You are on page 1of 19

ISI KANDUNGAN

1) 2) 3) 4) 7) 8) 9) PENGENALAN PRINSIP-PRINSIP ETIKA PROFESIONAL KEPENTINGAN ETIKA GURU ASPEK KEGURUAN RUMUSAN RUJUKAN REFLEKSI

ETIKA PROFESIONALISME PERGURUAN

1.PENGENALAN
Profesion didefinisikan sebagai pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu. Manakala professional didenisikan seseorang yang pakar dalam bidang tertentu,

sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang berkualiti. Profesionalisme ialah Satu set cirri ialah pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion. Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Menurut (Kamus Oxford, 1994), etika bereti prinsip moral atau set prinsip moral. Ia juga tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam pula, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Maksud Etika Profesional ialah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan sebagainya. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ). Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Menurut Lieberman (Sufean Hussein, 1996), ciri-ciri profesion itu ialah menyediakan perkhidmatan yang unik dan penting, serta mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Semasa menjalankan tugas, banyak keupayaan dan kebolehan intelek digunakan. Profesionalisme dilihat dari segi

mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan, dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran. (INTAN, 1995). Seseorang profesional hendaklah menjadi ahli kepada sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilai tara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan, dan penyingkiran ahlinya. Ahli sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion yang terlibat. Seseorang yang dikatakan profesional hendaklah sedar bahawa tanggungjawab ialah amanah Allah yang wajib dilaksanakan dan akan dipersoalkan nanti di alam akhirat. (Abdul Halim, 1996). Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut.

Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.

2. PRINSIP-PRINSIP ETIKA PROFESIONAL


Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruandan ia sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Oleh itu, guru perlulah lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan harus

merangkumi prinsip tanggungjawab guru terhadap pelajar, perkongsian dengan ibu bapa, interaksi dengan masyarakat, mutual respect dengan majikannya dan hubungan sesama rakan sekerja. Dalam profesion perguruan, seorang guru bertanggungjawab membawa para pelajar ke arah pemerolehan ilmu dan seterusnya menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. Guru juga berperanan membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup, menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara dan individu yang berdikari. Ini merupakan prinsip etika professional dalam hubungan antara guru dan murid.

Dalam hubungan antara guru dan ibubapa pula, ahli-ahli profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu bapa membentuk perlakuan kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima masyarakat. Keberkesanan kaedah pengajaran bergantung kepada hubungan kerjasama antara sekolah dan rumah. Guru menggesa ibubapa sentiasa mengawasi aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja rumah, manakala ibubapa pula mengharap guru agar dapat menjadikan anak-anak mereka manusia yang berjaya.

Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru secara peribadi tetapi juga merangkumi interaksi sekolah dengan masyarakat. Hubungan guru dengan masyarakat harus berlangsung dalam suasana mesra, bersifat kerjasama, dan sikap yang membina. Masyarakat sentiasa mengharapkan sekolah supaya melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara. Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar agar menyediakan peluang-peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat persekolahan seperti menyambung pelajaran atau bekerja. Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari daripada tanggungjawab berkaitan dengan kariernya. Tanggungjawab ini bersifat tanggungjawab di antara pekerja dengan majikan. Adalah amat molek jika hubungan ini bersifat mutual respect dan saling mempercayai agar tugas dapat dilaksanakan dengan ikhlas. Jika amalan ini berjaya dilaksanakan, pemantauan dan arahan daripada pihak atasan akan berlangsung dalam jumlah yang sangat minimum dan guru-guru akan merasai bahawa mereka merupakan individu yang sangat meyakinkan pihak atasan.

Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada profesion-profesion yang lain. Salah satunya kerana keunikan hubungan antara seorang guru dengan rakan sekerjanya. Ada keunikan hubungan dan kualiti professional antara sesama guru. Kerjasama antara guru dengan rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang sebesar manapun, terutama bila ia melibatkan perubahan dalam kurikulum dan system pendidikan. Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996). Menurutnya, tanggungjawab professional guru meliputi tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawat dan profesion perguruan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Malah Sheila Worley dalam http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/t.stm, New York State United Teachers dalam http://www.highered.nysed.gov/tcert/resteachers/codeofethics.htm, guru-guru Association of Unity Churches dalam http://www.unity.org/education/ltcode.html, David Freitas dalam http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm, Kod Etika Guru-guru Minnesota dalam http://education.state.mn.us/html/012969.htm, Kod Etika Guru oleh Alabama Education Association dalam http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm dan Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia memperakui tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibubapa, rakan sejawat,

profesion

perguruan,

masyarakat

dan

negara

dalam

pembinaan

etika

perguruan.

Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry Colero pula membincangkan enam prinsip yang perlu dalam pembentukan kod etika perguruan. Pertama beliau melihat prinsip kesaksamaan dimana setiap guru mesti melayan semua pelajar tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Sifat adil juga penting dalam mengambil apa-apa tindakan terhadap para pelajar tanpa mengambil kira jantina, fahaman politik, tempat asal, latar belakang pelajar, kemampuan akademik dan sebagainya.

Kedua, prinsip keterbukaan di mana sifat jujur sangat diutamakan. Selain dari pada itu, seorang guru tidak wajar mengaibkan rakan-rakan sejawatan mereka dan tidak harus melobi dengan apa cara sekalipun untuk mendapat kenaikan pangkat atau markah yang tinggi dalam penilaian prestasi tahunan. Prinsip seterusnya berkaitan dengan prinsip kerahsiaan dimana guru diminta supaya menghormati hak kerahsiaan para pelajar. Pelajar tidak harus dimalukan atau direndahrendahkan dengan mendedahkan maklumat-maklumat yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah atau merendahkan nilai diri dan jati diri pelajarnya.

Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi pelajar-pelajarnya dan sedia menerima perbezaan individu pelajar dan seterusnya menjadikan ia asas untuk membimbing mereka ke arah kecemerlangan. Prinsip kelima ialah prinsip kesetiaan terhadap profesionnya yang menegah seorang guru daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sopan. Prinsip ini turut menuntut seorang guru bertindak sebagai ibu bapa ganti dalam usaha membentuk tingkah laku pelajar ke arah matlamat yang ingin dicapai.. Akhir sekali guru dilarang mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, ibu bapa dan negara. Prinsip terakhir dalam pembentukan etika perguruan ialah prinsip mengelakkan konflik kepentingan peribadi. Guru-guru disaran agar mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada kepentingan masyarakat, persatuan atau peribadi. Prinsip ini turut melarang guru mengiklankan kelas-kelas tuisyen yang beliau mempunyai kepentingan di dalamnya. Juga guru tidak boleh menerima atau meminta hadiah daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan tugas-tugas keguruannya.

Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua

hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. Selain itu, guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. Guru juga haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. Guru harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. Guru harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. Guru haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.

Guru tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. Guru tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja iaitu berdasarkan kecekapan. Seseorang guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru juga mestilah mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Pelajar juga mestilah menghormati masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharihari dengan baik. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Guru haruslah mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orangramai terhadap profesion perguruan. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanahberhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tidak kira bangsa dan agama ataukepercayaan.

Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalamusaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yangditerima oleh masyarakat. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina,bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan,daya intelek dan lain-lain. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu dikalangan muridnya dan membimbing mereka

memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,daya cipta dan rohani. Selain itu, guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atauagensi yang tidak berkenaan. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkankepentingan murid, masyarakat atau negara. Disamping itu, guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yangboleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapaterhadapnya. Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya

menjadicontoh baik/ 'role model' kepada muridnya. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan,politik persendirian terhadap muridnya. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripadaibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugasprofesionalnya. nama baik guru lain. Guru tidaklah harus menjatuhkan

Guru haruslah mengunakan cara yang sah sahaja iaitu berdasarkan

kecekapan untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

3. KEPENTINGAN ETIKA KEPADA GURU

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ia Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Sebagai satu profesion, dunia perguruan akan berubah dari masa ke semasa. Nilai, peranan dan tanggungjawab guru juga akan turut berubah. Guru sebagai satu entiti yang begitu unik kerana pelanggan guru itu bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor pekerjaan, ahli-ahli politik dan negara merupakan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan di dalam dunia pendidikan. Kod etika dikatakan sebagai cornerstones of a true profession (David Freitas, dalam http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm ) Dalam pengurusan Pendidikan pula, etika yang baik mampu mengujudkan budaya kerja yang cemerlang dan hasilnya ialah ia berjaya mengeluarkan para pelajar yang bakal menjadi ahli masyarakat yang berkualiti

Kod etika dapat membantu pentadbir sekolah memberi argumentasi terhadap masyarakat jika mereka mempunyai pemahaman tentang kod etika guru ini. Selain itu, etika perguruan juga dapat berfungsi sebagai panduarah dalam membantu guru melaksanakan apa yang dianggap betul. Dengan itu, guru mampu menjadi role model kepada anak-anak muda.

