You are on page 1of 16

1.

0 PENDAHULUAN Menurut Kamus Dewan, Adat bermaksud suatu peraturan yang

diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab Adah yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat (S. Gazalba, 1990). Kata majmuk adat ialah adat istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan perundangan (Abdul Latif Abu Bakar, 2001). Menurut Dr.Van Dijk dalam Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku. A.J.N Richard dalam Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu pula menakrifkan adat sebagai colloquially, adat can mean law, fashion, personal and sosial behaviour. Menurut Noriati A. Rashid (2007), adat ialah kebiasaan manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Dalam bahasa Melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang. Selain itu, adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun temurun (iaitui dahulu kala) dalam sesebuah masyarakat, sehingga menjdai hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat resam ialah cara yang sudah menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah masyarakat.

2.0 ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN 2.1 Pengenalan Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan

persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian. Dari segi tempat menetap, orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil tuai rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar di sekitar negeri Sarawak.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan animisme. 2.2 Adat Perkahwinan Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anakanak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan. 2.3 Merisik Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan. 2.4 Meminang dan Bertunang Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syaratsyarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain3

lain

yang

berkaitan.

Setelah

mencapai

kata

sepakat,

ayah

pihak

lelaki

menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga. 2.5 Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masingmasing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari. 2.6 Upacara akad nikah Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai. Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramairamai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih

dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah. Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu. Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki, sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan

untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain. Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut. Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu danadat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki. Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum. Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada

pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk. Upacara membelah pinang adalah upacara menentukan tempoh jodoh antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah dibelah, pinang itu akan diagihkan kepada tetamu yang datang. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dan menunggu masa untuk bersanding di sebelah malam sahaja. Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu, pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta untuk memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka akan hilang bagi setiap individu. Sementara menunggu majlis persandingan yang akan berlangsung pada sebelah malamnya, akan diadakan sedikit perbincangan antara keluarga sebelah pengantin lelaki dan perempuan. Perbincangan ini adalah tentang tempoh yang sesuai bagi pengantin perempuan tinggal di rumah pengantin lelaki sebelum dibenarkan melawat keluarganya.

3.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, masyarakat Iban di Sarawak adalah masyarakat yang mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak istimewa. Cara hidup mereka adalah amat menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat Iban jika dilihat dari aspek sosial, ekonomi dan politik sesungguhnya amatlah berbeza dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini. Hal ini digambarkan dengan memetik pendapat Vinson H. Sutlive (1996) The Ibans have built their world out of natural, social and met asocial order to which they have perceived themselves as belonging. Plants, animals, hills, sun, moon, stars , ancestral spirits and other groups have been brought together in the ethno science and mythology by which the Iban have developed and manipulated the symbols which have helped them understand their world the rationalize their behaviour. Walaubagaimanapun, pada masa kini, adat dan tradisi masyarakat Iban banyak juga yang telah ditinggalkan. Antaranya adat-adat yang menjurus kepada animisme, kepercayaan karut, dan adat-adat yang difikirkan tidak logik untuk diamalkan pada masa sekarang. Hal ini memandangkan masyarakat pada zaman sekarang sudah maju dan pemikiran masyarakat pun berubah ke arah yang lebih moden. Tambahan pula, sudah ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan masyarakat Iban yang membawa budaya dan cara hidup masyarakat bandar dan menerapkannya dalam kalangan masyarakat Iban.

