You are on page 1of 36

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

PETUA PENGURUSAN KEWANGAN

Petua Pengurusan Kewangan Yang Berkesan


Buku ini adalah untuk rujukan sahaja, tidak mengandungi atau tidak boleh dianggap mengandungi nasihat kewangan,sekuriti atau syor sekuriti. Strategi yang digariskan di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Tiada jaminan diberikan berhubung dengan ketepatan atau lengkapnya maklumat yang terkandung didalam buku ini. Pengarang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana liabiliti, kehilangan,risiko, baik peribadi ataupun sebaliknya yang berlaku akibat menggunakan atau menerapkan mana-mana kandungan buku ini samada secara langsung atau tidak.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-1-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Oleh : Amin Fafizullah Omar a.k.a Amin Beb

Anda boleh menggunakan ebook ini untuk web atau rujukan manual anda atau apa sahaja sama ada elektronik atau bercetak dengan syarat TIDAK MENGUBAH isi kandungan serta mengekalkan maklumat penulis

Nota: semua imej yang tertera adalah sebagai hiasan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-2-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Tajuk kandungan
Pengenalan Cara mudah menjimatkan wang Bagaimana menyimpan bil & Resit

Halaman
4 6 10

menjimatkan masa mengurangkan tekanan 12 21 25 30 34

Membazir memilih selera Cara Terbaik Memilih Kad Kredit Melangsaikan hutang kad kredit Kesederhanaan berbelanja Epilog

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-3-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Pengenalan
MENABUNG dan mengawal perbelanjaan memang 2 perkara
baik tapi kadangkala ia sangat sukar dilaksanakan. Tetapi tabiat menabung boleh dimulakan sekarang. Malah untuk tujuan itu, anda boleh memulakan beberapa langkah bijak misalnya mengawal segala perbelanjaan yang anda buku lakukan. kira-kira Sungguhpun serta segala sesuatu resit perbelanjaan pembayaran itu bagi jumlahnya sangat kecil, anda digalakkan untuk menyimpan membolehkan anda meneliti segala perbelanjaan yang sudah anda lakukan. Dengan cara itu, anda tahu ke mana perginya wang anda selama ini, sama ada ia digunakan untuk membeli barang keperluan atau barang yang sebenarnya tidak begitu dikehendaki. Jika anda dapat membezakan dua kategori barangan terbabit, anda pasti akan lebih berhati-hati untuk membeli barangan yang tidak diperlukan di masa depan. Anda perlu ketahui bahawa walau sedikit manapun perbelanjaan yang dilakukan, ia tetap memberikan jumlah yang banyak apabila jumlah semua perbelanjaan itu

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-4-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

dicampurkan. Oleh itu, berhati-hatilah ketika berbelanja serta kurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. Sewaktu menggunakan kad juruwang automatik (ATM) pula, anda juga harus berhati-hati ketika menekan jumlah wang yang dikeluarkan. Sebaliknya, keluarkan sejumlah wang yang anda benar-benar perlukan. Jika anda mengeluarkan wang berlebihan, anda akan terdorong untuk membeli barangan yang anda tidak perlukan sekali gus menggalakkan anda untuk membazir. Penggunaan kad kredit juga boleh membebankan apatah lagi jika anda seorang yang boros. Bagi mereka yang pandai menguruskan wang penggunaan kad kredit memang memudahkan urusan seharian. Namun, jika anda seorang yang gemar berbelanja terutama jika mudah tertarik pada jualan murah, memilih kad kredit bukan langkah yang bijak. Jangan lupa, sifat menabung perlu diuatamakan di mana anda boleh mengasingkan jumlah wang setiap bulan yang dikhususkan untuk simpanan. Sebelum membuat sebarang pemotongan untuk perbelanjaan, ambil sejumlah wang untuk simpanan terlebih dahulu, percayalah sedikitsedikit lama-lama pasti menjadi bukit.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-5-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Cara Mudah Menjimatkan Wang


