You are on page 1of 22

1.

PENGENALAN

Menurut kamus-kamus bahasa, perkataan tamadun ialah kata Arab yang membawa maksud kemajuan, kehalusan budi pekerti dan sopan-santun. Perkataan modern adalah berpunca daripada perkataan tamadun. Ia koheren dengan perkataan madani. Menurut Ibn Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani ialah istilah atau kata nama khas yang memberi maksud masyarakat. Ia koheren dengan maksud perkataan umran yang bereti kemajuan dan kemakmuran. Manakala, perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaa makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. Masyarakat Barat mendefinisikan tamadun sebagai pembangunan lahiriah terutamanya hal-hal kebudayaan seperti penulisan,undang-undang,kesenian dan pembandaran.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Islam menekankan pembangunan lahirian dan rohaniah kerana kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al- Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur sesebuah masyarakat. Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohani sangat penting dalam konsep tamadun.

Konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetaapi juga mestilah diiringi
1

dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

2. UNSUR-UNSUR UTAMA DALAM TAMADUN INDIA

Tamadun India merupakan tamadun terawal di dunia. Tamadun ini terletak di Lembah Indus. Tamadun ini juga dikenali sebgai tamadun Harrapa dan muncul sekitar tahun 2500 SM. Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000s.m di benua Lumeria di Selatan India. Terdapat penempatan manusia di kawasan Kartanka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi.

Tahap perkembangan Tamadun India boleh dibahagikan kepada Zaman Kuno,Zaman Pertengahan dan Zaman Penjajahan Barat. Zaman Kuno yang menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab. Zaman Pertengahan yang juga dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukkan Islam telah melahirkan satu tamadun yang cemerlang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Khilji dan Mughal. Unsur-unsur tamadun India dapat dilihat melalui perkara berikut iaitu sistem pemerintahan, ilmu Sains dan matematik, bahasa dan sastera, senibina serta kemasyarakatan dan kekeluargaan.

2.1

SISTEM PEMERINTAHAN

Sistem pemerintahan bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kedatangan British ke India. Pemimpin tertinggi dekenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja, Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan,Arasar, dan Mannar. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri.Raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan rapat dengan golongan Brahmin.

Pentadbiran wilayah juga diamalkan,dimana Negara yang besar dibahagikan kepada beberapa wilayah.wilayah-wilayah ini dibahagikan kepada kampungkampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampung (Kottam). Kedatangan penjajah Barat memperkenalkan dasar Europeanisme iaitu 90% cukai diberikan kepada kerajaan.Sistem Presidensi diperkenalkan di Bengal,Madras dan Bombay.

2.2

ILMU SAINS DAN MATEMATIK

Fizik dan Kimia memperkenalkan konsep jirim. Alam terdiri daripada tanah,angina,api,air dan angkasa.Perubatan merangkumi perkembangan Fisiologi,pembedahan,seni pernafasan(Yoga ),reproduksi manusia,farmakologi,dan perubatan binatang.Buku perubatan yang terkenal ialah Cakara dan Susruta. Matematik menggunakan kaedah tali ( Sulvasutra). Menggunakan konsep-konsep geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan Aryabhatiya. Tamadun India adalah pelopor bidang Astronomi. Unsur matahari bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda, ada keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 dan satu bulan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

2.3

BAHASA DAN SASTERA


3

Masyarakat Indo-Arya bahagian utara menggunakan bahasa Sanskrit. masyarakat Dravidia bahagian selatan menggunakan bahasa Tamil. Terdapat dua kesusteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata antara dan Rama Buddhacharita. dan Ravana, Ramayana Mahabrata menceritakan tentang peperangan

menceritakan tentang peperangan antara Kaurava dengan Pandara, manakala Arthasastra lebih kepada aspek-aspek politik,ekonomi,pengurusan,kesejahteraan Negara dan ketatanegaraan. 2.4 SENIBINA

Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta.Kuil-kuil menggunakan ukitan Hindu.Senibina Budha bermula pada zaman Maurya,Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha. Senibina Islam menggabungkan ciri-ciri Parsi dan tempatan.Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan Quwait Al-Islam di Dehli yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam.Seni bina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad,Masjid Moti di Agra,Taj Mahal,Kota Merah di Agra.

