You are on page 1of 13

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT DAERAH KUBANG PASU BIL 7/2013

TARIKH: 03 APRIL 2013 (RABU) MASA: 9.30 PAGI TEMPAT: BILIK GERAKAN, PEJABAT DAERAH KUBANG PASU KEHADIRAN:1.

Y. Bhg. Dato Abdul Aziz Bin Abd. Ghani, DSDK., AMK., BCK Pegawai Daerah Kubang Pasu Puan Amirah Khairiah Binti Abd Latip, BCK. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu En Afizudin Bin Dato Paduka Mohd Saad Penolong Pegawai Daerah [Pentadbiran] Encik Ruslan Bin Haji Jamaluddin, AMK., BKM., PCK. Penghulu Mukim Jitra Encik Hussain Bin Haji Omar, BKM., PCK. Penghulu Mukim Jerlun Encik Ahmad Bin Haji Ali, BKM., PCK, Penghulu Mukim Temin Encik Azizi bin Hj Abdullah., PCK. Penghulu Mukim Jeram Tuan Haji Mohamad Ali Mustaza Bin Mohamad, BKM., PCK. Penghulu Mukim Naga/Malau Encik Mohamad Hashim Bin Abu Hassan, PCK. Penghulu Mukim Bukit Tinggi/Wang Tepus/Pelubang Encik Mohamad Amran Bin Hanafiah Penghulu Mukim Padang Perahu Encik Nor Afdzal Bin Ahmad Nor, PCK Penghulu Mukim Keplu/Pering Encik Mohamad Amin Bin Yahya Penghulu Mukim Sanglang

- Pengerusi

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10. 11. 12.

13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28.

Encik Hasnizam Bin Jahari Penghulu Mukim Sungai Laka Encik Sulaiman Bin Hashim, PCK. Penghulu Mukim Tunjang Encik Azahari Bin Shafie Penghulu Mukim Kubang Pasu/Hosba Encik Diyaodin Bin Haji Shaari Pembantu Tadbir Kanan [Pembangunan] Encik Hasri Bin Osman Ketua Pembantu Tadbir (Pentadbiran) Encik Mohd Zaini Bin Abd Rashid, PCK Juruteknik Kanan Encik Mohamad Jamili Bin Nor, PCK Juruteknik Encik Subri Bin Othman, PCK. Juruteknik Puan Hajjah Rogayah Binti Baharom, PCK Pembantu Tadbir [KUP] Puan Kasma Binti Bakar Pembantau Tadbir [KUP] Puan Noraini Binti Hashim Pembantu Tadbir [KUP] Encik Ahmad Sobri Bin Abd Razak, PCK Pembantu Tadbir [KUP] Encik Afiffuddin Bin Ismail Juruteknik Komputer Puan Marsita Binti Abidin Pembantu Tadbir Kewangan [KUP] Puan Nor Adilah Binti Sharipuddin Pembantu Tadbir [Kew] Puan Hajjah Salmah Binti Haji Hassan Pembantu Tadbir
2

29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44.

Puan Jumuni Binti Che Ani Pembantu Tadbir Puan Azura Binti Ahmad Pembantu Tadbir Encik Azizan Bin Mat Pembantu Tadbir Puan Hasnah Binti Awang Kechik Pembantu Tadbir Cik Sabariah Binti Shafiee Pembantu Tadbir Encik Subri Bin Ismail Pembantu Tadbir Encik Abdul Mutalib Bin Hashim Pembantu Tadbir Puan Nuraziah Binti Abd Hamid Pembantu Tadbir Encik Anuar Bin Ahmad Pembantu Tadbir Puan Faridah Binti Othman Pembantu Tadbir Puan Rosmina Binti Abu Bakar Pembantu Tadbir Puan Siti Muniroh Binti Man Pembantu Tadbir Encik Anwar Bin Mat Isa Pembantu Tadbir Puan Roslina Binti Abu Pembantu Tadbir Encik Jasman Bin Aziz Pembantu Am Pejabat Puan Nor Ashikin Binti Abdul Hamid Pembantu Tadbir
3

45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58.

