You are on page 1of 34

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0

PENGHARGAAN

2.0

PENDAHULUAN

3.0

ISI-ISI

3.1 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA 4 3.2 KONSEP PERLEMBAGAAN 3.3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK 11 9

4.0

KESIMPULAN

30

5.0

LAMPIRAN

31

6.0

BIBLIOGRAFI

32

7.0

BORANG KOLABORASI

34

1.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada En. Kamaruzaman B. Hj Mamad, Pensyarah Matapelajaran Hubungan Etnik (WAJ3106) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai dalam menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada masa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renungrenungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan, yang paling pahit itu bukan semuanya racun, tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

2.0 PENDAHULUAN Perlembagaan ialah kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah. Menurut Profesor A. V. Dicey menyatakan perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Di negara kita, perlembagaan menjadi rujukan bagi pemerintahan negara. Perlembagaan bertujuan untuk memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpandukan peraturan-peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat. Malaysia mengambil model Parlimen jenis Westminister daripada Perlembagaan British. Perlembagaan Perseketuan diklasifikasikan kepada perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan di Malaysia bermula apabila Malayan Union dibubarkan pada 1 April 1946 setelah mendapat tentangan orang melayu, satu perjanjian baru telah ditandatangani. Seterusnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah digubal dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948. Kemudian Suruhanjaya Perlembagaan Baharu Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid dibentuk sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan. Pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan telah berkuatkuasa bersempena dengan pengisytiharan kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan 1957 menjadi asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan pada 16 September 1963 dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda beberapa kali sehingga tahun 1988.

3.0 ISI-ISI 3.1 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Sejarah Perlembagaan PersekutuanMalaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sejarah perlembagaan moden negerinegeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu. Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia. Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai tanah jajahan. Kerajaan British ingin menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah Malaysia. Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan orang Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa ketika. Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara terbuka dan merupakan bibit
4

permulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan serta menggubal undang-undang tertinggi negara yang mengambil kira unsur-unsur tradisi masyarakat di negara ini.Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah bermula daripada Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Malayan Union 1946 Malayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka.

Perjumpaan Kongres Melayu Pertama 1946 Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41 pertubuhan Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum mempunyaai sebaaang rancangan kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera.

Penubuhan UMNO 1946 Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru hasil daripada beberapa memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut kepada pihak British. Pada
5

2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan Union.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

Pilihanraya Pertama Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.
6

Rundingan Kemerdekaan Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. W akil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya. Suruhanjaya Reid Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti Perikatan. Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan

Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut. Kemerdekaan Tanah Melayu Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan bulan April tahun yang sama. Sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih 4000 orang dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia. Penubuhan Malaysia Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

3.2 KONSEP PERLEMBAGAAN

MAKNA DAN PERANAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusiinstitusi negara seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan penradbiran sesebuah negara.Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak pemerintahan sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan Negara.

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut. Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain terutama kerajaan negeri.Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperolehi kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Makhamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang

diluluskan oleh parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna makhamah juga tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan. Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan.

10

3.3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK. Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian di antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu di Malaysia.. Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Kontrak sosial ini diwujudkan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Ia telah dipersetujui oleh wakil-wakil kaum semasa pembentukan negara Malaysia dahulu dan kini merupakan sebahagian daripada perlembagaan Malaysia. Bahagian Bab Perkara 2 2 4 11 12 12 1 1 2 1 1 1 8 10 38 150 152 153 Kebebasan asasi Kebebasan asasi Majlis Raja-raja Menentang perbualan subversif dan kuasa darurat Bahasa kebangsaan Bahasa kebangsaan Kandungan

Kandungan Perlembagaan Persekutuan yang Berkait dengan Hubungan Etnik Sumber: Perlembagaan Persekutuan sehingga 10 Ogos 1995

11

PERKARA PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN Perkara 8 Persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan dalam soal agama dan kedudukan istimewa orang melayu. Menurut perkara 8, Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap rakyat akan mendapat perlindungan undang-undang yang sama kecuali diperuntukan oleh Perlembagaan, tiada perbezaan di antara warganegara dari segi kedudukan politik, sosial, pekerjaan dan taraf ekonomi. Selain itu, rakyat yang tinggal di semua negeri dalam Persekutuan akan mendapat layanan yang sama rata dan kerajaan tidak akan mengutamakan rakyat yang tinggal di sesebuah negeri tertentu sahaja. Walaupun warganegara Malaysia mengamalkan agama, adat dan keturunan (kaum) yang berbeza, kerajaan tidak akan mengamalkan dasar pemerintahan yang berdasarkan warna kulit (Dasar Apartheid), agama, keturunan atau tempat lahir dan kaum. Dengan kata lain semua rakyat mendapat perlindungan undang-undang yang sama tanpa mengira perbezaan kaum. Begitu juga dalam perlembagaan, tiada diskriminasi terhadap perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau mana-mana pentadbiran undang-undang dalam memperolehi, memegang, melepaskan harta atau menjalankan apa-apa perniagaan/profesion. Terdapat pengecualian dalam perkara 153 yang membuat peruntukan layanan istimewa bagi orang melayu dan kaum bumiputera yang lain di sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara sepeti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.