IDEA menyimpan wang mungkin disenangi oleh sesetengah pihak biarpun faedahnya besar dan nyata. Ini berikutan daripada tuntutan menggunakan wang untuk aktiviti lain yang tidak kurang pentingnya seperti membayar bil dan sebagainya. Namun begitu, ia tidak patut dijadikan alasan kerana menyimpan wang adalah aktivti mudah yang boleh dilakukan jika anda mempunyai keazaman yang tinggi dan secara sukarela mengikuti cadangan berikut: 1. Tetapkan objektif penyimpanan

Seperti merangka bajet, kita juga mesti mesti menetapkan objektif mengapa perlu menyimpan wang. Ini penting untuk memastikan kesinambungan aktiviti penyimpanan sehingga apa yang diidamkan tercapai. Antara objektif penyimpanan yang munasabah ialah: o Membeli hadiah harijadi/ perkahwinan untuk keluarga/sahabat. o o o Pergi bercuti selepas penat berkerja. Mengubahsuai rumah supaya lebih selesa. Menambah nilai premium insurans.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-6-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

2. Antara

Gunakan wang tunai bagi setiap pembelian manfaat menggunakan wang tunai ialah anda

mempunyai kuasa kawalan penuh terhadap setiap perbelan jaan. Sebagai contoh, anda akan berfikir dua tiga kali sebelum membelanjakan wang bagi sesuatu yang tidak penting untuk dimiliki. Bagi memupuk kebiasaan, tinggalkkan kad kredit anda dirumah ketika pergi membeli belah. 3. Kawal pengeluaran wang tunai daripada ATM

Anda dinasihatkan agar menetapkan jumlah pengeluaran wang daripada ATM. Ini dapat mengawal anda daripada berbelanja sesuka hati. Sekurang-kurangnya dengan wang terhad yang ada di dalam tangan, anda lebih berhati-hati berbelanja. Seperti contoh, tetapkan pengeluaran RM 300 sebulan (bergantung kepada jumlah pendapatan dan cara berbelanja) daripada ATM. Jika wang yang dikeluarkan hanya cukup untuk keperluan asas, maka sudah tiba masanya anda mengurangkan perbelanjaan kapucino dan beralih kepada kopi tempatan yang tidak kalah rasanya. 4. untuk Langsaikan hutang tertunggak kad kredit memudahkan proses, anda boleh menjadikan ini

sebagai salah satu matlamat menyimpan wang. Tetapkan tempoh masa untuk anda melangsaikan hutang dan berhenti

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-7-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

menggunakan kad kredit untuk pembelian berjumlah kecil. Pastikan juga anda hanya berbelanja setakat mana anda mampu membayarnya. Secara tidak langsung, ia dapat melindungi anda daripada membayar faedah andai kata hutang tertunggak ke bulan hadapan. 5. Tebus mata ganjaran kad kredit Banyak syarikat kad kredit menawarkan mata ganjaran dengan setiap pembelian. Mata yang dikutip boleh ditukar dengan barangan tertentu yang ditawarkan. Untuk penyimpanan wang lebih, anda boleh merujuk kepada katalog yang dikhaskan untuk pelanggan bagi memperoleh barang yang dihajati. Tetapi ingat! Gunakan mata ganjaran setakat yang terkumpul saja dan jangan gunakan kad kredit untuk menambahkan nilai mata kerana ia menyimpang daripada objektif kewangan.

6.

Membeli-belah pada jualan murah

Antara cara mudah menjimatkan wang ialah menangguhkan pembelian sehingga jualan murah dilangsungkan. Ini bermakna anda perlu bersabar untuk mendapatkan barangan yang dihajati tetapi kesabaran itu ada balasannya kerana anda dapat memperolehnya dengan harga lebih murah. Biarpun potongannya cuma lima peratus, sekurang-kurangnya

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-8-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

ia

mengurangkan

perbelanjaan

anda.

