pertama persekolahan 2013. - Selesai saja ujian tersebut, mesyuarat KPI akan diadakan pada 22 24/01/2013 - Pembentangan KPI di PPD akan dibuat secara berperingkat iaitu mengikut zon. - Laporan ujian diagnostik hendaklah dihantar pada 14/01/2013. 7.4 KSSR tahun 3. - PPD telah mengesan ada guru yang telah dicalonkan untuk menjadi jurulatih utama untuk KSSR tahun 3 tetapi guru tersebut telah menolak dan implikasinya ialah kewangan dan lain-lain. 7.5 Agihan buku teks 2013 - Sekiranya ada buku yang kurang atau lebih, guru SPBT diminta untuk memaklumkan atau melaporkan kepada PPD pada minggu pertama persekolahan 2013. - Buku teks KSSR tahun 3 akan dihantar ke sekolah pada waktu cuti sekolah ini. Guru bertugas yang berkenaan, sila tandatangan dan chek buku yang telah dihantar.

7.6 PKHEM diminta untuk menghantar salinan penerimaan bekalan dan laporan Program PSS (Program Susu Sekolah) dan Program 1M1V (Program 1 Murid 1 Vitamin) kepada PPD sebelum cuti sekolah bermula. 7.7 PKHEM juga diminta untuk menghantar laporan enrolmen SMM 31 Oktober 2012 ke PPD manakala lampiran pengesahan diserahkan kepada guru besar. 7.8 Maklumat KWAPM mestilah dihantar pada 12/01/2013. 7.9 LINUS 2.0 nanti akan melibatkan Bahasa Inggeris pula dan untuk makluman, laporan LINUS telah meningkat dan keputusan adalah hampir 100%. 7.10 SSPS/PBS - Guru yang berkenaan, sila isi markah sebelum 30/12/2012 dan cetak maklumat tersebut setelah diisi. Tindakan : Semua guru dan staf/Makluman 8. Keputusan UPSR 2012 8.1 Keputusan akan dikeluarkan dan diumumkan pada 19/11/2012 iaitu pada hari Isnin. 8.2 Keputusan tersebut akan diambil oleh guru besar / PK 1 di PPD. 8.3 Insentif UPSR akan diberi pada mesyuarat PIBG 2013 yang akan datang. Tindakan : Semua guru /Makluman

9. LNPT 2012 9.1 Semua guru dan staf telah menghantar borang LNPT. 9.2 Bagi guru/staf yang belum sempat dinilai, sila hantar dokumentasi berkaitan kepada guru besar pada hari ini atau esok. 9.3 Bagi guru yang telah dinilai, markah telah diberi oleh guru besar dan markah adalah sulit. 9.4 Semua aspek dinilai seperti kehadiran, sikap, kerjasama, tanggungjawab dan lain-lain lagi. 9.5 Terdapat beberapa orang guru yang akan dicalonkan untuk mendapat APC pada tahun ini. Tindakan : Semua guru dan staf/Makluman

10. Pelaksanaan Peruntukan Per Kapita Grant (PCG) 2013 10.1 PCG akan terus ke sekolah, ini bermakna sekolah yang akan bertanggungjawab dengan sepenuhnya. 10.2 Semua perkara yang berkaitan dengan PCG perlulah didokumentasikan seperti rekod-rekod pembelian, penerimaan dan lain-lain. Semua yang berkaitan dengan kewangan mestilah direkodkan sebagai bukti. 10.3 Guru besar dan semua guru penolong kanan sahaja yang dibenarkan untuk menandatangani chek. 10.4 Setiap sekolah diminta untuk membuat akaun kerajaan untuk diserahkan kepada PPD dan PPD akan hantar ke JPN untuk mendapat buku bank sekolah. Tindakan : Semua guru dan staf/Makluman

11. LDP 11.1 LDP KSSR yang tidak sempat dilaksanakan ialah matapelajaran Sains dan Bahasa Iban. 11.2 Laporan LDP mestilah dihantar ke PPD pada tahun hadapan. 11.3 LDP Peringkat Daerah (Kursus Dalam Cuti). - Kursus Kreativiti dan Inovasi Dalam Pedagogi Sains dan Matematik. * Matapelajaran Sains ( Cikgu Suhardi ) * Matapelajaran Matematik ( Cikgu Mastijah ) - Kursus e-splg ( Cikgu Harzemi ) - Kursus Pengurusan Stor bulan Disember ( Kennedy & Suharsidi ). - Jadual kursus mungkin akan diketahui pada hari Jumaat ini. Tindakan : Guru dan staf berkenaan/Makluman 12. Program Transisi Tahun 1 2013 12.1 Program ini akan diuruskan oleh Cikgu Juwana. 12.2 Guru besar berharap agar buku panduan dan buku program transisi disediakan. Tindakan : Guru berkenaan/Makluman 13. Program Pra LINUS Tahun 1 2013 ( Prasekolah 2012) 13.1 Program PraLINUS tahun 1 sedang berjalan dan dijalankan pada hari ini(07/11/12). Guru besar berharap agar cikgu Claire menghantar laporan pada hari esok atau Jumaat untuk dihantar ke PPD. Tindakan : Guru berkenaan/Makluman 14. eGTukar 14.1 Setakat ini, tiada pertukaran atau perpindahan berlaku. 14.2 Bagi sesiapa yang memohon, guru besar berharap agar dapat dihubungi semasa cuti untuk makluman yang terkini mengenai egtukar. 14.3 Guru berkenaan, sila cetak permohonan yang tidak lulus dan serah kepada guru besar. 14.4 Berkemungkinan guru akses iaitu guru yang berlebihan yang akan dipindahkan mengikut keperluan. Tindakan : Guru berkenaan/Makluman

15. Hal-hal lain 15.1 Komitmen Guru (Perkongsian ilmu oleh SK Abang Kadir Gedong) - Guru yang sentiasa bersama dengan murid sehingga pukul 4 petang atau semasa cuti sekolah iaitu hari Sabtu dan Ahad. 15.2 Pemantauan sekolah semasa cuti - Pastikan guru bertugas semasa cuti sekolah mengikut jadual yang telah disediakan. - Tujuan pemantauan adalah kerana takut ada penghantaran barang-barang oleh kontraktor ke sekolah pada waktu cuti.

15.3 Guru besar berharap agar semua kelas mempunyai meja dan kerusi yang mencukupi untuk semua murid dan kelas berada dalam keadaan yang bersih sebelum cuti sekolah. 15.4 Bagi staf yang ingin memohon cuti, sila hantar permohonan cuti kepada guru besar pada hari Jumaat ini. 15.5 Untuk makluman, En. Suharsidi akan bertugas di PPD pada hari Isnin sehingga Rabu dan bertugas di sekolah pada hari Khamis dan Jumaat sahaja. Tindakan : Semua guru/Makluman

Oleh kerana tiada hal lain yang hendak dibincangkan, maka mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.05 petang. Dicadangkan oleh : En. Suhardi bin Rosli Disokong oleh : Semua yang hadir

Disediakan oleh : _______________________ (Pn. Dayang Sadiah binti Awang Rasit) Setiausaha Mesyuarat Staf

Dipengerusikan oleh : ________________________ (En. Loran ak Setin) Guru Besar SK Temiang

You might also like