You are on page 1of 26

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

BAHAGIAN ENAM: PERSOALAN SENTRIK-MALAYSIA DAN SENTRIK-EROPAH DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA

6.1 KONSEP SENTRIK-MALAYSIA DAN SENTRIK-EROPAH Sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau ini, kebanyakkannya ditulis dengan menggunakan pendekatan rangka kerja kolonial. Dalam istilah lain, pendekatan yang tersebut diatas juga dikenali sebagai "European Centric".

Pada umumnya, sentrik (centric) bolehlah diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara.

la merupakan satu unsur yang boleh muncul dalam bentuk pendekatan yang digunakan atau tema yang diutamakan di dalam penulisan sejarah.

Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan sebagai bersentrik subjek (politik, ekonomi, sosial dan sebagainya) dan terdapat pula penulisan yang bersentrikkan negeri atau kaum seperti Barat sentrik, Malaysia sentrik dan sebagainya.

Sebagai contoh, apabila dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrik Malaysia, ia membawa maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan memberikan penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri.

Pendekatan di atas adalah sama-sekali berlawanan dengan penulisan sejarah Malaysia yang ditulis berdasarkan kepada euro-centric kerana pendekatan eurocentric lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak Barat

Jika dilihat, konsep penulisan sejarah euro-centric banyak memaparkan mengenai sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Penulisan yang bersifat euro-centric ini lebih menumpukan terhadap penulisan mengenai politik dan ekonomi sesebuah negeri sementara penulisan yang bersentrik Malaysia pula lebih memusatkan pandangannya terhadap persoalan-persoalan yang berkait dengan kemasyarakatan.

Sejak timbulnya kesedaran mengenai kepentingan penulisan semula sejarah Malaysia banyak kritikan di lemparkan terhadap golongan penulis yang bersifat eurocentric. Misalnya Profesor Dieter Geyl dari Universiti Utrecht berpendapat; "Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk mengenepikan pandangan Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar teriepas dari keadaan diri sendiri, dari warisan kebudayaannya."

Walaupun terdapat juga sejarawan barat yang menyeru agar bahan-bahan tempatan digunakan dalam penulisan, tapi ia menjadi perbahasan dikalangan sejarawan yang ingin menulis mengenai sejarah tempatan.

Salah seorang penulis sejarah yang menggunakan pendekatan euro-centric ialah Sir Frank Swethenham melalui karyanya yang berjudul British Malaya (1906). Judul buku tersebut sudah memberi gambaran tentang isi kandungan, idea utama atau temanya yang sudah pasti tidak lari dari menghuraikan peranan dan kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba mendakyahkan kepada rakyat tentang kebagusan dan kehebatan sistem penjajahan.

Penulisan Sejarah moden bersentrik Malaysia lebih kepada mengambarkan tentang kesedaran di kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan masyarakat dengan tidak lagi menjustifikasikan tentang kedudukan penjajah semata-mata.

Contohnya Ibrahim Yaakob yang telah berjaya mengangkat konsep "Melayu Raya" di dalam bukunya Melihat Tanah Air. Dengan tidak segan silu mengkritik sikap golongan elit Melayu yang tidak mahu mengikut arus perkembangan perasaan orang-orang Melayu ketika itu.

Oleh sebab itulah, maka penulisan sejarah moden Tanah Melayu mulai mengambil kira aspek-aspek luar dari kepompong istana dengan memasukkkan unsur-unsur ekonomi dan sosial dalam kalangan masyarakat.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Penulisan euro-centric adalah berdasarkan kepada sumber mengenai aktiviti-aktiviti pihak barat yang mudah diperolehi sebagai rujukan. la juga bersifat topikal iaitu menyentuh tempat atau kawasan-kawasan tertentu yang berkepentingan kepada kerajaan kolonial.

Penulisan Malaysia-centric pula menggunakan sumber tempatan dan tafsirannya dilakukan menurut kaca mata tempatan dengan menumpukan kepada perlakuan orang-orang tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.

Ketika penjajahan British di Tanah Melayu, kebanyakkan hasil tulisan adalah berbentuk laporan rasmi atau penulisan yang mempunyai tujuan rasmi. Teks sejarah yang terhasil biasanya terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British.

Sebagai buktinya segala peristiwa-peristiwa perjuangan kemerdekaan oleh tokohtokoh tempatan pada zaman itu di gelar sebagai penderhaka atau pemberontak.

