You are on page 1of 11

Festival Tari Kanak-Kanak

2012/2013
( FESTAKA 12/13 )

ANJURAN
JAWATANKUASA KERJA PERKEMBANGAN KESENIAN
DAN KREATIVITI (JKPKK)
KOLEJ KEDIAMAN KINABALU
UNIVERSITI MALAYA

Kanvas Lakaran Seni Tari

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 2

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya

PENGENALAN & RINGKASAN EKSEKUTIF

Festival Tari Kanak-kanak ataupun singkatannya yang lebih dikenali sebagai FESTAKA
merupakan projek terbesar (Mega Project) dibawah anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan
kesenian dan Kreativiti Kolej Kediaman Kinabalu (KK8), Universiti Malaya.
FESTAKA merupakan sebuah projek yang berkonsepkan seni tarian tradisional melayu yang
akan mempertandingkan enam (6) buah tarian tradisional melayu iaitu zapin, inang, joget, asli,
gamelan dan juga tarian piring. Pertandingan ini akan melibatkan peserta-peserta peringkat
sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
FESTAKA yang telah diadakan selama 5 tahun berturut-turut ini bermula pada sesi pertama
iaitu sesi 2007/2008 yang pada mulanya dikenali sebagai Festival Kesenian Kinabalu
(FESKINA) dan kemudiannya ditukarkan nama sebagai Festival tari kanak-kanak (FESTAKA)
pada sesi seterusnya sehingga kini.
FESTAKA yang telah dijalankan dengan jayanya pada setiap tahun ia diadakan ini, dianjurkan
sepenuhnya oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya. Ia bertujuan untuk memupuk
sifat kepimpinan didalam diri mahasiswa dan mahasiswi, seterusnya melahirkan pemimpin yang
berkualiti dari pelbagai bidang.
Pada tahun pertama FESTAKA ditubuhan ia telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak dan ia
dapat dibuktikan melalui kejayaan FESTAKA pada sesi 2008/2009 dimana ia telah berjaya
menarik minat personaliti televisyen dan juga idola kanak-kanak iaitu Tuan Haji Aznil Haji
Nawawi untuk menjadi penaung pada tahun tersebut. Pada sesi 2010/2011, FESTAKA berjaya
menjemput Dato Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan &
Kesejahteraan Bandar untuk merasmikan majlis pembukaan & penutupan FESTAKA11 dan
juga selaku Senator bagi sesi 2010/2011. Sekali lagi kejayaan FESTAKA terserlah apabila
berjaya menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadi penaung pada sesi
2011/2012. Pada tahun ini, FESTAKA13 bercadang untuk berkerjasama dengan Permata Seni
Tari.
FESTAKA yg mempunyai 40 ahli jawatankuasa dan sukarelawan tambahan ini akan dijalankan
pada 28 April 2013, bertempat di Universiti Malaya dengan memegang satu tema iaitu Kanvas
Lakaran Seni Tari.

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 3

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL TARI KANAK-KANAK 2012/2013

PENYERTAAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah seluruh Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan
maksimum 10 orang pelajar.

Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan
digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum.

KONSEP TARIAN
FESTAKA pada sesi 2012/2013 akan mempertandingkan enam (6) jenis tarian Tradisional
Melayu iaitu tarian Zapin, Inang, Joget, Asli, Gamelan dan Piring.

Konsep persembahan adalah seperti berikut :

1.

Rampaian enam tarian tradisional Melayu (Zapin, Inang, Joget, Asli,

Gamelan, dan Piring). Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu
daripadanya.

2.

Masa yang diperuntukkan untuk setiap persembahan tidak kurang

daripada 4 minit dan tidak lebih dari 6 minit.

3.

Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had

masa yang telah ditetapkan.

4.

Persentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan adalah tidak dibenarkan.

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 4

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya

LAGU/MUZIK IRINGAN

Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh

terdiri daripada lagu lama atau kreasi baru tetapi mestilah terdiri daripada lagulagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.

Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD

sahaja (Lagu yang dinyanyikan adalah dibenarkan).

CD mesti diserahkan kepada pengelola pertandingan pada hari perjumpaan 14

April 2013 (Ahad) iaitu dua (2) minggu sebelum hari pertandingan.

Kumpulan yang gagal berbuat demikian akan dibatalkan penyertaannya.

CARA PEMARKAHAN

i.

Koreografi atau keaslian tari

35

ii.

Koordinasi muzik dan gerakan

20

iii.

Ragam tari dan pola lantai

15

iv.

Keseragaman dan kesantunan tari

20

v.

Busana dan tatarias

10
Jumlah

100

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 5

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya

Nota :

Sebarang perubahan atau pindaan

tertakluk pada juri pertandingan.

BORANG PENYERTAAN

Borang pendaftaran hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada 4 April 2013.

Sekolah yang ingin menghantar lebih dari 1 kumpulan tarian dikehendaki

menggunakan set borang yang berlainan.

Borang hendaklah disertakan bersama salinan mykid atau sijil kelahiran peserta.

YURAN PENYERTAAN

Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM100.

