You are on page 1of 10

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB TANPA DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1E5 MENGGUNAKAN KAEDAH GRID METHOD

Oleh KAMARIAH ZAKARIA Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar bagi operasi pendaraban dalam mata pelajaran matematik. Fokus kemahiran ialah pendaraban tanpa menggunakan kalkulator melalui Kaedah Grid. Pelajar didedahkan dengan kaedah yang lebih simple dan senang diselesaikan terutama pendaraban yang melibatkan angka-angka besar dan perpuluhan dalam kertas 2 di mana pelajar tidak dibenarkan menggunakan kalkulator. Dari analisa soalan OTI 1, didapati 64% soalan yang melibatkan pendaraban tidak dapat diselesaikan dengan sempurna oleh pelajar tingkatan 1 manakala 75% dari soalan berkenaan tidak dapat dijawab dengan sempurna oleh sample kajian iaitu kelas 1E5. Dapatan ini diperolehi berasaskan Analisis Item yang dibuat oleh guru mata pelajaran matematik selepas pelajar menduduki ujian. Kajian dimulakan dengan mengumpul maklumat Analisis Item bagi setiap soalan dalam kertas 2 dan soalan-soalan yang melibatkan pendaraban telah dikenalpasti. Kajian diteruskan dengan ujian susulan yang terdiri dari 10 soalan pendaraban dari tajuk Whole Numbers dan 10 soalan Decimals. Setelah mereka menduduki ujian semula, pelajar diperkenalkan dengan grid method. Selepas Grid Method dipelajari didapati keupayaan pelajar menyelesaikan masalah pendaraban sangat memberangsangkan.

22

1.0

REFLEKSI

Menguasai kemahiran +, -, x dan adalah satu asas penting bagi pelajar untuk mereka menguasai topik-topik lain dalam matematik. Dari keputusan OTI 1 yang lepas, didapati penguasaan asas ini masih di tahap sederhana terutama kemahiran mendarab dan membahagi. Dari analisis item yang dibuat didapati 75% dari 28 pelajar 1E5 (kira-kira 21 orang) gagal menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban. Kemudian pelajar ini diberi semula 20 soalan pendaraban yang arasnya sama dengan soalan ujian yang lepas, pelajar membuat kesilapan hampir sama seperti dalam ujian mereka. Setelah membuat perbincangan dan memberi penjelasan serta contoh-cpntoh soalan lain ini kepada pelajar, didapati penguasaan mereka masih perlu diperbaiki. Oleh itu satu kaedah dicadangkan untuk menjalankan kajian tindakan ini ialah melalui Kaedah Grid (Grid Method).

2.0

FOKUS KAJIAN

Kelemahan dalam penyelesaian masalah pendaraban ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap penguasaan matematik yang lain. Melalui semakan kerja pelajar 1E5 dan semakan jawapan OTI 1 yang lepas, jelas menunjukkan bahawa kelemahan peguasaan bahagian ini menjejaskan prestasi pelajar keseluruhannya. Oleh itu dengan kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar menyelesaikan soalan-soalan mereka dengan baik dan seterusnya dapat menguasai asas matematik dengan sempurna.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Objektif Am Membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan pendaraban dan yang berkaitan tanpa meggunakan kalkulator dalam kertas 2 dengan tepat dalam tempoh yang singkat.

3.2

Objektif Khusus 1. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap asas matematik dengan baik. 2. Menimbul minat yang mendalam terhadap matematik (angka) 3. Membina keyakinan diri pelajar

23

4. Meningkatkan rasa ingin besaing di kalangan mereka dan membuktikan kebolehan masing-masing bukan saja di kalangan sekelas malah seluruh tingkatan 1.

4.0

KUMPLAN SASARAN

Seramai 28 pelajar tingkatan 1E5 telah dipilih sebagai sample. Kelas ini merupakan kelas terakhir bagi tingkatan 1 dimana mereka adalah pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tetapi telah disusun semula berdasarkan ujian kemasukan ke-kelas-kelas pada awal tahun. Mereka merupakan kelas terakhir tingkatan 1 mengikut pencapaian ujian kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

5.0 5.1

PERLAKSANAAN KAJIAN Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian Pemerhatian telah dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui respon pelajar, latihan bertulis yang disiapkan dan keputusan OTI 1 serta ujianujian yang diberikan semasa kajian berlangsung. 5.1.2 Analisis Item OTI 1 Analisis Item yang dibuat oleh guru mata pelajaran bagi setiap kali ujian/peperiksaan . Tujuan analisis ini dibuat ialah untuk mengesan kelemahan pelajar bagi setiap bahagian atau tajuk mata pelajaran berkenaan untuk diambil tindakan susulan oleh guru, panitia mata pelajaran, pihak pentadbir dan juga pelajar itu sendiri. 5.1.3 Temubual/ Soal Selidik Kaedah lain yang turut digunakan adalah temubual yang dilakukan secara tidak formal sebagai membantu memperkemaskan maklumat yang telah dikumpul.