Contohnya termasuklah penentangan Tok Janggut di Kelantan yang diangggap sebagai satu bentuk pemberontakan dan penderhakaan ke atas Sultan Kelantan setelah Tok Janggut menabalkan Engku Besar Jeram sebagai Raja di Pasir Puteh.

Penulisan sejarah yang bersentrik Malaysia ditulis oleh para sejarawan tempatan dan juga beberapa sejarawan barat.

Hal ini membimbangkan pendokong penulis euro-centric yang takut segala aktiviti barat akan dilihat negatif. Misalnya, tokoh yang dulunya dianggap oleh mereka sebagai pemberontak akan dianggap sebagai seorang wira.

Hal ini kerana mereka menganggap bahawa hasil penulisan tempatan sentrik sebenarnya adalah untuk membangkitkan semangat nasionalisme kepada rakyat.

Contohnya, Abd. Hadi Hassan yang terkenal sebagai seorang pejuang kebangsaan Melayu telah memainkan peranan dalam menyalakan perasaan cintakan bangsa dan nusa dikalangan penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Hasil tulisannya diterbitkan dan dijadikan sebagai buku teks di sekolah aliran Melayu 1950-an.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Faktor-faktor Kemunculan Sentrik Kewujudan atau kemunculan sesuatu pendekatan tidak kira samada pendekatan Barat sentrik atau Malaysia sentrik adalah didorong oleh beberapa faktor penting.

Jika ditinjau secara teliti, dapatlah dikatakan bahawa faktor sebenar yang telah menimbulkan perbahasan mengenai penulisan semula sejarah Malaysia adalah disebabkan oleh: 1. Perbezaan pendekatan yang digunakan; 2. Semangat nasionalisme terhadap negara sendiri; 3. Kesediaan bahan rujukan mengenai sejarah Malaysia.

Oleh kerana kebanyakan penulis sejarah Malaysia adalah terdiri daripada para penulis Barat, maka wajarlah jika difikirkan bahawa golongan ini adalah terpengaruh atau dipengaruhi oleh persekitaran atau pendidikan Barat dan tidak dapat lari dari mempunyai perasaan bangga terhadap peradaban mereka.

Menurut Prof. Zainal Abidin Wahid, oleh kerana mereka adalah orang Barat, mereka telah dididik dan dibesarkan oleh tradisi, budaya, nilai dan norma-norma Barat. Warisan kebudayaan inilah yang telah menghalang mereka daripada menaruh penghargaan terhadap sejarah Malaysia.

Walaupun semakin ramai penulis tempatan yang menulis mengenai sejarah Malaysia, namun kebanyakkan mereka turut dipengaruhi oleh pendekatan eurocentric kerana teknik, tema dan metodologi penulisan sejarah yang digunakan oleh mereka adalah di perolehi dari ilmu dan para ilmuan Barat.

Selain itu, kita harus mengakui bahawa penulisan sejarah Malaysia secara keseluruhan dan berterusan sebenarnya masih belum pernah wujud dalam erti kata yang sebenarnya.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah penulisan Sejarah Malaysia adalah bersifat topikal iaitu hanya menyentuh sesuatu tempoh atau sesuatu kawasan tertentu sahaja.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Perkara ini di pengaruhi juga oleh faktor kesediaan sumber rujukan. Di mana, datadata dan rekod mengenai aktiviti Barat boleh diistilahkan sebagai berlambak dan mudah di perolehi untuk dijadikan sebagai bahan rujukan berbanding sumber tempatan yang terhad dan dianggap lekeh dari segi nilai sejarahnya.

Berbanding dengan sejarah tradisional yang mementingkan keharmonian dan pelajaran kepada masyarakat, penulisan sejarah moden adalah muncul akibat perkembangan rasional dan objektif menurut pemikiran seseorang sejarawan.

Sikap kritis yang wujud ini telah menyebabkan timbulnya keinginan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara atau peristiwa berdasarkan kepada apa yang sebenarnya berlaku.

Penulisan pada peringkat pra-Perang Dunia Kedua yang bersifat euro-centric muncul akibat kedatangan pihak kolonial untuk meluaskan kawasan tanah jajahan adalah bertujuan untuk melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran kolonial serta untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin kedudukan mereka sebagai penjajah di Tanah Melayu.

Penulisan pada peringkat pasca perang dunia kedua pula telah membentuk satu perubahan besar dalam penulisan sejarah Malaysia.

