You are on page 1of 5

SULIT*

Untuk kegunaan
pemeriksa
Bahagian A
1
2
3
4
Bahagian B

Bahagian C

Jumlah

STPM 900/2

SULIT*

Bahagian A
[15 markah]
1

[3]

Jelaskan tiga prinsip Rukun Negara.

............................................................................................................................................................

Terangkan empat tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020

[4]

............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................

Terangkan empat peranan Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi merealisasikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju
[4]

............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
4 Jelaskan kepentingan dua langkah yang diambil untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf
dunia?
[4]

............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
STPM 900/2

SULIT*
Bahagian B
[20 markah]
Jawab satu sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
1 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai
untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek bagi tempoh yang
diliputi

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan terdiri daripada pelbagai objek. Jumlah perbelanjaan
Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013 dijangka meningkat sebanyak RM 20546 juta daripada tahun 2012
yang berjumlah RM 181434 juta.
Pada tahun 2012, perbelanjaan mengurus yang terbesar adalah bagi objek emolumen, iaitu
merangkumi 32.62% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan, manakala perbelanjaan mengurus yang
terkecil adalah bagi objek pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM 5846 juta
atau 3.22%. Objek subsidi menduduki tempat kedua dari segi besarnya perbelanjaan yang dibuat oleh
kerajaan pada tahun 2012, iaitu sebanyak RM 42401 juta atau 23.37% daripada perbelanjaan keseluruhan.
Perbelanjaan mengurus objek bayaran khidmat hutang ialah sebanyak RM 20453 juta manakala
bayaran bekalan dan perkhidmatan lebih sebanyak RM 17772 juta daripada bayaran pencen dan ganjaran
yang berjumlah RM 14188 juta.Perbelanjaan mengurus objek lain-lain berjumlah RM 7402 juta atau
4.07%
Pada tahun 2013, perbelanjaan mengurus emolumen dijangka masih merupakan perbelanjaan
mengurus yang terbesar, iaitu 29.02% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan , diikuti oleh
perbelanjaan mengurus subsidi yang berjumlah RM 37612 juta atau 18.62%. Perbelanjaan mengurus
pencen dan ganjaran dijangka menurun sebanyak RM 591 juta berbanding tahun 2012, manakala
perbelanjaan mengurus bekalan dan perkhidmatan dijangka mengambil tempat yang ketiga terbesar dalam
perbelanjaan mengurus, iaitu sebanyak RM 33659 juta atau 16.66%
Objek bayaran khidmat hutang diramalkan meningkat sebanyak 8.76% berbanding tahun 2012. Di
samping itu objek bayaran pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri dijangka meningkat sebanyak
RM 430 juta berbanding tahun 2012. Selebihnya ialah bayaran objek lain-lain.
Berdasarkan penerangan di atas, jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan dijangka
meningkat. Hal ini selaras dengan program tranformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Kementerian Kewangan Malaysia,
Laporan Ekonomi 2012/2013, Kuala Lumpur)

STPM 900/2

SULIT*
2 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai menunjukkan bilangan
pekerja dalam industri pembuatan terpilih dan perubahan gaji yang dibayar bagi tahun- tahun yang
dinyatakan.

Pakej strategi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2001 dan diteruskan ke tahun
berikutnya telah menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, sektor perindustrian khususnya
industri pembuatan semakin meningkat dan merupakan antara sektor terpenting. Pada tahun 2003,
jumlah pekerja yang terlibat dalam industri ini sebanyak 409410 orang, bertambah sebanyak 15370 orang
berbanding tahun 2001.
Industri pembuatan dibahagikan kepada beberapa sektor. Industri makanan dan minuman merupakan
yang terpenting dengan mewakili seramai 129107 orang pekerja pada tahun 2002. Jumlah ini meningkat
sebanyak 6472 orang berbanding tahun sebelumnya. Tahun 2003 pula mencatatkan bilangan pekerja
seramai 131881 orang. Peningkatan ini berlaku disebabkan permintaan terhadap barangan pengguna
terutama barangan makanan dan minuman.
Pada tahun 2001 gaji yang diterima oleh pekerja bagi industri makanan dan minuman ialah RM 1321
sebulan. daripada jumlah keseluruhan pembayaran gaji pada tahun berkenaan iaitu RM 5246 juta
Walaupun berlaku kemerosotan bilangan pekerja, tetapi jumlah gaji dibayar menunjukkan peningkatan
setiap tahun. Pada tahun 2002, jumlah gaji yang dibayar bagi sektor ini ialah RM 1390 juta. Seterusnya
upah pekerja terus meningkat sebanyak RM 57.27% pada tahun berikutnya.
Bilangan pekerja dalam industri tekstil dan pakaian pula menunjukkan pola yang berbeza dengan
industri makanan dan minuman. Pada tahun 2001 seramai 112766 orang pekerja terlibat dalam industri
ini, dan berlaku peningkatan sebanyak 13151 pada tahun berikutnya sebelum merosot kepada 113484
orang pada tahun 2003.
Gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian berbanding industri makanan dan
minuman. Pada tahun 2001, gaji yang dibayar kepada pekerja industri tekstil dan pakaian pada tahun
2002 adalah yang tertinggi bagi ketiga-tiga tahun yang dilaporkan iaitu sebanyak RM 1629 juta. Jumlah
ini meningkat sebanyak 10.89% daripada tahun sebelumnya. Namun, jumlah ini, merosot kepada RM
1647 juta pada tahun 2003

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan,

Jabatan Perangkaan Malaysia 2005)

STPM 900/2

SULIT*
Bahagian C
[25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini , dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.
1 Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti menyebabkan pencemaran air. Masalah ini telah memberi
pelbagai implikasi kepada penduduk. Jelaskan
2 Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
ekonomi. Pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan IKS di Malaysia. Jelaskan

STPM 900/2

You might also like