24

5.1.4

Pra Ujian Ujian Pra telah diberikan kepada pelajar 1E5 bagi mengesahkan lagi kelemahan mereka dalam pendaraban. Ujian terdiri dari 10 soalan dari tajuk Whole Numbers dan 10 soalan lagi dari tajuk Decimals. Dua tajuk ini sahaja yang dipilih kerana pembinaan soalan pendaraban dibuat secara langsung (releven) dengan tajuk kajian.

5.2

Analisis Tinjauan Masalah 5.2. 1. Pemerhatian Daripada pemerhatian/penelitian yang dibuat setelah pelajar menjawab 20 soalan latihan yang melibatkan multiplication dari tajuk Whole Numbers and Decimals didapati setiap pelajar melakukan kesilapan mendarab sebanyak 32 % dan ratio soalan pelajar tidak dapat menjawab dengan tepat masih tinggi ia itu 70% (kira-kira 14 soalan). Taburan soalan yang pelajar melakukan kesilapan adalah berbeza-beza, ini menunjukkan bahawa 32 % adalah satu peratusan yang tinggi bagi pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR. Jadual 1 menunjukkan keputusan pra ujian yang telah diberi kepada pelajar untuk mempastikan lagi keupayaan penguasaan mereka bagi multiplication.
No Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Betul 25 27 18 28 21 11 4 28 11 28 28 20 8 12 28 28 17 13 15 9 Salah 3 1 10 7 16 24 17 8 20 16 11 15 13 19 Jumlah 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28 28

25

Jadual 1 Dari dapatan ini, didapati bahawa 14 soalan tidak dapat dijawab dengan sempurna oleh pelajar. Sebilangan besar daripada mereka tidak dapat menyusun urutan pendaraban dengan betul dan sebahagiannya salah ketika membuat penjumlahan. Oleh yang demikian kaedah Grid Method ini difikirkan amat sesuai untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka.

5.2.2

Analisis Item Lampiran menunjukkan Analisis Item yang telah dibuat berdasarkan ujian OTI1 yang lepas.

5.2.3

Temubual Hasil daripada temubual adalah seperti berikut. Di sini disertakan hasil temubual denga 3 pelajar yang telah dipilih. Dialog 1

G: P: G: P: G: P: G: P:

Adakah kamu minat mata pelajaran matematik? Minat tapi susah lah nak faham Apa yang kamu susah nak faham? Sebab dalam Bahasa Inggeris Macamana dengan tajuk Whole Numbers? Bahagian darab selalu silap Kenapa? Kadang-kadang salah darab, ada juga salah susun

Dialog 2

G:

Dalam tajuk Whole Number bahagian mana kamu rasa susah faham?

26

P: G: P:

Bahagian darab dan bahagi cikgu. Kenapa kamu tak faham? Kalau nombor kecil tak ada masalah. Tapi kalau darab nombor besar selalu silap. Mungkin kamu tak ingat sifir Ingat tapi selalu salah susun atau salah kira. Macamana dengan pendaraban melibatkan decimals? Kerap juga silap letak decimal places. Kalau macam tu bagaimana kamu nak atasi masalah kamu? Kita buat study group tapi tak berapa faham sangat.

G: P: G:

P: G:

P:

Dialog 3

G:

Apa masalah utama kamu bila kamu belajar tajuk Whole Numbers dan Decimals? Darab dengan Bahagi Kenapa? Bila darab nombor besar selalu silap Bahagian mana kamu selalu buat silap? Masa susun banyak-banyak tu silap letak. Lepas tu bila campur salah la.

P: G: P: G: P:

5.2.4

Pra Ujian Hasil dapatan daripada ujian pra dapat dikelaskan seperti jadual 2 di bawah

27

Jadual 2: Pencapaian 1E5 Dalam Pra Ujian.