Perkara 10 (4) Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja- raja, kedudukan agama islam dan kedudukan orang melayu. Di dalam perlembagaan juga, terdapat satu perkara yang disebutkan iaitu hak asasi. Setiap warganegara yang sah, akan mendapat jaminan dan perlindungan dari kerajaan. Dalam perlembagaan mengenai hak asasi, terdapat dua jenis iaitu hak ramai dan hak individu. Contohnya dalam Perkara 10, disebut, memberi hak kebebasan bercakap merupakan
12

hak individu manakala dalam Perkara 10(2), disebut, Parlimen diberi kuasa untuk mengawal hak tersebut kerana ia merupakan hak orang ramai. Rasionalnya ialah hak kebebasan bercakap itu mungkin akan menjejaskan keselamatan orang ramai. Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia telah ditubuhkan di Malaysia. Badan ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberikan perlindungan hak asasi manusia di negara ini. Sebuah akta yang membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara telah diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri. Penahanan seseorang tanpa bicara boleh dilaksanakan jika ia merupakan langkah yang terbaik demi untuk kesejahteraan dan keselamatan Malaysia. Kesalahan seperti menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara dengan mempersoalkan kontrak sosial boleh ditahan di bawah akta ini. Namun begitu, penahanan tersebut tidak boleh dilakukan secara sesuka hati. Beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum penahanan itu disahkan. Di antara syarat-syarat tersebut ialah: i) Seseorang yang ditahan hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditahan dan berhak mengemukakan hujah-hujah menentang penahanannya itu dengan mengemukakan kenyataan melainkan kenyataan itu dianggap membahayakan kepentingan negara. ii) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan lebih dari 3 bulan melainkan penahanannya telah disyorkan oleh Yang Di-Pertuan Agong oleh satu badan penasihat. Badan penasihat itu akan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh warganegara yang ditahan itu sebelum mensyorkannya. iii) Badan tersebut haruslah terdiri daripada seorang pengerusi dan 2 orang ahli biasa. Pengerusi itu haruslah layak iaitu merupakan hakim dan perlantikan ahli badan itu dibuat oleh Yang DiPertuan Agong.Perbicaraan bagi pesalah ini berlainan kerana perbicaraan adalah jenis tertutup.

Dalam perkara 10 juga, menyatakan mengenai batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja, Islam, orang melayu dan sebagainya. Agama Islam menjadi agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hasil daripada persetujuan dan semangat muafakat yang ada pada pimpinan semua bangsa. Agama Islam diiktiraf dalam perlembagaan Malaysia dan diberikan kedudukan yang signifikan. Apa yang penting ialah cara
13

bagaimana ia diberikan penafsiran agar Islam itu dilihat sebagai komprehensif, dinamik dan bersepadu. Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agung (YDPA) sebagai Ketua Agama Islam Negara Malaysia. Hal ini sudah tentu menjamin kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Selain itu para sultan di negerinegeri pula merupakan ketua agama di negeri masing-masing. Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa badan-badan perundangan negeri boleh menggubal sebarang undangudang di bawah semangat perlembagaan.

Dalam Perlembagaan Malaysia, kebebasan beragama diberikan sepenuhnya kepada setiap warganegara. Setiap warganegara bebas untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan menyebarkannya. Walau bagaimanapun, pendakyahan sebarang kepercayaan dan doktrin agama kepada individu Islam adalah tidak dibenarkan. Tiada seorang pun boleh disuruh untuk membayar apa jua bentuk cukai untuk tujuan agamanya kecuali untuk agamanya sendiri. Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agamanya dan mewujudkan institusi untuk tujuan keagamaan, kebajikan, memperoleh dan memiliki serta menguruskannya mengikut undang-undang. Dalam hal ini, diskriminasi tidak dibenarkan terhadap mana-mana warganegara atas dasar agama, bangsa, keturunan dan tempat kelahiran. Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk menubuhkan institusi untuk tujuan pendidikan di dalam agamanya sendiri. Pengingkaran terhadap perlembagaan dianggap sebagai satu pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang negara Malaysia. Walaupun Perlembagaan Malaysia dalam perkara 10 menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak kebebasan untuk bercakap, Islam tidak boleh digantung atau dimansuhkan sama ada melalui pindaan biasa ataupun melalui darurat Islam juga tidak boleh dibincangkan secara sewenang-wenangnya. Hal ini dapat ditunjukkan dalam perkara 9 dan 10 yang menyatakan bahawa apa-apa jenis sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting dari segi kententeraman dan keselamatan negeri.

