You are on page 1of 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Fax: 04-5214955 No Tel: 04-5215227

Pengerusi PIBG, SEKOLAH KEBANGSAAN MALAU, 09020 KULIM, KEDAH DARUL AMAN. 12 Julai 2012

Tuan, UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PIBG Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Pada 2 hingga 5 Julai 2012 yang lepas, pihak insitut ini dengan kerjasama pihak Tuan dan pihak SK Malau telah bersama-sama menganjurkan Program Bina Insan Guru Titian Kasih dengan jayanya. 3. Oleh itu, saya mewakili pihak institut ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana pihak tuan sudi menerima dan mengalu-alukan kedatangan kami seterusnya memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini. 4. Akhir kata, pihak kami berharap program ini sedikit sebanyak telah memberi motivasi dan inspirasi kepada murid-murid SK Malau untuk berjaya dalam hidup. Semoga kita akan terus bekerjasama pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

___________________ (TUMERAH BINTI ROSMIN) Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun s.k. 1. Pensyarah Penasihat Program 2. Pengerusi Program Bina Insan Guru

You might also like