Gred A B C D E Jumlah Pelajar

Bilangan 4 9 11 4 0 28

5.3

Tindakan Yang Dijalankan Selepas kesalahan dikenalpasti maka pengajaran Grid Method diperkenalkan kepada subjek kajian. Semua pelajar 1E5 dikehendaki mengikuti pengajaran dengan memerhati pengajaran Grid Method dengan teliti. Masa pengajaran dan pembelajaran diambil untuk mengajar kaedah ini. Penerangan yang jelas diberikan kepada pelajar. Contoh-contoh dari tajuk Whole Numbers dan Decimals ditadbir dengan jelas kepada pelajar. Urutan aktiviti adalah seperti di bawah Aktiviti 1 Contoh dan cara pengiraan secara Grid Method diterangkan kepada pelajar. Berikut adalah contoh-contoh yang telah diberikan kepada pelajar. Example 1 Work out 189 x 23 100 2000 300 80 1600 240 9 180 27 total 3780 + 567 4347

20 3

28

Work out 5643 x 235 x 200 30 5 5000 1000000 150000 25000 600 120000 18000 3000 40 8000 1200 200 3 600 90 15 total 1128600 + 169290 28215 1326105

Find the value of 0.13 x 56 x 3/100 50/10 150/100 50 6/10 18/100 6 56/10 168/100 = 5.6 = 1.68 7.28 1/10

Total

Find the value of 43.8 x 2.5 x 2 5/10 Total 80 200/10 = 20 100 6 15/10 = 1.5 7.5 40 3 8/10 16/10 =1.6 40/100 = 0.4 2.0

109.5

Aktiviti 2 Pelajar diedarkan dengan lembaran kerja yang mengandungi 1 set soalan. Pelajar diminta menyelesaikan soalan tersebut dengan Grid Method. Guru memantau kerja-kerja pelajar. Aktiviti 3 Pelajar menjawab Ujian Pos selepas guru berpuashati dengan kerjakerja pelajar dalam aktiviti 2. 5.4 Refleksi Kajian 5.4.1 Keputusan ujian pos Hasil dapatan daripada ujian pos dapat dikelaskan seperti jadual 3 di bawah

29

Jadual 3: Pencapaian 1E5 Dalam Post Test. Gred A B C D E Jumlah Pelajar 5.4.3 Bilangan 19 9 0 0 0 28

Analisis soal selidik selepas kaedah grid method dipelajari Soal selidik dilakukan ke atas 28 sampel (semua pelajar 1E5) dan dapatan berikut diperolehi Jadual 4: Respon terhadap Grid Method dan advantage kepada penguasaan matematik mereka.

Bil Item 1 Saya dapat mengira pendaraban dengan mudah dan tepat. 2 Grid Method sangat mudah dan menarik minat saya. 3 Kaedah Grid Method dapat menimbulkan rasa ingin memperbaiki prestasi saya dan rasa ingin bersaing di kalangan rakan-rakan 4 Saya yakin akan dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan akan datang 5 Saya seronok dan bersemangat belajar matematik .

Bilangan pelajar 28

26 28

24 28

Pada keseluruhannya penggunaan kaedah Grid Method memberi kesan yang sangat baik kepada pelajar saya. Dimana saya dapat buktikan bahawa pelajar saya sebenarnya berpotensi dan berminat untuk meningkatkan penguasaan asas matematik mereka. Mereka begitu bersemangat dan menunjukkan minat yang begitu mendalam kerana inilah cara baru bagi mereka memperbaiki kelemahan mereka selama ini.

30

6.0

Kesimpulan Kajian tindakan ini berjaya merealisasikan semua objektif yang tersenarai. Selain dari kaedah ini masih banyak lagi kaedah-kaedah lain yang perlu diterokai oleh guru supaya pengajaran dan pembelajaran sentiasa berlaku dengan menarik. Sesungguhnya guru itu pencetus idea kepada pelajar dan iklim bilik darjah.

7.0

Cadangan 1. Pihak pentadbir sekolah Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada guru-guru untuk mempertingkatkan mutu dan corak pembelajaran secara kreatif dan inovatif. Guruguru tidak harus dikongkong dengan perisian yang dibekalkan kerana masih banyak idea boleh ditambah untuk memperkembangkan potensi pelajar. 2. Guru Guru hendaklah sentiasa mencari idea dan kaedah yang boleh memudahkan pemahaman pelajar dan sentiasa membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian input yang diperolehi setiap tahun. 3. Murid Murid perlu rajin dan sentiasa ingin memperbaiki kelemahan diri dan sentiasa mewujudkan rasa ingin bersaing dan gemilang di kalangan mereka.

7.0

Rujukan GCSE success essentials mathematics, Letts Pub. England. Dictionary secondary science and mathematics Longman Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia 1995. Progressive Assessment Mathematics PMR 2005.

31

You might also like