14

Kebebasan beragama yang diamalkan oleh orang Islam di Malaysia merupakan kewajipan dan ajaran yang telah ditentukan oleh agama Islam itu sendiri. Islam mengiktiraf kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam anutan apa-apa agama. Setiap individu mempunyai hak mempercayai dan mengamalkan sistem kepercayaaan masing-masing. Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Surah Al-Baqarah: 256]

Perkara ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud: Islam menyuruh umatnya memberikan keadilan kepada semua manusia tanpa ada sebarang bentuk penindasan mahupun diskriminasi. Ini menunjukkan dalam Islam tiada unsur paksaan. Keharmonian dan kehidupan hidup bermasyarakat dan bernegara tidak akan tercapai sekiranya tidak wujud kebebasan beragama, toleransi, saling memahami dan perpaduan. Islam mengakui bentuk-bentuk kepelbagaian budaya dan agama serta kepercayaan dengan memberikan
15

garis panduan tentang pengiktirafan Allah s.w.t. terhadap budaya, agama dan sistem kepercayaan yang diredhai-Nya. Bahkan hak-hak orang bukan Islam tetap dipertahankan dalam konteks sejarah pemerintahan dan pentadbiran Rasulallah.s.a.w., para sahabat dan pemerintah yang adil. Ketiadaan kebebasan beragama dalam sesebuah negara akan menimbulkan pelbagai implikasi negatif. Sejarah telah membuktikan bahawa penjanaan pembangunan dan kemajuan negara kita sejak merdeka hinggalah sekarang adalah hasil daripada semangat bekerjasama, hormat menghormati, tolong menolong dan toleransi yang menjadi resepi unik negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Perkara 38 Kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu ,orang melayu, bahasa melayu dan agama islam.

Dalam Perkara 38 kuasa Majlis Raja Raja menghalang parlimen membuat undang udang yang ,menyentuh kedudukan raja raja melayu, orang melayu, bahasa melayu dan agama Islam. Agama Islam merupakan agama persekutuan.Walaubagaimanapun, ini bukanlah

bermaksud negara ini mengamalkan sistem teokrasi. Rakyat Malaysia yang lain masih bebas menganut agama yang lain dan juga merayakan perayaan masing-masing. Mereka juga bebas untuk mengamalkan adat dan tradisi agama masing-masing. Banyak peruntukkan telah dibelanjakan untuk membangunkan agama Islam selepas merdeka. Prinsip kerakyatan secara jus soli telah diperkenalkan semasa rancangan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan India yang dilahirkan di Tanah Melayu merupakan warganegaranya. Tetapi dengan adanya Perlembagaan, kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara syarat itu ialah penduduk bukan Melayu mesti tinggal di PTM (Persekutuan Tanah Melayu) tidak kurang daripada 10 tahun. Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM.
16

Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggapnegara ini sebagai tanah tempat tumpah darahnya. Selain itu, bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.Selain itu, kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam diiktiraf.Prinsip Kesetiaan kepada Raja telah dimasukkan ke dalam Rukunegara yangmerupakan idealogi nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan rajaraja di Malaysia. Di samping itu, satu pindaan telah ditubuhkan iaitu Akta Hasutan 1948. Ia bertujuan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan, hak istimewa,kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan raja-raja. "Adalah pandangan yang telah dipertimbangkan oleh Duli-duli yang Maha Mulia bahawa tidak dikehendaki memasukkan perisytiharaan seperti yang dicadangkan bahawa ajaran agama Muslim atau ajaran agama Islam adalah agama yang ditetapkan bagi Persekutuan. Duli-duli yang Maha Mulia tidak menyokong perisytiharaan seperti itu dimasukkan dan ini adalah perkara arahan khusus dimana saya tidak banyak terlibat". Hakim Abdul Hamid berpendapat bahawa perisytiharan seperti itu perlu dimasukkan seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam cadangan beliau Hakim Abdul Hamid dari Pakistan itu mengesyorkan oleh kerana cadangan yang dibuat oleh Perikatan itu adalah dibuat sebulat suara, ia harus diterima. Peruntukan seperti itu telah pun terdapat di negeri-negeri dan apa yang perlu ialah memindahkannya dari Perlembagaan negeri ke Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan sesuatu yang baru. Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan oleh golonganorang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah dimaktubkan di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia bertujuan untuk menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang telah ketinggalan dalam semua bidang kehidupan supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Ini dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum terutamanya kaum Cina dengan kaum Melayu yang terpisah sejak kedatangan British di Tanah Melayu.

17

Selain itu, tugas Majlis Raja-raja ialah mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa amalan agama dalam seluruh Persekutuan. Berhubung perkara 3 Perlembagaan menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi terutamanya bagi maksud-maksud upacara. Pengisytiharan itu dimasukkan bagi membolehkan Majlis Raja-raja mengeluarkan perintah tentang upacara dan amalan agama Islam yang terpakai bagi Persekutuan secara menyeluruh. Hal ini juga membolehkan Yang di-Pertuan Agong mewakili Raja-raja dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi, namun setiap warganegara diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman damai.