4.0 ULASAN JURNAL AKADEMIK 4.1 Pengenalan Pendidikan literasi bahasa, khususnya Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran utama yang diajarkan di sekolah seluruh Malaysia perlu dimantapkan lagi bersesuaian dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan). Kejayaan mendaulatkan Bahasa Melayu bersesuaian dengan kedudukannya perlu diusahakan semua pihak di seluruh negara secara berterusan. Sekolah dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan semua pelajar berkemampuan menguasai kemahiran literasi Bahasa Melayu seawal tahap satu di sekolah rendah. Ini selaras dengan matlamat kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar utama negara (Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956). Penguasaan literasi Bahasa Melayu amat berkait rapat dengan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang diajarkan di sekolah dan sebagai satu daripada mata pelajaran utama dalam sistem pendidikan negara sejak lebih setengah abad. Dalam menongkah arus cabaran globalisasi, guru perlu bersedia memantapkan lagi pedagogi literasi Bahasa Melayu dan melakukan satu transformasi bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa dalam pelbagai bidang ilmu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Dalam melahirkan modal insan bertaraf dunia, kerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA pendidikan merupakan titik permulaan ke arah menambah baik prestasi pelajar secara menyeluruh dan membolehkan mereka mendapat akses kepada pendidikan berkualiti (RMK10). Namun dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkasakan pendidikan negara, terdapat segelintir murid masih ketinggalan dalam pendidikan iaitu murid Orang Asli. Di Malaysia, Orang Asli merupakan kumpulan minoriti iaitu 0.5% daripada populasi penduduk Malaysia. Mereka dapat dibahagikan kepada 18 suku kaum (Nicholas, 2000). Nicholas (2007) menjelaskan jika 100 murid Orang Asli yang memasuki tahun satu, hanya enam pelajar sahaja yang akan menamatkan pengajian sehingga tingkatan lima. 94%
9

daripada mereka akan tidak dapat dikesan sama ada menamatkan pengajian atau tidak. Beliau menambah perbezaan pedagogi dan budaya sebagai antara penyumbang kepada wujudnya permasalahan tersebut. Jika ditinjau daripada peratus kelulusan peperiksaan dalam kalangan muridmurid Orang Asli, didapati mereka amat jauh ketinggalan dan boleh dikategorikan kebangsaan yang dihuni oleh murid Orang Asli mendapati peratus lulus Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) masih 0% walaupun sekolah tersebut mula diwujudkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sejak tahun 1978. Memang banyak kajian tentang pendidikan Orang Asli. Antaranya ialah kajian yang berkisar di sekitar bacaan Orang Asli (Abd. Aziz, Ramlah, Md. Nasir, Suppiah, & Roslinda 2010; kajian tahap pendidikan Orang Asli (Nurahimah, Mustapa, Nuraini, Abdul Malek, Mohd Izam & Abdull Sukor, 2009). Kajian tentang masalah membaca murid Orang Asli (Abd. Aziz, Ramlah, Md. Nasir, Suppiah & Roslinda, 2010). Kajian Orang Asli dengan penerimaan dakwah (Halim 2003), kajian pembangunan Orang Asli (Noraini 2001), arang asli dan kepercayaan animisme (Huzaimah 2006). Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kajian berkenaan literasi pelajar. Antaranya kajian terhadap literasi pelajar sekolah biasa dengan buku teks sekolah (Norainah, 2004), masalah literasi dan kemahiran membaca (Farehah, 2000), Junaidah (1999) pula mengkaji masalah literasi Jawi kalangan pelajar sekolah, Syahrom (2002) pula mengkaji ujian menilai kefahaman membaca Bahasa Melayu dan akhir sekali kajian Azhar (1998), mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi literasi dalam kalangan murid luar bandar di Sarawak. Setakat ini, kajian tentang masalah Orang Asli dalam literasi Bahasa Melayu sangat kurang. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah-masalah utama yang dihadapi dalam literasi Bahasa Melayu dan di samping itu kajian ini juga cuba menjelaskan puncapunca kepada masalah literasi murid Orang Asli 4.2 Kekuatan Daripada analisis jurnal yang telah dijalankan, terdapat beberapa aspek yang yang menjadi kekuatan dalam jurnal ini. Antara kekuatan yang terdapat dalam jurnal ini ialah penulis membincangkan mengenai masalah Orang Asli. Jurnal yang dihasilkan ini menarik minat untuk pembaca membacanya terutamanya guru-guru
10