Gunakan

kempen

Karnival Membeli-belah dengan sebaik-baiknya. Di samping itu, anda juga boleh mengunjungi flea market atau car boot selling di sekitar bandar raya kini. 7. Membeli-belah di pasar gudang Banyak faedahnya jika anda berkunjung ke pasar gudang. Di samping mempunyai a. Membeli bumbung b. Menjimatkan masa pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari barang. c. Menjimatkan penggunaan minyak kenderaan d. Menjimatkan pembayaran letak kereta kelebihan semua menawarkan harga keperluan di bawah lebih satu rendah, anda juga dapat:

8. Dapatkan barangan atau perkhidmatan yang lebih murah. Tahukah anda bahawa anda membantu peniaga membayar sewa kedai? Sebenarnya, harga barangan ditetapkan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-9-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

bedasarkan kos lain yang perlu ditampung oleh mereka termasuk sewa bulanan kedai. Sebab itu, barangan yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah di kedai biasa berbanding harga di gedung terkemuka. Jika bijak mencari, anda pasti berjumpa kedai yang menawarkan harga yang lebih 9. murah dengan nilai mutu barangan atau perkhidmatan yang sama. Gunakan kupon diskaun / percuma Untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang kompetitif, banyak peniaga menawarkan kupon diskaun / percuma untuk menarik pelanggan. Kupon seperti ini boleh didapati pada kebanyakkan kedai, di dalam majalah kegemaran anda mahupun di dalam kotak surat di rumah. Jika sebelumnya anda tidak peduli dengan apa yang ditawarkan, sudah sampai masa anda menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Jika anda telitikan, anda dapat menjimatkan sejumlah besar perbelanjaan dengan hanya menggunakan kupon berkenaan. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegemaran di Amerika Syarikat. 10. Jimatkan perbelanjaan makan tengah hari Anda dapat lakukan ini dengan membawa bekal. Jika anda takut terasing daripada rakan-rakan, bawa saja bekalan anda ke kantin. Untuk memudahkan anda menyediakan bekal, pastikan anda membeli barangan yang mudah dan tahan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 10 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

disimpan seperti sup di dalam tin, makanan sejukbeku dan snek tenaga (energy bar). Disamping menjimatkan perbelanjaan, pastinya anda tampil lebih kurus dengan berat badan ideal. Jika anda mengamalkan petua di atas, anda dapat berjimat paling kurang RM 3 sehari. Jika didarab, jumlahnya hampir melangkau RM100 sebulan. Dalam setahun anda dapat menjimat lebih dari RM 1,000. Satu langkah positif ke arah mencapai matlamat

kewangan.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 11 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Membazir Memilih Selera


SELALUNYA memasak. mereka Sepanjang yang masa berkerja berkerja tiada sudah masa pasti untuk anda

terpaksa makan di kedai. Tetapi bagaimanakah selepas waktu pejabat dan hari cuti? Namun adakah anda terfikir berapa ringgit wang yang mengalir keluar setiap hari dengan kaedah atau cara pemakanan anda itu. Memang tidak dapat dinafikan terlalu ramai yang menyatakan kita tidak patut terlalu kedekut untuk membeli makanan. Wang yang dicari bukan boleh dibawa mati. Betul! Tapi kita memerlukan wang bukan untuk memenuhi selera tekak kita sahaja. Setiap hari berapa ringgit wang anda yang mengalir untuk makanan? Berapa harga sarapan anda? Makan tengah hari, minum petang dan makan malam? Berapa ringgit pula yang anda keluarkan untuk membeli makanan ringan? Jangan berbohong kalau kenyataan anda mengeluarkan RM 3 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari. Ini belum lagi dicampurkan dengan buah-buahan, makanan pencuci mulut dan macam-macam lagi. Mengapa mesti membazir begitu banyak? Jika setengah hari anda mengeluarkan wang RM10 untuk makan, berapa pula untuk sebulan? Jika keadaan ini berterusan, anda