Bahagian 11, Bab 1, Perkara 149-151, Kandungan: Kuasa-kuasa khas menentang perbuatan subversive dan kuasa-kuasa darurat. Perkara 150 Kedudukan agama islam, Adat istiadat melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 1418 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, danPerkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibicarakan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran yang menegaskan bahawa hutang orang-orang bukan Melayu
18

kepada

orang-orang

Melayu

terhadap

kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Justeru, dalam menangani masalah ini, kerajaan merujuk kepada perlembagaan telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu Perkara 150 membenarkan Parlimen atau Yang di-Pertuan Agong meluluskan apa juga undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah ia diisytiharkan. Undang-undang untuk tujuan ini dibenarkan walaupun ia tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Walaupun begitu terdapat satu perlindungan yang penting dalam fasal (6A) iaitu kuasa ini tidak boleh diperluas dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana negeri dan bahagian Persekutuan. Di sini juga, perlu disebutkan bahawa masih belum ada terjemahan Perlembagaan yang betul dan sahih di Malaysia dan dengan lain perkataan "Islam is the religion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan. Ia juga di terjemahkan sebagai "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan". Oleh kerana perkataan "Islam" dan bukan "agama Islam" yang digunakan di Perkara 3 bolehlah dihujjahkan disini bahawa apa yang dimaksudkannya ialah Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din. Apabila disebut "agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan", orang-orang bukan Islam mendakwa bahawa mereka diberi kebebasan mengamalkan kepercayaan dan upacara-upacara agama mereka, akan tetapi cara hidup mereka hendaklah tidak menyekutukan dan bercanggah mengenai agama lain. Mereka tidak mahu undang-undang Islam dikenakan kepada mereka dan lebih suka mengikut undang-undang lnggeris. Jika ini makna yang dikehendaki di beri kepada perkataan "agama" oleh orang-orang yang bukan Islam, lebih-lebih lagilah orang-orang Islam berhak memberi makna yang luas kepada "Islam" sebagai agama Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan agamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu
19

Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa adapt istiadat atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.Telah ada beberapa negeri yang telah mengadakan undang-undang untuk menyekat pengembangan agama-agama lain antara orang-orang Islam akan tetapi sayangnya ada beberapa negeri yang belum lagi mengadakan undang- undang itu termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan. Islam juga turut dilindungi ketika darurat melalui perkara 150(6A) yang menyekat kuasa Parlimen daripada mengganggu apa-apa perkara mengenai hukum syarak atau mengubah kedudukan apa- apa perkara berhubung dengan agama seperti yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan. Perlindungan yang boleh dikatakan

cukup ketara yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Islam boleh dilihat pada perkara 11(4). Sungguhpun perkara 11(1) memberikan kebebasan kepada tiap-tiap orang untuk menganut dan mengamal agamanya, ia bagaimanapun meletakkan sekatan dalam urusan pengembangan agama. Perlembagaan memberikan kuasa kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama selain daripada Islam di kalangan orang Islam. Setakat ini, sembilan negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu sudah menjalankan kuasa itu melalui enakmen negeri masingmasing. Kelantan negeri yang paling awal pada tahun 1981, dan paling akhir ialah Johor pada tahun 1991. Di Selangor misalnya, undang-undang yang dikenali sebagai Enakmen

Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) Selangor 1988 itu menjadikan satu kesalahan sekiranya seseorang memujuk, mempengaruhi atau menghasut seorang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam, menjadi pengikut atau ahli agama bukan Islam atau meninggalkan atau membelakangi agama Islam. Agama bukan Islam dalam enakmen itu ditakrifkan sebagai Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Judaisme dan apa-apa bentuk kepercayaan yang berasal daripada agama-agama tersebut. Tafsirannya juga mencakupi kepercayaan pagan dan animisme, serta apa-apa kepercayaan dan amalan yang tidak diperakui oleh Islam. Di sini jelaslah bahawa keutamaan dan perlindungan yang diberikan kepada

Islam itu secara tidak langsung meletakkan negara ini sebagai sebuah negara Islam. Tetapi ia bukanlah sebuah negara yang boleh dianggap Islam sepenuhnya, dan pada masa yang sama, tidak pula boleh dianggap sebagai negara sekular.

20

Inilah sebuah negara yang mengamalkan dua sistem, dengan Islam diberikan kedudukan yang sedikit istimewa. Sungguhpun Islam diberikan keutamaan, agama-agama lain tidaklah pula sampai diketepikan. Perlembagaan masih melindungi kebebasan kepada masyarakat bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan damai, tidak membeza-bezakan semata-mata kerana faktor agama dan tidak memaksa sesiapa untuk menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam upacara agama yang lain daripada agamanya. Inilah kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh generasi yang menyambut kelahiran negara ini hampir 50 tahun lalu, yang harus difahami dan dihormati oleh generasi pewaris yang akan mengemudikan perjalanan masa depan Malaysia. Pada masa yang sama juga, untuk menegakkan kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama sahaja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah Ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokongKetuanan

Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan.

