You are on page 1of 30

SENARAI KANDUNGAN PERKARA BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 BAB 2 2.1 2.2 2.3 2.4 2.

5 2.6 2.7 2.8 BAB 3 3.0 BAB 4 4.1 BAB 5 5.1 5.2 5.3 Kesimpulan Cadangan Rumusan 26 27 28 PENDAHULUAN Pengenalan Objektif Persoalan kajian Hipotesis Kajian Kawasan Kajian KAJIAN LITERATUR Latar Belakang kejadian tanah runtuh Apa itu tanah runtuh Konsep Jenis-jenis tanah runtuh Faktor-faktor kejadian tanah runtuh Risiko kejadian tanah runtuh Kesan kejadian tanah runtuh Pendidikan dan kesedaran awam METODOLOGI Metodologi kajian DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pembentangan dan pembentangan hasil kajian 20 16 5 6 7 8 11 12 13 14 2 3 3 4 4 HALAMAN

JMG 314

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masalah bencana alam di Malaysia akhir-akhir ini semakin membimbangkan. Kita sering dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai tanah runtuh, yang merupakan akibat aktiviti manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku lebih teruk lagi. Antara berita yang mengejutkan, 11 Disember 1993 berlakunya gelinciran tanah yang menyebabkan rebahnya Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa. 25 Disember 1997 berlakunya runtuhan tanah dan sampah di KM 17 Lebuh raya Ampang yang memyebabkan 3 nyawa melayang. Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun terkorban apabila berlakunya tanah runtuh di satu-satunya laluan masuk ke Bukit Antarabangsa pada 15 Mei 1999. 1 November 2002 berlakunya runtuhan tanah yang meranapkan bangle milik bekas PAT Malaysia di Taman Hill View yang mengorbankan 8 nyawa. 31 Mei 2006 berlakunya tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Klang yang mengorbankan 4 nyawa. 30 November 2008 berlakunya tanah runtuh di Ulu Yam yang mengorbankan 2 beradik . Sejarah kembali berulang 6 Disember 2008 berlakunya tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang turut mengorbankan 4 nyawa. 12 Mei 2011 berlakunya tanah runtuh di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa. 7 Mac 2012 seorang remaja lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia beberapa jam selepas operasi menyelamat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Belfield berhampiran Kampung Atap. satu daripada fenomemena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau

JMG 314

Rentetan daripada kronolologi tanah runtuh yang berlaku di Malaysia telah memberi satu pengajaran kepada semua tentang pentingnya kesedaran tanah runtuh di kalangan rakyat Malaysia.

1.2

Objektif
Objektif kajian analisis tahap kesedaran lapisan masyarakat tentang bahaya tanah runtuh di Malaysia adalah bertujuan untuk; 1. Mendapatkan maklum balas masyarakat di Malaysia mengenai kesedaran bahaya tanah runtuh. 2. Mengenalpasti keperluan kesedaran yang perlu diberi perhatian dan diketengahkan untuk setiap lapisan masyarakat sebagai persediaan untuk menghadapi bahaya bencana gempa bumi. 3. Mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi bencana gempa bumi untuk berusaha mengatasi masalah tersebut

1.3

Persoalan kajian/ Research Questions Persoalan atau skop kajian ini hanya melibatkan kajian terhadap tahap kesedaran tentang bahaya tanah runtuh bagi masyarakat di Malaysia sahaja. Ianya hanya melibat kejadian tanah runtuh di Malaysia atau kesan-kesan yang sampai dan dirasai di Malaysia. Kajian tahap kesedaran bahaya tanah runtuh lebih menjurus sekitar Kuala Lumpur. Antara persoalan kajian ialah seperti berikut: i. Memahami sifat tanah dan jenis-jenis tanah runtuh? ii. Apakah faktor yang menyumbang kepada kejadian tanah runtuh? iii. Apakah kesedaran yang perlu diambil tindakan oleh setiap lapisan masyarakat?

JMG 314

1.4

Hipotesis kajian
Hipotesis ini dilaksanakan berdasarkan jangkaan kajian mengenai hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah. i. Terdapat hubungan yang signifikan antara sifat tanah dengan kejadian tanah runtuh. ii. Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor kejadian tanah runtuh dengan manusia dan alam. iii. Terdapat hubungan yang signifikan antara tindakan manusia dengan kesedaran tentang kejadian tanah runtuh.

1.5

Kawasan Kajian
Kajian dilakukan di lakukan di sekitar Kuala Lumpur, secara terperinci ,kajian tertumpu pada cerun bermasalah yang terdapat di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dalam lingkungan zon tropika lembab dengan suhu yang hampir seragam sepanjang tahun dan jumlah penerimaan hujan tahunan yang tinggi menjadikannya mudah terdedah kepada tindakan agen geomorfologi yang berupaya meningkatkan potensi kejadian tanah runtuh di kawasan bercerun.

JMG 314

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 (i)

Latar Belakang Kejadian Tanah Runtuh. Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar Fizikal. Pengarang: Mohd Johari Ab Hamid.