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 12 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

sebenarnya dalam kerugian. Adakah berbaloi kalau anda mengeluarkan perbelanjaan RM500 sebulan untuk makanan anda seorang sedangkan sebuah jumlah ini boleh menampung dapat perbelanjaan keluarga? Anda mungkin

mengawalnya dengan baik tetapi pada suatu ketika yang lain, anda tiba-tiba berbelanja melebihi had. Berusahalah untuk mengawal pengeluaran wang anda untuk membeli makanan. Jika anda sudah berkahwin, perbelanjaan seperti itu sudah pasti merugikan. Katakan anda dan pasangan anda berkerja. Masing-masing makan di kedai setiap hari. Biarpun anda menggunakan wang anda sendiri dan pasangan anda juga begitu, keluarga anda memang telah kerugian. Katakan anda berbelanja untuk makanan RM15 dan pasangan anda RM 12 sehari. Jumlahnya RM27 sehari. Ini baru perbelanjaan sewaktu berkerja, belum lagi dicampurkan dengan perbelanjaan di rumah. Selalunya perkara seperti ini berlaku kerana sikap anda yang suka memandang remeh soal perbelanjaan. Jika anda masih belum mempunyai jadual perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan, lakukan sekarang. Apa yang penting ialah anda mesti berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Tidak perlu mengikut gelagat orang kerana segala segala kesukaran yang bakal berlaku adalah tanggungjawab anda sendiri. Jika anda

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 13 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

mengatakan

telah

terlewat

untuk

mengubah

corak

perbelanjaan hari ini, anda salah. Jangan biarkan hidup anda dalam kerugian kerana setiap sen amat bernilai.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 14 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Bagaimana Menyimpan Bil & Resit


Sebaik menerima bil setiap bulan, kita akan

meletakkannya di mana-mana yang sempat, baik di atas meja, di atas TV mahupun di dalam kereta. Suatu kebiasaan yang memudaratkan di belakang hari kerana kemungkinan untuk bil berkenaan Akan hilang adalah amat tinggi. Untuk mengelakkan kehilangan, penting untuk kita mempunyai sistem fail yang sistematik kerana ia juga membantu: Menjimatkan masa Pemfailan berkesan dapat menjimatkan masa mencari sesuatu bil yang diperlukan. Misalnya, daripada membuang masa mencari secebis kertas segala ceruk, kita boleh terus merujuk kepada fail yang disimpan. Mengurangkan tekanan Seringkali perasaan marah dan kecewa akan timbul apabila barang yang dicari tidak dijumpai. Untuk mengelakkan rasa marah yang tidak perlu, maka kita pelu mempunyai sistem pemfailan sendiri.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 15 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Petua pemfailan berkesan 1. Failkan bil dan resit sebaik saja anda menerimanya setiap bulan. Bertangguh menyimpan akan hanya menambah risiko hilang. 2. Dapatkan fail terpakai ataupun sampul surat besar sebagi tempat mnyimpan bil dan resit. Bahagikan fail berkenaan kepada 3 bahagian, iaitu jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Jika anda menggunakan di atasnya. Bagaimana menggunakan fail? Fail jangka masa pendek Gunakan fail ini untuk menyimpan. 1. Bil-bil yang belum dibayar seperti bil air, internet atau kad kredit. 2. Resit pembelian hangus seperti ubat gigi, buah-buahan dan sebagainya 3. Penyata pengeluaran wang dari ATM sampul surat, pastikan anda mempunyai 3 sampul dan tuliskan setiap kategori

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 16 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Bertepatan dengan namanya fail jangka masa pendek, anda mempunyai 2 pilihan sama ada membuang bil dan resit berkenaan atau memindahkan ke fail jangka masa sederhana. Antara yang boleh dibuang ialah: Resit pembelian hangus Sebelum membuang resit berkenaan, pastikan anda sudah merekod segala perbelanjaan di dalam kategori yang sewajarnya. Sebagai contoh, ubat gigi direkodkan di dalam kategori alat mandian dan buah-buahan di dalam kategori makanan. Penyata pengeluaran wang daripada ATM Buangkan penyata ini hanya selepas anda menerima dan menyemak penyata akaun bulanan daripada bank. Adalah penting untuk anda pastikan jumlah yang dikeluarkan sama dengan jumlah yang tercatat di dalam penyata akaun daripada bank. Jika terdapat sebarang kekeliruan, segeralah berhubung dengan pihak bank untuk mendapat penjelasan lanjut.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 17 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Fail jangka masa sederhana Seperti yang diterangkan tadi, fail ini boleh digunakan untuk menyimpan bil. Tetapi ingat! Pastikan anda hanya menyimpan bil yang sudah dibayar saja. Bil yang belum dibayar haruslah terus disimpan di dalam fail jangka masa pendek. Contoh bil yang boleh disimpan di dalam fail ini ialah bil air, telefon, elektrik dan kad kredit. Anda dinasihatkan menyimpan bil berkenaan mengikut aturan bulanan untuk memudahkan rujukan jika wujud sebarang isu atau masalah kemudian hari. Menjelang akhir tahun, anda bolehlah membuang semua bil yang disimpan kecuali bil yang boleh membantu mengurangkan pembayaran cukai seperti pembelian buku. Di samping itu, anda juga digalakkan menyimpan bil untuk tiga bulan terkahir pada tahun berkenaan sekurang-kurangnya hingga Mac tahun hadapan sebagai rujukan jika berlaku kesangsian. Fail jangka masa panjang Fail ini digunakan untuk menyimpan resit pembelian yang membabitkan jumlah wang yang besar. Sebagai contoh, pastikan anda menyimpan resit jka anda membeli peti sejuk, set teater rumah mahupun tilam berjenama. Anda juga dinasihatkan menyimpan kad jaminan yang diperoleh dengan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 18 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