Perkara 152 Kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan bahasa-bahasa lain.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Namun, bahasa lain dibenarkan dalam situasi tidak rasmi atau dalam pembelajaran. Mengikut Akta ( Pindaan ) Perlembagaan 1971, kedudukan bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan dan dilindungi oleh Akta Hasutan. Namun demikian, bahasa Inggeris dibenarkan oleh Yang di Peruan Agong semasa berhubung dengan negara negara lain atau badan antarabangsa, latihan latihan yang dikendalikan oleh pakar dari luar negara, dalam
21

perundangan ( naskhah undang undang sahih dalam bahasa Inggeris ) dan laporan penaksiran dan perakaunan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menjadikan Bahasa Melayu sebagaiBahasa Kebangsaan. Ini bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar dengan diwajibkan di semua jenis pusat pendidikan. Inimerupakan salah satu langkah untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa yangsama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan untuk memajukan BahasaMelayu serta menggalakkan penggunaannya. Minggu Bahasa Melayu dan BulanBahasa Melayu dilancarkan dalam tahun 1960, melalui cogankata Bahasa JiwaBangsa.Walaupun dengan kedudukan istimewa bahasa Melayu tersebut, bahasa lain yang terdapat di Malaysia tetap diperakui kewujudannya. Bangsa lain masih boleh mengamalkan bahasa mereka tetapi tidak dalam urusan rasmi. Sekolah sekolah jenis kebangsaan hendaklah menerima sistem pendidikan di Malaysia yang mewajibkan setiap pelajar mempelajari bahasa Melayu. Dalam pada itu, pelajar yang tidak lulus subjek bahasa Melayu pada peringkat SPM tidak layak memohon tempat di institusi pengajian tinggi. Kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan setiap kaum haruslah memperakui tanpa mempersoalkannya. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa bahasa Melayu harus digunakan untuk urusan rasmi kerajaan, rakyat perlulah mendaulatkan dan menggalakkan bahasa Melayu, rakyat tidak mengira kaum tidak boleh menghina dan merendahkan bahasa Melayu, kerajaan juga tidak boleh menghalang penggunaan bahasa kaum lain selagi mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, tiada sesiapa pun yang boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan, mengajar atau belajar bahasa asing dan Perkara 162 (seksyen 4) juga menyebut bahawa Yang di Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris, termasuk di Parlimen atau DUN, jika perlu dan dengan izin speaker. Bahasa Melayu yang dituturkan pada hari ini, selain melalui ucapan, ialah bahasa tulisan dan dijadikan wahana komunikasi surat menyurat. Sementara keadaan bahasa Melayu lisan boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding bahasa Melayu tulisan. Berdasarkan isu tersebut, kumpulan kami telah mengenalpasti sebab sebab timbulnya masalah
22

tersebut iaitu kerana kurangnya latihan pertuturan yang baik melibatkan pelajar sekolah sama ada Melayu sendiri, Cina, India ataupun kaum lain; mahasiswa serta petugas awam, kurang asuhan melibatkan bahasa indah dan cara berfikir objektif dalam perbahasan dan pertuturan, kurang latihan atau matapelajaran berkaitan karya karya sastera bangsa sendiri, pembelajaran dalam bidang sastera yang tidak dikemaskini dan kurangnya tenaga pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau pembahasan sebagai bidang kajian atau mata pelajaran. Dalam maksud lain, sesetengah masyarakat menggunakan bahasa Melayu secara ala kadar dan kerana itulah kita tidak peduli mengenai kesalahan penggunaanya. Jika dilihat hari ini, orang bukan Melayu lebih senang menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan orang Melayu. Mungkin bagi mereka lebih selesa menggunakan bahasa asing daripada membudayakan bahasa kebangsaan sendiri. Menyelusuri dunia tanpa sempadan kini, bahasa Melayu tidak terkecuali menerima tempiasnya dalam konteks bina bangsa. Antara isu tersebut ialah masalah penjiwaan bahasa Melayu, berleluasanya penggunaan bahasa rojak, masalah penggunaan serta keutamaan bahasa Melayu, unsur unsur serta amalan yang boleh merosakkan bahasa Melayu, utiliti bahasa Melayu itu sendiri dan tuntutan perubahan dalam sistem pendidikan negara. Jika dibiarkan isu ini tanpa pemerhatian yang rapi, akan mendatangkan musibah yang besar kepada bahasa Melayu. Seperti petikan pendapat di bawah yang menyatakan,

.....kerajaan tidak perlu memperkenalkan semula aliran Inggeris semata mata untuk meningkatkan pengusaan bahsa tersebut di kalangan pelajar. Sistem sedia ada terbukti mampu mencorakkan penguasaan bahasa malah dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia sekaligus dapat merapatkan hubungan kaum... Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Aminah Ayob

23

pelajar Melayu perlu mencontohi pelajar Cina yang boleh menguasai bahasa Cina dengan baik di sebalik mereka memberi perhatian kepada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kita menyokong saranan ini bukan bermakna kita berpatah balik tetapi mahu melihat pelajarpelajar kita mampu menguasai bahasa Inggeris untuk membolehkan mereka menimba seberapa banyak ilmu Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM), Sanif Suradi Oleh hal yang demikian, kita sebagai rakyat yang setia perlulah menjaga maruah bangsa kita bak kata Hang Tuah tidak akan Melayu hilang di dunia . Pembudayaan bahasa jiwa bangsa haruslah diterapkan dalam diri setiap golongan masyarakat tidak mengira kaum supaya bahasa Melayu tidak mudah diancam oleh faktor faktor lain yang sekaligus dapat melemahkan identiti Malaysia sendiri. Walaupun pelbagai isu berbangkit termasuklah berkaitan dengan hubungan antara kaum,

