You are on page 1of 11

MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID TAHUN 5 BESTARI DALAM MENGHASILKAN KARANGAN YANG BERMUTU MELALUI CARA TUNJUK GAMBAR SEBAGAI

RANGSANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MASBBD BERDASARKAN TAJUK KARANGAN.

Oleh RAIHAN BT. HAJI HUSIN Sekolah Kebangsaan Amer, 22200 Besut, Terengganu

ABSTRAK Melalui kaedah serta kajian ini adalah diharapkan akan dapat membantu murid-murid tahun 5 Bestari dalam menghasilkan satu karangan yang bermutu.Murid tahun 5 Bestari terdiri daripada murid-murid yang berlatarkan suasana kampung dan amat lemah serta tidak begitu meluas pengetahuan mereka terutama dalam menulis karangan. Murid gagal menulis karangan yang baik walaupun dalam jumlah perkataan yang sedikit. Seramai 19 orang murid lelaki,7 daripadanya adalah murid pemulihan dan seramai 10 orang murid perempuan 6daripadanya adalah murid pemulihan.Selama ini karangan yang ditulis sama ada semasa ujian wajib atau ujian semasa yang saya sendiri jalankan hasilnya amat mendukacitakan saya. Murid murid ini masih perlu banyak bimbingan dan tunjuk ajar.Saya telah cuba seberapa daya saya untuk melihat perubahan cara penulisan karangan mereka pada masa-masa yang akan datang.Muridmurid 5 Bestari amat lemah dalam bacaan seterusnya memberi kesan kepada mereka untuk menulis walau pun apa yang ditulis itu sudah dibaca berkali-kali.Saya telah dapat merubah sikap serta memotivasikan mereka dengan cara yang lebih rendah semata-mata untuk menarik minat mereka untuk belajar waktu penulisan.Sememangnya hati saya tersentuh kerana seolah-olah mengajar murid tahap satu,tapi apakan daya saya perlu teruskan juga demi melihat murid-murid saya dapat melepasi tahap gagal mereka selama ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Sebagaimana yang diketahui murid-murid tahun 5 Bestari yang saya ajar adalah 80% murid yang lemah.Selama dua bulan pemerhatian saya, muridmurid ini tidak dapat menulis karangan yang diberi sebagaimana tajuk

75

walau pun telah dibincangkan segala isi-isi yang berkaitan.Pada mulanya lagi mereka tidak faham kehendak soalan menyebabkab meraka hanya mampu menulis balik arahan atau hanya menulis satu perenggan yang berterabur serta berulang-ulang ayat yang sama.Dala ujian TOV contohnya perarus yang lulus hanya 12% saja selebihnya adalah gagal.Semasa proses P&P pun murid tidak begitu melibatkan diri dan bertindak tidak aktif.Mereka lebih suka diam atau apabila ditanya hanya menggelengkan kepala saja.Saya jadi keliru,cuba mencari apa perkara yang boleh menimbulkan minat mereka untuk menulis karangan dengan baik serta ada mutu. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian saya ini akan difokuskan pada masalah murid untuk menulis karangan dengan baik dan menepati kehendak tajuk Karangan yang ditulis biasanya adalah dalam bentuk mengulang isi atau ayat yang sama walau pun terdapat beberapa perenggan.Markah tidak dapay diberikan kepada murid kerana tidak cukup isi serta huraian mengikut tajuk atau soalan.Murid juga mempunyai kelemahan dam menulis bahasa yang betul terutama dalam membina struktur ayat atau penggunaan tatabahasa kerana mereka lebih terpengaruh dengan bahasa percakapan harian mereka.Contohnya murid menulis lepah tu walau sepatutnya perlu ditulis selepas itu. Walaubagaimanapun ,saya tidak berputus asa dalam mendidik serta membimbing murid agar mereka ada ruang untuk berjaya atau mencapai tahap lulus pada pepereksaan yang akan datang. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1. Objektif Umum meningkatkan kebolehan murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu untuk Tahun 5 3.2. Objektif Khusus meningkatkan kebolehan murid menulis karangan dengan bantun gambar/ bahan meningkatkan kemahiran murid dalam membina struktur ayat serta penggunaan tatabahasa dengan betul. meningkatkan kebolehan murid dalam mengembangkan huraian bagi setiap isi utama setiap tajuk karangan. murid dapat menulis karangan dengan jumlah patah perkataan yang ditetapkan iaitu 120 patah.