2.5

KEMASYARAKATAN DAN KEKELUARGAAN Tamadun India mengamalkan sistem kasta dimana masyarakatnya

dibahagikan kepada 4 golongan iaitu Brahmin golongan agama dan kerohanian, Ksytria golongan tentera dan keselamatan, Vaisya golongan peniaga dan Sudra golongan petani.

Terdapat 4 peringkat kehidupan yang dijelaskan dalam kitab Jabala iaitu Brahmacarya,Ghastra,Vanaprahasta dan
4

Sannayasa.Kaum

wanita

mendapat

tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes.

3. RELEVEN MALAYSIA 3.1

NILAI

TAMADUN

DALAM

KONTEKS

MASYARAKAT

DI

NILAI UTAMA DALAM TAMADUN INDIA

Dari segi keagamaan dan kepercayaan agama Hindu dan Budha telah diterima dan berkembang luas di Asia Tenggara.Masyarakat India di Malaysia juga adalah penganut agama Hindu dan juga Budha.Berlaku Sinkritisme antara agama Hindu-Budha dan kepercayaan masyarakat pribumi.

Bahasa dan kesusteraan

juga punya pengaruh kerana masyarakat Asia

Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan Islam.Buktinya melalui penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo atau Kedudukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit. Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia sepertin syurga, neraka, sembahayang dan sebagainya. Kemasukkan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Di Malaysia karya Ramayana dikenali sebagai Hikayat Seri Rama manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma serta karya sejarah agung iaitu Negarakertagama.

Pentadbiran politik dan kerajaan yang mengamalkan konsep kosmologis yang meletakan raja ditempat teratas.Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishu dan Siva.Pemerintahan raja yang
5

berpandukan

kepada

kitab-kitab

perundangan dalam pemerintahan.Kitab-kitab ini adalah mengambil beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra atau Hukum Kanun Manu.Pentadbiran di Malaysia juga meletakkan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara .Pentadbiran negara mengamalkan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan.

Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain.Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik dan sosial.Walaubagaimanapun di Malaysia secara amnya pengaruh Hindu tidak kekal,begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan.

4.

UNSUR- UNSUR DAN NILAI UTAMA DALAM TAMADUN CINA.

Tamadun

Cina

merupakan

salah

satu

tamadun

yang

tertua

dan

berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integrative dan dinamik walaupun pernah dicbar oleh tamadun-tamadun dunia lain dan mengalami perubahan dalam proses perkembangannya yang panjang. Namun jauh daripada terserap oleh tamadun lain , tamadun Cina mengekalkan identitinya, sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. Unsur-unsur utama yang terdapat dalam tamadun Cina ialah berlandaskan idea agama, keluarga dan masyarakat cina, menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan, menghargai alam sekitar dan mementingkan kebijaksaan pemimpin.

4.1

Berlandaskan idea agama

Masyarakat Cina tetap percaya kepada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka. Antaranya penyembahan roh nenek
6

moyang, Fahaman Konfusius , Daoisme atau Taoime dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan balasan buruk bagi perbuatan jahat. Dalam kosmologi Cina terdapat konsep Tian yang bermaksud langit, iaitu merujuk kepada dewa yang terpenting.Dewa bagi masyarakat Cina merupakan pembuktian.

Dalam Denasti Chou , tian merujuk kepada makhluk unggul di langit (Supreme being) yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan keamanan dan kesejahteraan serta member balasan baik dan buruk. Ia juga menyebabkan kemudaratan sebagai hukuman terhadap insane yang mengaku salah. Kepercayan konsep ini mendorong masyarakat mereka mengawal tingkah laku bagi mengelakkan dari mendapat balasan dari tian.

4.2

Keluarga dan Masyarakat Cina.