Perkara 153 Kedudukan istimewa orang melayu tanpa menafikan kaum lain. Isi-isi Perlembagaan Merdeka telah memberikan rangka kerja untuk Perlembagaan Persekutuan 1963. Perlembagaan Persekutuan ini telah meliputi fasal-fasal tentang hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan, dan agama tanpa merampas hak dan keistimewaan manamana individu, permit atau lesen yang diperoleh atau dinikmati atau dipegang olehnya (Fasal 153). Ia juga telah meliputi beberapa isu-isu lain yang berkaitan dengan hal-ehwal hubungan orang Melayu dan Cina. Perlembagaan Persekutuan yang dibentuk pada 1957 dan 1963 melalui perbincangan bapa-bapa kemerdekaan, adalah berdasarkan kontrak sosial yang telah mengasaskan negara ini. Perlembagaan ini memberikan gambaran terhadap kontrak sosial antara rakan kongsi yang setaraf bagi menjamin kesaksamaan terhadap semua rakyat, tidak mengira kaum atau agama dalam demokrasi yang pluralis, kata Dr Ng Kam Weng, Pengarah Kairos Research Centre, dalam artikel di The Star pada 15 November, 2003.

24

Dalam semangat kontrak sosial yang telah diasaskan oleh nenek moyang kita, tiada kumpulan etnik yang perlu merasakan ianya lebih rendah tarafnya daripada etnik yang lain. Ini telah dijamin oleh Perdana Menteri yang telah berjanji pada hari keputeraan Yang Dipertuan Agong tahun lalu bahawa kerajaan akan berpegang teguh terhadap kontrak sosial dengan melindungi semua kumpulan etnik daripada segala bentuk penindasan ataupun diskriminasi (The Star, Jun 6, 2004). Perkara153 Perlembagaan Malaysia. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayudan Bumiputera Malaysia. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimanakerajaan Persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa danpendidikan awam. Ia dianggap sebahagian daripada kontrak sosial.

Perkara 153 telah mengamanahkan baginda bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah memaktubkan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang berkaitan : i. ii. iii. iv. Perkhidmatan Awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) Ekonomi : Perkara 153 (6) Pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4) Kedudukan Istimewa Orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89

dan 90 berhubung dengan tanah rizab Melayu. v. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan

1948 (Pindaan 1971). Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum Bumiputera. Istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain
25

dalam Perlembagaan Malaysia, seperti perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Kita jangan sekali-kali menidakkan apa yang dipersetujui dan dijanjikan oleh nenek moyang pada masa dahulu. Kontrak sosial ini iaitu yang termaktub dalam Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan sebenarnya bukan sesuatu yang dianggap sebagai diskriminasi kaum. Ia adalah kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan 48 tahun lalu akan kekal sampai bila-bila walaupun perubahan terus berlaku, kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.(Selasa 16 Ogos (Bernama). Dalam menerima kerakyatan bukan Melayu dan segala hak yang berkaitan, orang-orang Melayu terdedah kepada persaingan dalam semua aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan lainlain. Tiada jaminan bahawa mereka dapat bertahan dalam persaingan tersebut, satu hakikat yang diakui oleh penjajah Inggeris. Maka dengan itu wujud perlindungan dan kedudukan istimewa yang diberi kepada orang Melayu. Semasa perundingan di antara pemimpin-pemimpin kaum pada 1950an, persetujuan dicapai bagi melanjutkan hak-hak istimewa Melayu seperti yang terkandung dalam Memorandum Perikatan. Pemimpin-pemimpin bukan Melayu bersedia menerimanya kerana kedudukan orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan. Mereka jauh ketinggalan dan memerlukan bantuan-bantuan khusus melalui peruntukan-peruntukan tertentu. Suruhanjaya Reid telah mengambil kira Memorandum Perikatan sebagai yang wajar tetapi setelah menimbangkan hak-hak semua rakyat di bawah demokrasi, mengesyorkan hak-hak istimewa Melayu dalam masa lima belas tahun saja. Jelas syor ini tidak adil kepada orang-orang Melayu yang telah berkorban dalam berkongsi kerakyatan dengan penduduk bukan Melayu. Ianya juga tidak realistik kerana untuk satu-satu bangsa menjadi cukup berdaya saing, tiada batasan waktu boleh ditetapkan. Orang Melayu rata-rata termasuk wakil-wakil UMNO

menentang keras syor suruhanjaya ini. MCA sendiri bersetuju dengan cadangan asal Perikatan berhubung dengan hak istimewa Melayu digunakan iaitu tiada batasan waktu untuknya, sebaliknya ia boleh dikaji semula dari masa ke masa. Dengan itu lahirlah Fasal 153 dalam Perlembagaan yang memperincikan peruntukan yang berkaitan orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam 4 lapangan iaitu tanah simpanan, kuota untuk penerimaan ke dalam
26