Perkembangan politik dan nasionalisme pada ketika itu telah menyebabkan sejarawan di Asia Tenggara meluaskan lapangan pemikiran mereka kepada teknikteknik penulisan barat dan maju dalam penulisan sejarah berbentuk moden.

Di antara faktor yang mewujudkan penulisan sejarah berbentuk tempatan atau Asia sentrik sebenarnya ialah faktor perubahan masyarakat, ekonomi dan politik seperti yang berlaku di Malaysia khususnya selepas perang Dunia yang ke-2.

Zaman pendudukan Jepun misalnya, telah mengalakkan perkembangan politik dikalangan penduduk tanah Melayu. Selepas detik ini, timbul kesedaran

nasionalisme yang kuat di kalangan masyarakat tempatan untuk menentang penjajah. Sekiranya dilihat kepada penjelasan di atas, penyuaraan untuk mewujudkan penulisan yang bersifat Malaysia sentrik sebenarnya boleh dikaitkan dengan keperluan bagi membina negara bangsa berikutan kemerdekaan yang baru dicapai.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Umumnya, penulisan tempatan sentrik adalah lebih berorientasikan kepada Asia, berwadahkan aktiviti masyarakat peribumi dan tempatan, melihat apakah yang dilakukan dan dialami oleh orang-orang tempatan, meneliti apakah tindakan dan reaksi mereka terhadap kuasa pihak kolonial.

Perkembangan Pensejarahan Bersentrik Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, telah berlaku perkembangan-perkembangan di Tanah Melayu yang dikatakan telah berjaya menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Oleh itu, muncul pelbagai hasil tulisan melalui pelbagai jenis majalah dan akhbar yang menceritakan tentang masyarakat majmuk dan juga mengenai perubahan yang berlaku di dalam sistem berperlembagaan di Tanah Melayu.

Kegiatan penulisan sejarah Malaysia ini kian diberi perhatian pada tahun 1949 iaitu setelah penubuhan Universiti Malaya di Singapura yang telah membentuk sebuah Jabatan Sejarah.

Walaubagaimanapun, kebayakkan jawatan di jabatan itu dipegang oleh para sarjana Britain. Orang pertama yang memegang jawatan ketua di jabatan ini ialah Profesor N.C. Parkinson. Di antara pensyarahnya pula terdiri daripada C.D. Cowan, Eric Stokes dan lan Macgregor.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah bukan mengenai penubuhan dan monopoli orang Barat dalam jabatan tersebut, tetapi apa yang ingin diberi penekanan di sini ialah mengenai polemik atau perbahasan yang muncul setelah penubuhan jabatan itu yang dikatakan sebagai satu detik penting terutamanya dalam perkembangan penulisan pensejarahan Malaysia.

Hal ini adalah berikutan pertambahan jumlah masyarakat tempatan yang telah berani melibatkan diri dalam penulisan sejarah mengenai Malaysia yang dahulunya didominasi oleh orang-orang Barat yang menulis sejarah menurut kaca mata mereka.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Melalui penyeliaan Profesor Parkinson, para pelajar sejarah waktu itu digalakkan untuk mengkaji, meneliti dan seterusnya menulis pelbagai aspek sejarah mengenai Malaysia.

Mereka turut mempelajari tentang kaedah kajian serta kaedah menyusun sejarah berdasarkan kepada prinsip akademik.

Pusat kegiatan penyelidikan sejarah pada masa itu dilaksanakan di Raffles Museum. Kegiatan ini diteruskan selama beberapa tahun dan kajian ilmiah kemudiannya diwajibkan di peringkat kepujian.

Dengan ini, pensejarahan Malaysia kian diperkaya kerana para mahasiswa waktu itu telah menghasilkan penulisan mengenai sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi. Raja-raja Melayu dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pada awal 1960 rancangan tersebut dikatakan telah terhenti. dan tambah malang, kebanyakkan kajian yang dikatakan berjumlah lebih kurang 150 buah kajian tidak diterbitkan sehingga kini.

Selain pengkajian dan penulisan sejarah di Universiti Malaya, minat untuk mengkaji dan menyelidik mengenai Sejarah Malaysia telah wujud di beberapa pusat pengajian tinggi Barat seperti London School of Oriental and African Studies.

Oleh itu tidak hairanlah pada tahun 1960 terdapatnya beberapa tokoh Barat yang boleh dianggap pakar tentang Sejarah Malaysia seperti C.D.Cowan, Norman Farmer dan David Bassett.