Bayaran perlulah dijelaskan sebelum 14 April 2013.

Bayaran boleh dibuat melalui cek diatas nama Bendahari Universiti Malaya seperti
dibawah :

No. Akaun Bank

: CIMB 14400004005053

BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA

( PROJEK FESTIVAL TARI KANAK-KANAK 2012/2013, KOLEJ
KEDIAMAN KINABALU (KK8) )

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 6

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya

NUR IZZATI BINTI ABDULLAH SUKI

PENOLONG PENGARAH PENDAFTARAN & PERTANDINGAN
PROJEK FESTAKA13,
KOLEJ KEDIAMAN KINABALU (KK8) UNIVERSITI MALAYA,
50603 KUALA LUMPUR.

Sila simpan resit pembayaran sebagai bukti bayaran telah dijelaskan.

Resit tersebut hendaklah dibawa pada hari perjumpaan iaitu 14 April 2013.

Kumpulan yang gagal membuat pembayaran sebelum tarikh-tarikh yang dinyatakan akan
dibatalkan penyertaannya.

PAKAIAN / AKSESORI

Pakaian dan aksesori penari-penari mestilah disediakan sendiri oleh pihak sekolah serta
bersesuaian dan sopan.

Sebarang penggunaan alas kaki tidak dibenarkan sama sekali. (Contoh :

capal/selipar/kasut)

MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN BERSAMA PENGANJUR

PERTANDINGAN

Satu perjumpaan bersama penganjur pertandingan Festival Tari Kanak-Kanak akan

diadakan pada 14 April 2012.

Setiap sekolah wajib menghantar wakil untuk menghadiri perjumpaan.

Tempat akan diberi tahu kemudian oleh pihak penganjur.

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 7

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya

Cabutan undi juga akan dibuat pada hari tersebut.

HARI PERTANDINGAN

Setiap kumpulan hendaklah menepati masa yang telah ditetapkan.

Markah akan dipotong bagi kumpulan yang lewat atau memohon menunda giliran
persembahan.

Pengangkutan dan penginapan tidak akan disediakan oleh pihak penganjur.

Sebelum persembahan berlangsung, seorang guru pengiring/wakil sekolah wajib berada

di meja teknikal untuk memberikan isyarat memulakan lagu dan menamatkan lagu.

Makan pagi dan bilik persediaan akan disediakan untuk para peserta oleh pihak
penganjur.

Faktor keselamatan para peserta sepanjang pertandingan adalah menjadi tanggungjawab

guru pengiring.

Nota: Tertakluk kepada sebarang pindaan untuk setiap syarat.

BORANG PENDAFTARAN FESTIVAL TARI KANAK-KANAK (FESTAKA) 2013

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

NAMA SEKOLAH

:.................................................................................

ALAMAT SEKOLAH

: .................................................................................
.................................................................................

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 8

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya

.................................................................................
NO. TELEFON SEKOLAH

: .................................................................................

NAMA KUMPULAN

:.................................................................................

NAMA GURU PENGIRING

: .................................................................................

NO.TEL.BIMBIT GURU PENGIRING : .................................................................................

E-MAIL GURU PENGIRING

: .................................................................................

NAMA-NAMA PESERTA
BIL

NAMA

JANTINA

UMUR

NO.SURAT
BERANAK/MYKID

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

JENIS TARIAN (Sila pilih satu dan tanda (/) pada yang berkenaan)
ZAPIN
ASLI

INANG
JOGET

GAMELAN
PIRING

TAJUK LAGU : .........................................................................................................................

LATAR BELAKANG KUMPULAN :

...........................................................................................................................................................

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 9

...........................................................................................................

SINOPSIS TARIAN :

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 10

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya

...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
.............
Saya dengan ini mengaku bahawa segala maklumat di atas adalah benar. Saya bersetuju untuk
menyertai dan mengikuti segala peraturan serta mengikut jadual termasuk tarikh pembayaran
yuran yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013. Saya
juga mengakui bahawa segala keselamatan para pelajar adalah di bawah tanggungjawab kami
sendiri.

Tandatangan Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Guru Pengiring :

....................................................
Nama beserta cop rasmi sekolah :
(

Tarikh :
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh melayari laman web kami
atau terus menghubungi sekretariat kami melalui email rasmi Festival Tari Kanak-Kanak
2012/2013 di :
Laman web: http://festaka2013.blogspot.com
Email : festaka13.um@gmail.com

Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat menghubungi kami dengan kadar yang segera jika bersetuju
untuk menyertai selewat-lewatnya pada 4 April 2013. Tuan/Puan juga boleh menghubungi wakil
pihak penganjur Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 :

1. Nurul Farhana Binti Abdullah

Pengarah Pertandingan

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013 11

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya

Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013

017-2558167

2. Amirah Binti Ishak

Timbalan Pengarah Pertandingan
Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013
017-9287741

3. Nur Izzati Binti Abdullah Suki

Penolong Pengarah Pendaftaran & Pertandingan
Festival Tari Kanak-Kanak 2012/2013
013-6776154

You might also like