perkhidmatan awam, kuota dalam pengeluaran permit atau lessen untuk menjalankan perniagaan-perniagaan tertentu, dan keutamaan yang berhubung dengan dana pelajaran dan bentuk-bentuk bantuan bagi maksud pendidikan. Antara hak-hak keistimewaan orang melayu ialah : Tanah. Tanah Simpanan Melayu adalah penerusan dasar sebelum merdeka lagi bagi memastikan pemilikan orang-orang Melayu tidak terusik. Tetapi luas tanah di satu-satu negeri itu hendaklah tidak melebihi tanah yang terbuka untuk semua kaum. Tanah dikekalkan dalam bidang kuasa negeri dan statusnya boleh diubah mengikut persetujuan Exco Negeri tetapi tidak harus melanggar peruntukan Akta Simpanan Tanah Melayu. Tetapi hakikatnya banyak dari tanah Melayu terjual bagi tujuan pembangunan tanpa diganti balik. Perkhidmatan Awam. Dalam perkhidmatan awam, wujud kuota dalam pengambilan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. Buat sekian lama, masa penjajahan dan selepasnya jumlah kakitangan Melayu di Bahagian Pertama dalam pentadbiran awam kurang berbanding dengan bukan Melayu. Ia dapat diperbetulkan apabila terdapat lebih ramai anak-anak Melayu lulus peringkat Ijazah. Oleh kerana, kebanyakkan orang Melayu dalam pentadbiran, ia dipersoalkan oleh orangorang bukan Melayu yang mahu keadaan ini diubah bagi pengambilan yang sama rata tanpa memperdulikan tradisi orang-orang Melayu dalam pemerintahan. Permit dan Lesen. Dengan adanya permit dan lessen kuota boleh diberikan untuk orang-orang Melayu dalam permohonan permit dan lesen-lesen perniagaan. Ini membolehkan penglibatan mereka yang lebih luas memandangkan mereka agak terkebelakang dalam perniagaan dan bidang ekonomi umumnya. Tanpa kuota ini tiada jaminan yang mereka akan beroleh satu bahagian yang adil dan faedah-faedah ekonomi. Tetapi ini tidak bermakna ia sengaja melakukan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain. Sebarang permit atau perniagaan milikan mereka tidak boleh ditarik balik

27

semata-mata untuk dibahagikan kepada orang Melayu. Dengan itu tiada halangan bagi kaumkaum bukan Melayu untuk menjalankan perniagaan mereka dengan sebebas-bebasnya. Biasiswa dan dana pelajar. Pemberian biasiswa dan dana pelajar kepada orang Melayu adalah bagi membolehkan mereka mengajar kaum-kaum lain dalam bidang pendidikan. Tanpa biasiswa dan dana ini, orang-orang Melayu yang rata-ratanya berpendapatan rendah akan terus tercicir dan ditinggalkan oleh kaumkaum lain di peringkat pendidikan. Kesannya akan dirasai pada ekonomi orang Melayu. Di waktu penjajahan, didapati lebih banyak biasiswa dan dana dikeluarkan untuk pelajar-pelajar bukan Melayu. Selepas merdeka, keadaan menjadi lebih seimbang, tetapi kini biasiswa bukan menjadi hak pelajar-pelajar Melayu lagi sepenuhnya kerana telah dibuka kepada pelajar-pelajar bukan Melayu.

Bagi merapatkan jurang modal insan ini, aspek pendidikan merupakan satu aspek yang amat penting sekali bagi meramaikan bijak pandai Melayu. Dengan mengambil kira faktor inilah atas desakan UMNO maka semasa pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Suruhanjaya Reid dan kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan Melayu Raya atau Malaysia selepas Malaysia ditubuhkan telah dimasukkan Perkara 153 ke dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperuntukan bahawa setiap orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang berkelayakan adalah diberi hak biasiswa secara automatik. Ini jelas dari Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan :

perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak .......... mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain
28

keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna. Sumber : Perlembagaan dan Undang-undang Perkara 153

Daripada peruntukan di atas jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran, latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ia adalah hak, harta dan pusaka orang Melayu kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi sebarang pemberian pinjaman, apa-apa bantuan dan kemudahan dalam pelajaran yang memerlukan pembayaran balik adalah bertentangan dengan dan tidak memenuhi Perkara 153 (3) Perlembagaan. Ini perlu diperbetulkan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, antara tuntutan yang bersifat umum untuk kemajuan ekonomi dan pentadbiran yang baik akan diterima tetapi apa yang diragukan ialah tuntutan yang jelas mengandungi unsurunsur perkauman dengan mencuba menidakkan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan, misalnya: i) Desakan supaya dihapuskan diskriminasi perkauman. ii) Permansuhan perbezaan antara bumiputera dengan bukan bumiputera. iii) Penghapusan sistem kuota yang berasaskan kaum dan gantikan dengan sistem pengagihan berasaskan kebolehan. iv) Penghapusan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti.