pembelian barangan. Untuk memudahkan pemfailan dan rujukan, anda boleh menyusun kad jaminan mengikut tarikh luput. Sekurang-kurangnya anda tahu bilakah tiba masanya untuk anda membuang kad jaminan berkenaan. Antara dokumen lain yang boleh disimpan di dalam jangka masa panjang ialah resit ubah suai rumah. Ini penting untuk anda menentukan nilai rumah jika anda bercadang untuk menjualnya. Rekod penama KWSP Seringkali masalah wujud apabila pencarum KWSP meninggal dunia. Untuk mengelakkan masalah dan mempercepatkan proses pencaruman, anda menyimpanrekod berkenaan kerana mengetahui apa yang terjadi di masa digalakkan tiada siapa depan. Geran rumah dan / atau tanah Passport Sekali imbas, penyimpanan bil dan resit secara sistematik adalah leceh dan rumit. Tetapi anda akan menghargai pemfailan kepentingannya juga dapat apabila anda anda selalu sebagai tercari-cari bil yang hilang. Di samping itu, sistem membantu pengguna andai kata barang yang dibeli mengalami

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 19 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

kerosakan dan yang terpenting, ia memudahkan waris membuat tuntutan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. sistematik. Oleh itu, amalkan sistem pemfailan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 20 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Cara Terbaik Memilih Kad Kredit


KAD Kredit: yang mana satu pilihan anda? Iklan kad kredit tertera dimana-mana, baik di dalam akhbar, tv, radio mahupun di papan iklan. Dengan persaingan sengit di kalangan syarikat pengeluar, anda sememangnya mempunyai banyak pilihan. Memilikinya menjadi begitu mudah kerana syarikat pengeluar lebih mementingkan bisnes daripada rekod kewangan anda. Persoalannya, yang mana satu bersesuaian dan terbaik? Tidak dinafikan ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana membuat pilihan ataupun sememangnya malas membuat kajian. Maka di sini akan diterangkan beberapa metod bagi membantu anda mengatasi masalah.

Petua 1
Perkara pertama yang perlu anda perlu lakukan ialah

tinggalkan semangat setia jenama (brand loyalty). Ini penting kerana anda akan dapat menilai kad-kad yang lain secara objektif tanpa prejudis. Lagi pun, setia jenama mungkin menyebabkan anda terlepas peluang yang lebih baik, malah membuatkan anda membayar faedah yang tinggi.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 21 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Petua 2
Setelah itu, anda perlu bertanya kepada diri sendiri yang mana satu kad terbaik untuk saya? Di sini anda mempunyai dua pilihan. Jika anda pernah gagal membayar jumlah minimun setiap bulan, maka sewajarnya anda mencari kad yang menawarkan faedah rendah. Tetapi jika anda lebih selasa membayar keseluruhan jumlah setiap kali menggunakan kad kredit, maka anda perlu beralih kepada kad yang tidak mengenakan bayaran yuran tahunan.

