You are on page 1of 19

Isi kandungan

kandungan Soalan tugasan Biodata pelajar Borang maklum balas 1.0 Pengenalan 2.0 Konsep asas moral 2.1 Pemikiran moral 2.2 Prinsip asas moral 3.0 Model Insan bermoral 3.1 Latar belakang tokoh 3.2 Dimensi moral 3.3 prinsip dan pemikiran moral Kesimpulan Refleksi Rujukan

Muka surat

Biodata pelajar

NAMA NO K.P UNIT TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR ALAMAT

: IZZAT NAJMI BIN IBRAHIM : 920210-14-5753 :SN / BI / BM : 10.2.1992 : PUSAT RAWATAN ISLAM KUALA LUMPUR : D-3-1 KIP SMK SG. PUSU KM 11 JLN GOMBAK 53100 KUALA LUMPUR.

JANTINA BANGSA AGAMA NO. TELEFON E-MAIL

: LELAKI : MELAYU : ISLAM : 017-3556940 : darknight_aqua@yahoo.com

1.0 Pengenalan Untuk menjadi seorang manusia yang dihormati, disayangi serta dipandang tinggi oleh masyarakat, individu itu mestilah mempunyai moral, etika dan akhlak yang telah ditetapkan oleh sesebuah masyarakat dan agama. Dengan mengamalkan nilainilai moral, etika dan akhlak yang telah dipersetujui oleh masyarakat dan agama, maka individu itu merupakan insan yang bermoral. Dengan ini satu tokoh yang dapat dijadikan sebagai model insan moral dapat diangkat dari masyarakat dan dijadikan contoh dan teladan sebagai ikutan bagi sesebuah masyarakat yang akhirnya akan membentuk sebuah masyarakat yang bermoral dan berakhlak tinggi. Namun begitu untuk menjadi seorang insan yang bermoral, Individu itu perlulah memiliki pemikiran moral berdasarkan prinsip-prinsip dan dimensi moral seorang model insan. Selain itu konsep-konsep asas moral seperti moral, nilai, akhlak dan etika mestilah turut digabungkan bagi membentuk insan yang bermoral.

2.0 Konsep asas moral

Moral

Merupakan ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan lisan atau bertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia yang baik. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan di mana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial atau kelas di mana dia hidup dan agama yang dianuti.

Etika

Di ambil dari bahasa Greek iaitu ethos yang bererti cara hidup atau adat resam. Ianya ditakrifkan sebagai suatu kajian sains moral dan prinsip-prinsip moral tentang kelakuan manusia. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu sama ada ianya baik ataupun buruk. Dengan erti kata lain, etika ialah mematuhi nilai moral dan mengkaji tentang kenapa kita mesti melakukan tindakan yang bermoral.

Akhlak

Bermaksud budi pekerti seseorang individu. Budi pekerti ini dirujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang itu. Akhlak dan moral mempunyai maksud yang sama iaitu kelakuan baik atau buruk, tetapi akhlak berkait rapat dengan agama. Jika dikaitkan dengan agama Islam akhlak itu berlandaskan Al-Quran dan hadis

2.1 Aliran pemikiran moral Naturalis Aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaan yang sebenarnya. Seorang yang pemikiran ini melihat sesuatu objek pada keadaan yang sebenarnya. Dia akan menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab-sebab wujudnya keadaan itu. Orang naturalis ini mempunyai sifat-sifat seperti berikut, hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak mahu atau dapat mengeluarkan pendapat, sentiasa merendahkan diri dan tidak mahu berinteraksi dengan org lain. Tiada motivasi dan kurang berusaha. Emotivis Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Orang Emotivis ini mempunyai sifat-sifat seperti berikut, Agresif, pendiam, cepat tersinggung dan kuat cemburu, menghadapi tekanan emosi dan rasa keberatan untuk bergaul dengan orang lain dan kelihatan keseorangan tetapi rajin membaiki diri sendiri supaya dapat perhatian orang lain.

Intuisionis Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Dengan kata lain, pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara yang boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Orang intuisionis ini mempunyai sifat-sifat seperti berikut, Melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpa memikirkan akibat atau kesannya dan cepat membuat keputusan, mudah menerima arahan dan selalu mengubah pemikirannya.