76

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini akan melibatkan murid tahun 5 Bestari seramai 29 orang.Mereka terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.

5.0 PERANCANGAN TINDAKAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Pada bulan pertama awal persekolahan tahun 2007,saya telah memberi satu tajuk karangan yang mana pada anggapan saya amat mudah. Tajuknya adalah berkisar pada suasana musim banjir di kampung murid sendiri.Saya telah membuka minda murid dengan menceritakan beberapa situasi mengikut tajuk,murid berminat tetapi dapat dibaca pada riak wajah murid tidak dapat olah semula kerana murid tidak begitu respon terhadap beberapa persoalan yang saya kemukakan.Saya melakukan beberapa langkah lain bagi menguji kebolehan murid menulis karangan.Antara langkahlangkahnya ialah dengan cara pemerhatian secara langsung semasa proses P&P,soal jawab lisan,dan juga ujian.Dalam tempoh latihan yang diberikan saya dapati murid hanya mampu menyalin semula tajuk sebagaimana yang terdapat di papan tulis.Saya merasakan mungkin tajuk yang saya kemukakan susah dan tidak menarik minat murid.Saya cuba tukar kepada tajuk Cita-cita Saya.Murid berlumba-lumba untuk bercerita hal cita-cita mereka secara lisan.Saya tahu murid sudah faham dan menyuruh mereka lahirkan cerita lisan tadi kepada bentuk penulisan karangan.Murid menjadi tidak bersemangat .Saya pujuk dan memberikan beberapa pembayang ayat namun keadaan murid menghampakan saya.Murid gagal menulis satu karangan yang menepati kehendak soalan.Langkah pertama saya adalah dengan menulis satu contoh karangan yang lengkap dan murid -murid hanya menyalin .Murid mampu menyalin biarpun dengan keadaan tulisan dan ejaan yang hampir 85% tidak kemas apalagi cantik untuk mudah dibaca oleh seorang guru yang juga akan terus memeriksa hasil kerja murid.Saya juga ada membekalkan murid-murid beberapa tajuk karangan yang mudah agar dapat disiapkan di rumah.Sampai tempoh untuk saya menyemak latihan murid,ternyata kerja tidak siap dan alas an yang diberi adalah saya tidak pandai Seterusnya pada ujian pengesanan TOV, kelemahan murid dapat dikesan dengan lebih jelas apabila hanya 3 orang saja yang melepasi tahap lulus dan bakinya adalah gagal.

77

Jadual 1 Jumlah peratusan lulus dan gagal murid murid tahun 5 Bestari untuk mata pelajaran Bahasa Melayu (002) Lelaki Perempuan Jumlah murid : 20 orang : 9 orang : 29 orang GRED A B C D E Lulus Gagal JUMLAH MURID 0 0 3 10 16 10.3 % 89.7 %

Hasil keputusan TOV dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 2 (002) ternyata amat lemah.Murid dapat membina ayat ringkas untuk bahagian A,namun untuk satu pilihan karangan di bahagian B ternyata ianya tidak dapat membantu murid untuk memperolehi markah yang sepatutnya. Murid hanya menyalin arahan soalan dan beberapa ayat ringkas yang tidak diketahui apa maksud sebenar yang ingin diceritakan atau disampaikan oleh murid . Terdapat juga skrip jawapan murid-murid yang mengulang ayatayat yang sama dari awal cerita hingga akhir karangan.Ianya satu keadaan atau suasana budaya ketidakbolehan yang menuntut saya sebagai seorang guru yang telah diberi amanah serta tanggungjawab untuk mencari cara atau kaedah lain supaya murid berminat dan dalam ujian atau peperiksaan sekurang-kurangnya mereka lulus untuk kertas Bahasa Melayu (002) ini.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Selepas beberapa ketika ,saya mula menganalisis semula keputusan muridmurid tahun LimaBestari dalam mata pelajaran Bahasa melayu terutama bahagian B iaitu menulis satu karangan pilihan . Ternyata hasil keseluruhan adalah tidak memuaskan hati saya sebagai guru yang mengajar mereka sejak beberapa bulan yang lalu. Seterusnya pada 6 Mac 2007,ujian OTI 1 telah dijalankan. Keputusan markah murid-murid untuk ujian ini juga masih tidak menampakkan sebarang perubahan kerana peratus untuk lulus masih belum diperolehi.Saya betul-betul kecewa dan terharu dengan suasana hasil penulisan karangan murid.Berdasarkan pencapaian keputusan Bahasa Melayu bahagian B yang amat mendukacitakan inilah saya perlu