Mengkaji kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam alam sekitar dan kebergantungan antara kedua-duanya. Hubungan yang dilakukan oleh manusia melalui aktiviti pembangunan menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat ruang atau system ini perlu diurus dengan sewajarnya agar tidak memberi impak terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, peningkatan suhu mikro, kemusnahan hutan dan sebagainya akibat daripada aktiviti pembangunan guna tanah seperti perindustrian,pembandaran, pelancongan dan lain-lain. Masalah yang wujud perlu ditangani dengan segera. Pengurusan alam sekitar secara bersepadu mampu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar secara mampan di peringkat global.

(ii) Media dan Isu Alam Sekitar. Jurnal Hadhari 2(2)(2010)1-17; Mohd Yusof Othman Jurnal ini menekankan pendekatan yang paling sesuai ialah pendidikan yang wajar dilaksanakan dalam pelbagai peringkat dan bentuk. Satu polisi dan dasar perlu diwujudkan bagi memastikan masyarakat akan sedar tanggungjawab kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Peranan media massa juga amat penting sebagai agen penyampai maklumat dan membudayakan masyarakat agar sensitif tentang isu isu alam sekitar. Kejadian tanah runtuh merupakan satu fenomena biasa bagi mana-mana Negara tropika, dan tidak terkecuali Malaysia. Secara umumnya runtuhan dikaitkan dengan pergerakan batuan , debris dan kelompok tanah menuruni cerun (Cruden,1991). Runtuhan tanah mudah berlaku pada cerun yang curam dan bahan cerun yang mempunyai ikatan kumin yang lemah.

JMG 314

Kejadian tanah runtuh adalah sebahagian daripada petunjuk kepada kegagalan sesebuah cerun. Ibrahim (1985/86) menghuraikan beberapa faktor kegagalan cerun yang dapat dikaitkan dengan persekitaran Malaysia. Faktor tersebut adalah (i) kejadian hujan lebat bagi suatu tempoh yang lama,(ii)perubahan sifat bahan bumi melalui proses geomorfologi, (iii) ketakselanjaran satah batuan, dan (iv) hakisan tanih oleh tindakan air hujan dan air larian. Dalam konteks Malaysia , kejadian tanah runtuh sering dikaitkan dengan faktor pembangunan tanah yang pesat. Pembangunan tanah di Malaysia kebiasaannya melibatkan pertukaran kawasan litupan hutan kepada pembangunan pertanian, perbandaran,perindustrian, infrastruktur dan perumahan. Pembangunan sedemikian sering melibatkan potongan cerun dan salah urus cerun yang bersifat tidak mesra alam sehingga memungkinkan berlaku pergerakan jisim yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh. 2.2 Apa itu Tanah Runtuh?

JMG 314

Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat daripada aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan gravity. Sekiranya ia berlaku secara kecilan atau perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan. Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama yang dihadapi oleh beberapa terutama di kawasan tanah tinggi dan di kawasan yang berisiko gempabumi dan gunung berapi (volcano)

2.3

Konsep

JMG 314

Rajah 2.3

Beberapa konsep asas tentang tanah runtuh dapat dinyatakan . Pergerakannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air atau tidak. Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches). Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan jalan raya ataupun bangunan-bangunan. Selain itu, permulaan pergerakannya juga boleh berpunca dari gegaran gempa bumi,letusan volcano atau saliran air bawah tanah. Ia adalah proses semulajadi di mana tekanan menyebabkan bahan tanah perlu bergerak untuk mengalami penstrukturan semula supaya menjadi lebih stabil. i. Komposisi

Komposisi runtuhan tanah boleh terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir,

JMG 314

gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Bahan batuan yang bercampur tanah disebut debris atau puing. Bahan-bahan ini dipercayai mengalami kegagalan akibat beberapa faktor penyebab. Kandungan bahan ini boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000 meter padu dan mengakibatkan kemusnahan yang besar daripada kawasan sekitarnya.

2.4.

Jenis-jenis tanah runtuh

1.

Geluncuran (Gelongsoran)

Geluncuran merupakan satu lagi pergerakan jisim cepat yang berlaku dengan tiba-tiba. Pergerakan ini melibatkan pergerakan tanah-tanih dan bongkah batuan dalam skala besar di cerun-cerun yang umum. Terdapat tiga jenis geluncuran iaitu robohan, geluncuran puin dan geluncuran batuan. i . Geluncuran jenis robohan melibatkan pergerakan pergerakan bongkah-bongkah batuan di cerun-cerun bukit atau gunung yang curam. Pergerakan ini berlaku apabila beban yang berat di lapisan atas menyebabkan lapisan batuan lembut di bawah runtuh dan ini membolehkan batuan lapisan atas turut bergerak menuruni cerun. ii. Geluncuran puin pula merupakan pergerakan serpihan batuan secara golekan di sesuatu cerun yang curam. Biasanya pergerakan jenis ini melibatkan pergerakan serpihan batuan atau puin-puin yang kurang padat serta yang kering. Tarikan graviti memainkan peranan penting terhadap pergerakan ini. iii. Geluncuran batuan ialah melibatkan pergerakan bongkah-bongkah batu yang besar di cerun yang agak curam. Pergerakan jenis ini berlaku terhadap batuan berlapis-lapis yang tersusun secara serong. Struktur batuannya mempunyai banyak retakan dan rekahan. .