Rasionalis Berasal daripada perkataan Latin ratio yang bermaksud reason atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar, dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik. Orang rasionalis ini mempunyai sifat-sifat seperti berikut, selalu mencari bukti dan kebenaran dan selalu berfikir untuk membaiki mutu kerjanya.

2.2 Prinsip-prinsip moral Prinsip keadilan Mengikut kamus dewan edisi keempat, keadilan adalah sifat (perbuatan, tindakan, dan lain-lain) yang adil, menuntut penyelesaian yang adil, mengadakan susunan dan keadaan yang adil bagi kehidupan dalam masyarakat. Oleh itu kita boleh membuat kesimpulan bahawa keadilan itu adalah saksama, seimbang, sama rata, sama rasa, dan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Melalui konsep Agama Islam pula, ia telah mendefinisikan keadilan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai dan yang sepatutnya .

Prinsip Altruisme

Merupakan satu prinsip apabila perbuatan atau perlakuan yang dilakukan oleh individu yang akan melibatkan orang lain dan memberi kesan terhadapnya, terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika ia dibuat berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang kepentingan dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Amalan prinsip altruisme juga bermaksud perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan.

Prinsip Autonomi Prinsip ini juga meliputi pertimbangan bebas dan hak kebebasan untuk memilih.

Konsep pertimbangan bebas ialah pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat mestilah dibuat secara rasional dan berasaskan fakta dan bebas daripada dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan pengaruh daripada orang lain. Oleh itu seseorang yang membuat pertimbangan dan tingkah laku berdasarkan paksaan dari luar merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara rasional dan adil. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah dari kuasa luar.

3.0 Modal insan bermoral 3.1 Latar Belakang Tokoh

Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. Pada tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Kemudian pada tahun 1953 pula, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.

Beliau melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah). Kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Beliau meletakkan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957, ini membolehkan beliau bergiat semula di dalam bidang politik. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr. Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Beliau bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, pada masa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

3.2 Dimensi moral Modal insan yang dianggap bermoral perlulah mempunyai dimensi-dimensi moral yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu. Penaakulan, emosi dan perlakuan moral. Oleh itu, saya dapat melihat tokoh yang dipilih oleh saya mempunyai ketiga-tiga bahagian dimensi moral ini Penaakulan moral Penaakulan moral boleh dikategorikan sebagai apabila seorang individu itu mampu membuat pemikiran atau pertimbangan secara rasional dan bebas dalam membuat sesuatu keputusan untuk menyelesaikan satu masalah atau situasi yang tertentu. Keputusan yang dibuat mestilah dibuat secara rasional dan berasaskan fakta dan bebas daripada dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan pengaruh daripada orang lain. dengan ini keputusan yang dibuat tidak akan berat sebelah atau menyebelahi mana-mana pihak yang berkaitan untuk kepentingan diri sendiri, selain itu setiap pertimbangan yang dibuat yang berasaskan prinsip dan nilai-nilai moral mestilah dapat diterima oleh masyarakat. Contoh penaakulan moral ini dapat dilihat pada tokoh yang telah dipilih oleh saya iaitu Tun Dr Mahathir. Kita dapat melihat penaakulan moral yang telah dipamerkan oleh beliau seperti rasional, inovatif, bebas, kreatif dan kritis semasa beliau mengatasi krisis ekonomi yang melanda Malaysia dan dunia pada tahun 1997 Mata wang negara-negara Asia telah susut disebabkan perdagangan mata wang yang telah dilakukan oleh negara-negara maju. Dan Malaysia mendapat saranan daripada IMF untuk membuat pinjaman. Anwar timbalan perdana menteri Malaysia pada ketika itu berpendapat bahawa Malaysia perlu menerima nasihat IMF. Beliau percaya bahawa untuk mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap pengurusan ekonomi kita, kita perlu melakukan apa yang diberitahu oleh mereka dan menguruskan ekonomi kita mengikut cara yang mereka kehendaki. Beliau juga berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu kita pulih daripada penyakit antarabangsa Tun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengannya kerana tindakannya itu mungkin menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji

kakitangan awam malah, rancangan beliau juga yang

cuba untuk memendekkan

tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekali gus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. Perniagaan merosot. Penyakit yang kita cuba elakkan, muncul. Selain itu, Tun Dr. Mahathir juga takut kepada kemungkinan kita akan hilang kawalan ke atas negara kita sendiri seperti kerajaan Indonesia yang hilang kuasa kepada IMF. Apabila IMF mengambil alih kawalan ke atas kewangan Indonesia, langkah yang mereka paksa kan terhadap Indonesia seperti menghentikan subsidi makanan dan minyak telah memburukkan lagi penderitaan rakyat dan lebih banyak rusuhan berlaku. Thailand dan Filipina yang turut menyerah kepada IMF juga menerima nasib serupa. Hanya Korea Selatan berjaya melakukan pemulihan ketara selepas menyerah kepada IMF Tun Dr. Mahathir bersama-sama penasihatnya telah mempunyai perancangan untuk mengatasi masalah kewangan negara namun tindakan yang bertentangan dengan kebijaksanaan konvensional serta bercanggah dengan pendapat pakar, termasuk daripada IMF dan Bank Dunia. Malah Dr Noordin Sopiee salah seorang ahli MTEN tampil dengan lebih 30 sebab mengapa kita tidak harus melaksanakan semua rancangan itu. Ahli-ahli MTEN yang lain menunjukkan tahap sokongan berbeza-beza, dengan sesetengahnya mengatakan bahawa langkah yang kita cadangkan itu tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini. MTEN ditubuhkan untuk

membincangkan masalah kewangan negara dan memberi cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Tun Dr. Mahathir berazam untuk meneruskan pelaksanaan strategi penyelesaiannya itu. Walaupun Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don dan Timbalannya, Fong Weng Phak telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai tanda protes. Tetapi beliau tetap bertekad mahu melaksanakan langkah yang telah diputuskan. Hasilnya, dalam kalangan ahli perniagaan gembira menerima ringgit pada kadar RM3.80 setiap kali mereka menukar dolar Amerika atau mata wang lain. Mereka juga selesa dengan jaminan bahawa kita akan mengekalkan kadar tukaran sehinggalah

keadaan menjadi stabil semula. Mereka kini boleh merangka belanjawan untuk sepanjang tahun tanpa perlu membabitkan diri dalam kegiatan melindungi nilai ringgit. Ini secara langsung mengurangkan kos menjalankan perniagaan. Tindakan

mensyaratkan pemilik saham mendaftar dengan BSKL dan menghentikan penjualan saham Malaysia yang dipegang oleh syarikat pemegang amanah juga telah membantu menyekat kejatuhan harga di BSKL. Dalam jangka masa singkat, indeks komposit BSKL yang jatuh di bawah 300 mata telah naik semula kepada lebih 800 mata. Dunia mengutuk kawalan mata wang yang kita lakukan dan ramai ahli ekonomi berkata bahawa ia tidak selari dengan sistem perdagangan terbuka. Pakar-pakar meramalkan kemusnahan Malaysia dan dengan gembira menunggu kepulangan kita ke pasaran dunia sebagai pengemis. Namun Malaysia berjaya mengatasi krisis kewangan dunia dan mengukuhkan nilai ringgit Malaysia. Pakar ekonomi dan pemenang Hadia Nobel, Joseph Stiglitz juga menyokong pandangan kita terhadap krisis kewangan ini. Sebagai rumusan kita dapat melihat bahawa Tun Dr. Mahathir telah membuat keputusan yang rasional dalam menyelesaikan krisis kewangan negara. Keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh dan tekanan daripada luar, tetapi ianya keputusan yang dibuat berdasarkan fakta melalui perbincangan dalam MTEN Emosi moral Seorang modal insan juga perlu mempunyai emosi moral, iaitu satu perasaan ataupun suara batin rasa bersalah, malu, prihatin, simpati dan sebagainya. Namun perasaan ini perlulah berpada-pada dan tidak keterlaluan. Seorang individu yang mempunyai emosi moral yang baik, akan mempunyai pemikiran berasaskan penaakulan moral dan akan melakukan perlaksanaan moral dalam kehidupan seharian mereka. oleh itu, emosi moral merupakan dimensi moral yang amat penting kerana ianya dapat mengawal tingkah laku individu itu, dan juga pemikirannya yang bermoral. Contoh emosi moral ini dapat dilihat pada tokoh yang telah dipilih oleh saya iaitu Tun Dr Mahathir. Kita dapat melihat emosi moral yang telah dipamerkan beliau adalah seperti

simpati, empati, belas kasihan dan kasih sayang semasa beliau sebagai perdana menteri Malaysia membantu negara Bosnia dan Herzegovina ketika negara itu mengalami peperangan dan Malaysia juga banyak membantu dalam memulihkan kembali negara Bosnia dan Herzegovina. Ianya dapat melihat di dalam ucapannya apabila Tun Dr Mahathir turut menyentuh mengenai bantuan Malaysia kepada Bosnia ketika berlaku peperangan di negara itu pada awal 1990-an ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