Walaupun

sistem

kekeluargaan

masyarakat

Cina

tradisional

dan

organisasinya pernah mengalami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa ( patriarchy ) dan nisab bapa ( patrilineal) tetap berkekalan dan berlanjutan selama beberapa ribu tahun. Sistem kekeluargaan tradisional Cina berasaskan kuasa bapa ini telah terserap ke dalam pelbagai aspek kehidupan sosial dan mendatangkan impak yang mendalam terhadap arah perkembangan kebudayaan Cina ( temperament ) bangsa Cina.

Antara

ciri-ciri

masyarakat

yang

memperlihatkan

pengaruh

sistem

kekeluargaan Cina termasuk waris sebelah bapa dan pemerintah yang memusatkan kuasa bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan, mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga, penguasaan masyarakat berdasarkan pendidikan yang membezakan nama (mingfen) dan kedudukan sosial, dan kecenderungan nilai yang memuja autokrasi dan mengagung-agungkan zaman
7

silam. Konsep li menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia iaitu iaitu hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik dan hubungan kawan dengan kawan.

Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu menyebabkan masyarakat Cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang yang bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

4.3

Menekankan Tatacara dan Etika dalam kehidupan

Dalam tamadun Asia lain seperti China terdapat konsep Dao ( Jalan ). Begitu juga pemikiran tentang Li ( Tatasusila ), Menerusi konsep ini, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan peraturan kehidupan berasaskan tiga perkara berikut iaitu peraturan hubungan manusia dengan tuhan, peraturan hubungan manusia dengan manusia dan peraturan perhubungan dengan politik. Selain itu konsep, Konfusius juga menekankan konsep Zhong Yong iaitu yang mementingkan konsep kesederhanaan. Segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

4.4

Menghargai Alam Sekitar. Dalam tamadun Cina khususnya ajaran Tao,alam di anggap sebagai ibu atau

Dao. Ini menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan. Dalam Buddhism dan Shinto pula hubungan harmonis antara manusia dengan alam ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia dan alam saling memerlukan.

4.5

Mementingkan Kebijaksanaan Kepimpinan

Dalam

tamadun

Cina

Konfician

menekankanajaran

moral

kepada

manusia.Antaranya membantu pemerintah yang baik dan sifat yang baik merupakan satu harta yang paling penting untuk dimiliki oleh setiap pegawai. Dalam hal-hal ini , Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka dengan konsep Anak syurga dan Mandat dari syurga. Ini merujuk kepada maksud raja adalah wakil tuhan di bumi. Justeru itu mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal, mandat akan ditarik semula. Selain itu ajaran Konfusius juga menerangkan tentang pemerintahan yang berdasarkan Zheng Ming, iaitu nama yang betul untuk menjelaskan di antara perkara yang benar dan salah. Ia bermaksud, peranan dan tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang.

5. NILAI TAMADUN DALAM KONTEKS MASYARAKAT DI MALAYSIA. 5.1 NILAI TAMADUN CINA DALAM KONTEKS MASYARAKAT DI MALAYSIA. Berdasarkan masyarakat ideal yang digambarkan di atas, Wawasan 2020 terus menyatakan pelbagai wawasan rakyat Malaysia pada kurun ke-21 dan strategi untuk merealisasikannya. Nilai-nilai yang harus diberikan tumpuan dapat dikenal pasti daripada dikenal pasti daripada kenyataan ini. Bahagian ini akan mengenal pasti nilai-nilai itu dan membandingkannya dengan nilai-nilai dalam tamadun Cina untuk melihat persamaan dan kaitan antara kedua-dua set nilai itu. Parbandingan ini dilakukan dengan merujuk kepada wawasan atau strategi dalam bidang-bidang tertentu iaitu bidang politik, sosial, pisikologi, ekonomi, pendidikan dan pemeliharaan alam sekitar.

Dalam bidang politik, nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi (perpaduan nasional). Selain itu,yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi (khasnya kematangan, kemuafakatan, kemuniti sebagai tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Tamadun cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian,kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti
9

yang terkandung dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dalam bidang sosial, yang diidamkan ialah sebuah masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tredisi budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh. Sabagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, tamadun Cina dalam proses perkembangannya talah menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi dangan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur.selain itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga sematamata dan mengutamakan kebaikan hati (benevolence atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entity (individu, kelompok, alam).Oleh itu, ajaran konfusianisme mungkin memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudyaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.