2. Runtuhan Pergerakan jenis ini pula melibatkan pergerakan puin-puin dan bongkahan batu secara
9

JMG 314

tiba-tiba di cerun yang sangat curam, seperti di tebing tinggi. Terdapat dua jenis runtuhan iaitu runtuhan batu dan runtuhan puin. i. Pergerakan jisim jenis runtuhan batu biasanya disebabkan struktur batuan yang telah menjadi lemah akibat proses-proses luluhawa dan pelbagai aktiviti manusia. Tarikan graviti penting terhadap pergerakan jenis ini. Runtuhan ini biasanya mengandungi pelbagai saiz dan bentuk batu. Apabila ia terjatuh akan terlonggok membentuk kun talus di kaki-kaki tebing tinggi atau kaki gunung. ii. Pergerakan runtuhan puin pula melibatkan pergerakan serpihan batuan di cerun-cerun curam seperti di tebing tinggi. Pergerakan ini mungkin merupakan kesinambungan dari proses geluncuran puin di cerun-cerun yang lebih landai.

3. Aliran Tanah Pergerakan jenis ini melibatkan pemindahan bahan seperti tanah liat dan lumpur yang sangat basah di cerun-cerun bukit. Pergerakan ini biasanya berlaku di cerun-cerun yang agak landai iaitu gradian 5 darjah hingga 30 darjah. Aliran ini dianggap lebih perlahan berbanding dengan pergerakan jenis aliran lumpur. Di Gurun panas, hujan yang berkala lebat akan menyebabkan pergerakan jenis ini. Pergerakan ini tidak berlaku di alur-alur atau lurah-lurah tetapi bergerak secara menyeluruh di permukaan cerun. Di Tropika lembap panas, hujan yang lebat dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan lapisan atas tanah bertambah berat kerana tepu dengan air. Tekanan tinggi terhadap lapisan bawah menyebabkan lapisan bawah geluncur dan mengalir menjadi aliran tanah.

4. Aliran Lumpur

10

JMG 314

Pergerakan ini sangat giat di kawasan-kawasan gurun panas dan separa gurun terutama di bahagaian cerun-cerun yang curam. Berbanding dengan aliran tanah , aliran lumpur lebih pantas pergerakannya. Hujan berkala dan lebat menyebabkan lapisan tanah yang longgar di permukaan yang tepu dengan air menghasilkan lumpur. Bahan lumpur ini akan bergerak dengan cepat melalui alur-alur atau lurah-lurah di lereng-lereng bukit atau gunung. Akhirnya muatan ini akan dimendapkan sebagai kipas lanar di kaki-kaki bukit. Aliran jenis ini lebih aktif di permukaan cerun yang terdedah dan kurang litupan bumi. Aliran lumpur dipengaruhi oleh beberapa keadaan fizikal yang menggalakkan fenomena tersebut. - Kewujudan permukaan bumi dengan bahan-bahan yang longgar serta butiran bentuk kecil yang mudah mengalir apabila terkena hujan atau air dan pencairan salji. - Permukaan bumi yang bercerun curam sangat sesuai untuk pergerakan jisim jenis aliran lumpur. - Bekalan air yang banyak akan berfungsi sebagai pelincir serta media pengangkutan terhadap butir kecil seperti tanah liat dan lumpur.

2.5.

Faktor-faktor kejadian tanah runtuh.

Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oleh beberapa faktor ringkas. Tanah runtuh berlaku apabila kandungan air menjadi tinggi yang akan menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohensifnya. Ini akan menyebabkan tanah menjadi lembap dan mudah bergerak seterusnya mengalir ke tempat lain sehingga cerun menjadi tidak stabil. Seterusnya , letusan gunung berapi akan menghasilkan mendakan piroklas,
11

JMG 314

hujan lebat dan aliran lumpur dengan banyak yang boleh memasuki sungai-sungai atau tasik. Apabila berlakunya gempa bumi, ia akan menyebabkan gegaran yang boleh mengakibatkan struktur cerun menjadi lemah untuk mengalami runtuhan atau pergerakan sesar(discontinuity) yang akan menjadi lebih aktif. Selain daripada faktor di atas, tanah runtuh juga berlaku disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti faktor alam dan faktor manusia.

i.

Faktor Alam

Faktor alam yang boleh dibincangkan ialah geomorfologi. Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut. Geomorfologi terjadi apabila ada gelongsoran, di mana satu cerun yang curam di atas satu permukaan yang mempunyai kekuatan bahannya yang rendah. Jenis dan ketebalan bahan juga merupakan salah satu faktor alam. Faktor alam yang seterusnya ialah pemendakan yang memainkan peranan signify dalam permulaan bagi tanah runtuh. Pemendakan akan bertambah pada musim sejuk kerana kekuatan tanah berkurang akibat air berlebihan. Air berlebihan boleh menyebabkan pertambahan beban pada bahan dalam sistem di samping tekanan liang juga akan bertambah dengan pengurangan kekuatan bahan. Hal ini akan mengakibatkan kegagalan cerun berlaku. ii. Faktor manusia.