Encik Ilias Bin Darus Pembantu Tadbir Encik Yusuf Bin Ismail Pembantu Tadbir Encik Ismail Bin Din Pembantu Am Pejabat Encik Che Omar Bin Ismail Pemandu Encik Zahrul Shafri Bin Zakaria Pemandu Encik Muhammad Afiq Fitri Bin Izham Pemandu Puan Nor Hasila Binti Yaakob Pekerja Awam Encik Shaiful Anuar Bin Abd Manaf Pekerja Awam Encik Zainol Bin Mat Pekerja Awam Encik Ishak Bin Goi Pekerja Awam Encik Farmizie Bin Ani Pekerja Awam Encik Nazrul Hisyam Bin Nordin Pekerja Awam Encik Khairull Nazad Bin Mat Taib Pekerja Awam Puan Noraini Binti Sudin, PCK Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Eksekutif) - Pencatit Minit

TIDAK HADIR DENGAN MAAF 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. Encik Iskandar Hasdi Bin Ismail Penghulu Mukim Binjal Encik Mohd. Zamkhoshari Bin Ahmad Penghulu Mukim Putat/Ah Encik Mohd Azlan Bin Jusoh Penghulu Mukim Gelong Puan Sharifah Salmah Binti Shariff Harun Setiausaha Pejabat Puan Norzita Binti Marzuki Pembantu Tadbir Kewangan Puan Jamaliah Binti Md Noh Pembantu Tadbir Puan Fatin Syamimi Binti Jamaluddin Pembantu Tadbir Encik Mohd Yusri Naim Bin Yusoff Pembantu Am Pejabat Puan Siti Maryam Binti Ariffin Pembantu Tadbir

1.0 BACAAN DOA 1.1 Bacaan Doa disampaikan oleh Encik Hussain Bin Haji Omar, Penghulu Mukim Jerlun. 2.0 ALUAN PENGERUSI 2.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato Pegawai Daerah Kubang Pasu. 2.2 Mesyuarat dimaklumkan megnenai perlantikan Desk Officer 2.2.1 Bencana - Tuan Haji Anuar Bin Ahmad. 2.2.2 Pilihanraya - Encik Hasri Bin Osman. 2.2.3 Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu - Puan Noraini binti Sudin
5

2.3 Mesyuarat dimaklumkan sekiranya berlaku bencana dalam mukim [tidak melebihi satu mukim] Penghulu Mukim perlu mengambil tindakan dengan menubuhkan Bilik Operasi Mukim dan Pembantu Tadbir Penghulu akan selia bilik oerpasi tersebut. Mesyuarat juga dimaklumkan sekiranya melibatkan lebih dari satu rumah [ribut/bencana] Pusat Kawalan Operasi Bencana di mukim tersebut hendaklah dibuka. Mesyuarat juga dimaklumkan sekiranya bencana melibatkan 2 mukim dan lebih, Pusat Kawalan Operasi Bencana peringkat daerah hendaklah dibuka. Tindakan: Penghulu-Penghulu Mukim 2.4 Mesyuarat mengambil maklum mengenai penyaluran maklumat sepantas yang mungkin untuk diambil tindakan. Tindakan:Ketua Penghulu/ Semua Penghulu Mukim 2.5 Mesyuarat dimaklumkan bahawa fire drill exercise akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke 13. 2.6 Mesyuarat diarah supaya mengadakan Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum Ke 13 [ P 006 ]di Pejabat Daerah Daerah Kubang Pasu. Tindakan: PPD 3.0 SOROTAN SEMINGGU 3.1 Aktiviti Seminggu Yang Lalu Seperti di paparan. 4.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 4.1. Minit Mesyuarat Pengurusan Kali 06/2013 bertarikh 27 Mac 2013 dicadang sah oleh Encik Sulaiman Bin Hashim, Penghulu Mukim Tunjang dan disokong oleh Encik Mohamad Hashim Bin Abu Hassan, Penghulu Mukim Bukit Tinggi/Wang Tepus/Pelubang. Tindakan: Makluman