78

jadikan sebagai panduan untuk mencari kaedah lain agar murid berminat untuk menulis karangan biarpun untuk mencapai tahap lulus sahaja.

Jadual 2 Keputusan Pencapaian Murid Tahun Lima Bestari Bahasa Melayu (002)-OTI 1 Tahap Pencapaian Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Kurang memuaskan Pencapaian Minimum Bilangan Murid 0 0 0 0 6 23

Hasil keputusan markah OTI 1 di atas jelas menunjukkan bahawa muridmurid tahun lima Bestari masih terlalu lemah dalam penulisan karangan untuk bahagian B.Bahagian B sepatutnya murid mendapat paling rendah adalah 25 / 30 .Sekiranya murid dapat melepasi tahap lulus ini adalah menjadi sesuatu yang mudah untuk lulus kertas Bahasa Melayu 002 di samping markah-markah pada bahagian A dan C.Rata-rata murid seramai 23 orang ini hanya mendapat paling minimum 5 hingga 15 markah sahaja. Berdasarkan markah di atas maka saya mula memanggil murid-murid yang gagal menguasai penulisan ini secara individu.Berdasarkan soal jawab permasaalahan murid secara lisan ini saya dapat simpulkan bahawa minda murid tahun lima Bestari ini masih tidak terbuka untuk mengetahui perkembangan-perkembangan semasa yang dapat membantu mereka mengolah isi karangan.Rata-rata murid tahun lima Bestari juga adalah dari kalangan keluarga yang tidak menitik beratkan pelajaran anakanak.Kesibukkan ibu bapa mencari rezeki menyebabkan masa untuk melayani serta mendekati anak-anak semakin terbatas.Keluarga muridmurid juga adalah tidak mampu untuk menghantar anak-anak ke kelas tambahan berbayar yang lain.Bahan-bahan rujukan yang lain selain daipada buku-buku teks sekolah adalah sukar dibeli kerana masalah kesempitan wang. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Saya telah mengenal pasti beberapa cara atau kaedah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat murid agar dapat menulis satu karangan yang bermutu dan mencapai tahap lulus bagi murid-murid tahun lima Bestari.Saya gunakan kaedah menunjukkan gambar-gambar berkaitan tajuk karangan yang ingin dibincangkan pada satu-satu masa mengajar sebagaimana jadual saya.

79

i.

Menunjukkan gambar secara kelas. ( langkah 1 ) Untuk aktiviti ini saya sebagai guru akan menunjukkan atau menampalkan beberapa keping gambar yang sama di hadapan murid atau di papan tulis.Gambar yang disediakan menarik kerana ada warna pada gambar tersebut.Murid-murid pada tahap ini amat berminat pada gambar apalagi berwarna.

ii. Menunjukkan gambar secara berkumpulan kecil.( langkah 2) Untuk langkah ini murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan mereka berbincang dan mengeluarkan pendapat. iii Satu gambar satu karangan individu (langkah 3)

Pada tahap ini murid diberikan gambar secara individu dan menghasilkan karangan secara individu juga.

5.4

TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN

i. Langkah 1 Cara terbaik untuk menarik minat murid menulis karangan pada pendapat saya adalah dengan menunjukkan gambar-gambar yang sesuai sebagaimana tajuk latihan yang diberi. Guru menunjukkan atau menampal gambar di depan murid Berdasarkan gambar tadi,guru memberi peluang kepada setiap murid secara bebas untuk memberitahu secara lisan apa yang terdapat pada gambar.Guru akan menyoal murid dalam bentuk apa dan mengapa. Ini untuk menilai kepekaan murid terhadap apa yang dilihat pada gambar baik dari segi suasana atau aktiviti bergantung pada tajuk yang akan ditulis karangannya.Setiap luahan idea murid akan ditulis oleh guru di papan tulis atau di kertas-kertas besar bagi memudahkan murid mendapat panduan untuk menulis karangan lengkap.