Faktor manusia pula ialah pengubahsuaian cerun atau oversteeping yang biasanya berlaku di jalan raya, pembinaan landskap. Puncak cerun overloading juga merupakan faktor manusia di mana berat isi dan struktur-struktur bahagian atas cerun diletakkan bagi bahan-bahan di bawah. Sekiranya muatan bertambah ianya boleh mengakibatkan gelongsoran. Pemindahan tumbuh-tunbuhan yang kerap juga akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh

12

JMG 314

2.6

Risiko

Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat ketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landau dan rata. Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia . Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, pengangkutan dan merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagi faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran dikalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku lebih teruk lagi

2.7

Kesan Tanah Runtuh

Tanah runtuh merupakan satu malapetaka major dunia kerana ia tersebar luas runtuh ini berbahayakepada manusia dan juga kepada benda hidup yang lain.

dan

memberi impak yang besar termasuk negara Malaysia. Kesan daripada malapetaka tanah

Contohnya, bahan di cerun yang tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah dan kereta dan menghalang laluan jambatan . Aliran sungai bercampur lumpur yang

13

JMG 314

dasyat boleh menyebabkan pasir sepanjang laluannya. Begitu juga dengan air batu floes yang terbentuk dalam sungai tersumbat dengan air batu dan mengalir dengan lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mengcukupi bagi meruntuhkan jambatan. Air batu boleh terkumpul di tubir atau di atas lapisan salji yang lemah atau tidak stabil menyebabkan runtuhan berlaku. Aliran piroklas (pyroclastic) yang berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas boleh memakan apa sahaja yang dilalui memberi kesan kemusnahan dan kematian.

Rajah 2.6

2.8

Pendidikan dan Kesedaran Awam


Amaran tahap pertama sebenarnya lebih merupakan tahap penerapan ilmu

pengetahuan tentang sains kejadian alam bumi dan proses tabii alam yang sentiasa berlaku di sekeliling kita. Salah satu ilmu pengetahuan yang penting tentang bagaimana proses-proses dalaman dan luaran bumi berlaku dan berinteraksi bagi menjamin keseimbangan kitaran pelbagai unsur bumi.

14

JMG 314

Dengan adanya pendidikan umum berkenaan proses geologi diharapkan akan lahir masyarakat berilmu dan sensitif terhadap perkaitan antara kehidupan seharian dengan peristiwa geologi samada yang mendatangkan bencana atau yang mendatangkan manfaat pastinya akan lebih menyayangi alam tabii dan tidak akan menjadi mahkluk perosak bumi tanpa berfikir panjang. Penekanan juga hars diberi terhadap pengetahuan tentang tanda-tanda awal kedatangan sesuatu bencana alam juga amat penting untuk kita ketahui. Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh seperti; 1. Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi. 2. Retakan baru serta pembekan tanah, jalan atau kaki lima. 3. Ketandusan tanah pada foundation sesuatu pembinaan. 4. Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain seperti senget/bergerak

daripada struktur utama rumah. 5. Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit. 6. Kepecahan serta kebocoran pada paip air. 7. Kecondongan pada tiang telefon/eletrik , pokok, dinding penahan atau pagar. 8. Garisan lurus pagar menjadi bengkang bengkok. 9. Pemendapan ketara permukaan jalan 10. Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa.

15

JMG 314

BAB 3 METODOLOGI

3.0

Metodologi Kajian

16

JMG 314

Langkah-langkah dalam membuat kajian ini ialah;

1. Membaca dan memahami berkenaan dengan topik tanah runtuh. Membaca berkenaan gempa bumi daripada jurnal-jurnal yang berkaitan dengan tanah runtuh dan juga yang diperolehi daripada internet. 2. Mendapat dan meneliti beberapa pelan tindakan persediaan tanah runtuh yang telah digunakan dinegara-negara yang sering dilanda tanah runtuh seperti Jepun. Sumber ini didapati di internet berkenaan dengan pelan tindakan yang telah dibuat oleh beberapa negara sebagai panduan untuk menghadapi bencana tanah runtuh. 3. Input dari pembacaan akan menghasilkan pengenalan dan kajian literature. Hasil maklumat daripada pembacaan yang telah dijalankan itu dapat memberi pemahaman . 4. Membuat satu borang kajian selidik untuk orang ramai mendapat maklum balas berkenaan tahap kesedaran mereka terhadap bahaya tanah runtuh. Membuat sedikit kajian berkenaan cara-cara membuat boring kaji selidik yang baik lalu menghasilkan satu boring kaji selidik berkenaan situasi sebenar ketika bencana tanah runtuh. 5. Data daripada kaji selidik tersebut dianalisis kesedaran. bagi menentukan tahap

17

JMG 314

Borang soal selidik yang dihasilkan itu dihantar kepada responden dan setelah dikembalikan ianya dibuat analisis untuk menentukan sejauh mana tahap kesedaran berkenaan bahaya tanah runtuh.

