You are on page 1of 13

Modul Literasi Dan Numerasi Sekolah Rendah

Bahasa Malaysia

MODUL LINUS JADUAL KURSUS

UNIT SATU HURUF MASA 2 JAM

KEMAHIRAN : 1.1 Mengenal bentuk huruf dan menulis huruf kecil a z.

OBJEKTIF 1. Mendapat pendedahan pelbagai strategi mengajar huruf kecil (i, l, t dan k) dengan betul. 2. Merancang aktiviti yang menarik dan berkesan untuk memperkenalkan huruf kecil (i, l, t dan k). 3. Mengaplikasikan strategi mengajar dan kemahiran menulis huruf kecil (i, l, t dan k).

AKTIVITI 1: PERMAINAN BELON AJAIB Bahan yang diperlukan: Kad huruf kecil (i, l, t dan k), 4 biji belon yang berisi huruf kecil (i, l, t dan k) dua dimensi berukuran 10cmx15cm Tempoh Masa: 10 minit

- aktiviti pecahkan belon - mengeluarkan huruf dalam belon dan menyebut huruf

AKTIVITI 2: JOM NAIK KERETA API Bahan yang diperlukan: Kad huruf kecil (i, l, t dan k) ditulis di kertas A4

Tempoh Masa: 10 minit

- aktiviti menulis huruf dalam barisan

AKTIVITI 3: MANA JODOHKU? Bahan yang diperlukan:


Gelung rotan, kad huruf kecil (i, l, t dan k), sampul surat yang mengandungi 4 kad huruf dua dimensi, huruf kecil (i, l, t dan k) yang ditulis atas kadbod.

Tempoh Masa: 15 minit

- aktiviti padanan

AKTIVITI 4: ENJIT-ENJIT SEMUT

Bahan yang diperlukan: Seni kata lagu Tempoh Masa: 10 minit

- menyanyi lagu huruf

AKTIVITI 5: MARI TEKAP DAN WARNA


Bahan yang diperlukan: Kad huruf kecil i, l, t dan k, warna pensel.

Tempoh Masa: 10 minit - menekap huruf - mewarna huruf

AKTIVITI 6: BENGKEL

Bahan yang diperlukan: Tiada Tempoh Masa: 60 minit - tugasan kumpulan

KUMPULAN 1 Kumpulan anda dikehendaki merancang aktiviti mengajar huruf n, o, z, x, u, v, w sahaja berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas warna,gam,tisu dan kertas A4. KUMPULAN 2 Kumpulan anda dikehendaki merancang aktiviti mengajar huruf a, c, e, m, s, r, I berdasarkan bahan yang disediakan.Bahan tersebut adalah 35 keping gambar dicetak dalam kertas A4, gunting,gam dan pengetip kertas.

KUMPULAN 3 Kumpulan anda dikehendaki merancang aktiviti mengajar huruf g, j, p, q dan y berdasarkan bahan yang disediakan seperti kotak dan kertas mahjong.
KUMPULAN 4 Kumpulan anda dikehendaki merancang aktiviti mengajar huruf b, d, f, h, l, t, k berdasarkan bahan yang disediakan seperti akhbar lama,gam dan gunting.

You might also like