Petua 3
Sekiranya anda ditawarkan kad kredit tanpa bayaran yuran tahunan dengan faedah serendah 5.9 peratus, apakah yang anda lakukan? Langkah yang boleh diambil adalah memastikan kesahihan iklan tersebut. Ini perlu untuk mengelakkan diri daripada ditipu. Sebagai contoh, memang ada syarikat kad kredit yang menawarkan faedah rendah, tetapi harus diingat, jumlah faedah yang dikenakan tertakluk kepada perubahan dan selalunya, ia dilakukan tanpa

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 22 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

makluman awal dengan tidak mengambil kira pandangan anda. Sesetengahnya pula hanya memberi faedah rendah untuk pemindahan kredit (credit transfer) dari satu kad ke satu yang lain. Oleh itu, anda harus memastikan jumlah faedah yang dikenakan jika anda menggunakan kad kredit untuk membeli-belah. Berikut ialah jadual yang anda boleh gunakan untuk membandingkan kad-kad yang ada di pasaran sebelum anda membuat pilihan ataupun hanya untuk mengetahui kedudukan kad yang anda miliki sekarang. Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

Jadual 5: Penilaian kad kredit


Kad A Kad B Kad C Belian Pengeluaran tunai Tempoh masa selamat (Grace Period) Belian Pengeluaran tunai Yuran tahunan Lain-lain yuran Pengeluaran tunai Niali pengenalan (introductory rate)

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 23 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Secara manual di bank ATM Lewat bayar Lebih had kredit Lain-lain
Selepas mengisi ruang kosong di dalam jadual di atas, anda dapat lihat dengan jelas kad mana mempunyai tawaran yang bagus dan sebaliknya. Jika anda berpuas hati dengan apa yang ditawarkan, maka anda boleh mula memohon.

Jika anda mendapati kad yang anda punyai sekarang tidaklah sebaik kad-kad yang lain, maka bersegeralah menukar. Ini semua membantu anda menjadi pengguna yang bijak.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 24 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Melangsai Hutang Kad Kredit


Teladan Pengurusan Kewangan Yang Berkesan Pasti ramai yang mencebik muka sebaik membaca tajuk ini: melangsai hutang kad kredit (kk). Mungkin kerana beranggapan bahawa ia sesuatu yang agak mustahil dicapai. Seperti mana hukum alam, setiap yang bermula pasti berakhir, begitu juga dengan hutang kad kredit. Jika kita mula berhutang, sudah tentu kita boleh menamatkannya. Terpulang kepada pillihan anda! Jika anda bersungguh hendak melangsaikan hutang kad kredit, anda perlu menyediakan pelan. Pelan yang mudah untuk dibuat dan bertepatan dengan ciri berikut: I. Terperinci II. Mudah disediakan III. Boleh dilekat ditempat yang mudah dilihat seperti peti sejuk dan sebagainya. IV. Keberkesanannnya boleh diukur V. Tempoh masa melangsaikan hutang

Jadual berikut adalah contoh pelan yang anda boleh gunakan kerana ia menepati ciri-ciri yang di sebut di atas.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 25 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Jadual 4: Pelan Babas Hutang KK baki semasa (RM), jumlah peratusan bulanan (%), jumlah bayaran minimun (RM). Kad A 3, 897, 0.05, 194.85 Kad B 1, 775, 0.05, 88.75 Kad C 1, 500, 0.05, 75.00 Kad D 900, 0.05, 45.00 Nota: jumlah peratusan bulanan ditetapkan oleh syarikat kewangan, jadi jumlah ini mungkin berbeza di antara satu sama lain. Untuk adalah: Peraturan 1 merealisasikan impian bebas hutang, ada

beberapa peraturan yang mesti kita patuhi. Peraturan itu

Jangan tambah hutang baru Antara lain, jangan gunakan kad kredit untuk membeli

barang yang memaksa anda membayarnya secara ansuran. Beli hanya jika anda pasti dapat membayar secara tunai ataupun membayar keseluruhan jumlah sebaik mendapat penyata bulanan.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 26 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Bayar jumlah yang sama pada setiap bulan Pastikan anda membayar jumlah yang sama setiap bulan walaupun jumlah minimun kurang daripada jumlah tersebut. Jika anda mengikuti peraturan ini, anda akan dapat melihat jumlah hutang semakin berkurangan. Sesuatu yang harus anda faham ialah, syarikat kad kredit kurang berminat untuk anda melangsaikan hutang, sebaliknya mereka hanya berminat menerima bayaran daripada peratusan faedah yang dikenakan. Ini menjelaskan mengapa bayaran minimun anda berasaskan jumlah terakhir. peratusan pada baki jumlah hutang

