You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa PETRONAS PERINGAKAT NEGERI SEMBILAN.

TARIKH HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN : 17 APRIL 2012 : SELASA : 2.00 PETANG : BILIK GERAKAN SMK KG. BARU SI RUSA : SEPERTI LAMPIRAN

1. Ucapan Pengerusi ( En Mulud) 1.0 Mengalukan kehadiran En Abdul Rani, Penolong Pegawai PPD Port Dickson, En. Ramlan, Penyelia PPDa PPD Port Dickson dan semua guru yang hadir. 1.1 Memaklumkan program ini dijalankan di daerah Port Dickson bagi sekolah rendah untuk tahun ini lanjutan daripada Kursus Jurulatih Utama yang telah dijalankan yang melibat ramai jurulatih utama dari daerah Port Dickson. Tindakan : Makluman 1.2 Pengerusi melantik SK Kg. Baru Si Rusa sebagai penganjur program dan program akan berlansung di SMK Kg. Baru Si Rusa. Tindakan : JK SK Kg. Baru Si Rusa dan SMK Kg. Baru Si Rusa. 1.3 Program akan berlansung pada 26 April 2012 bersamaan harian Khamis. Tindakan : Makluman 1.4 Pengerusi memaklumkan tentatif program. Tindakan : JK program. 1.5 Perasmian penutup akan dilakukan oleh Tuan Haji Amir Sharifuddin bin Ahmad Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan. Tindakan : Makluman. 1.6 Bilangan peserta yang akan terlibat dalam program ini ialah seramai 300 orang peserta termasuk fasilitator dari setiap seklolah dan jurulatih utama. Tindakan : Makluman. 1.7 Guru ataupun jurulatih utama yang terlibat perlu membawa fasilitator setiap sekolah. Tindakan : Jurulatih Utama 1.8 Empat buah bas disediakan dan semua peserta dibawa ke SMK Kg. Baru Si

Rusa dengan bas. Tindakan : Makluman. 1.9 Setiap bas akan ada guru pengiring. Tindakan : Guru pengiring yang telah dilantik. 2. Lantikan Jawatan Kuasa Program Sahabat PPDa Petronas Peringkat Negeri Sembilan 2012. 2.1 Seperti Lampiran. 3. Hal-hal Lain. 3.1 Hj Abdul Rani. 3.1.1 Terima kasih kepada JPNNS kerana member kepercayaan kepada PPD Port Dickson menganjurkan program ini. 3.1.2 Beliau berharap program akan berjalan dengan lancer. 3.1.3 Memaklumkan sekiranya ada sekolah yang kekurangan murid tahun lima, guru berkenaan boleh memilih murid tahun 4 menyertai program ini. 3.1.4 Berharap semua yang terlibat menitik beratkan keselamatan setiap pergerakkan murid sepanjang program berjalan. 3.2 En. Ramlan. 3.2.1 Berharap guru yang terlibat memastikan peserta selamat tiba dan pulang. 3.2.2 Beliau akan memaklumkan dengan segera tentang pergerakkan bas. 3.3 En. Mulud. 3.3.1 Penceramah untuk aktiviti 1 akan disampaikan oleh Ketua JU. Tindakan : En. Zahardi. 3.3.2 Berharap semua guru dapat mengawasi tingkah laku murid. Tindakan : JK Program. 3.3.3 Murid perlu memaklumkan kepada guru atau jawatan kuasa program jika mahu pulang dengan keluarga. Tindakan : Makluman. 3.3.4 Susunan kerusi mengikut kesesuaian aktiviti. Tindakan : JK Program.

3.3.5 Bahagikan epserta kepada 20 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 12 orang peserta. Tindakan : JK Program. 3.3.6 Empat orang fsilitator akan di masukkan ke dalam setiap kumpulan. Tindakan : JK Program. 3.3.7 Peserta dan Fasilitator akan memakai pakai sukan sekolah masingmasing sepanjang program. Tindakan : Makluman. 3.3.8 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap program akan berlansung dengan baik dan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

DISEDIAKAN OLEH :

DISEMAK OLEH :

You might also like