You are on page 1of 15

KOORDINASI

DENGAN AGENSI AGENSI KECEMASAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti ISO 9001-2000.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut : 1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran. 2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran. 3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna. 4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran. 5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

Rakan Cop

merupakan program komuniti polis yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur pada 9 Ogos2005 untuk membantu dalam membenteras jenayah di ibukota dan bandar-bandar lain di Malaysia. Objektifnya yang utama ialah untuk memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat bekerjasama dengan polis serta terlibat secara langsung dengan pencegahan jenayah.

MERCY MALAYSIA
adalah organisasi non-profit yang bertumpukan kepada penyediaan bantuan perubatan, pembangunan kesihatan berterusan dan aktiviti pengurangan risiko bencana bagi masyarakat yang terdedah kepada kedua situasi krisis dan tanpa krisis. Organisasi ini lahir pada tahun 1999, ketika perang berkecamuk di Kosovo mengakibatkan ribuan korban nyawa dan penderitaan di merata tempat. organisasi ini telah berkembang pesat dengan lebih banyak pasukan yang dihantar secara berterusan ke daerah yang ditimpa bencana untuk menghulurkan program bantuan perubatan di pelbagai negara bagi bencana yang berbeza.

Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara telah diwujudkan dan ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Mei 1997. Arahan ini menggariskan dasar pengurusan dan bantuan bencana serta menentukan peranan serta tanggungjawab agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu kejadian bencana yang berlaku. Berdasarkan Arahan ini, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana telah dibentuk meliputi Peringkat Pusat, Negeri dan Daerah bagi menguruskan bencana mengikut tahap masing-masing. Selaras dengan pembentukan jawatankuasajawatankuasa ini, perintah dan kawalan di tempat kejadian juga dibentuk di mana Polis Diraja Malaysia dilantik sebagai Komander dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Timbalan Komander untuk mengurus situasi di tempat kejadian dengan dibantu oleh agensi sokongan yang lain.

Jabatan Pengairan & Saliran (JPS)


Projek Tebatan Banjir di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk mengurangkan risiko banjir. Projek Tebatan Banjir Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) yang mengintegrasikan langkah pencegahan banjir kilat serta kesesakan lalu lintas di KL telah berjaya meredakan kejadian banjir kilat yang berlaku. JPS telah menyediakan Manual Pengurusan Air Ribut Bandar atau Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) pada tahun 2000 telah membangunkan sistem ramalan dan amaran awal banjir di mana maklumat-maklumat ini disalurkan kepada agensi tindak balas dan juga kepada orang awam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)

agensi utama dalam menyediakan ramalan dan amaran awal kepada negara dalam perkara berkaitan meteorologi dan dlm negara. Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) telah dibangunkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa melibatkan pemasangan 2 unit pelampung tsunami di Pulau Rondo dan Pulau Layang-Layang. Sistem ini membolehkan negara mendapat amaran awal sekiranya berlaku gempa bumi dan tsunami di Lautan Hindi, Laut China Selatan dan Lautan Pasifik. JMM bekerjasama rapat dengan Pacific Tsunami Warning Center (PTWC) yang berpusat Hawaii dan Japan Meteorological Agency (JMA).

JMM juga sejak lama dahulu telah bertindak dalam menyediakan sistem pemantauan dan penyebaran amaran berkaitan dengan ramalan cuaca. Sistem Third Generation Wave Model (WAM) dan Storm Surge Model digunapakai dalam meramalkan keadaan angin kencang, laut bergelora dan ketinggian ombak di kawasan pantai. Maklumat-maklumat ramalan cuaca sentiasa disalurkan kepada agensi-agensi pengurusan bencana yang berkaitan melalui telefon, faks, khidmat pesanan ringkas, media massa dan laman sesawang membangunkan Sistem Amaran Bencana Melalui Talian Tetap (Fixed-Line Alert System) yang membolehkan masyarakat yang tinggal di antara 1 hingga 3 kilometer dari kawasan persisiran pantai mendapat panggilan amaran perpindahan ke kawasan lebih selamat

Jabatan Kebajikan Masyarakat


menyediakan pusat-pusat pemindahan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keselesaannya untukmenempatkan mangsa-mangsa bencana. pusat-pusat pemindahan dalam kerja-kerja memasak, menjaga kebersihan,keselamatan dan aktiviti lain. Kempen Kesedaran Awam mengenai Cuaca Ekstrem, Gempa Bumi dan Tsunami telah diadakan di 13 lokasi di Melaka, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Sebuah buku bertajuk Panduan Keselamatan Ketika Bencana dan Krisis juga telah disediakan dan diagihkan kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta sekolahsekolah di seluruh negara..

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program seperti Smart Support Team (SST MOE) dan School Watching Program di sekolah-sekolah bagi meningkatkan semangat kesukarelawanan di kalangan guru dan pengurusan risiko bencana di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kementerian Kesihatan Malaysia pula telah menyambut Hari Kesihatan Kebangsaan 2009 bertemakan "Save Lives - Make Hospitals Safe in Emergencies". Terdapat juga forum kebangsaan bertajuk Hospitals Safe from Disaster yang dianjurkan oleh Institut Pencegahan Bencana Asian Tenggara (SEADPRI), Universiti Kebangsaan Malaysia selaras dengan Hari Kesihatan Sedunia. Hari Kesedaran Bencana telah dimulakan sejak tahun 2005 dengan mengambil tarikh pada 26 Disember disebabkan dua kejadian bencana besar yang berlaku iaitu Ribut Tropika Greg dan kejadian tsunami akibat

Di peringkat antarabangsa.

Malaysia merupakan ahli kepada ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) yang ditubuhkan pada tahun 2003 yang merupakan platform untuk menyokong, menyelaras program pembangunan keupayaan, penyelarasan dan kerjasama
pengurusan bencana di peringkat ASEAN. - setiap negara mempunyai obligasi dalam pengurusan pencegahan dan persediaan menghadapi bencana di dalam negara serta membantu negara-negara serantau sekiranya negara-negara ASEAN ditimpa bencana.

Memorandum Persefahaman Mengenai UsahaUsaha Pencegahan Jerebu Rentas-Sempadan di antara Malaysia dan Indonesia, Kerajaan telah dan sedang bekerjasama dengan Provinsi Riau dalam usaha pencegahan jerebu rentas sempadan.

Program yang dilaksanakan ialah peningkatan keupayaan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi pembakaran sifar aktiviti pertanian, latihan memadam api untuk sukarelawan, projek perintis pemulihan tanah-tanah gambut yang sering terbakar serta pemasangan sebuah stesen pemantauan kualiti udara di Provinsi Riau sebagai sistem amaran awal jerebu.

Malaysia juga telah berjaya menganjurkan Persidangan Menteri-Menteri Asia Ke-3 Mengenai Pengurangan Risiko Bencana (3rd AMCDRR) pada 2-4 Disember 2008 di Kuala Lumpur dengan kerjasama United Nations International Strategy for Disaster Reduction (UNISDR).
Hasil daripada persidangan tersebut, Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Pengurangan Risiko Bencana 2009 menekankan kepentingan kerjasama pelbagai agensi termasuk swasta, badan bukan Kerajaan dan persatuan sivil dalam pengurangan risiko bencana.

Sekian. Terima kasih

You might also like