Dalam metodologi kajian ini, secara ringkas menunjukkan aliran mengenai cara kajian ini:

Mengenalpasti masalah tentang kajian.

18

JMG 314

Membuat hipotesis tentang kajian

Menentukan matlamat

Menentukan objektif kajian

Membuat kajian literatur

Memahami konsep tanah runtuh

Membuat borang kaji selidik dan diedarkan kepada golongan sasar

Menganalisa data daripada maklumbalas kaji selidik tersebut

Membuat kesimpulan.

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS


4.0 PENGENALAN

19

JMG 314

Kajian dalam tugasan ini ialah adalah berkisarkan kepada kesedaran golongan sasar mengenai apa yang patut dilakukan jika gempa bumi terjadi. Maklumat utama mendapatkan statistik terhadap tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya tanah runtuh. Rancangan yang dibuat merangkumi maklumat yang akan dikumpulkan, kaedah

pengambilan sampel, kaedah analisis data yang digunakan dan responden yang terlibat. Bab ini juga turut menghuraikan teknik dan kaedah pengumpulan data dari sampel yang diambil. Pihak yang disoal selidik adalah guru-guru sekolah, pensyarah, pelajar dan mereka yang terbabit dengan sektor pembinaan. Bahagian ini menerangkan perkara perkara berikut: i. Kaedah pengumpulan data dan maklumat. ii. Maklumat dan data yang akan dikumpulkan. iii. Sasaran individu/pihak responden yang terlibat mewakili data yang dikehendaki. iv. Masalah yang dihadapi dan cadangan yang disyorkan oleh responden. mengenai rancangan kajian yang akan dilakukan meliputi

Melalui kaedah soal selidik ini, ia meliputi beberapa peringkat yang mana ia merupakan proses penting dalam pengumpulan maklumat yang dikehendaki di dalam kajian ini. Prosesproses yang terlibat dalam kaedah ini adalah seperti: i. Peringkat penyediaan soal selidik. ii. Peringkat pengedaran soal selidik. iii. Penerimaan borang soal selidik.
20

JMG 314

Penghasilan borang soal selidik adalah berdasarkan daripada objektif dan skop yang telah ditetapkan pada awak kajian. i. Bahagian A. Bahagian A menghendaki responden mengisi maklumat tentang diri responden kitu sendiri. Maklumat-maklumat ini adalah seperti jantina, umur dan pekerjaan responden.

ii. Bahagian B mempunyai 10 soalan yang kebanyakan soalannya berhubungkait dengan apa tindakan yang patut diambil jika keadaan tanah runtuh itu terjadi. Dalam bahagian ini, soalan 1 hingga 10 mempunyai 2 jawapan samada Ya atau Tidak.

4.1

Pembentangan dan perbincangan hasil kajian. Pengumpulan data yang diperolehi telah dianalisis . Ini bertujuan untuk mendapatkan

keputusan kajian di mana ia berperanan untuk mendapatkan kesimpulan kajian. Analisis terperinci dijalankan berdasarkan segala data dan maklumat yang dikumpul dengan menyusun, mengubah dan menguraikan segala data dengan terperinci agar ia dapat menemukan kehendak objektif kajian. Proses analisis terperinci ini merupakan kesinambungan daripada analisis awal dan data-data yang diambil daripada kaedah soal selidik yang dijalankan sebelum ini.

BAHAGIAN A Latarbelakang Responden Bilangan Peratus

21

JMG 314

Jantina Umur

Lelaki Perempuan

41 43

49% 51% 40% 15% 5% 5% 35% 10% 44% 36% 10%

Pekerjaan

21-25 tahun 34 26-30 tahun 13 31-35 tahun 4 36-40 tahun 4 40 tahun ke atas 29 Pensyarah universiti 8 Guru sekolah 36 Pelajar 29 Terlibat dengan sektor 8 pembinaan JADUAL 1

Daripada Jadual 1, dapat dikenal pasti seramai 41 orang adalah responden lelaki dan 43 orang adalah responden perempuan. Daripada peratusan ini dapat diketahui bahawa responden perempuan lebih ramai menjawab borang soalselidik yang diedarkan iaitu lebih 3% berbanding responden lelaki. Hasil daripada keputusan ini dan memang diakui bahawa penduduk perempuan lebih ramai daripada penduduk lelaki di Malaysia, jadi keberangkalian untuk responden perempuan mengisi boring soal selidik lebih tinggi berbanding responden lelaki. Dalam borang soal selidik dimasukkan soalan yang berkaitan umur adalah untuk mengetahui secara terperinci umur responden. Bahagian umur juga adalah penting untuk mengetahui tahap usia responden untuk dikaitkan dengan tahap kesedaran bahaya tanah runtuh. Daripada jadual menunjukkan peratusan tertinggi yang menjawab soalan ini adalah umur 21 hingga 25 tahun . Dapat disimpulkan di sini, bahawa umur antara 21 hingga 25 tahun adalah golongan dewasa dan menunjukkan golongan yang tertinggi menjawab soal selidik ini. Peratusan yang paling tinggi melengkapkan borang soal selidik ini terdiri daripada responden yang bekerja sebagai guru sekolah. Keputusan sedemikian diperolehi disebabkan borang dengan pensyarah soalselidik diedarkan kepada rakan sejawat. Kebanyakan pelajar sebagai responden kedua tertinggi merupakan rakan-rakan adik yang belajar di UM begitu juga

