You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI 2/ 2013 (KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PERINGKAT

SEKOLAH)

TARIKH : 9 APRIL 2013 TEMPAT : BILIK MESYUARAT MASA : 2.00 4.30 ptng KEHADIRAN : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pn.M.Supaletchumi (Kursus di PD) Pn.R.Theve(berada di Sekolah Penandaarasan SJK T Edinburgh NPQEL) Pn.K.Sundary Cik.R.Thenmoly Pn.K.Kogila Veni Pn.T.Puspaveni Cik.M.Shobah Pn.L.Kavitha

1.0 Ucapan Aluan 1.1 Ketua guru panitia mengalu alukan kedatangan semua guru sains yang mengajar KSSR di SJK T Sentul. 1.2 Beliau menyatakan tujuan mesyuarat dan menyeru semua guru untuk memberi kerjasama sepenuhnya untuk mencapai sasaran Kementerian Pendidikan. 2.0 Pengenalan KSSR 2.1 Ketua panitia sains membentangkan pengenalan KSSR kepada semua guru. 2.2 6 Kemahiran KSSR dan cara cara melahirkan insan seimbang dikalangan SJK T Sentul juga telah dibincang.(bentuk aktiviti) 2.3 Sesi soal jawap dijalankan bagi memberi input yang maksimum. 2.4 Standard Prestasi dan Standard Dokumen Dunia Sains dan Teknologi tahun 3 telah dibincang dan dibuat pemetaan tahun 3. 2.5 Standard Kurikulum dan DSP tahun 1 dan tahun 2 juga telah disemak bersama evidence.

3.0 Pengurusan KSSR (fail) 3.1 Pengurusan KSSR yang merangkumi 5 fail utama telah dibincangkan. 3.2 Kandungan dalam setiap fail dibincangkan dan telah diselaraskan mengikut kelas. 4.0 Ringkasan Rancangan Pengajaran Harian 4.1 Ringkasan pengajaran harian KSSR mesti mengikut format yang diberi yang mempunyai 9 elemen. RPH tidak semestinya ditulis dalam buku rekod , ia boleh ditaip dan disimpan dalam fail berasingan. 5.0 PBS / Evidence 5.1 Ketua Panita menerangkan kepentingan pengemaskinian data dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 5.2 Semua guru yang mengajar sains KSSR diingatkan bahawa pentaksiran harus dijalankan setiap kali PDP dijalankan 5.3 Semua guru telah berbincang dan telah membuat penyelarasan dalam borang borang yang digunakan bagi pentaksiran individu dan kumpulan. 5.4 Kertas soalan PKSR 1 akan merangkumi semua kemahiran yang telah dipelajari dan kertas soalan mengikut band kelas masing masing. 6.0 Hal hal lain 6.1 Guru guru yang mengajar KSSR tahun 1 ,2 dan 3 mempunyai masalah dalam menggunakan istilah sains dalam bahasa tamil. 6.2 Selain itu masalah murid memahami istilah sains dalam komponen teknologi maklumat juga masih menjadi halangan bagi mencapai band yang ditetapkan. 6.3 Pn.Puspaveni mencadangan istilah istilah tersebut ditampal seperti yang dicadangkan dalam mesyuarat yang lepas. 6.4 Waktu PDP sains tidak mencukupi bagi membuat pentaksiran yang betul kerana hanya diberi 60 minit dalam seminggu. 6.5 Semua guru diminta memaksimumkan PDP dengan mengambil kira MMI. 6.6 Guru guru juga diminta berfikiran kreatif dan innovasi serta berdedikasi supaya objektif KSSR tercapai. 6.7 Ketua panitia mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa serta meminta semua guru senior bagi membantu sepanjang tahun ini untuk menjayakan semua aktiviti aktiviti yang dibincangkan dalam KSSR dan PBS Disediakan oleh Disahkan oleh

(Cik R Thenmoly ) Ketua Panitia Sains

( Pn.M.Supaletchumi) Guru Besar

You might also like