Peraturan 2 Bayar tidak kurang daripada jumlah minimun. Pastikan anda membayar tidak kurang daripada jumlah bayaran minimun yang ditetapkan setiap bulan. Sebagai contoh, jika pada bulan ini anda membayar RM 194.85, maka bulan berikutnya, jumlah akan berkurangan kepada RM 185.00. Bagaimanapun, patuhi perturan pertama, teruskan membayar RM 194.85 setiap bulan sehingga anda melangsaikan hutang kad A.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 27 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Peraturan 3 Susunkan keutamaan mengikut saiz hutang Pastikan anda menyusun keutamaan hutang yang hendak dilangsaikan mengikut saiz. Antara lain, mulakan dengan saiz hutang yang terkecil hingga harus mengaturnya kembali mengikut saiz yang bersesuaian. Anda mungkin beranggapan bahawa adalah lebih bijak untuk menyusun keutamaan mengikut peratusan faedah. Penulis sudah mencuba beberapa cara dan mendapati keberkesanan yang lebih menyerlah dengan menyusun keutamaan mengikut saiz hutang. Walaubagaimanapun, anda bebas untuk menyusun keutamaan mengikut cara anda sendiri. Peraturan 4 Teruskan hutang Jika anda berjaya membayar hutang kad A, pastikan anda memindah pembayarannya kepada kad B. Sebagai contoh, jika selama ini anda membayar RM 194.85 untuk kad A setiap bulan sehingga selesai hutang, maka alihkan jumlah berkenaan untuk kad B. mengikut contoh yang diberikan, jumlah pembayaran kad B akan meningkat kepada RM 283.60.

membayar

sehingga

selesai

semua

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 28 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Pelan Bebas Hutang adalah sesuatu yang mudah di fahami dan praktikal. Jika anda bersungguh melangsaikan hutang, pastikan anda mengikut keempat-empat peraturan yang diterangkan diatas dan pastinya anda akan lebih gembira kerana berjaya membebaskan diri daripada kad kredit. Selamat mencuba!

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 29 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Kesederhanaan Berbelanja
BANYAK orang pandai mencari dan mengumpul harta tetapi sangat sedikit orang yang pandai berbelanja. Harta yang dibelanjakan biasanya tidak menepati tuntutan dan batas-batas yang digariskan oleh syarak. Manusia mempunyai keinginan yang tidak terbatas dan selalu bercita-cita ingin memiliki sesuatu yang di luar kemampuan. Kehidupan manusia sekarang adalah diibaratkan seperti pepatah Melayu 'lebih besar kerak dari periuk' hasilnya pula 'biar papa asal bergaya'. Sesetengah antara kita, suka habis-habisan dalam berbelanja apatah lagi sempena Begitu menyambut juga ketika majlis-majlis memperolehi tertentu 'durian seperti majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari raya dan seumpamanya. dan sebagainya. Membelanjakan kesalahan dalam harta yang dimiliki bukanlah satu ia mana-mana undang-undang tetapi runtuh' seperti bonus, kenaikan gaji, untung dalam berniaga

mestilah pada perkara-perkara yang berfaedah dan bukan siasia, barulah harta itu membawa manfaat pada jalan kebaikan dan kebajikan yang diredai oleh Nya. Allah Subhanahu