5.0 LAPORAN BAHAGIAN 5.1 Penghulu-Penghulu Mukim 5.1.1 Penghulu Mukim Jitra 5.1.1.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai permohonan peruntukan yang melibatkan sejumlah RM106,000 yang dipohon kepada UPEN untuk membaiki titi di Kampung Pondok Haji Wan Salleh bagi tahun 2013. Tindakan : KPPD 5.1.1.2 Mesyuarat memutuskan akan mengadakan operasi secara bersepadu keatas operator-operator Kafe Siber yang melanggar garis panduan yang telah ditetapkan. Mesyuarat dimaklumkan supaya mengadakan pemantauan secara rambang keatas kafe siber bersama dengan pemandu. 5.1.1.3 Mesyuarat dimaklumkan mengenai kesesakan lalulintas pada hari isnin dan rabu di pasar malam Taman Suria kerana tiada kawalan oleh Penguatkuasa. Tindakan : Makluman 5.1.2. Penghulu Mukim Jerlun 5.1.2.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai bantuan rumah kepada Puan Bashah Binti Ahmad dari Pida 5, Kampung Sematang Jawa yang mana memerlukan tambahan peruntukan sebanyak RM5,000.00 Mesyuarat memberi kelulusan sebanyak RM5,000.00 untuk tambahan peruntukan. Tindakan : KPPD 5.1.2.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa banjir kilat telah berlaku pada 31 Januari 2013 jam 6.00 petang hingga 7.30 malam di Pekan Kerpan yang melibatkan 10 buah rumah yang mengalami kerosakan. Pegawai Khas ADUN Ayer Hitam memohon peruntukan PDKP untuk menaiktaraf parit sepanjang 200 meter di kawasan berkenaan bagi mengatasi masalah banjir. Anggaran peruntukan yang diperlukan RM25,000. Tindakan: Penghulu Mukim Jerlun/Juruteknik
7

5.1.3

Penghulu Mukim Keplu/Pering 5.1.3.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai kejadian ribut yang melibatkan 74 buah rumah dalam Mukim Pering dan diarah supaya menyediakan Bilik Operasi Mukim. Tindakan: Penghulu Mukim Keplu/Pering

5.1.4

Penghulu Mukim Jeram 5.1.4.1. Mesyuarat mengambil maklum bahawa masih menunggu peruntukan tahun 2013 berkenaan pemohonan 2 buah mesin jahit untuk 2 orang pemohon yang dianggarkan sebanyak RM5,000. Tindakan : KPPD 5.1.4.2 Mesyuarat dimaklumkan telah menyerahkan laporan berkenaan titi di Kampung Alor Changleh, Mukim Jeram perlu diperlebarkan bagi kemudahan orang ramai /pengguna yang menggunakan laluan ke sekolah dan klinik berdekatan. Status semasa adalah masih menunggu peruntukan tahun 2013. Tindakan : KPPD 5.1.4.3 Mesyuarat mengambil maklum mengenai seorang ketua isi rumah [KIR] yang dikeluarkan daripada e-Kasih. Tindakan : Makluman

5.1.5. Penghulu Mukim Naga / Malau 5.1.5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Puan Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) telah memanjangkan aduan kepada Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu (PTKP) berkenaan aduan penduduk kampung mengenai penutupan jalan mini tar dan pemindahan laluan elektrik di Kampung Baru, Tanjung Pauh. Status semasa adalah masih menunggu jawapan. Tindakan: Makluman

5.1.5.2

Mesyuarat dimaklumkan bahawa surat telahpun dikeluarkan bertarikh 5 Januari 2013 kepada JKR mengenai permohonan daripada Pengerusi PIBG Sek. Keb. Padang Pekan agar pihak JKR menutup longkang besar yang membahayakan keselamatan murid di laluan ke Tanjung Kapor. Status semasa adalah masih menunggu maklum balas daripada JKR. Tindakan: KPPD

