You are on page 1of 8

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT HUKUM TAJWID 5 DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4PE1 MELALUI KAEDAH GaPer MeC Oleh:

ZALEHA BT ZAKARIA Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru 24000 Kemaman Terengganu

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid tingkatan 4PE1 dalam mengingat huruf Hukum Tajwid 5 (Hukum Nun Mati @ Tanwin) Seramai 30 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui temubual, semakan kerja rumah murid, ujian bulanan, peperiksaan penggal, ujian pra dan soalan kaji selidik. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingat huruf-huruf tersebut sepenuhnya. Tiga sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan dalam tempoh enam minggu iaitu murid belajar kemahiran mengingat hukum tajwid tersebut melalui kaedah GaPer MeC. Keputusan ujian post telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Kaedah GaPer MeC telah membantu mereka menguasai hukum tajwid 5. 60% murid lulus dalam ujian post pertama dan 94% lulus dalam ujian post kedua. Di samping itu didapati juga murid-murid lebih bersemangat untuk belajar dan bersaing antara mereka. Ini terbukti apabila mereka berlumba-lumba untuk menjawab soalan-soalan lisan yang dikemukakan kepada mereka.

101

1.0 REFLEKSI KAJIAN

Setiap kali ujian bulanan diadakan, saya dapati ramai murid tidak menjawab soalan bahagian menulis ayat Al Quran, Sirah Islamiyyah, Hukum Tajwid dan Menjawikan perkataan yang dikemukan sepenuhnya. Malahan bagi kelas-kelas yang terdiri daripada murid lemah, hampir semua murid tidak menjawabnya langsung. Keadaan ini amat membimbangkan saya kerana kalau sikap sebegini berterusan, sudah pasti peratus kelulusan mata pelajaran Pendidikan Islam akan merosot. Manakala di dalam kelas P&P pula, murid-murid kurang memberikan tumpuan apabila bab-bab tersebut diajar kepada mereka. Daripada pemerhatian dan temubual yang saya lakukan dengan beberapa orang murid, saya dapati mereka kurang berminat dan tidak seronok belajar. Saya membuat kesimpulan bahawa teknik yang digunakan sebelum ini membosankan murid kerana mereka perlu banyak menghafaz Di samping itu terdapat juga murid-murid yang tidak mahir Jawi. Kegagalan ini, ditambah pula dengan kurangnya bimbingan dari ibubapa di rumah masing-masing. Menyedari kelemahan ini, saya telah cuba mengubah corak pengajaran supaya menjadi lebih seronok di samping mudah diingat. Saya percaya keseronokan belajar menjadi punca sesuatu pelajaran itu mudah difaham dan mudah diingat.

2.0 FOKUS KAJIAN Bahagian Hukum Tajwid merupakan salah satu bahagian yang wajib dijawab oleh calon-calon SPM. Untuk itu mereka perlu menguasai bahagian ini sepenuhnya. Namun begitu, saya hanya memfokuskan kajian saya ini kepada Hukum Tajwid asas sahaja iaitu Hukum Tajwid 5. Dengan membantu murid menguasai Hukum Tajwid 5, saya percaya murid dapat menjawab soalan Pendidikan Islam dengan lebih baik. Seterusnya dapat pula menarik minat murid menguasai Jawi dan bacaan Al Quran.

102

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum ~Meningkatkan peratus kelulusan subjek Pendidikan Islam SPM ~Meningkatkan minat untuk menguasai Jawi dan Al Quran 3.2 Objektif Khusus ~Meningkatkan kemahiran mengingat hukum tajwid ~Meningkatkan bilangan murid yang menjawab bahagian tajwid dalam kertas 2 Pendidikan Islam.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 30 orang murid tingkatan 4PE1 yang terdiri daripada 9 orang murid perempuan dan 21 orang murid lelaki. Kelas ini merupakan kelas ke 6 daripada 9 kelas tingkatan 4. Mereka terdiri daripada kelompok murid yang sederhana .

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Langkah Pelaksanaan 5.1.1 Tinjauan Masalah Dalam kajian ini saya telah mengambil beberapa langkah bagi mengetahui masalah sebenar pelajar.Antara langkah-langkah tersebut ialah melalui pemerhatian, temubual dan soal selidik.

i- Pemerhatian Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, semakan kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra.

103

ii-. Temu Bual Temubual dibuat secara tidak formal di mana ianya secara tidak langsung dapat memberikan punca sebenar murid tidak dapat menguasai Hukum Tajwid 5. iii- Soal selidik Borang soal selidik diedarkan kepada murid mengenai penguasaan murid terhadap bacaan al Quran, bacaan Jawi dan Hukum Tajwid. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. .