Refleksi langkah 1 Langkah ini dapat menarik minat murid-murid untuk belajar karangan.Mereka ada cara atau idea tersendiri dalam merungkaikan maksud gambar yang diberi/ditunjukkkan.Murid-murid berlumba-lumba untuk

80

memberi idea mereka.Syuasana pembelajaran menjadi ceria dan murid belajar dalam suasana tidak tertekan.Setelah siap menulis isi serta huraian yang sesuai sebagaimana disebut oleh murid tadi,guru menyuruh murid salin semula dan jadikan ianya lebih lengkap denhan menambahkan beberapa ayat yang lebih gramatis.Minda murid lebih terbuka dan mereka dapat tulis karangan dengan lebih yakin walau bukan untuk tahap lulus dengan cemerlang lagi.Guru akan terus membimbing murid agar murid dapat merasakan diri mereka diberi perhatian oleh guru.

ii- Langkah 2 Berdasarkan kepada minat yang ditunjukkan oleh murid melalui aktiviti atau langkah 1,saya yakin murid-murid tahun 5 Bestari sudah ada keyakinan diri.Untuk langkah kedua ini saya mula membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil yang dianggotai oleh beberapa tahap kemahiran atau kebolehan.Murid dibekalkan dengan gambar untuk setiap kumpulan.Guru akan menulis tajuk untuk gambar yang diberi kepada murid di papan tulis.Murid akan berbincang sesama mereka apakah suasana yang dapat dikembangkan lagi melalui gambar tadi.Sebagai rangsangan untuk membuka minda murid guru akan bertanya beberapa perkara berkaitan gambar yang diberi.Wakil kumpulan diminta menulis hasil perbincangan berkaitan isi-isi serta huraian atau contoh-contoh yang sesuai di papan tulis.Setelah semua kumpulan menyenaraikan di papan tulis,guru akan memeinta semua murid menulis semula pada kertas bersaiz A4 yang dibekalkan oleh guru.Hasil penulisan murid akan ditampal pada ruang atau sudut kelas untuk beberapa ketika sebagai menghargai usaha mereka bagi meningkatkan hasil penulisan mereka sendiri.Cara atau langkah ini akan diteruskan untuk beberapa sessi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.

Refleksi langkah 2 Aktiviti atau langkah ini te;ah dapat menarik minat murid untuk belajar menulis karangan dengan lebih baik dan bermutu.Sahsiah diri,disiplin serta keyakinan diri murid juga dapat ditingkatkan.Murid dapat berkongsi pendapat serta tidak segan untuk menulis hasil dari kumpulan sendiri.Aktiviti ini juga dapat mempastikan setiap murid tidak ketinggalan semasa proses P&P berjalan.Murid akan memberikan tumpuan kerana aktiviti ini seolah-olah satu pertandingan atau persaingan sesama mereka.

81

iii Langkah 3 Setelah murid mengalami langkah atau aktiviti 1 dan 2,murid seterusnya diberi galakan serta rangsangan untuk menulis karangan secara individu.Setiap murid diberi gambar berwarna dan akan bersoaljawab dengan guru secara lisan.Setelah guru yakin bahawa murid-murid sudah faham dengan kehendak soalan dan dapat dihuraikan melalui kaedah menggunakan gambar tadi,maka guru akan menyuruh murid menulis karangan lengkap walaupun masih dengan bimbingan guru dari masa ke semasa . Semasa murid menulis guru akan menyelitkan juga peringatan agar murid lebih berhati-hati terhadap cara memulakan perenggan,ejaan serta penggunakan sistem bahasa dengan betul.Guru akan bergerak ke arah murid dan akan terus menegur kesilapan yang murid lakukan sekiranya ada.

