You are on page 1of 12

PENULISAN JURNAL REFLEKSI

KONSEP catatan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan.
merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan.

Kepentingan Jurnal Refleksi


Menyimpan catatan sebagai renungan. Menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankan.

Menjadikannya asas/panduan tindakan susulan.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penulisan Jurnal Refleksi.


Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan.

Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing.

Rasional Membuat Refleksi dan Jurnal Refleksi


1. Dapat mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam situasi tertentu 2. Membezakan antara perasaan dan fakta (gambaran yang lebih objektif dan rasional terhadap sesuatu perkara) 3. Pelatih menjadi lebih peka dan prihatin terhadap dunia pendidikan dan bidang tugas guru

4. Menyimpan catatan penglibatan di sekolah semasa praktikum

5. Menjadi bahan perbincangan dengan guru/pensyarah pembimbing 6. Pelatih dapat menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa hadapan

Kemhiran-kemahiran Mengajar yang Boleh Dijadikan Panduan Untuk Refleksi dan Penulisan Jurnal
> Permulaan / set induksi > Mempelbagaikan rangsangan > Memberi pengukuhan > Menyoal > Memberi penerangan > Menggunakan contoh / ilustrasi

> Menerapkan nilai dan kemahiran berfikir


> Menggunakan Sumber P & P

> Bercerita
> Menggunakan papan kapur

> Menguruskan bilik darjah


> Penggabungjalinan & Penyerapan

> Suara, intonasi, arahan


> Penutup

Bagaimana menulis jurnal refleksi???


1. Analisis Masalah
- mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid tidak memberi perhatian dalam P&P.

2. Cadangan
- memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid

3. Tempoh masa penyelesaian


- akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh dua minggu

4. Tindakan susulan
- guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar

Contoh Jurnal Refleksi: Masalah yang dikenalpasti:


Wardina, pendiam, tidak mahu mengeluarkan suara.

Mengenalpasti punca masalah:


Menurut Carl Jung 1875-1961, Wardina tergolong dalam personaliti introvert, individu yang mempunyai personaliti ini adalah orang yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Mereka lebih suka melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Mereka mempunyai sifat yang serius, pemalu, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang mengambil inisiatif. Mereka juga kurang selesa terhadap perubahan tetapi suka kepada sistem hidup yang teratur atau sistematik.Oleh yang demikian, mereka ini biasanya selalu mengikut peraturan yang ditetapkan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Kekuatan Isu:
Murid ini senang diurus, tidak membuat bising.

Kelemahan Isu:
Guru sukar mengetahui tahap pencapaian kemahiran murid.

Kesan dan Akibat Masalah:


1. Murid akan ketinggalan jika guru kurang memberi perhatian 2. Murid akan berada dalam dunianya sendiri

Cadangan dan Idea untuk menyelesaikan masalah:


1. Guru hendaklah memastikan keterlibatan murid yang optima di dalam kelas menggalakkan murid itu dapat bekerjasama dengan rakan yang lain.

2. mendedahkan mereka kepada proses sosialisasi dengan orang lain dapat membantu atau menggalakkan murid itu berhadapan dengan rakan-rakannya yang lain. 3. Guru juga haruslah memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan supaya murid ini akan terdedah dengan tugasan yang dihasilkan secara bekerjasama, koperatif dan galakkan interaksi dengan rakan kumpulan lain. 4. Selain itu, guru juga boleh melibatkan murid seperti ini dengan aktiviti luar iaitu sukan atau kokurikulum seperti persatuan, permainan dan kelab di sekolah.

Tempoh masa menyelesaikan masalah:


2 minggu

Tindakan susulan
setiap kali saya mengajar, saya akan bersedia dan berlatih sebelum saya memasuki kelas.

You might also like