5.1.2 Analisis Tinjauan Masalah

Keberkesanan sesuatu P&P amat bergantung kuat kepada keupayaan guru untuk menarik perhatian murid terhadap pengajarannya dari mula sesi pengajaran hinggalah berakhirnya pengajaran tersebut. Daripada pemerhatian dan dapatan temubual serta soal selidik yang dilakukan, didapati murid tidak seronok belajar Hukum Tajwid 5 kerana perlu menghafaz banyak huruf-huruf Jawi . Keseronokan ini boleh dijelmakan melalui kaedah Gabungan Perkataan Menjadi Cerita (GaPer MeC).

5.1.3

Tindakan Yang Dijalankan

i- Ujian Pra Ujian ini dijalankan sebelum guru mengajar tajuk Hukum Tajwid 5. Tujuan ujian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan sebenar mereka terhadap hukum tajwid 5.

ii- Kaedah GaPer MeC (Gabungan Perkataan Menjadi Cerita) Kaedah ini menggunakan teknik membina perkataan melalui huruf-huruf Jawi dalam kategori masing-masing dan seterusnya membentuk cerita.

104

Izhar Halqi

Ha

Kha

Ain

Gha

ha

*Haron Khabarkan Ainun Ali Ghaibkan *hantu

*H huruf HA besar *H huruf HA kecil

Idgham Maal Ghunnah

Nun

Mim

Wau

Ya

Nuna Mimpikan Wau Yasser

Idgham Bila Ghunnah

Lam Lampu Rosak

Ro

105

Ikhfak Hakiki

Sin Ta Dho Tha Jim Za

Zai Fa Qo Da Kif To So Zo Syim

Saya tahu dhoh..Thani, Jimi, Zaki, Zaidi,Fatin,Qohar dan Kifli tolak Solat Zohor Syimah.

Iqlab

Ba Bye

iii-

Ujian Post

Ujian ini dijalankan selepas kaedah GaPer MeC dilakukan. Hasil ujian dikumpul dan dianalisis. Ujian ini dijalankan sebanyak dua kali.10 soalan diberikan setiap kali ujian.

5.1.4

Dapatan Kajian

Jadual 1 PENCAPAIAN MURID SELEPAS UJIAN Jawapan Betul 0 3 (gagal) Ujian Pra Bil % 21 70% Ujian Post 1 Bil % 12 40% Ujian Post 2 Bil % 2 6.7%

106

4 5} } 6 7} (lulus) } 8 -10}

9 0 0

30% 0% 0%

6 12 0

20% 40% 0%

8 15 5

26.7% 50% 16.7%

Jumlah Lulus

30%

18

60%

28

93.3%

Daripada dapatan kajian di atas, jelas menunjukkan berlaku perubahan yang besar dalam penguasaan Hukum Tajwid 5 dalam kalangan murid saya. Melalui kaedah lama, murid-murid kurang mengingati huruf-huruf untuk setiap kategori Hukum Tajwid 5. Hanya 30% murid lulus melalui penggunaan kaedah ini. Tetapi selepas kaedah GaPer MeC diperkenalkan, seramai 60% murid berjaya mencapai tahap lulus pada kali pertama Ujian Post diadakan. Murid semakin bersemangat untuk mengingat huruf melalui cerita-cerita tadi dan ingin cuba menjawab soalan ujian sekali lagi. Apabila Ujian Post kedua diadakan, peningkatan semakin memberangsangkan. Didapati seramai 93.3% daripada mereka lulus dalam ujian ini. Walaubagaimanapun, saya masih belum berpuas hati kerana masih terdapat 2 orang pelajar yang gagal dalam kedua-dua ujian post yang diadakan. Saya masih lagi meneruskan kaedah ini dengan menggunakan cara yang lebih mudah khusus keada 2 orang pelajar yang gagal itu tadi.

6.0. CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA Pelaksanaan kaedah GaPerMeC adalah satu langkah permulaan untuk menarik minat pelajar mempelajari hukum tajwid. Sebelum ini anggapan pelajar terhadap hukum tajwid adalah membosankan kerana perlu banyak menghafaz dan mengingat. Namun demikian melalui kaedah yang diperkenalkan ini pelajar merasa lebih seronok dan mudah mengingat. Adalah diharapkan agar kaedah ini boleh diperbaiki lagi untuk menjadikannya suatu teknik yang lebih berkesan.

107

BIBLIOGRAFI Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2006, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Daftar Ejaan Rumi-Jawi.1999. Kuala Lumpur: DBP. Abdullah Al Qari bin Haji Soleh.1991. Kursus Qari dan Qariah. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

108

You might also like