Refleksi langkah 3 Melalui langkah ini,murid akan cuba sedaya yang boleh untuk menepati teknik penulisan karangan dengan betul.Saya mendapati murid-murid sudah dapat memahami kerana sudah ada perubahan dalam teknik atau cara penulisan murid.Saya rasa suka yang amat sangat kerana perubahan inilah yang saya harapkan ,walaupun pada hakikatnya pencapaian murid masih pada tahap memuaskan.Saya akan terus mencari bahan terutamanya gambar-gambar yang bersesuaian dengan tajuk karangan yang akan saya ajar.Langkah ini akan saya teruskan untuk beberapa sessi P&P lagi.Saya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik murid-murid tahun 5 Bestari akan mempastikan murid murid ini juga dapat menulis satu karangan yang baik serta bermutu pada peperiksaan yang akan datang.

5.5 Refleksi Kajian Setelah murid melalui 3 langkah atau kaedah ini,saya telah mengadakan satu ujian sebelum murid menghadapi OTI 2.Ujian ini dijadikan sebagai ujian pos untuk guru menguji kemahiran serta kebolehan murid menulis karangan dengan baik.

82

Jadual 3 Tahap Pencapaian Bahasa Melayu (Bahagian B) Murid Tahun 5 Bestari Melalui Ujian Pos. Tahap pencapaian Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Kurang Memuaskan Pencapaian Minimum Bilangan Murid 0 0 0 10 10 9

Berdasarkan ujian pos yang telah dijalankan terdapat peningkatan dalam pencapaian markah murid.Langkah atau aktiviti yang dilaksanakan jelas telah banyak membantu murid membina keyakinan terta pengetahuan diri untuk menulis karangan walau dalam jumlah patah perkataan tidak sampai 180 patah .Peningkatan in juga memberi perangsang kepada saya untuk teruskan usaha ini demi melihat murid-murid saya berjaya lulus dengan baik untuk kertas penulisan (002),terutama untuk menghadapi UPSR pada tahun hadapan.

83

Jadual 4 Perbandingan Markah Murid 5 Bestari Untuk OTI 1 & Ujian Pos Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. Nama Murid Ahmad Rizal b. Jusoh Haziq Firdaus b. Mohamed Zain Mohamad Afizuddin b. Zollkefli Mohamad Amirullah b. Ab. Kadir Mohamad Faizul b. Yasmi Mohammad Adam Ilman b. Aziz Mohammad Hafizuddin b. Azmi Muhamad Shahrul Aiezan b. Azmi Muhammad Alif Asyraf b. Ab. Ghani Muhammad Aizuddin Hazim b. Johari Muhammad Fathil Dini b. Raimin Muhammad Firdaus b. Ab. Fatah Muhammad Hafis b. Syukri Muhammad Syafiq Ikhwan b. Bakri Nuril Hafizuddin b. ARobi Tn. Muhd Zuhaimi b. Tn.Zailani Wan Shahromadhan b. W.Shaharuddin Fatin Syafiqah bt. Dzulkefli Nadia Syahira bt. Yusof Nor Amera bt. Adnan Nor Azreen bt. Rusli Nor Maisarah bt. Mazlan Nur Asyikin bt. Supin @ Hashim Nur Atikah Bt. Suhaimi Nurul Auni bt. Mohd Zafri Nurul Hidayah Bt. Suhaimi Nurul Hidayu Bt. Mokhtar Muhammad Khairuddin B. Ismail Muhammad Shahmi b. Izren Ujian OTI 1( 30 ) 5 6 5 8 6 10 9 10 12 13 12 13 10 10 14 6 8 14 11 10 15 6 5 13 5 10 14 7 6 / Ujian Pos ( 30 ) 10 10 10 12 8 14 13 17 18 17 16 17 12 13 18 10 12 18 14 13 20 10 8 17 9 14 18 11 8 /

6.0 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA Setelah saya meyakini cara membekalkan gambar ini ada keberkesanannya,saya akan terus menggunakan cara ini untuk sessi P&P yang lain.Cara ini diharapkan akan terus menarik minat murid untuk menulis karangan dengan lebih bermutu dan dapat mencapai tahap lulus dengan baik

84

BIBLIOGRAFI :

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 2005. Guru sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah. K.Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd Buku Seminar Penyelidikan Pendidikan (AKRAM ) . 2005 Jabatan Pelajaran Terengganu.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2005. Kajian Tindakan,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Prndidikan Malaysia

85

You might also like