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 30 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Wataala berfirman di dalam Al-Quran Surah Al-Hadiid ayat 7 yang tafsirnya: "Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikan-Nya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah) mereka tetap beroleh pahala yang besar.'' Kemudian di dalam Surah Al-Furqaan ayat 67, Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya: "Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.'' Sifat sederhana dalam pengurusan kewangan dan perbelanjaan harian adalah amat penting. Lebih-lebih lagi ketika mengadakan sesuatu upacara atau majlis atau ketika mendapat 'durian runtuh' sebagaimana yang telah disebutkan di atas itu. Ketika berbelanja dalam situasi sedemikian, kebanyakan dari kita mudah lupa diri, mudah lupa pada hari esok, mudah lupa pada keperluan-keperluan yang akan datang. Kita seharusnya pandai dan bijaksana dalam

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 31 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

mengatur perbelanjaan iaitu tidak boros, tidak membazir serta tidak juga kedekut dan bakhil. Kebijaksanaan tidak dalam berlaku merancang perbelanjaan supaya

ketidakseimbangan dengan pendapatan, juga perlu supaya sikap perbelanjaan itu akan lebih terarah dan mewujudkan sikap berjimat cermat. Sesungguhnya banyak faedah untuk individu, keluarga, masyarakat dan negara dari sifat kesederhana itu antaranya: 1. Dengan mengamalkan sifat kesederhanaan dan berjimat cermat dalam perbelanjaan itu, kita akan mendapat jaminan hidup di masa hadapan terutama ketika kita menghadapi kesusahan dan kecemasan. Biasanya orang yang boros atau tidak cermat dengan pendapatannya akan menghadapi masalah kewangan di kemudian hari. 2. Dengan mengamalkan sifat kesederhanaan dalam

perbelanjaan kita akan dapat ganjaran pahala dari Allah kerana kesederhanaan itu sebahagian dari tuntutan Islam. Pembaziran akan meninggalkan kesan yang buruk dalam kehidupan kita kerana pembaziran itu diasaskan dan didorong oleh syaitan sebagaimana firman Allah di dalam Surah AlIsraa' ayat 27 yang tafsirnya:

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 32 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudarasaudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.''

3. Dengan cara hidup yang sederhana kita berpeluang menambahkan pahala melalui ibadah zakat dan sedekah pada jalan Allah. Perbelanjaan yang sederhana amat dituntut dalam Islam dan hendaklah ianya dilakukan menepati keperluan yang secukupnya sahaja tanpa terpengaruh dengan hawa nafsu. Biarlah setiap sen wang yang dibelanjakan bukan setakat memenuhi selera tetapi matlamat yang ingin dicapai ialah mendapat berkat dan keredaan dari yang maha Esa.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 33 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Epilog

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita mempunyai dahulu, cukupkan segala keperluan hidup,

pelbagai keinginan dan kehendak, namun apa yang perlu diutamakan barulah memikirkan kehendak lain. Oleh yang demikian belilah barangan yang betul-betul perlu pada waktu itu, akan tetapi anda boleh berbelanja lebih untuk jangka masa sederhana. Bagi mencapai matlamat jangka panjang, tidakkah anda ingin memiliki kenderaan dan rumah sendiri. Jadi anda seharusnya membuat perbelanjaan mengikut keperluan sahaja. Anda tidak perlu risau jika kawan anda melabel anda sebagai kedekut. Sebenarnya, membuat penyimpanan untuk jangka masa panjang adalah antara langkah yang terbaik bagi kita yang inginkan kejayaan hidup. Adalah disarankan, jadikan masa lapang anda sebagai masa yang berkesan. Bermaksud segala apa yang terlintas difikiran atau idea-idea yang bernas catat terus di atas kertas atau nota kecil. Kemudian kumpulkan segala ilham-ilham yang anda perolehi dalam sebuah buku atau dairi peribadi. Anda akan dapat lihat hasil dengan apa yang anda usahakan. Untuk itu, bertindaklah sekarang dengan serius buah fikiran anda itu.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 34 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Perhatikan ia secara positif dan membina. Jadilah sekurangkurangnya pencipta satu produk atau idea yang mendatangkan input yang berharga.

Editor,

Amin Fafizullah Omar a.k.a Amin Beb web master: www.TambahDuitPoket.com

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 35 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Lainlain perkara:
"Bagaimana Untuk Meningkatkan Jualan Kepada 500% Dengan Hanya Menggunakan Satu Strategi Mudah?"

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 36 -

You might also like