22

JMG 314

universiti. Responden yang terlibat dalam pembinaan mendapat kerjasama dari rakan yang bekerja di bidang berkenaan. BAHAGIAN B SOALAN 1. Adakah anda mempunyai pengalaman mengahadapi tanah runtuh? 2. Pada pendapat anda, adakah ada kemungkinan untuk berlaku tanah runtuh di kawasan anda? 3. Pada pendapat anda, adakah struktur bangunan di Malaysia kuat untuk menanggung gegaran jika tanah runtuh berlaku? 4. Adakah tanda-tanda untuk berlakunya tanah runtuh dapat diketahui/ dirasai? 5. Adakah anda pernah didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dengan persediaan mengahadapi bencana tanah runtuh? 6. Adakah anda dan keluarga pernah berbincang mengenai tanah runtuh dan apa yang perlu dilakukan jika berlakunya tanah runtuh? 7. Adakah anda dan keluarga anda mempunyai tempat perlindungan yang selamat jika berlaku tanah runtuh? 8. Adakah anda dan keluarga anda mempunyai alat-alat atau ubatan kecemasan yang mungkin digunakan jika berlaku tanah runtuh? 9. Adakah anda tahu siapa/pihak yang patut dihubungi untuk meminta bantuan jika bencana tanah runtuh berlaku? 10. Apakah anda tahu di mana untuk mendapat maklumat terkini berkenaan tanah runtuh? YA (%) 11 75 12 58 30 30 6 15 48 32 TIDAK (%) 89 25 88 42 70 70 94 85 52 68

Daripada keputusan yang didapati jelas menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak pernah mengalami pengalaman tanah runtuh. Keputusan sedemikian diperolehi disebabkan bukan semua kawasan di Malaysia mempunyai risiko tanah runtuh. Hanya kawasan tanah tinggi bercerun curamsahaja berisiko tinggi. Kebanyakan responden tinggal di kawasan tanah rata. Dalam soalan kedua, menjurus kepada mendapatkan pandangan responden berkenaan

23

JMG 314

kemungkinan untuk berlakunya tanah runtuh di kawasan kediaman masing-masing.Seramai 75% menyatakan tidak ada kemungkinan untuk berlakunya tanah runtuh di kawasan kediaman masing-masing dan selebihnya menyatakan ada kemungkinan berlakunya tanah runtuh di kawasan kediaman mereka.Pada pandangan sebilangan besar responden menyatakan tidak berlaku , ini kerana kawasan kediaman mereka di kawasan yang selamat dan kurang berisiko. Bagi soalan 3 juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat responden. Soalan ini meminta pendapat berdasarkan pengalaman samada struktur bangunan di Malaysia ini kuat untuk menangggung gegaran tanah runtuh. Daripada peratusan yang ditunjukkan dapat dilihat bahawa kebanyakan bangunan di Malaysia tidak mengambil kira faktor kedudukan mahupun struktur bangunannya. Dalam soalan 4 berkaitan tentang sebelum kejadian tanah runtuh itu sama ada terdapat tanda tanda yang boleh dirasai atau dikesan .58% responden bersetuju bahawa tanda-tanda sebelum tanah runtuh dapat dirasai atau dikesan. Responden berpendapat sedemikian mungkin kerana tanah runtuh dapat dilihat daripada perubahan persekitaran dan juga dengan kemajuan teknologi bagi mengesan tanda-tanda tanah runtuh. Manakala bakinya merasakan tanda-tanda tidak dapat dirasai atau dikesan. Responden menyatakan sedemikian mungkin kerana tidak ada pengalaman dan tidak pernah menghadapi suasana tanah runtuh. Soalan 5 responden didedahkan dengan soalan yang berkaitan dengan pengetahuan atau ilmu berkaitan dengan persediaan menghadapi tanah runtuh sama ada pernah didedahkan ataupun tidak. Ianya mungkin didedahkan secara formal atau tidak seperti dari buku-buku, surat khabar atau daripada ibubapa dan rakan-rakan. Daripada jadual , didapati 30% responden sahaja yang pernah terdedah dengan pengetahuan menghadapi bencana tanah runtuh. Manakala sebaliknya mengatakan mereka tidak pernah didedahkan. Ianya satu peratusan yang membimbangkan kerana kejadian tanah runtuh boleh berlaku di mana-mana sahaja, kemungkinan ketika bercuti kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland dan Genting Highland.

