You are on page 1of 7

Pendidikan moral dan latihan etika sebagai peluang pencegahan doping

Menurut (Goldberg). Kebanyakan program pencegahan adalah berdasarkan pendidikan kesihatan dan memberi perhatian dalam menyampaikan pengetahuan tertentu untuk mengubah sikap doping dan / atau mengurangkan tujuan untuk dope . ( Laure) menyatakan : Namun, hanya terdapat satu bukti lemah tentang keberkesanan program pencegahan berdasarkan pengetahuan tersebut. Hanson (2009) menyatakan : tidak cukup hanya dengan memberi perhatian terhadap pengajaran ilmu mengenai doping sahaja. -Pendekatan pendidikan yang lebih mendalam perlu dimuatkan. -Aspek berbeza tentang cara meningkatkan pendidikan anti-doping masa kini. *Pertama, program tersebut perlu dinilai secara kerap. Banyak pencegahan dilakukan tanpa sebarang dokumentasi mengenai kesan, hasil, atau latar belakang berteori. *Kedua, pencegahan doping perlu berorientasi pada tahap pengetahuan sedia ada. Di sini, kajian lebih mendalam diperlukan dan ianya perlu untuk menilai bagaimana pengetahuan ini berubah sepanjang kerjaya atlet.

KEUPAYAAN PERTIMBANGAN MORAL ISI PENTING DALAM ETIKA PEMBUATAN KEPUTUSAN.


(Kohlberg) (1964) komponen berkesan dalam etika proses pembuatan keputusan . keupayaan pertimbangan moral seseorang individu sebagai kemahiran membuat keputusan dan pertimbangan yang bermoral (seperti berdasarkan prinsip dalaman). Ianya adalah penilaian tingkah laku dalam terma betul atau salah. Kebiasannya, hasil penilaian proses tersebut mengandungi keputusan yang sukar seseorang individu, yang diikuti dengan nilai, fikiran atau matlamat sendiri yang benar.

MORAL DAN LATIHAN ETIKA PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM SUKAN


Pertimbangan etika mengenai penggunaan bahan peningkatan prestasi dalam sukan dibincangkan secara meluas (Volkwein). Scandinavian-menggabungkan etika ke dalam kempen antidoping mereka (Gilberg). Denmark, alat pendidikan talian (online) iaitu DopingAkademiet untuk jurulatih, yang membolehkan mereka untuk sentiasa dimaklumkan mengenai fakta dan masalah doping. Norway. masih tiada kajian antarabangsa yang disiarkan yang menyimpan / mendokumenkan keberkesanan program ini. -kempen anti-doping Scandinavian pada umumnya berdasarkan pendidikan tradisional, kurang berkesan untuk pemahaman konsep (Hanson).

Kajian menyasarkan pada penyiaran dan penilaian keberkesanan latihan anti-doping proses pembuatan keputusan.

Keupayaan moral memerlukan proses pembelajaran dan latihan yang intensif (Wright), di mana ia dikuatkuasakan oleh konfrontasi yang konsisten dengan masalah etika harian. Blatt (1969) memberi perhatian kepada isu ini sama ada menyokong atau membantah. Beliau menggunakan perbincangan dilema supaya dapat menganalisis masalah moral. Lind (2009) menyambung pendekatan ini dalam perbincangan dilema dan membangunkan kaedah kefahaman untuk latihan keupayaan moral.

Keberkesanan perbincangan dilema ini telah secukupnya ditunjukkan (Lerkiatbundit).

Kajian pertama yang berkaitan dengan pengambilan dadah dan doping menegaskan keupayaan moral sebagai kesan pelindung (Donovan).
penting untuk memasukkan komponen etika pembuatan keputusan dalam pencegahan anti-doping. para atlet mempunyai kefahaman yang jelas mengenai tingkah laku yang dibenarkan dan dilarang dalam konteks sukan, walaupun tidak berpengetahuan menyeluruh tentang bahan dan kaedah larangan.

-Kebanyakan kajian, menunjukkan majoriti atlet menindas doping (Laure). Doping tidak dikonsepkan sebagai keputusan terancang jangka masa panjang tetapi dipengaruhi oleh faktor peribadi dan situasi berbeza.
-membangunkan program latihan pembuatan keputusan yang berdasarkan laman web di mana peserta perlu mencuba situasi dilema sukan yang berbeza. Ia berdasarkan kaedah perbincangan dilema oleh Lind (2009), tetapi dikembangkan dengan komponen untuk membuat keputusan.

Peserta dihadapkan dengan situasi yang berbeza, mereka perlu membuat keputusan secara spontan. (tanya-mereka berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat). Merujuk kepada hasil analisis Barry (1997) untuk pembuatan keputusan beretika, peserta akan dihadapkan dengan kebaikan dan keburukan isu yang berdasarkan analisa kos bermanfaat, peraturan atau norma yang ditentukan secara budaya, dan isu yang disifatkan dengan menumpukan perhatian pada prinsip beretika tertentu. Isu yang ditentukan secara budaya adalah berdasarkan relativism beretika, yang bermaksud tahap moral tertentu adalah kekal, sementara dan berubah-ubah (Gandz & Hayes 1988). Berdasarkan isu ini, di mana ia menyokong atau mempersoal keputusan tersebut, penilaian moral secara reflektif mengenai keputusan yang telah dibuat pada permulannya diperingati. Secara konsisten, pertimbangan mengenai isu ketika membuat keputusan menunjukkan kualiti moral yang tinggi (Lind).

KESIMPULAN
Kajian mengenai keberkesanan program pencegahan doping menunjukkan kepentingan kaedah alternatif. Matlamat pandangan kajian ini yang dinyatakan dalam laporan ini adalah untuk menyampaikan bahawa latihan pembuatan keputusan beretika dalam atlet elit muda berkemungkinan mempunyai kesan yang lebih kuat pada mengubah tingkah laku berbanding daripada program pencegahan berdasarkan pendidikan sematamata. Kami sedar latihan pembuatan keputusan beretika ini adalah satu-satunya faktor yang boleh mempengaruhi keputusanan sama ada untuk menggunakan doping atau tidak. Selain itu, persekitaran atlet dan tekanan yang diletakkan oleh jurulatih dan rakan seperjuangan juga dapat mempengaruhi pembuatan keputusan ini. Justeru, ia mungkin berguna untuk memasukkan semua pihak yang memainkan peranan dalam latihan beretika berikut untuk mengubah faktor persekitaran juga.

You might also like