You are on page 1of 4

Menurut Choong Lean Keow, dalam bukunya yang bertajuk Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, beliau menyatakan dalam

teori Behavioris, peranan kaunseling adalah berorientasikan tindakan. Ini bermaksud bahawa klien akan bertindak secara aktif ke arah penyelesaian masalah yang mereka hadapi. Antara tindakan ini termasuk seperti berikut : Memantau tingkahlaku yang kurang wajar Mengamalkan kemahiran mengurus tingkahlaku tersebut Menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Manakala , guru bimbingan dan kaunseling pula akan merancang untuk mengukuhkan tingkahlaku yang wajar sambil menghapuskan tingkahlaku yang tidak wajar, atau tidak boleh diterima. Secara unggul, hasil intervensi kaunseling yang menggunakan pendekatan behavioural ialah keupayaan kanak-kanak (klien) untuk meningkatkan kemahiran modifikasi tingkah laku dan pengurusan kendiri. Ini bermaksud bahawa mereka akan beralih daripada peneguhan ekstrinsik kepada peneguhan instrinsik. Dengan kata lain, mereka akan lebih berikhtiar untuk mencapai kepuasan diri berbanding dengan kata-kata peransang daripada orang-orang signifikan. Sebagai contoh, ibu bapa Megat memberi ganjaran berbentuk masa tambahan untuk menonton gambar kartun sekiranya dia berjaya menyiapkan kerja rumah Matematik pada setiap hari. Ganjaran ekstrinsik dikatakan berubah menjadi instrinsik apabila Megat akan menyempurnakan kerja rumah sebaik sahaja sampai ke rumah tanpa disuruh oleh ibu bapa kerana dia amat bangga dengan pujian guru Matematik apabila gred pencapaian mula meningkat.

Peranan kaunseling bagi Teori Pemusatan Perorangan pula, Rogers menggariskan enam syarat penting bagi perubahan personality : Guru bimbingan dan kaunseling dan kliaen hendaklah berada dalam konteks psikologikal Klien berada dalam keadaan tidak kongruen. Guru bimbingan dan kaunseling berada dalam keadaan kongruen dan terlibat dalam hubungan kaunseling Guru bimbingan dan kaunseling mengamalkan penerimaan positif tanpa syarat terhadap klien. Guru bimbingan dan kaunseling bersifat empeti terhadap kerangka rujukan klien Sifat empeti dan penerimaan positif tanpa syarat berjaya tercapai dalam sesi kaunseling Guru bimbingan dan kaunseling yang mematuhi keenam-enam syarat di atas hendaklah bersifat tidak mengarah (non-directive) di mana beliau tidak menyoal, atau memberi nasihat, atau mentafsir pemikiran, perasaan dan tingkahlaku klien. Sebaliknya, beliau hanya akan mendengar secara aktif serta memberi dorongan yang wajar sepanjang sesi kaunseling. Secara ringkasnya peranan sesi kaunseling berorientasikan pemusatan

perorangan bertujuan untuk membantu klien meningkatkan keyakinan diri serta sifat autonomi dan spontan. Matlamat kaunseling tersebut ialah menghasilkan klien yang mampu berfungsi dengan sempurna, berupaya mengurus kehidupan masingmasing, dan berkebolehan menghargai diri masing-masing.

Bagi teori RET pula, kaunseling menolong klien mengakui perasaan dan tingkahlakunya yang tidak sesuai, menerima tanggungjawab di atas ketidaksesuaian itu dan menentukan punca penyebab masalahnya. RET juga memberi langkahlangkah dalam menolong klien untuk meninggalkan idea yang tersilap, sebagai berikut: Langkah pertama, ialah menunjukan kepada klien bahawa ia tidak logik, menolongnya memamahami bagai mana dan mengapa dan mengapa mereka menjadi begini. Kaunselor juga menunjukkan hubungan antara idea yang tidak rasional dengangan gangguan yang emosi yang dialami hingga klien merasakan hidup tidak bahagaia. Dengan berbiat demikian klien menjadi sedar keadaan yang dihadapi untuk memperbaiki fungsi gangguan emosi. Tambahan pulan celik akanl yang diperolehi dapat menolong klien mengurangkan rasa tidak berdaya dan sedih dengan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka bukanlah mengsa kepada kuasa luaran tetapi mereka boleh mengawlnya. Celik akal ini juga mengahala klien untuk memahami hubungan antara nilai, sikap dan kata-kata sepatutnya, seharusnya dan emestinya. Yang telah menjadi sebati dengan diri seseorang yang selalu disarankan kepada diri sendiri sehingga menjadi idea yang tidak rasional. Kaunselor perlu menerima maklum balas secara berterusan untuk menyemak sama ada klien benar-benar faham apa yang diajarkan oleh kaunselor . secara khususnya klien perlu menghayati tiga asas celik akal daram teori RET.

1- Idividu secara asas menyusahkan fikiran dan perasaan melalui kepercayaannya 2- Kesusahan pada masa kini tidak disebabkan oleh kesusahan sebelumnya. 3- Indivudu akan berfikir secara rasional jika ia menukar cara berfikir yang tidak rasional melalui cara bekerja dan cara memeperaktikkan tingkahlaku.

Langkah kedua, ialah menolongk klien mempercayai bahawa kepercayaan seseorang boleh dicabar dan diubah. Ini membenarkan klien meneroka pemikirannya secara logik dan menentukan jika pemikiran ini sesuai iaitu yang menyeronokkan atau atau yang dapat menolongnya mengubah situasi

yang boleh dipertikaikan atau tidak sesuai dan mendatangkan ketidak selesaan dalam hidup.

Kaunselor akan memeprtikaikan idea klien yang tidak rasional secara terus menerus. Kaedah mempertikaikan ini adalah mengguna cara menyoal dan mencabar keesahan idea yang dipegang oleh klien tentang dirinya. Melalui proses ini kaunselor cuba mengajar klien mempertikaikan sendiri cara ia berfikir agar ia dapat mencapai matlamat betfikir secara rasional dengan sendiri. Langkah akhir, melibatkan menolong klien pergi lebih dari mencabar idea yang tidak rasional iaitu mengindoktronasikan semuala secara rasional. Ini termasuk menangani idea yang tidak rasional yang utama juga membina falsafah hidup yang lebih rasional untuk mengelak ia menjadi mangsa pemikiran yang tidak rasional. Falsafah hidup melibatkan megnaganti sikap yang tidak rasional kepada yang rasional yang menolong menhilangkan emosi negatif yang mengganggu, dan tingkahlaku yang merosak diri.

You might also like