pelatih kerana ramai yang ingin mengetahui keadaan dan persekitaran pembelajaran serta masalah-masalah pembelajaran yang sering berlaku terhadap murid dan masyarakat Orang Asli di pedalaman. Selain itu, penulis juga mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber yang tepat dan mengikut spesifikasi sebagai sumber rujukan disamping kerja keras penulis yang mengumpul data daripada responden bagi menghasilkan jurnal yang autentik dan berkualiti. Di samping itu, ia menunjukkan penulisan jurnal ini disokong daripada pelbagai sumber dan bermutu. Selain itu, kekuatan lain yang terdapat hasil analis jurnal ini ialah laras bahasa yang mudah difahami. Penulis menggunakan kosa kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya yang tepat dan jelas. Selain itu juga, hasil daripada penulisan yang dihasilkan dalam jurnal ini dapat menyampaikan maksud yang jelas dan difahami semua orang. 4.3 Kelemahan Sememangnya agak sukar untuk mencari kelemahan dalam penulisan jurnal ini kerana telah melalui proses yang ketat sebelum diterbitkan. Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam penulisan ini. kelemahan yang dapat dikenalpasti menerusi aspek analisis data kuantitatif. Dalam jurnal kajian ini, kebanyakannya mengandungi data kualitatif dan tidak menyentuh mengenai data kuantitatif. Dalam mencari bukti permasalahan tentang kajian, kedua-dua data ini memainkan peranan yang penting. Kelemahan lain yang saya dapat lihat dalam jurnal ini ialah penerangan kepada isi yang kurang mantap. isi yang terdapat dalam jurnal ini kurang diberi penekanan dari aspek pendapat dan hujah yang menyokong. Penulis hanya menggunakan kenyataan responden sebagai penguat isi yang disampaikan. Selain itu, penulis tidak menggunakan footnote atau nota kaki. Pada pandangan saya, nota kaki atau nota bawah ini penting kerana ianya menunjukkan samaada penyelidik benar-benar membuat rujukan ataupun tidak. Penulis jurnal yang tidak meletakkan footnote atau nota kaki ini menunjukkan sikap penyelidik itu yang tidak teliti dan malas dalam membuat rujukan yang lengkap.
11

4.4 Cadangan Penambahbaikan Antara penambahbaikan yang dicadangkan ialah data yang dikumpul haruslah merangkumi daripada data kualitatif dan data kuantitatif. Kedua-dua jenis data ini perlu diseimbangkan. Data ini memainkan peranan yang penting dalam memberi maklumat dan bukti yang kukuh dalam pelaksanaan jurnal kajian. Tambahan pula, data kuantitatif akan lebih menunjukkan data yang bercirikan nombor yang lebih mudah difahami dan lebih sesuai serta mempunyai data yang lebih tepat supaya pembaca dapat mengetahui dengan lebih jelas jumlah individu yang dikaji. Selain itu, penulis boleh menambah rujukan dan bukti dari sumber yang sahih dan pelbagai supaya jurnal yang dihasilkan ini lebih mantap dari segi isinya kerana disokong oleh hujah dan bukti serta isi yang dikemukakan itu diperjelaskan dengan lebih mendalam supaya pembaca mendapat lebih input dan maklumat yang baru seterusnya pembaca juga dapat mencambah pemikiran dan idea, turut mencari penyelesaian masalah yang dihadapi murid yang terlibat dalam jurnal ini dan memberi dorongan kepada pembaca untuk lebih mencari, mengkaji dan meneroka bukti-bukti yang baru. 4.4 Rumusan Dalam penulisan jurnal ini, ternyata apa yang disampaikan penulis adalah maklumat yang mudah difahami pembaca namun kurangnya dari segi menghuraikan isi. Walaupun begitu, pembaca tetap dapat memahami dan merumuskan apa yang cuba disampaikan penulis. Selain itu, kajian ini memberikan pengkaji banyak maklumat mengenai budaya dan cara berfikir murid-murid Orang Asli dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mereka terutama dalam penulisan karangan. Kajian ini dapat melihat sejauh mana penguasaan anak Orang Asli dalam pendidikan, terutama dalam kemahiran menulis Bahasa Melayu. Perkara ini perlu diambil kira kerana penguasaan kemahiran menulis sangat penting kepada kanak-kanak sebelum mereka melangkah masuk ke sekolah menengah.

