You are on page 1of 3

KERTAS KERJA CERAMAH MOTIVASI UPSR 2013

1.

PENGENALAN

Ceramah motivasi Persediaan Menghadapi UPSR ini merupakan program yang dilaksanakan khusus untuk murid tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program yang dijalankan ini digunakan sebagai alat perangsang dan kesediaan untuk berubah ke arah kebaikan dan kemajuan. Program ini akan melibatkan penceramah yang berpengalaman dalam menyampaikan ceramah motivasi. Diharap agar matlamat sekolah dan pelajar untuk mencapai sasaran cemerlang dalam UPSR akan dapat direalisasikan melalui usaha yang dijalankan dalam program ini.

2.

DEFINISI MOTIVASI

Motivasi ialah pengerak kepada kemajuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Menurut Kimble, et al (1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkah laku seseorang iaitu daya penggerak yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai suatu tujuan. 3. OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk: a) Memberi motivasi agar pelajar lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. b) memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh pelajar. c) melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. d) Meningkatkan peratusan pencapaian UPSR 2013

4.

SASARAN

Semua murid tahun 6 Sk Methodist Sungai Pelek.

5.

PERLAKSANAAN PROGRAM Tarikh Masa Tempat : 18 Mac 2013 9.00 pagi Dewan Harmoni Sk Methodist Sungai Pelek

: :

6.

ANGGARAN PERBELANJAAN a) Bayaran penceramah : RM 200 b) Alat tulis dan keperluan lain : RM 50 JUMLAH : RM 250

7.

PENUTUP

Diharap agar program ini dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan. Dalam pada itu, diharap program ini akan memberikan input yang berguna kepada para pelajar yang menyertai program ini bagi menghadapi peperiksaan UPSR serta menjadi pelajar yang cemerlang. Semoga segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik kepada pelajar. Justeru itu, diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan nanti memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2013.

Disediakan oleh, ............................. (SALMIWATI BINTI YAHAYA) Ketua Panitia sains Kaunseling Sk Methodist Sungai Pelek

Disemak oleh, ...................................... (MAHAKIKI BINTI JALALUDIN) Guru Bimbingan dan Sk Methodist Sungai Pelek

Disahkan oleh,

.................................... (ISHAK BIN NOH) Guru Besar Sk Methodist Sungai Pelek .

You might also like