You are on page 1of 8

I BOLEH BANTU: SATU STRATEGI BAGI MENGATASI KELENGAHAN GURU MASUK KELAS

Oleh RAHMAN BIN PUTEH Sekolah Kebangsaan Gondang, Marang, Terengganu

Abstrak
Kajian tindakan ini djalankan bagi menyelesaikan masalah kelengahan masuk kelas yang secara sengaja dilakukan oleh guru-guru penolong di Sekolah Kebangsaan Gondang, Marang, Terengganu. Seramai 10 orang guru penolong dijadikan responden kajian dengan melalui kaedah pemerhatian perlakuan dan melalui analisis data berasaskan laporan pencerapan yang dilaksanakan oleh guru besar sendiri dan juga oleh tiga orang guru penolong kanan. Kajian ini dilaksanakan selama 3 bulan. Tiga strategi telah dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah ini. Strategi yang dinyatakan berjalan serentak dan diikuti oleh pemerhatian. Setelah dua bulan pelaksanaan tindakan tersebut, didapati masalah kelengahan masuk kelas secara sengaja oleh guruguru penolong dapat diatasi dengan jayanya. Namun begitu, perubahan perlu dilakukan ke atas strategi tersebut memandangkan tunjang kepada masalah berkaitan adalah sikap, unsur-unsur penyuburan dalaman seperti motivasi dan sebagainya perlu diterapkan semula kepada guru-guru ini.

1.0

REFLEKSI

Salah satu aspek pentadbiran di sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan ialah melalui pencerapan bilik darjah. Saya mengagihkan tugas pencerapan ini kepada guru-guru penolong kanan yang ada. Saya meninjau pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru saya secara pencerapan luaran. Namun begitu, bagi guru-guru penolong kanan, mereka dikehendaki mencerap secara terperinci atau klinikal. Setelah beberapa kali pencerapan dilakukan pada awal tahun, secara keseluruhannya saya dapati ada guru-guru saya selalu melengah-lengahkan

109

diri masuk ke bilik darjah. Saya beranggapan barangkali ianya berlaku secara kebetulan saja. Tapi fenomena begini dilaporkan juga oleh Guru Penolong Kanan saya. Ini membuatkan saya yakin bahawa tanggapan pertama saya sebenarnya adalah realiti. Saya membuat perbincangan lebih lanjut dengan guru-guru penolong kanan dengan menyentuh aspek penjadualan guru-guru. Kami mengkaji kelengahan dengan andaian penjadualan adalah penyebabnya. Namun andaian kami meleset. Sikap suka berlengah-lengah adalah penyebabnya. Biar pun bilangan guru yang terlibat adalah sedikit, namun saya pasti jika dibiarkan ianya akan menular dan kesannya akan merugikan semua pihak. Secara peribadi, saya kurang senang memanggil guru-guru datang mengadap (berjumpa saya). Saya rasa patut dicari alternative lain bagi menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin kerana jika merebak kepada guru lain dan berlanjutan, akan menjadi barah yang mungkin sukar dihapuskan. Mungkin ada suatu kaedah yang boleh diambil tanpa disedari oleh guruguru berkenaan. Pendekatan ini bak kata pepatah, menarik rambut dari tepung, jangan sampai putus, kerana lain dulang lain kakinya, lain orang lain pula hatinya. Jangan sampai jadi seperti benang dilanda ayam.

2.0

PERNYATAAN MASALAH / ISU KEPRIHATINAN

Ketiga-tiga Guru Penolong Kanan saya telah melaporkan hasil pencerapan mereka yang dilaksanakan secara klinikal. Satu kesamaan dalam laporan mereka adalah berhubung kelengahan guru-guru masuk ke kelas. Setelah meneliti sebab-sebab kelengahan, ada dua sebab utama iaitu peralihan antara kelas yang memakan masa dan kelengahan yang disengajakan oleh sikap yang suka melengah-lengah masa masuk ke kelas. Sebab kedua ini menjadi masalah yang perlu dicari jalan penyelesaian secepat mungkin kerana ia melibatkan secara langsung dengan kesempurnaan proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 3.1

OBJEKTIF Objektif Am 3.1.1 Meningkatkan kesempurnaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru penolong di sekolah saya.

110

3.1.2

Meningkatkan prestasi dari segi penggunaan masa dalam kalangan guru-guru.