"Apabila seorang rakyat Bosnia meminta saya menghulurkan bantuan, saya tidak pasti sama ada Malaysia boleh melakukan apa-apa kerana pada ketika itu, suara Malaysia amat perlahan di arena antarabangsa. Bagaimanapun, saya memutuskan untuk membantu atas dasar simpati, dan itu adalah permulaan hubungan cinta saya dengan Bosnia. Sehingga hari ini, saya masih mengunjungi Bosnia dan saya akan ke sana sekali lagi pada tahun ini," katanya Kita dapat melihat bahawa sebagai seorang manusia, saudara sesama Islam dan pemimpin negara. Beliau bersimpati ke atas kesusahan yang telah dilalui oleh rakyat-rakyat Islam Di Bosnia dan Herzegovina. Oleh itu sebagai seorang manusia dan pemimpin sebuah negara beliau memberi bantuan dari segi kewangan, pelaburan dan modal insan untuk membantu membangunkan semula negara Bosnia dan Herzegovina. Kita dapat melihat berdasarkan emosi moral yang dimiliki oleh beliau telah menghasilkan perlakuan moral yang membuatkan beliau membantu orang yang berada di dalam kesusahan tanpa kepentingan diri. Perlakuan moral lain yang turut dilakukan beliau adalah, beliau banyak membawa masuk pelabur Malaysia ke Bosnia untuk membantu memajukan negara itu. Malah Ketika negara itu berada dalam peperangan, beliau adalah antara pemimpin dunia yang sangat vokal dalam membela nasib rakyat Bosnia yang dibunuh kejam oleh Serbs dan Croats. Disebabkan itu, orang Bosnia begitu menyanjung tinggi Tun Dr. Mahathir sehinggakan mereka menganggap Mahathir sebagai orang Bosnia. Maka setiap kali beliau berkunjung ke Bosnia, beliau tidak dilayan seperti tetamu tetapi beliau dilayan sebagai Bosanski. Pada tahun 2007, Mahathir pernah dicalonkan oleh negara

Bosnia & Herzegovina sebagai penerima Noble Prize atas usaha beliau menyelesaikan krisis rantau Balkan. Perlakuan Moral Perlakuan moral ini biasanya ditunjukkan oleh individu yang melakukan sesuatu perbuatan yang berlandaskan pemikiran dan emosi moral individu tersebut. Dengan kata lain, perbuatan seseorang itu didorong oleh pertimbangan di antara pemikiran dan emosi moral seseorang individu yang berasaskan prinsip dan nilai-nilai moral masyarakat setempat. Contoh perlakuan moral ini dapat dilihat pada tokoh yang telah dipilih oleh saya iaitu Tun Dr Mahathir. Kita dapat melihat perlakuan moral yang telah dipamerkan beliau adalah seperti bertanggungjawab, prihatin dan berdedikasi semasa beliau sebagai perdana menteri Malaysia. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara Malaysia dan agama Islam. Sumbangan-sumbangannya dapat dilihat pada negara Malaysia dengan membantu Malaysia menghadapi krisis kewangan negara, mengubah dasar pendidikan, pembangunan prasarana negara dan pelbagai lagi. Dari segi agama pula, beliau telah menggerakkan negara-negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzegovina ketika umat Islam di sana disembelih oleh pengganas Serbia, mengutuk kekejaman Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam di mata dunia. Prinsip dan pemikiran moral Terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana

setiap orang mempunyai fahaman mereka yang tersendiri. Kebanyakan nilai-nilai moral biasanya ditentukan oleh masyarakat pada satu kawasan setempat, namun setiap nilai yang diterima itu adalah berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain kerana setiap masayarakat di dunia mempunyai pandangan mereka yang berbeza. Ini membuatkan suatu persepakatan susah untuk dicapai dalam menentukan nilai-nilai moral. Oleh itu, pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan, prinsip altruisme dan prinsip autonomi. Tidak semua manusia mempunyai ketiga-tiga prinsip moral ini disebabkan keadaan-keadaan yang tertentu. Namun begitu untuk menjadi normal insan yang

bermoral prinsip-prinsip ini perlu diamalkan individu tersebut walaupun hanya satu atau dua prinsip sahaja. Sebagai contoh prinsip-prinsip moral yang dapat saya lihat ada pada tokoh yang saya pilih iaitu Tun Dr. Mahathir adalah adalah prinsip autonomi. Ianya kerana semasa beliau memerintah negara Malaysia, beliau telah memerintah berdasarkan keputusan yang telah dibuat secara rasional dan berasaskan fakta dan bebas daripada dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan pengaruh daripada pihak-pihak tertentu. Berdasarkan contoh-contoh yang telah disebut di atas saya juga berpendapat beliau mempunyai aliran pemikiran intusionis dan rasionalis

Kesimpulan Setiap orang yang dianggap bermoral perlulah mempunyai dimensi-dimensi moral di dalam dirinya, dan ia diamalkan sepanjang hayat mereka. berdasarkan dimensi moral yang dimiliki oleh seseorang, kita dapat melihat bahawa ianya mempunyai hubung kait dengan prinsip dan aliran pemikiran yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar.

Dimensi moral

modal insan bermoral


aliran pemikiran Prinsipprinsip moral

Refleksi Saya Izzat Najmi bin Ibrahim (920210-14-57530) telah melaksanakan tugasan kerja kursus yang telah diberikan. Melalui tugasan ini, saya telah mendapat pendedahan tentang nilai-nilai moral yang perlu saya ada atau untuk menjadi insan atau guru yang lebih berketerampilan dan berguna kepada murid-murid, masyarakat dan negara. Selain itu, saya juga dapat mengenal kekuatan dan kelemahan saya Berdasarkan tugasan ini, saya mendapati untuk menjadi seorang manusia yang dihormati, disayangi serta dipandang tinggi oleh masyarakat, individu itu mestilah mempunyai moral, etika dan akhlak yang telah ditetapkan oleh sesebuah masyarakat dan agama. Selain daripada itu, saya juga mempelajari untuk setiap orang ingin menjadi modal insan bermoral, mereka perlulah mempunyai dimensi-dimensi moral di dalam dirinya, dan ia diamalkan sepanjang hayat mereka dan berdasarkan dimensi moral yang dimiliki oleh seseorang, saya dapat melihat bahawa ianya mempunyai hubung kait dengan prinsip dan aliran pemikiran moral yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar Melalui tugasan ini saya dapat melihat bahawa bukan mudah untuk menjadi insan yang bermoral jika dibandingkan diri saya dengan tokoh yang dipilih, bagaikan langit dan bumi perbezaannya. Beliau banyak memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia sebagai seorang doktor dan perdana menteri dan jika dibandingkan dengan saya, saya tidak mempunyai kemampuan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia Oleh itu saya berazam, apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya akan mengamalkan nilai-nilai moral yang terpuji untuk menjadi teladan kepada murid-murid saya. Manakala sumbangan saya kepada masyarakat, negara dan dunia pula ialah, untuk melahirkan manusia yang mempunyai moral yang terpuji dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia.

Akhir kata, di harapkan melalui tugasan yang dilaksanakan ini akan dapat menjadikan saya seorang guru yang berkualiti dan ini dapat menjadi sumbangan saya sebagai pendidik kepada masyarakat dan negara. Dan saya juga berharap saya telah mencapai objektif yang perlu saya capai dalam melaksanakan tugasan ini.

Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff, Chang L.H.(1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya, Longman Malaysia Sdn. Bhd. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya. Pearson education Malaysia Sdn. Bhd. (Tiada nama pengarang).(2009) biodata Tun Dr. Mahathir. http://biodatadiakses

tokoh.blogspot.com/2009/08/biodata-tokoh-tun-dr-mahathir-mohamad.html pada 26 Mac 2013

You might also like