Dalam tamadun Cina yang bercirikan personalisme sebagaimana yang telah dibincangkan, pemupukan kendiri wajar diamalkan atas premis bahawa manusia berkeupayaan umtuk mencapai semaksima kebaikan dan membari manfaat.Lanjutan daripada premis ini ialah kepercayaan bahawa setiap orang tanpa mengira latar belakangnya harus dididik dan boleh dididik. Selain itu, pemupukan kendiri balam tradisi Cina bertujuan untuk kepentingan keluarga, negara dan dunia, dan bukan untuk diri sendiri semata-mata . Nyatalah bentuk-bentuk pemikiran ini terdapat dalam tamadun Cina yang sememangnya relevan sebagai pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologi yang diingini.

Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupekan dua nilai yang penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity.
10

Selain itu, terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen),integrity dan ketaatan akan memanfaatkan pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan,kapatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin din, semangat berkerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bagi teori organisasi, tingkah laku organisasi ,pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian.

Dalam bidang pendidikan, pendidikan merupakan kunci pembangunan dan media untuk merealisasikan wawasan 2020. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan sejak tahun 1990. Kita harus mengambil satu perspektif perbandingan supaya kebijaksanaan dan fikir konfusianisme dan tradisi lain dapat digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar dan pengajaran. Dalam konteks ini, warisanwarisan tamadun Cina yang releven dan menarik hati ialah pertama, kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu dan berkelompok; kedua, pendidikan sentiasa diutamakan; ketiga; kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh dididik; keempat, pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberikan keutamaan; dan kelima, guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi. Dalam bidang pemeliharaan alam sekitar, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi. Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme, Daoisme atau Buddhisme dalam tamadun Cina , manusia berkedudukan setaraf dengan alam, maka manusia berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian) supaya tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai kesatuan tiandengan manusia. Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini adalah bersifat transendensi dan bukan empiric.Walau apapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya harus diusahakan dalam hubungan manusia dengan alam semesta.

11

6. UNSUR-UNSUR UTAMA DALAM TAMADUN JEPUN Jepun atau Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna matahari, iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon telah diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh para cendiakawan Korea yang telah ramai datang ke Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nipon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji (1896-1912) dan Taisho (1912-1926). Selepas perang kedua, nipon lebih banyak digunakan dirujukkan kepada Jepun.

Mengikut teori-teori yang diketahui umum, orang Jepun yang mula-mula menduduki kepulauaan Jepun adalah dari Selatan melalui Pulau Farmosa dan Ryukyu, tetapi bukti-bukti dari kaji purba menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakkan daripada orang Jepun yang mula-mula sampai ke Jepun melalui Korea. Sesetengahnya pada mulanya mungkin berasal dari daerah yang lebih jauh di timur laut Asia, dan lain-lainnya mungkin berasal dari kawasan pantai China Selatan. Di sana, mereka mungkin telah berhubung dengan orang Asia Tenggara dan pulau-pulau yang berdekatan dan kenyataan ini mungkin boleh menerangkan banyaknya persamaan yang rapat antara institusi Jepun yang kuno dengan institusi di kawasan-kawasan selatan di Timur Jauh.

Meskipun orang Jepun itu pada hakikatnya berketurunan Monggol, penduduk yang pertama menduduki pulau-pulau Jepun adalah nenek moyang orang Ainu moden sekarang, suatu bangsa yang mungkin sebahagian daripada rumpun proto puteh, iaitu suatu kumpulan yang terpisah daripada rumpun bangsa puteh pada masa awal, maka tidak semua ciri jenis Caucasian lengkap berkembang pada masa itu. Kaum Ainu mungkin pernah pada suatu masa, menduduki seluruh negeri Jepun tetapi mereka mempunyai kebudayaan zaman batu baru yang dipunyai oleh orang Monggol yang datang ke Jepun. Sebagai hasilnya dengan beransur-ansur mereka telah ditolak ke arah Timur dan Utara melalui pulau-pulau Jepun sehingga mereka
12

sekarang wujud hanya sebagai suatu bangsa yang cepat pupus, duduk di perkampungan yang primitif di tempat yang lebih terpencil di pulau Hokkaido di Utara dan di pulau-pulau yang lebih kecil lebih jauh di Utara.

