You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2013

TARIKH: 10.01.2013 MASA: 1.30 PETANG TEMPAT: PUSAT SUMBER

UCAPAN PENGERUSI 1.1 mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan berharap mesyuarat akan berjalan dengan lancar. 1.2 Menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang disenaraikan dalam agenda mesyuarat. 1.3 Mesyuarat melantik Pn. Suraya bt Abd. Aziz sebagai setiausaha panitia

UCAPAN PENASIHAT 2.1 berharap semua guru berusaha meningkatkan pencapaian murid-murid terutama dalam UPSR. 2.2 mengingatkan semua guru supaya menyediakan sukatan dan rancangan tahunan mata pelajaran 2.3 meminta ketua panitia menyediakan program yang boleh meningkatkan mutu mata pelajaran

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 3.1 minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh Pn. Suraya dan disokong oleh En. Abd Razak Hussin PERKARA BERBANGKIT 4.1 penggunaan ICT dalam p&p kurang berkesan kerana kekurangan peralatan dan keadaan internet yang amat perlahan

DASAR KURIKULUM 5.1 KSSR untuk tahun 3 telah bermula ,berharap guru yang terlibat bersedia dari segi sumber untuk p&p dan pemantuan daripada pihak berkenaan.Semua dokumen boleh dimuat turun melalui laman web www.moe.gov.my/bpk. RANCANGAN PELAJARAN 6.1 penyediaan rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pelajaran harian hendaklah disediakan sendiri oleh guru yang berkenaan.Sumber-sumber yang ada di internet boleh dirujuk 6.2 format seperti yang dipersetujui pada mesyuarat kali pertama tahun 2011. 6.3 buku persediaan mengajar hendaklah disediakan lebih awal agar perancangan p&p lebih teratur dan p&p lebih berkesan. PENCERAPAN HASIL KERJA MURID 7.1 dilakukan setiap minggu dan kuantitinya dilebihkan untuk murid tahap 2 terutamanya tahun 6. 7.2 latihan penulisan perlu diberi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, tatabahasa 3 kali seminggu dan pemahaman 3 kali seminggu. 7.3 rekod semakan kerja murid hendaklah dicatat dalam buku rekod mengajar guru. HAL-HAL LAIN 8.1 guru sementara untuk bahasa Melayu tahun 5 akan digalas oleh Pn. Ruslah . 8.2 kursus dalaman akan diusahakan untuk meningkatkan mutu pengajaran semua guru mata pelajaran bahasa Melayu.

UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap semua guru meningkatkan kerjasama untuk memperbaiki mutu pembelajaran murid-murid dalam bahasa Melayu.

9.2 mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

Disediakan oleh,

. SURAYA BT.ABD AZIZ Setiausaha Panitia B. Melayu Disemak oleh,

MOHD REZANI B. NAWI Ketua Panitia B. Melayu

Disahkan oleh,

You might also like