5.1.5.3

Mesyuarat mengambil ketetapan supaya Penghulu Mukim menyediakan surat kepada Y.Bhg Dato Pegawai Daerah Kubang Pasu mengenai gerai yang disewa oleh pemilik asal kepada orang lain untuk menjalankan perniagaan dan sesalinan ditujukan kepada Setiasuaha Majlis Daerah Kubang Pasu. Tindakan : Penghulu Mukim

5.1.6

Penghulu Mukim Padang Perahu 5.1.6.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai isu pengesahan dokumen dan garis panduan terhadap dokumen yang boleh dan tidak boleh dibuat pengesahan oleh Penghulu Mukim. Tindakan : KPPD

5.1.7

Penghulu Mukim Putat /Ah 5.1.7.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai status siap Projek Tapak Sekolah Menengah Agama Melele yang telah mencapai 70%. Tindakan: Makluman

5.1.8

Penghulu Mukim Temin 5.1.8.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa pemohonan 2 buah mesin pertukangan kayu untuk 2 orang pemohon sebanyak RM5,000 akan dipohon semula menggunakan peruntukan pada tahun 2013. Status semasa adalah masih di dalam tindakan. Tindakan: KPPD

5.1.8.2

Mesyuarat diberi maklum bahawa Pejabat Tanah Kubang Pasu telah mengenalpasti batu sempadan bagi tapak Pejabat Penghulu di Changlon dan kerja-kerja memagar kawasan ini sedang dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik. Tindakan:Makluman

5.1.9

Penghulu Mukim Bukit Tinggi / Wang Tepus/Pelubang 5.1.9.1 Mesyuarat telah diberi maklum bahawa pihak IPD Kubang Pasu mohon diadakan operasi secara bersepadu melibatkan Pejabat Tanah Kubang Pasu/Pejabat Daerah Kubang Pasu dan Polis Kubang Pasu Tindakan : KPPD 5.1.9.2 Mesyuarat mengambil maklum mengenai Jalan Titi Besi Kepala Batas yang melibatkan lori-lori muatan berat menggunakan jalan ini sebagai jalan pintas ke Alor Setar, Tunjang dan Kodiang. Bagi mengatasi masalah ini bonggol akan dibina di hadapan Sekolah Kebangsaan Kepala Batas oleh pihak JKR. Tindakan:Makluman 5.1.9.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat J/Kuasa Penyelarasan Mukim yang telah diadakan pada 5 Mac 2013 yang lalu, telah memutuskan supaya Majlis Daerah Kubang Pasu mengaturkan mesyuarat bagi menceriakan Pekan Kepala Batas. Tindakan: Makluman

5.1.10. Penghulu Mukim Sungai Laka 5.1.10.1 Mesyuarat mengarahkan supaya disemak akan organisasi yang menguruskan kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam dan seterusnya memohon peruntukan bagi pembaikan kerosakan jalan tersebut. Tindakan : KPPD

10

5.1.11 Penghulu Mukim Hosba/Kubang Pasu 5.1.11.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Penghulu Mukim Hosba/Kubang Pasu akan mengambil tindakan agar permohonan Puan Zurina Binti Jaafar bersama 3 orang anaknya ditempatkan di rancangan perumahan KEDA kerana pemilik sebenar tidak memberi keizinan untuk dibaikpulih rumah beliau. Tindakan:Penghulu Mukim Hosba/Kubang Pasu 5.1.11.2 Mesyuarat dimaklumkan mengenai kebocoran bumbung yang berlaku di Pejabat Penghulu Hosba/Kubang Pasu. Tindakan:Juruteknik Kanan 5.1.12 Penghulu Mukim Tunjang 5.1.12.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat sebuah rumah usang kepunyaan Puan Mariam Binti Md Nor yang hampir roboh di Batu 17, Tunjang. Mesyuarat mengarahkan supaya Penghulu Mukim Tunjang memaklumkan kepada Puan Mariam Binti Md Nor supaya membuat surat permohonan kepada pihak Pejabat Zakat Negeri Kedah, dalam masa yang sama Unit Pembangunan PDKP juga diarah supaya memohon peruntukan kepada UPEN. Tindakan:KPPD/Pembangunan 5.1.12.2 Mesyuarat dimaklumkan mengenai u-turn [haram] Stesyen Minyak BP Tunjang yang telah ditutup oleh JKR. Tindakan:Makluman 5.1.13 Penghulu Mukim Binjal 5.1.13.1 Mesyuarat memaklumkan supaya dinaiktaraf kemudahan seperti surau dan tandas untuk kemudahan di Pusat Pengumpulan Buah-Buahan Asun bagi menarik pengunjung ke tempat tersebut. Tindakan : Makluman