Sumbangan orang Ainu kepada kebudayaan Jepun hanya sedikit, tetapi mereka mungkin telah mepengaruhi sifat-sifat bentuk badan orang Jepun , satu diantaranya ialah sifat orang-orang Jepun yang lebat bulu badannya berbanding dengan kaum Monggol yamg lain. Misai kasar pegawai-pegawai tentera dan saudagar-saudagar Jepun itu mungkin disebabkan oleh darah Ainu mereka ini. Unsur-unsur utama dalam tamadun jepun ialah daripada aspek keagamaan, aspek pendidikan, aspek kebudayaan, aspek kesusasteraan dan sistem tulisan. 6.1 ASPEK KEAGAMAAN

Agama orang Jepun pada mulanya, hanya menyembah alam sekeliling, tetapi disebabkan oleh pengaruh China, kemudiannya memasukkan unsur menyembah nenek moyang. Dengan tidak bernama pada mulanya, akhirnya cara menyembah ini di beri nama Shinto, suatu nama yang bunyinya kecinaan. Erti Shinto ialah kehendak-kehendak tuhan. Shinto adalah usaha untuk membezakannya dengan agama di tanah besar Asia yang di panggil agama Buddha. Ia adalah didasarkan kepada perasaan takwa di hadapan suatu kejadian alam yang mengagumkan seperti air terjun, gunung meruncing, pohon yang besar, batu yang aneh bentuknya atau benda-benda yang lebih rendah seperti ulat. Apa sahaja yang mengkagumkan dipanggil kami, suatu perkataan yang jika diterjemahkan bermakna tuhan tetapi pada dasarnya bermakna di atas dan lebih tinggi atau mulia. Konsep kedewaan Shinto yang mudah ini hendaklah diingati dalam usaha memehami bagaimana di zaman moden orang Jepun menganggap maharajamaharaja yang masih hidup dan kesemua perwira Jepun yeng telah terkorban kerana negara sebagai dewa-dewa. Tempat di mana orang-orang berasa diri
13

mereka kagum menjadi tempat suci dan akhirnya menjadi tempat keramat. Hari ni berpuluh-puluh ribu tempat yang seumpama itu berselerak di seluruh di negara Jepun. Di antaranya sekarang ini merupakan institusi-institusi terbesar yang usianya tidak dapat ditentukan, dan yang lain merupakan pondok-pondok kecil bersama batu atau kayu yang didirikan baru ini di hadapan suatu pohon oak yang tua atau di dalam lubang gua yang dalam.

Kepercayaan asas Shinto hari ini masih kekal dengan tidak ada perubahan sejak zaman prasejarah. Banyak usaha telah dilakukan dalam masa 1500 tahun yang lepas untuk mewujudkan satu agama yang tersusun dari adat yang menyembah alam yang mudah ini dengan menegaskan cerita-cerita dongeng lama yang bersangkut-paut dengan Shinto untuk dgunakan sebagai suatu alat perpaduan kebangsaan dan suatu ilham untuk semangat kebangsaan yang fanatik. Tetapi walaupun ada susunan-susunan yang terpaksa in,i asas Shinto yang sebenar kekal tiada berubah, iaitu menyembah alam dengan cara yang mudah.

6.2

ASPEK PENDIDIKAN

Bagi mencapai matlamat pembentukan Negara sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan yang moden, maka pendidikan diberikan tumpuan penting oleh pemimpin Pemulihan Meiji. Kerajaan jepun telah menghantar pelajar-pelajarnya ke seberang laut untuk mempelajari bidang pentadbiran, sains dan teknik perindustrian Barat dan mengambil sejumlah besar pakar untuk kemahiran kepada rakyat Jepun di negaranya.

