You are on page 1of 14

FONETIK DAN FONOLOGI

TAJUK:PERANAN INTONASI

DISEDIAKAN OLEH: M.ALLIFIZREE & FADHILAH FATIN

PERANAN INTONASI TERBAHAGI KEPADA TIGA ASPEK: ASPEK LINGUISTIK ASPEK PARALINGUISTIK ASPEK EKSTRALINGUISTIK

ASPEK LINGUISTIK
Merujuk

kepada pengorganisasian maklumat ujaran,iaitu menandai perenggan,ayat,frasa,atau rangkai kata ,menjelaskan maklumat yang dikemukakan di dalam domain seperti penyata,pertanyaan dan sebagainya,serta memberikan fokus konstituen-konstituen yang tertentu di dalam domain.

Contoh: Sayang abang keluar dulu, yang boleh dilafazkan dengan dua cara yang membawa makna yang sama sekali berbeza.

a)Sayang abang/keluar dulu.(Panggilan sayang dari seseorang yang membahasakan dirinya abang dan meminta orang yang dirujuknya sebagai sayang itu supaya keluar lebih dulu daripadanya. b)Sayang/abang keluar dulu.(Panggilan sayang dibuat kepada seseorang dan orang yang membahasakan dirinya abang menyatakan keinginannya untuk keluar dahulu

ASPEK PARALINGUISTIK
Merujuk kepada emosi atau sikap penutur.Aspek ini mencakupi bahasa badan seperti mimik muka,pergerakan badan serta kualiti dan kualifier suara.Paralinguistik berfungsi menambahjelaskan maklumat yang sedang dirujuk kerana sering kali fungsi gramatis ayat yang diujarkan tidak selari maknanya dengan tujuan sebenar yang ingin disampaikan.

Contoh 1:

Aksi tangan yang dirapatkan ke telinga seorang rakan dapat membawa maksud ada sesuatu perkara sulit hendak dibicarakan,dan inferennya orang yang melihat perlu maklum kadar kerahsiaan yang cuba disampaikan melalui aksi tersebut.

Contoh 2:
Apabila seseorang berada dalam situasi segan atau malu,ungkapan yang selalu dilafazkan ialah Tak payah,tak payah,walaupun sebenarnya apa yang dilafazkan itu sebenarnya membawa maksud tidak perlu tetapi tidak salah jika dikatakan bahawa ujaran itu juga boleh bermaksud perasaan amat menghargai dan tidak menjangka diberikan sesuatu yang di luar jangkaan.

ASPEK EKSTRALINGUISTIK
Merujuk kepada kesan gender ,umur,latar belakang dan sebagainya dalam pertuturan.Melalui prosodi,kesemua maklumat ini dapat diperoleh kerana ujaran seseorang individu mempunyai aksen tersendiri.Oleh kerana wujudnya ciri-ciri aksen ini maka orang yang mendengar sesuatu perbualan,walaupun tidak pernah melihat wajah orang yang bertutur itu,seperti perbualan dalam telefon,sekurang-kurangnya dapat menjangka siapakah yang dilawan bercakap,sama ada orang Melayu,Cina,India,atau Melayu Kelantan,Melayu Terengganu,Melayu Kedah,lelaki atau perempuan dan sebagainya

Begitu juga perbualan dalam telefon,penutur dan pendengar mendapat signal sama ada perbualan itu sedang menarik minat orang yang dilawan bercakap atau tidak, untuk seterusnya melangsungkan atau menamatkan perbualan.Nada suara semasa bertutur membawa semua maklumat ini.

Apa yang lazim berlaku,apabila pertama kali kita mendengar ungkapan hello atau assalamualaikum,otak kita mula memproses maklumat dan membuat pelbagai andaian berdasarkan lafaz bunyi yang didengar tadi.Situasi yang dinyatakan dapat dilihat,dirasakan dan digambarkan apabila perbualan menerusi telefon pertama kali berlangsung.Kedua-dua tidak pernah bertemu antara satu sama lain.Apakah reaksi pertama apabila panggilan hello dilafazkan?.Tentu sekali maklumat yang diproses sebaik sahaja perkataan hello ini terujar adalah sama ada orang itu lelaki atau perempuan.Begitu juga dengan latar belakang,anggaran usia dan sebagainya diteka.

Walau bagaimanapun,kesemua maklumat ini tidaklah tepat semuanya kerana sering kali kita mendengar komentar dari ramai orang yang menyatakan tanggapan awal mereka adalah salah.Umpamanya, dengan suara yang halus belum tentu orangnya rupawan,kecil molek dan sebagainya kerana lazimnya sebaliknya yang berlaku.Maklumat seumpama ini sangat subjektif tetapi antara yang mungkin membawa maklumat yang tepat ialah dari aspek gendernya,kerana julat suara lelaki dan wanita berbeza,biarpun yang bercakap itu lelaki yang menyerupai wanita,yang apabila sampai ke suatu keadaan,keperempuanan lakonan mereka tidak akan kekal.

Ini adalah kerana apa yang berlaku sebenarnya di dalam keadaan yang tidak normal, dan sememangnya sejak azali ciptaan manusia oleh Tuhan ini sukar diubah-ubah.Sering kali juga maklumat bangsa dapat dikesan melalui penutur semasa komunikasi sedang berlaku.Selain itu,julat usia sama ada penutur tersebut seorang kanak-kanak , orang tua atau dewasa juga dapat dikesan.

SELAMAT BELAJAR
SEKIAN,TERIMA KASIH

You might also like