24

JMG 314

Di dalam soalan 6, responden diutarakan dengan soalan yang berkaitan sama ada keluarga responden pernah berbincang tentang tanah runtuh dan apa yang seharusnya dilakukan jika tanah runtuh. Dalam kes ini ianya boleh dipanggil pendedahan secara tidak formal dan dibincang di rumah dan diberi dalam bentuk nasihat ataupun peringatan antara ahli keluarga. 70% mengatakan tidak pernah berbincang mengenai tanah runtuh. Daripada peratusan ini jelas menunjukkan yang ibubapa dan penjaga tidak ada kesedaran terhadap bahaya tanah runtuh. Situasi ini agak kurang baik kerana apabila penjaga atau ibubapa tidak menyerapkan kesedaran bahaya tanah runtuh ini dibimbangi anak-anak dan ahli keluarga tidak tahu dan tidak sedar apa yang patut dilakukan jika tanah runtuh terjadi. Soalan 7 berkaitan sama ada responden dan ahli keluarga mereka mempunyai tempat perlindungan yang selamat jika tanah runtuh terjadi. Soalan ini bermaksud sama ada responden dan ahli keluarga mempunyai satu tempat yang boleh ditujui dan selamat untuk didiami jika sesuatu bencana terjadi. Ianya akan menjadi tempat perlindungan untuk ahli keluarga selepas berlaku tanah runtuh sementara menunggu untuk mendapatkan bantuan daripada pasukan penyelamat. Secara jelas menunjukkan 94% responden menyatakan yang mereka tidak mempunyai tempat yang selamat untuk perlindungan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan daripada kita tidak sedar dan tidak membuat persediaan bagi menghadapi tanah runtuh. Hanya sebilangan kecil 6% sahaja yang tahu dan sedar sebuah tempat perlindungan yang selamat amat perlu jika berlaku insiden tanah runtuh. Dalam soalan 8, responden diajukan dengan soalan yang berkaitan sama ada mereka dan keluarga mereka mempunyai alat-alat dan ubatan kecemasan dalam simpanan mereka yang mungki digunakan jika berlakunya tanah runtuh. Alat-alat dan ubatan kecemasan ini akan
menjadi sangat penting semasa mengahadapi bencana tanah runtuh. Jika seseorang itu mempunyai ubat kecemasan mereka secara tidak langsung akan dapat merawat ahli keluarga yang tercedera tanpa menunggu pihak penyelamat kerana semasa bencana pihak penyelamat sukar untuk mengesan kedudukan dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat bencana. Peratusan responden tidak bersedia amat tinggi, adalah menjadi satu tanggungjawab jika kita berusaha menyelamatkan
25

JMG 314

nyawa dan boleh memberi rawatan dengan segera kepada mereka yang tercedera. Soalan 9 menanyakan responden sama ada mereka tahu ataupun tidak kepada siapa pihak yang patut mereka hubungi untuk meminta bantuan jika bencana tanah runtuh terjadi serta adakah responden tahu untuk menghubungi pihak yang boleh membantu mereka ketika kecemasan ataupun pihak penyelamat seperti bomba dan pertahanan awam. Peratusan responden yang tahu siapa dan pihak yang patut mereka hubungi untuk meminta bantuan semasa bencana tanah runtuh adalah sebanyak 48%, manakala peratusan responden yang tidak tahu untuk meminta bantuan adalah sebanyak 52%. Peratus responden yang tidak tahu agak besar iaitu lebih separuh daripada responden. Mungkin kerana tiada pendedahan dan kurang membaca menjadi faktor kepada ketidaksedaran responden daripada mengetahui siapa pihak yang patut dihubungi jika terjadi keadaan sedemikian. Mungkin dalam hal ini kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk menyedarkan rakyat melalui kempen atau penyebaran maklumat melalui media massa ataupun elektronik. Dengan penyebaran berkenaan topik kesedaran bencana alam seperti tanah runtuh dan seumpamanya akan menyedarkan rakyat. Di dalam soalan 10 ia berkaitan dengan tempat untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan tanah runtuh selepas sesuatu bencana itu terjadi. Maklumat terkini berkenaan tanah runtuh penting kerana melaluinya kita mengetahui sama ada ia berakhir ataupun tidak. Siapa mangsa yang terkorban, di mana ahli keluarga kita berada, di mana untuk mendapatkan bekalan di mana untuk mendapatkan rawatan susulan dan apa garis panduan yang dikeluarkan oleh pemerintah untuk diikuti oleh orang ramai supaya keadaan selepas gempa bumi dapat dikawal dan tidak timbul suasana panik di kalangan penduduk.Sebanyak 68% responden yang menjawab soalan ini tidak tahu di mana untuk mendapatkan maklumat terkini. Ini jelas menunjukkan tahap kesedaran yang rendah dikalangan penduduk Malaysia.