Pada tahun 1871, ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan sistem pendidikan yang seragam dan pada tahun 1886, ditubuhkan Universiti Diraja Tokyo yang merupakan pusat pendidikan tertinggi di Jepun. Universiti ini juga berperanan sebagai sekolah dalam perkhidmatan pentadbiran, pusat pendidikan dan pusat penyelidikan. Sistem pendidikan Jepun menekankan kepatuhan dan penghormatan
14

terhadap maharaja dan 15 negara (nasionalisme), pendidikan berorientasikan barat dan pendidikan moral (etika Kung Fu Tze).

6.3

ASPEK KEBUDAYAAN Dalam bidang kebudayaan, berlaku perubahan dalam beberapa kesenian iaitu

seni lukis, seni muzik, seni drama dan lain-lain. Seni lukis tradisional Jepun dipulihkan dan diperbaharui. Lukisan minyak menjadi semakin terkenal dan lukisan gaya Barat terutama penggunaan warna-warna terang begitu diminati pelukispelukis Jepun. Seni muzik gaya barat iaitu instrumental dan vokal menjadi semakin terkenal. Piring-piring hitam Barat membanjiri pasaran muzik dan tarian Barat antaranya ballroom. Alat-alat muzik tradisional antaranya shakuhachi, koto dan samisen. Gaya muzik tradisional Jepun iaitu gagaku telah dihidupkan semula dengan gabungan antara seni muzik tradisional dan Barat.

Dalam seni drama, Drama Kabuki yang diminati oleh golongan saudagarsaudagar dan telah mengalami perubahan-perubahan penting. Drama Kabuki mengalami perubahan-perubahan lain dalam dalam bentuk peralatan dan muzik, struktur panggung dan teknik penggunaan lampu. Industri perfileman mencapai kemajuan dalam penggunaan teknologi teknik kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, prop dan sebagainya.

6.4

ASPEK KESUSASTERAAN

Hasil sastera tertua di Jepun ialah Kojiki yang dipercayai ditulis pada712 M. Terdapat juga Mannyoshu iaitu antologi puisi klasik yang disusun pada 751M. Kedua-dua hasil sastera ini telah memberi sumbangan besar terhadap prosa dan puisi Jepun. Pada kurun ke-9, sastera Jepun banyak dipengaruhi oleh karya klasik Cina. Setelah hubungan dengan Cina terputus, masyarakat jepun mula mengasimilasi bentuk-bentuk sastera Cina, kemudian mencipta sastera mereka
15

sendiri.Ini dapat dilihat dengan terciptanya system tulisan kana.Novel tertua Jepun ialah Taketori Monogatari yang ditulis pada 800M. Ini diikuti oleh Genji Monogatari (The tale of Genji) iaitu sebuah novel yang memaparkan kisah percintaan dalam sebuah istana. Novel ini cuba menggambarkan bahawa keindahan alam semula jadi boleh membantu manusia melupakan ketegangan hidup.

Waka adalah puisi yang mempunyai 31 suku kata.Ia sangat popular di kalangan wanita istana, golongan bangsawan dan golongan paderi. Sebuah lagi puisi, Kokinshu muncul pada 922M.Pada waktu itu, antologi puisi yang pertama dikumpul atas arahan Maharaja.Selepas akhir kurun ke-12, cerita-cerita perang amat popular. Cerita ini cuba menunjukkan bahawa kerajaan dibentuk oleh golongan pahlawan. Kemudian, hasil-hasil kesusasteraan terhenti sehingga awal kurun ke-17. Jepun mengamalkan Dasar Tutup Pintu dan rakyat terpaksa berdepan dengan kerajaan feudalistik yang amat mementingkan disiplin. Drama-drama dan novelnovel popular terus dihayati. Puisi-puisi seperti haiku (puisi 17 suku kata), senryu (puisi berbentuk bidalan atau sindiran) dan kyoka (puisi dalam bentuk komik) masih mendapat tempat di hati rakyat.

