You are on page 1of 1

Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: Dan sesiapa yang berpaling ingkar

dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa ayat 54 yang bermaksud: Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya. Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.

Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: Bismillahi ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba tajila ma akkharta wala takkhira ma ajjalta. (Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).

Sabda Rasulullah SAW, " Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu ainaya kezaliman melainkan Allah menambahkan kemuliaannya, dan tiada seorang yang tawadduk ( merendahkan diri ) kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya." Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.

You might also like