You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEDUA / 2013

TARIKH HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN

: 10.04.2013 : RABU : 02.00 PETANG : BILIK GURU SK MANIR : EN. MANSOR MOHD NOR EN. MOHD. SUKRI BIN OTHMAN PN. KHAMISAH MOHD MUKHTARUDDIN PN. SHAIRAH HASSAN PN. NOOR AZAH KHALIPAH PN. SALMI YASIN PN. AZIAH A. WAHAB PN. ANIZA ABDULLAH

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 En. Mansor Mohd Noor selaku pengerusi panitia memulakan mesyuarat panitia matematik buat kali pertama dengan bacaan Ummul-Kitab.

1.2 En. Mansor Mohd Noor mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini.

AGENDA 2 : UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

2.1. En. Wan Chik Wan Endut selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana dapat menghadirkan diri pada hari ini.

2.2. GPK Pentadbiran berharap agar post mortem OTI 1 / 2013 menjadi panduan dalam mencapai target sasaran tahunan bagi mata pelajaran matematik pada tahun ini.

AGENDA 3 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1. Minit diterima tanpa sebarang pindaan.

AGENDA 4 : PERKARA - PERKARA BERBANGKIT

4.1. Tiada

AGENDA 5 : POST MORTEM OTI 1 / 2013

5.1. Rujuk Lampiran.

AGENDA 6 : PROGRAM LINUS

6.1. Pn. Shairah Hassan memaklumkan bahawa pada tahun ini, murid tahap I akan menghadapi ujian saringan Linus dalam dua fasa. Fasa I dalam bentuk literasi manakala Fasa II dalam bentuk bertulis. 6.2. Pn. Shairah Hassan berharap agar guru Matematik tahap I dapat menjalankan ujian saringan Linus ini dengan secepat mungkin. TINDAKAN : Guru Matematik Tahap I AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN

7.1. Pengerusi panitia meletakkan harapan agar panitia Matematik bertambah maju dan ahli-ahli panitia Matematik berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target yang disasarkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 03.50 petang dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, (MOHD. SUKRI BIN OTHMAN) Setiausaha Panitia Matematik SK Manir

Disahkan oleh, . (MANSOR MOHD NOOR) Ketua Panitia Matematik SK Manir

You might also like