29

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Perlembagaan Malaysia mengandungi aspek Kontrak Sosial kerana ia merupakan satu persemuafakatan dan perkongsian murni antara kaum di Malaysia. Huraian lanjut dari perseptif sejarah yang meliputi sejarah penindasan dan tipu helah penjajah, penyisihan masyarakat, pribumi dalam arus modernisasi, ketempangan ekonomi antara golongan serta sejarah hubungan kaum di negara ini yang berselang-seli antara sengketa dan kerjasama dimana semuanya hendaklah lengkap dan komprehensif serta disebarkan seluas-luasnya secara berterusan kepada segenap lapisan masyarakat. Segenap lapisan masyarakat, generasi tua dan generasi muda, harus mengetahui, memahami dan menghayati kandungan serta semangat kontrak sosial itu. Penyebaran luas kandungan dan semangat kontrak sosial itu perlulah dilakukan dengan sungguh-sungguh melalui sistem pendidikan yang lebih khusus dan melalui pelbagai sistem komunikasi yang lebih luas dan meliputi. Penekanannya hendaklah diterapkan dalam sistem pendidikan di negara ini supaya generasi muda faham akan sejarah pembentukan negara ini. Pemimpin-pemimpin umat Melayu sendiri perlu sentiasa diingatkan tentang Kontrak Sosial ini. Jika Perdana Menteri mengatakan bahawa kegagalan melaksanakan kontrak sosial itu merupakan punca kepada konflik maka itu bermakna bahawa kejahilan atau keengganan memahami dan menghayati kontrak sosial akan mewujudkan kita kepada konflik. Sesungguhnya untuk mengelakkan konflik itulah maka manusia perlu mempunyai kontrak sosial agar kehidupan mereka bernegara dan bermasyarakat terjamin aman, tertib dan teratur. Bagaimanapun dalam analisis terakhir, rakyatlah yang menjadi penentu. Merekalah yang akan menentukan sama ada masyarakat pelbagai budaya mampu bertahan dan berkembang. Nilai mereka, persepsi mereka, prinsip serta prejudis mereka, dan impian serta aspirasi adalah untuk mereka dan juga bangsa mereka, yang akan mencorakkan bentuk dunia yang mereka tinggal di dalamnya. Sama ada mereka belajar untuk hidup bersama dalam suasana stabil dan harmoni atau musnah bersama dalam perselisihan dan kerosakan.

30

5.0 LAMPIRAN

Jata Negara

31

6.0

BIBLIOGRAFI

Wong Khek Seng, Rahimah Hj.Sabran dan Kok Meng Kee.(2004). Pengajian Am Kertas 1 & 2, STPM. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Ranjit Singh Malhi.(1992).Pengajian am STPM: Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur:Federal Publications

Muhammad Kamil Awang.(2001).Sultan Dan Perlembagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari.(2002). Majlis Raja-raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohamed Suffian hashim.(1987). Megenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mohamad Salleh Abas (1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Ahmad Mohamed Ibrahim dan Ahilemah Joned (1987). Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

32

Tun Mohamed Suffian (1990). Pengenalan Sistem Undangundang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jim Soh, Jega dan Chorwin.(2004). Kepentingan dan Ancaman Terhadap Kontrak Sosial Di Negara Malaysia yang Bersifat Majmuk.KUiTTHO. http://www.geocities.com/mt961013/unitem/perlembagaanmalaysia.htm Jim Soh, Jega dan Chorwin.(2004). Kepentingan dan Ancaman Terhadap Kontrak Sosial Di Negara Malaysia yang Bersifat Majmuk.KUiTTHO. http://www.malaysia.net/dapmnet/lks0433.html

33

7.0 BORANG KOLABORASI

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2012 HUBUNGAN ETNIK WAJ3106 BORANG KOLABORASI

NAMA PELAJAR KOD & NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH PENYELIA

MOHD SHAHRIL FAIZUL BIN SHAFIEE HUBUNGAN ETNIK WAJ3106 (PPG) EN. KAMARUZAMAN B. HJ MAMAD

Bil. 1 2

Tarikh 1.09.2012 2.09.2012 hingga 20.09.2012

Catatan Perbincangan / Aktiviti Amali Menerima soalan tugasan daripada pensyarah. Berbincang dengan rakan sekelas untuk mendapatkan informasi terkini menerusi laman sosial Facebook.

Tandatangan

8.09.2012

Mengumpul bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan

4 5

10.09.2012 15.09.2012

Menaip tugasan / mendokumenkan dapatan Mengemaskini tugasan dengan mendapatkan

pandangan rakan-rakan sekiranya terdapat kesalahan atau kekurangan dalam tugasan ini. 6 7 8 9 17.09.2012 19.09.2012 20.09.2012 29.09.2012 Penulisan Refleksi Semakan terakhir sebelum sebelum dicetak Cetak dan binding Serah kepada pensyarah

34

You might also like