3.2

Objektif Khas 3.2.1 Mendorong guru-guru supaya menepati masa mengikut jadual mengajar sebagaimana yang ditetapkan. Mendisiplinkan guru-guru ke arah perubahan sikap yang lebih positif dalam melaksanakan tugas. Membasmi sikap melengah-lengahkan kalangan guru-guru. masa dalam

3.2.2

3.2.3

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini berasaskan kepada sikap yang ditunjukkan oleh 3 orang (10%) guru daripada 10 orang guru penolong yang melengahkan masa masuk ke kelas. Kedudukan guru-guru ditunjukkan sebagaimana jadual-jadual di bawah: Jadual 1 Kedudukan guru yang terlibat mengikut jantina
Jantina Status Lelaki Terlibat Tidak Terlibat Jumlah 1 3 4 Perempuan 2 4 6 3 7 10 Jumlah

5.0 5.1

PELAKSANAAN KAJIAN Tinjauan Masalah 5.1.1 Pencerapan

Saya membuat pencerapan 2 kali sebulan kepada semua guru penolong dengan hanya meninjau perjalanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan kaedah pencerapan luaran selepas 10 minit bermulanya sesi baru mengikut jadual waktu

111

pengajaran dan pembelajaran. Saya membuat catatan bagi kelaskelas yang ketiadaan guru dan mengenal pasti guru yang sepatutnya berada di dalam kelas tersebut. Pencerapan juga dilaksanakan oleh 3 orang Guru Penolong Kanan dengan kaedah klinikal sebanyak 3 kali sebulan. Mereka mengambil kira pelbagai aspek semasa pencerapan termasuk ketepatan waktu masuk kelas oleh guru-guru. Pada akhir bulan mereka menyerahkan laporan pencerapan kepada saya dan kami berbincang bagi mengenalpasti isu terutama proses pengajaran dan pembelajaran untuk dibentangkan semasa perjumpaan guru. 5.1.2 Pemerhatian

Setelah menganalisis data guru-guru terlibat, saya membuat pemerhatian secara tidak berstruktur tentang pergerakan dan tingkah laku mereka di tempat-tempat yang menjadi tumpuan mereka. Saya menceburkan diri dalam perbincangan atau perbualan mereka supaya pemerhatian saya tidak ketara dan diketahui oleh mereka. Ada kalanya saya meneliti gelagat mereka sambil membaca akhbar.

5.2

Analisis Pencerapan

Berdasarkan laporan pencerapan yang diberi oleh semua Guru Penolong Kanan, dan disatukan dengan maklumat saya sendiri, saya dapati ada persamaan dari aspek ketepatan masa masuk kelas oleh guru-guru. Saya mengkelaskan ketepatan masa ini kepada 2 aspek iaitu lewat dan tidak lewat yang mana jika kelengahan disebabkan oleh perubahan atau peralihan kelas, yang tidak boleh dielakkan, ianya dikategorikan sebagai tidak lewat. Maklumat begini diperolehi bila disemak dari jadual persendirian guruguru. Data yang disatukan adalah sebagaimana berikut:Jadual 2 Kekerapan melengahkan masuk kelas dalam kalangan guru penolong
Kekerapan Pencerapan Guru Luaran Lambat A B C D E 1 2 2 5 3 Tidak Lambat 5 4 4 1 3 Klinikal 1 Lambat 2 1 0 3 0 Tidak Lambat 7 8 9 6 9 Klinikal 2 Lambat 0 1 1 2 0 Tidak Lambat 9 8 8 7 9 Klinikal 3 Lambat 1 1 1 2 0 Tidak Lambat 8 8 8 7 9

112

Jadual 2 ( sambungan )
Kekerapan Pencerapan Guru Luaran Lambat F G H I J 1 5 1 4 1 Tidak Lambat 5 1 5 2 5 Klinikal 1 Lambat 0 2 1 2 0 Tidak Lambat 9 7 8 7 9 Klinikal 2 Lambat 0 3 0 2 0 Tidak Lambat 9 6 9 7 9 Klinikal 3 Lambat 0 2 1 2 0 Tidak Lambat 9 7 8 7 9

36.4

36.4 30.3

15.2 12.1 12.1 9.1 3.0 9.1 3.0

GURU

Rajah 1 Peratus Kekerapan Lambat Masuk Kelas Oleh Setiap Guru Penolong Jadual 2 dan Rajah 1 di atas menunjukkan bahawa semua guru terlibat dengan lambat masuk kelas. Namun terdapat 3 orang guru iaitu guru D, guru G dan guru I yang ketara lambat masuk masuk ke kelas masingmasing semasa pencerapan-pencerapan yang dibuat oleh saya sendiri dan semua Guru Penolong Kanan.