11

5.1.14 Penghulu Mukim Sanglang 5.1.14.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Penghulu Mukim Sanglang telah menerima permohonan baiki rumah daripada 2 warga emas, Puan Asma binti Bulat dan Encik Aziz bin Saad, pihak JKM Daerah Kubang Pasu telah bersetuju untuk baikpulih rumah tersebut. Tindakan: Makluman 5.1.15 Penghulu Mukim Gelong 5.1.15.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sistem pengaliran/perparitan di Kampung Kemunting Baru dan Taman Setia Jaya kurang berkesan sehingga menyebabkan banjir kilat sering melanda di kawasan berkenaan. Mesyuarat memutuskan agar Juruteknik memberi komen berkenaan keperluan menaiktaraf longkang U shape sepanjang 400 meter. Tindakan : Juruteknik 5.1.15.2 Mesyuarat telah mengambil maklum bahawa permohonan lampu isyarat di persimpangan Jalan Kemunting dan Taman Bersatu telah dipanjangkan dalam Mesyuarat MKJR untuk dipertimbangkan. Status belum mendapat maklumat lanjut daripada MKJR. Tindakan : Makluman 5.2 Bahagian Pembangunan 5.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pendaftaran e-Sinar seluruh Daerah Kubang Pasu adalah seramai 2,059 Ketua Isi Rumah (KIR) sama seperti laporan terdahulu [tiada perubahan]. Tindakan : Makluman 5.2.2 Mesyuarat mengambil maklum akan saranan Y.Bhg Dato Pengerusi supaya dikenal pasti orang yang paling daif untuk didaftarkan dalam e-Sinar. Tindakan: Semua Penghulu Mukim/Unit Pembangunan

12

5.3

Bahagian Pentadbiran/Kewangan 5.3.1 Mesyuarat dimaklumkan berkenaan prestasi perbelanjaan mengurus seperti lampiran C berkelat. Mesyuarat mengambil maklum bahawa peratus perbelanjaan belanja mengurus B.40 sehingga 2 April 2013 ialah sebanyak 21.61%. Tindakan: Makluman 5.3.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Akaun Tabung Bencana Daerah Kubang Pasu sehingga 3 April 2013 berjumlah sebanyak RM43,554.65. Tindakan: Makluman

5.4

Hal-Hal Lain 5.4.1 Mesyuarat memutuskan akan mengadakan mesyuarat bersama semua Pembantu Tadbir (Penghulu) Mukim bagi membincangkan berkaitan Aset yang ada di Pejabat Penghulu Mukim. Tindakan:KPPD/PPD 5.4.2 Mesyuarat diberi maklum bahawa satu perbincangan mengenai penyelesaian terhadap kejadian ribut yang sering melanda dan mengakibatkan keadaan rumah/tempat tinggal penduduk yang terlibat dalam daerah Kubang Pasu musnah dan rosak. Tindakan : KPPD/PPD 5.4.3 Mesyuarat bersetuju supaya Pembantu Tadbir

6.0.

PENANGGUHAN MESYUARAT 6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa mesyuarat seterusnya akan diadakan pada hari Rabu minggu akan datang dan mesyuarat ditangguh pada jam 11.10 pagi.

Tarikh Rujukan Fail

: 07April 2013 : PDKP- 7/2012

Pejabat Daerah Kubang Pasu Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
13

You might also like