12

5.0 REFLEKSI Terlebih dahulu saya ingin menyembah rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan kekuatan kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini dengan teratur dan terancang serta tidak dilupakan juga kepada pensyarah Encik Hasshim Bin Mohamad yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Pertamanya apabila saya mendapat tugasan ini, perkara pertama yang menerjah dalam fikiran saya ialah bagaimana cara untuk membuat tugasan ini. Tugasan ini berkenaan dengan menyediakan satu analisis mengenai adat resam dan ulasan jurnal akademik. Saya berasa teruja kerana akan mencari dan meneroka maklumat yang pada tanggapan saya suatu yang menyeronokkan kerana berkaitan dengan budaya dan adat resam suatu masyarakat. Saya berfikir sejenak adat resam masyarakat yang sesuai bagi menyiapkan tugasan ini. Pada masa yang sama juga saya terfikir bagaimana untuk menganalis sesebuah jurnal. Dalam proses pembinaan dan penulisan tugasan ini, banyak pengalaman baru serta beberapa masalah yang wujud di dalam tempoh berkenaan. Antara pengalaman baharu yang dapat saya perolehi ialah dapat mempelajari adat resam perkahwinan etnik Iban. Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi pengantin, malah ada denda yang dikenakan jika beberapa pantang larang dan syarat yang tidak dipatuhi. Di situ saya dapat membuat sedikit perbandingan antara adat etnik Iban dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu. Selain itu, saya juga merasai pengalaman mencari jurnal yang berkaitan dengan budaya pembelajaran serta dapat menganalisis jurnal tersebut. Saya terpaksa berbincang dengan semua ahli kelas supaya kami mencari dan mengambil jurnal yang berlainan tajuk supaya tidak sama dengan ahli kelas yang lain. Saya juga bertemu dengan pensyarah untuk mengesahkan jurnal itu boleh digunakan dalam kerja kursus ini. Setelah disahkan oleh pensyarah barulah saya sapat memulakan tugasan menganalisis jurnal. Bagi menganalisis jurnal tersebut, saya membaca jurnal tersebut dan cuba memahami apa yang penulis cuba sampaikan. Setelah itu barulah saya dapat mengesan kekuatan, kelemahan serta cadangan

penambahbaikan terhadap jurnal tersebut.

13

Sudah menjadi lumrah terdapat beberapa masalah, mehnah dan tribulasi yang menjadi pengganggu dan penghalang dalam kelancaran proses menyiapkan tugasan. Antara masalah tersebut ialah banyak masa yang banyak dihabiskan untuk mencari jurnal yang berkaitan dengan budaya pembelajaran dan ada kalanya tajuk jurnal tersebut sudah diambil oleh rakan yang lain. Selain itu, sikap diri yang malas juga mempengaruhi kelancaran proses menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, bagi menyelesaikan permasalahan ini, saya dan ahli kelas berbincang dengan mengemukan tajuk-tajuk yang sudah dipilih di laman sosial, sesiapa yang cepat memberi maklum balas mengenai tajuk jurnal itu maka jurnal itu yang akan diulasnya. Ini secara tidak langsung dapat memberi rangsangan kepada ahli kelas yang lain untuk mencari tajuk jurnal serta dapat menjimatkan masa. selain itu, bagi mengatasi masalah malas ini, dengan dorongan ibu bapa, rakan-rakan serta berkat daripada Allah atas doa yang dipohon dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Selepas menyiapkan tugasan ini, barulah saya menyedari ilmu yang saya peroleh selama ini belum mencukupi dan mantap, banyak lagi ilmu dan maklumat yang perlu digali. Selain itu, saya juga berharap dapat menggunakan apa yang dipelajari dan mengamalkannya supaya ilmu yang dipelajari itu tidak hilang begitu sahaja. Kesimpulannya tugasan ini banyak mempengaruhi dan memberikan pengalaman serta pengetahuan kepada diri saya. saya juga telah berjaya menerapkan sikap ingin tahu dan keberanian serta bersungguh-sungguh dalam membuat satu pekerjaan. Ianya amat perlu untuk memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik dan mengikut waktu yang telah ditetapkan.

14

6.0 BIBLIOGRAFI Abdul Latif Abu Bakar.(2001) Adat Melayu Serumpun, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Ketiga.(1994) Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Noriati A. Rashid.(2007) Kesantunan orang Melayu dalam majlis pertunangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. S. Gazalba.(1990) Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu, Pustaka, Jakarta. Vinson H. Sultive.(1996) The Iban Of Sarawak. Penerbitan Universiti Malaya, Kuala Lumpur: http://ictl2ag6.blogspot.com/2009/06/pengenalan.html http://kumangkenyalang88.blogspot.com/2009/09/akhirnya-siap-juga-satuassignment-saya.html http://bizniz87.wordpress.com/2011/01/08/adat-iban/

15

7.0 LAMPIRAN

16

You might also like