5.3

Analisis Pemerhatian Kantin dan bilik guru yang berada di tingkat 2 menjadi tempat guru-guru berkumpul. Guru-guru yang tidak terlibat dalam permasalahan ini selalu berhati-hati dengan melihat jam mereka dan kurang menyampuk dalam perbualan. Mereka bergerak menuju

113

kelas masing-masing apabila sampai waktu mereka ke kelas. Namun guru-guru lain (yang terlibat) seolah-olah tidak sedar yang mereka juga dipanggil untuk ke kelas dan sepatutnya bergerak dengan segera. Ada juga dalam kalangan mereka memperlihatkan perlakuan look busy, do nothing (kelihatan sibuk tapi kita tidak tahu apa yang dibuatnya). Daripada suasana ini, saya membuat kesimpulan bahawa mereka sengaja mengambil peluang melewat-lewatkan diri masuk ke kelas. Ini sangat merugikan jika ianya berterusan dan jika berjangkit pula kepada guru-guru lain.

5.4

Tindakan Yang Dijalankan Setelah diteliti daripada analisis data di atas, saya yakin ada 3 komponen tindakan yang perlu disegerakan pelaksanaannya. Langkah 1 : Menyediakan Jadual I Boleh Bantu

Jadual I Boleh Bantu ini merupakan jadual peribadi guru-guru bersaiz besar (50 cm x 120 cm) yang diletakkan di dinding kantin, bilik guru dan di pejabat sekolah. Tempat-tempat ini adalah tempat tumpuan semua guru. Jadual begini membolehkan guru-guru melihat dengan jelas kelas mana sepatutnya mereka berada pada masa-masa tertentu. Jadual peribadi ini hanya dikodkan mengikut nombor pengenalan masing-masing dengan jenis huruf yang berlainan supaya mudah dibuat pengecaman. Jadual ini berwajahkan huruf i dengan ungkapan kata-kata Jika anda terlupa, I boleh bantu. Sila lihat Lampiran 1 dan 2. Langkah 2 : Loceng Peringatan

Setiap kali bermulanya sesi baru pada jadual, loceng akan dibunyikan oleh petugas yang terdiri daripada staf sokongan yang berada di pejabat. Loceng dibunyikan hanya sekali dan tempoh bunyinya sekitar 3 hingga 4 saat. Bunyi loceng ini dijadikan sebagai pembantu bagi memberi peringatan kepada semua guru dan menandakan bermulanya sesi baru pada jadual pengajaran dan pembelajaran. Langkah 3 : Penerangan Fungsi

Saya maklumkan kedua-dua strategi di atas kepada semua guru tentang peranan jadual besar dan loceng peringatan di atas dalam perjumpaan guru dengan harapan dapat diguna semaksima

114

mungkin. Dalam hal ini, konsep ingat mengingatkan antara satu sama lain ditekankan bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Ashr yang bermaksud Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.

5.5

Refleksi Kajian 5.5.1 Pemerhatian Selepas ketiga-tiga kaedah di atas dilaksanakan, diperhatikan bahawa guru-guru telah berubah sikap dengan menunjukkan perilaku yang bersegera bila loceng berbunyi yang menandakan pertukaran sesi jadual pembelajaran. 5.5.2 Maklumat Hasil Pencerapan Kelengahan masuk kelas yang disebabkan oleh peralihan kelas masih lagi berlaku. Tetapi sebaliknya yang disebabkan oleh sengaja melewat-lewatkan masa dalam kalangan guru berkenaan tiada lagi. Perubahan ini disahkan oleh Guru-guru Penolong Kanan semasa pencerapan klinikal. Begitu juga semasa pencerapan luaran yang saya laksanakan, saya dapati tidak berlaku lagi kelengahan masuk kelas kerana disengajakan.

6.0

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Besar kemungkinan strategi yang saya lakukan ini dapat menyelesaikan masalah dalam jangka pendek memandangkan ianya ada hubungan dengan sikap. Ubahsuai perlu dilakukan ke atas format atau perisian yang terdapat pada jadual I Boleh Bantu . Unsur-unsur motivasi yang akan diberikan kepada guru-guru dijangka dapat membantu memanjangkan hayat penyelesaian masalah kelengahan masuk kelas yang disengajakan ini.

115

BIBLIOGRAFI

Sheikh Abdullah Basmeih (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Darul Fikir, Kuala Lumpur Sulaiman Ngah Razali (1991). Penggunaan Statistik Dalam Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

116

You might also like