6.5

SISTEM TULISAN Bagi menguasai bahasa Jepun, masyarakatnya perlu mempelajari 4 jenis

tulisan iaitu Kanji, Hiragana, Katakana dan Romanji. Kanji pada asalnya adalah tulisan Cina yang berbentuk piktograf. Tulisan ini diperkenalkan ke Jepun oleh orang-orang Cina pada kurun ke-5. Dalam tulisan Kanji ada 40,000 karakter, tetapi untuk membaca akhbar bertulisan Kanji, seseorang itu hanya perlu mengetahui 2,000 karakter. Sesetengah Tulisan kanji mempunyai 10 cara sebutan yang berbeza. Kedua-dua masyarakat Cina dan Jepun boleh memahami tulisan Kanji walaupun tanpa lisan kerana perbezaan sebutan.

Hiragana ialah tulisan yang bersambung dan condong.Ia terdiri daripada suku kata yang mengandungi 50 bunyi. Ia digunakan untuk menghubungkan tulisan Kanji
16

untuk menulis perkataan Jepun berdasarkan bunyi. Biasanya digunakan untuk menulis nama-nama stesen keretapi. Katakana hampir sama dengan Hiragana. Ia mempunyai 50 bunyi tetapi tulisan berbentuk empat persegi. Ia kelihatan seperti dicetak walaupun ianya dilulis tangan. Katakana digunakan untuk menulis perkataan bukan Cina dalam bahasa Jepun. Romanji pula ialah tulisan yang menggunakan abjad roman. Kebanyakan masyarakat Jepun boleh membaca dan menulis tulisan ini.Ia juga digunakan untuk menulis nama-nama stesen keretapi. Biasanya Romanji akan digandingkan dengan salah satu daripada tiga tulisan Jepun (Kanji, Hiragana dan Katakana). Kanji agak sukar dipelajari dan mengambil masa bertahun-tahun manakala Hiragana dan Katakana boleh dipelajari dalam masa yang singkat.

7. RELEVEN MALAYSIA 7.1

NILAI

TAMADUN

DALAM

KONTEKS

MASYARAKAT

DI

NILAI UTAMA DALAM TAMADUN JEPUN.

Kerajaan Malaysia juga telah menghantar pelajar-pelajar ke seberang laut termasuklah Jepun untuk mempelajari pelbagai bidang seperti pentadbiran, sains, kejuruteraan, perubatan, pendidikan dan lain-lain serta mengambil sejumlah pakar dari luar negara sebagai tenaga pengajar di negara ini. Ini adalah kerana kerajaan berhasrat untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang tersebut supaya dapat menyumbangkan tenaga untuk memajukan negara seterusnya menjulang nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Malaysia juga telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas sikap, daya usaha, kesatupaduan dan semangat kental rakyat Jepun untuk bangkit semula setelah berlakunya kemusnahan akibat dibom dalam Perang Dunia Kedua di Hiroshima dan Nagasaki. Hasil kegigihan rakyat Jepun, negara mereka menjadi
17

sebuah negara yang maju dari segi sains dan teknologinya menghasilkan pelbagai teknologi canggih yang dikagumi dan disegani masyarakat dunia.Semangat inilah yang ingin diserapkan dalam masyarakat Malaysia supaya menjadi rakyat yang sentiasa berdaya saing.

Dalam bidang kebudayaan Jepun, berlaku perubahan dalam beberapa kesenian iaitu seni lukis, seni muzik, seni drama dan lain-lain. Masyarakat Malaysia juga telah menggunakan Lukisan Minyak yang menjadi semakin terkenal dan lukisan gaya Barat terutama penggunaan warna-warna terang. Seni muzik instrumental dan vokal menjadi semakin terkenal di Malaysia. iaitu

Dalam

bidang

kesusasteraan,

novel-novel

yang

memaparkan

kisah

percintaan telah banyak dihasilkan oleh penulis-penulis tanahair yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tidak kurang juga dengan novel yang menggambarkan tentang keindahan alam semula jadi boleh membantu mehilangkan tekanan hidup. Puisi-puisi dan syair telah banyak dikarang oleh para penyajak dan penggiat seni yang mempunyai intuisi dan makna-makna tersirat di dalam bait-bait kata yang ingin disampaikan.