Masyarakat memandang tinggi profesion-profesion yang lain dan melihat guru sebagai satu profesion tidak setaraf doktor atau peguam atau jurutera yang mempunyai etika yang tetap dan dikawal oleh satu badan pemantau yang berhak menghukum ahli-ahlinya. Jadi etika perguruan amat penting untuk mengembalikan keyakinan masyarakat bahawa amalan profesionalisme perguruan berasaskan persetujuan bersama.

Menurut Feeny, Christensen & Moravcik (1996), kod etika mampu bertindak sebagai panduan kepada pengamal apabila wujudnya dilema dan membantu pengamal melaksanakan tugas-tugas mereka. Selain daripada itu, kod etika dapat meyakinkan masyarakat tentang amalanamalan professional sesuatu profesion.

4. ASPEK KEGURUAN
Aspek-aspek keguruan boleh dianggap sebagai satu profesion. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

3.1 Mempertingkatkan Profesionalisme Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai methodmethod pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursuskursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

4. RUMUSAN
Dapatlah kita membuat rumusan bahawa etika sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhi oleh kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersifat sejagat. Etika sebagai disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan garis panduan tindakan individu yang piawai, yang mewajarkan tindakannya Etika bertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai, kepercayaan dan tanggungjawab dalam sesuatu profesion. Ia mampu menjadi satu norma dan standard perlakuanperlakuan ahli organisasi dan interaksi antara ahli-ahli organisasi tersebut Dengan kata lain, etika bertindak sebagai cermin tingkah laku moral manusia. Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masih dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut. Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa memberangsangkan, para guru harus bersyukur kerana tugas guru merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama dan menjadi agenda utama kerajaan. Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina. Bermula dengan teoriteori yang berkaitan, permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikuti dengan rasionalnya pembentukan sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada pada seorang guru dan tanggungjawab seorang guru. Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat guruguru Malaysi

RUJUKAN
BUKU
1. Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan Berpasukan . Wawasan. Ogos 1990. 5 15. 2. Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jld. 5. 29 40 3. Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 25 4. Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 37 5. Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of Children?: An Introduction to Teaching Young Children. Ohio : Charles E. Merill. 6. Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang: Penerbit UPM. 7. Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational Behavior (Edisi 5). Boston: Allyn and Bacon. 8. Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia. 15 Disember 1997. 9. Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice Hall. 10. Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration: Concepts and Practices (Edisi 4). Belmont: Wadsworth / Thomson. 11. Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. Jld. 23 (58) April 1978. 28 33.

INTERNET

1. Alabama Education Association. http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm 2. Association of Unity Churches.

http://www.unity.org/education/ltcode.html%20%203%209%202005 3. http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm 4. http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm 5. http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-ethics.htm 6. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.htm 7. http://www.nysut.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.html. 8. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/5aug_tatatertib.htm

REFLEKSI
Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang telah membantu saya secara langsung atau pun tidak langsung semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang tidak kedekut ilmu berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya tidak mempunyai masa untuk berjumpa rakan-rakan namun rakanrakan tetap memberi bimbingan melalui email. Penjelasan yang diberikan amat membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Walau pun pelbagai halangan dan rintangan yang saya hadapi namun saya tidak berputus asa kerana rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Pada hujung minggu saya akan keluar untuk mencari maklumat dan bahan yang berkaitan kerja kursus ini. Saya berasa begitu gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang telah ditetapkan. Selain mencari maklumat melalui internet, kami juga mencari maklumat berkenan etika guru melalui buku. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah yang telah menggalakkan kami membeli buku Murid dan Alam Belajar. Ternyata buku tersebut banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini kerana terdapat banyak maklumat yang berkaitan tugasan kami. Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini saya mengkaji tentang define etika profesion perguruan, kepentingan etika perguruan dan kesan etika perguruan terhadap profesion perguruna. Kerja kursus ini banyak memberi kefahaman kepada saya tentang etika perguruan untuk dijadikan dalam amalan profesion perguruan saya. Saya amat berharap puan berpuas hati dengan tugasan yang telah saya siap. Walau pelbagai rintangan dan kekangan masa yang saya lalui saya tetap berusaha untuk menyiapkan tugasan ini. Saya telah buat yang terbaik, sekiranya ada kesalahan harap pihak puan dapat memberi bimbingan dan peluang kepada saya untuk menambahbaik tugasan ini. Sekian, terima kasih.

You might also like