BAB 5
26

JMG 314

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Kesimpulan

Hasil daripada borang kaji selidik yang telah dikaji dan dianalisis, secara keseluruhannya memberi gambaran bahawa tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap bahaya tanah runtuh masih rendah jika dibandingkan dengan tahap kesedaran masyarakat Jepun dan Taiwan. Ini kerana di negara-negara tersebut, pendedahan b erkenaan bencana ini diterapkan sejak kecil lagi dan ianya menjadi satu kemestian di sekolah-sekolah melakukan pendedahan kepada pelajarpelajarnya. Dilihat daripada analisis yang dilakukan, terdapat keadaan di mana responden tidak tahu apa tindakan yang patut mereka ambil jika terjadi gempa bumi. Diharapkan dengan kerjasama semua pihak satu usaha boleh dilakukan dalam merubah paradigm dan cara berfikir rakyat Malaysia agar sediakan paying sebelum hujan. Kita maklum kawasan yang sering terjadi tanah runtuh ialah kawasan tanah tinggi. Kawasan tanah tinggi yang sensitif merupakan sumber alam yang harus di jaga buatgenerasi seterusnya. Pembangunan seperti pembinaan lebuhraya, perumahan dan pusat perlancongan haruslah dikawal. disalahgunakan oleh pihak pihak tertentu. Hambatan perkembangan yang semakin pesat dan drastic kini mencetuskan implikasi negative kepada manusia dan alam sekitarnya. Tragedi-tragedi yang melakar sejarah negara seperti Highland Towers, kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan banyak lagi haruslah dijadikan iktibar. Perancangan yang kemas dan teratur dalam pembangunan amat diperlukan . Kegilaan untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan nyawa manusia dan kepentingan alam sekitar tidak seharusnya menjadi budaya pembangunan terutama di kawasan tanah tinggi. Sewajarnya pihak kerajaan peka negeri peka terhadap masalah yang timbul akibat pembangunan yang tidak terkawal, terutamanya kesan terhadap ekologi. Undang-undang perlu diperketatkan agar tidak

27

JMG 314

5.2

Cadangan

Setelah dibuat kesimpulan, beberapa cadangan yang boleh digunakan olh pihak-pihak tertentu. Cadangan-cadangan yang diberikan adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan. Antara cadangannya:
1. Menerapkan nilai-nilai kesedaran dan pengetahuan berkenaan persediaan menghadapi bencana tanah runtuh di peringkat sekolah rendah lagi. 2. Mengadakan satu kempen tentang kesedaran bahaya tanah runtuhdi seluruh negara melibatkan semua pihak termasuk penglibatan media massa dan elektronik serta mengedarkan brosur. 3. Sentiasa mengadakan latihan kecemasan terutama di bangunan-bangunan tinggi seperti pejabat dan pasaraya. 4. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai berkenaan kesedaran bahaya tanah runtuh kepada anak-anak semasa di rumah. 5. Menyediakan frasarana mesra tanah runtuh seperti susun atur perabot dan alatan yang mudah pecah. 6. Ibu bapa mengajar anak-anak pelan kecemasan terutama berlaku bencana seperti tanah runtuh. 7. Fungsi bilik seperti ruang tidur yang berisiko di tukar kepada bilik bacaan .

5.3

RUMUSAN

Bencana ini merupakan petanda semulajadi ekoran daripada perubahan ekologi atau ekosistem

28

JMG 314

alam. Pelbagai faktor telah menyebabkan berlakunya perubahan ekologi secara mendadak sehingga meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Tidak dinafikan kejadian tanah runtuh adalah semulajadi. Namun begitu bukan sekadar langkah berjaga-jaga perlu dititikberatkan malahan tahap kesedaran di kalangan rakyat Malaysia perlu ditingkatkan dalam mengurus alam sekitar. Bertepatan dengan objektif, masyarakat perlu lebih peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu yang melibatkan pembangunan lestari, pengetahuan tentang alam sekitar. Dengan pengetahuan yang sewajarnya, sikap dan amalan masyarakat terhadap alam sekitar akan lebih positif sejajar dengan matlamat meningklatkan pembangunan lestari nasional. Secara keseluruhannya, perkembangan dalam bidang pendidikan alam sekitar menunjukkan harapan yang positif untuk terus maju. Pendokong pendidikan alam sekitar haruslah memastikan bahawa bidang ini akan terus kekal dan relevan selaras dengan perkembangan dunia masa kini.

Bibliografi

Ashaari M, Shabri S, Mahadzer M, Nik Ramalan NH, Fadlee MB, Mariappan S, Low TH, Chong S, Zaini MM, Wan Mohd RWI (2008) Slope field mapping and
29

JMG 314

finding at Ulu Klang area, Malaysia. Proceeding of the International Conference on Slopes Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia, 4 6 November 2008

Farisham AS (2007) Landslides in the hillside development in the Hulu Klang, Klang

Gerrard, J.(1992). Soil Geomorphology: An Integration of pedology and Geomorphology. Chapman & Hall : London. Jamaluddin Md.Jahi,(1989). Pengantar Geomorfologi. Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur. Lobeck, A.K. (1981).Geomorfologi: Pengenalan Kepada (terjemahan).Dewan Bahasa dan Pustaka: K. Lumpur. Kajian Pandang Darat

Lynn M. Highland and Peter BobrowskyThe Landslide HandbookA Guide to Understanding Landslides , United States Geological Survey, and, Geological Survey of Canada 2008 U.S. Geological Survey, Reston, Virginia: 2008

Mohd Hafizee Mohd Arop (2013). Tarah bukit punca utama. Metro Ahad. 6 Januari.

Nor Hayati binti Ismail (2001). Tanah runtuh masalah alam sekitar yang terpinggir. USM

Tjia, H.D. (1987). Geomorfologi.Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

30

You might also like