Masyarakat Malaysia juga mengamalkan budaya kerja masyarakat Jepun seperti Seiri, Seiso, Seiton, Shitsuke dan Shiketsu dan dikenali sebagai 5S yang digunapakai oleh mana-mana jabatan, perindustrian mahupun sekolah-sekolah dalam pengurusan bilik atau tempat kerja. Budaya ini mementingkan aspek kebersihan dan susun atur yang kemas di tempat kerja supaya lebih tenang dan mudah bekerja dalam suasana persekitaran yang selesa. Melalui amalan ini, masyarakat Malaysia dapat meningkatkan mutu kerja seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang maju dan berdaya saing.

18

19

PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat dan karuniaNya akhirnya dapatlah kami menyiapkan KKBI pada masa yang ditetapkan.Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah iaitu En Mazlan Sanip selaku pensyarah pembimbing dan juga pensyarah-pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga terhasilnya kerja krusus ini. Tidak lupa juga kepada sumber-sumber perseorangan yang telah memberikan maklumat atau bahan untuk menyiapkan kerja krusus ini.Terima kasih tidak terhingga untuk maklumat dan bantuan yang telah diberikan.Terima kasih juga untuk keluarga kami yang menyumbang idea ,masa dan pengertian mereka semasa kami menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang terhingga kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah memberikan kerjasama yang baik,memberi sokongan dan menyumbangkan idea serta berkongsi ilmu sehingga tugasan ini dapat disiapkan.Semoga budi ,jasa dan bakti yang kalian berikan mendapat keberkatan daripada Tuhan.Amen. Tugasan yang berkaitan dengan Tamadun di Asia ini banyak memberi input kepada kami terutama tentang makna Tamadun,unsur-unsur Tamadun dan juga nilai-nilai Tamadun yang releven untuk Negara kita Malaysia.Banyak pengetahuan dan ilmu baru yang kami dapat semasa proses menyaipkan tugasan ini.Bersyukur kita kerana hidup di Negara yang bertamadun tinggi dan Negara yang aman dan damai.

20

REFLEKSI Sepanjang saya menghasilkan kerja kusus ini saya merasa seronok kerana memberi peluang kepada saya mengetahui tentang Tamadun di Asia.Pengertian tamadun yang merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah memberi pengertian baru kepada saya bahawa sesebuah negara maju harus seimbang dari segi lahiriah dan rohaniah.Keseimbangan dalam dua perkara ini membantu dalam usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling dan akan menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif.Kreatif dan inovatif manusia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka.Oleh itu proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini. Saya juga dapat mengetahui bahawa Tamadun di Asia mempunyai pengaruh dan kesan kepada negara kita.Unsur unsur baik dalam Tamadun di Asia banyak diguna pakai dalam pentadbiran di negara kita Malaysia dan pembangunan yang pesat yang berlaku dapat kita lihat sampai hari ini.Banyak nilai-nilai dalam Tamadun di Asia yang releven untuk Negara kita Malaysia.Setiap tamadun yang wujud di dunia ini dari dahulu dan sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain.Menerusi interaksi tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan,bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain.Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama.Interaksi antara tamadun juga banyak meninggalkan pengaruh positif dan negatif dan kita harus bijak untuk menilai pengaruh yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan kita. Saya banyak menerima pengetahuan yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan harian semasa membuat kajian dan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini.Saya dapat mengambil iktibar bahawa pembanguna secara lahiriah dan rohaniah harus seimbang untuk mencapai keselesaan dan kesempurnaan dalam menjalani kehidupan ini.

Saya juga berharap segala ilmu dan input yang saya dapat semasa menyiapkan tugasan ini akan dapat membantu saya semasa menjalani Progran Pensiswazahan
21

Guru dan membantu semsa menjawab soalan peperiksaan yang dikemukakan.

22

You might also like