Selain tokoh yang disebut di atas, telah muncul juga beberapa sarjana terkemuka yang telah memberikan sumbangan kepada pensejarahan Malaysia. Mereka yang dimaksudkan ialah K.G Tregonning, Emily Sadka dan David Mac Intyre.

Pada 1959 telah berlaku pemisahan di antara Universiti Malaya di Kuala Lumpur dengan Universiti Malaya di Singapura. Berikutan itu sebuah jabatan sejarah baru telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.

Jabatan ini telah diketuai oleh John Bastin yang kemudiannya diambil alih oleh Wang Gungwu. Apa yang menarik di sini ialah, terdapat sedikit kelainan di sini kerana para penuntut pra ijazah tidak lagi diwajibkan untuk menjalankan pengkajian mengenai Sejarah Malaysia.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sebaliknya, kegiatan kajian sejarah hanya digalakkan diperingkat pasca-ijazah. Di antara para sarjana yang giat mengkaji mengenai sejarah Malaysia adalah terdiri dari beberapa siswazah asing seperti J.de Vere Allan, R.K.Vasil , Margaret Clarke dan sebagainya dan siswazah tempatan seperti J. .Kathirithamby, R.R. Bonney, Goh Yoon Fong dan sebagainya.

Pendek kata, tahun 1950-an sebenarya adalah satu detik yang amat penting dalam pensejarahan Asia. Pada waktu inilah para sejarawan telah menunjukkan minat mengenai pendekatan dan pentafsiran perihal sejarah Asia.

Pada waktu itu juga, arus perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu sedang mengharungi satu tahap yang memang menarik dan penulisan sejarah bangsa kita oleh wakil-wakil penjajah mesti ditolak. Hal mi sesuai dengan pendapat profesor C.H.Philips: 96 yang menyebut; "Between the years 1956 and 1958 the School of Oriental and African Studies, University Of London, held a series of study conferences to survey and evaluate the coursce and character of historical writing on the peoples of Asia. The subject is large and to bring it down to managable parts the method of analysis be region was adopted; and South Asia , South East Asia, the Near, Middle, and Far East world in turn examined".

Pada tahun 1960-an, telah berlaku satu perbahasan yang hebat di antara dua golongan iaitu golongan yang menjadi pendokong sejarah yang bersifat Malaysian Sentrik di bawah Professor K.G. Tregonning di Singapura dengan golongan pendokong Barat Sentrik seperti Professor John Bastin di Kuala Lumpur.

Reaksi dari para pendokong pendekatan Barat Sentrik atas tuntutan penggunaan pendekatan Malaysia sentrik dalam penulisan Sejarah Malaysia menyebabkan berlaku polemik hangat untuk beberapa tahun.

Di mana, para pendokong Barat sentrik telah menafikan tentang penulisan sejarah Malaysia yang setakat ini dikatakan kurang objektif dan kurang tepat. Bagi mereka, penulisan yang bersifat Malaysia sentrik jika dihasilkan juga sudah pasti akan dicemari oleh unsur nasionalisme yang sempit.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Polemik yang wujud ini telah memberi kesan yang positif kepada penulisan Sejarah Malaysia.

Golongan yang menganjurkan agar Sejarah Malaysia ditulis menurut wadah orang Malaysia, dikatakan tidak berjaya mengetengahkan kaedah yang konkrit mengenai maksud mereka. Tetapi jika ditinjau dengan teliti, sebenarnya perbahasan ini wujud atau berputar di sekeliling soal tema atau bahan-bahan mengenai sejarah Malaysia.

Walaupun perbahasan tahun 1950-an dan 1960-an wujud akibat salah faham dan kekeliruan, namun tempoh itu merupakan satu zaman peralihan yang sangat penting dalam pensejarahan Malaysia.

Walaupun penulisan Sejarah Malaysia yang menonjolkan peranan penjajah masih lagi diteruskan, tetapi para penulisnya telah mencuba sedaya mungkin agar penonjolan itu tidak keterlaluan atau digelar bias kepada Barat.

Sebenarnya penyuaraan untuk menggunakan Malaysia Sentrik dalam penulisan Sejarah Malaysia adalah berkait rapat dengan faktor tauladan yang di pamerkan oleh beberapa penulisan Sejarah Malaysia oleh penulis Barat yang dianggap tidak terlalu bias pada Barat.

Contohnya termasuklah hasil tulisan Rupert Amerson (Malaysia: A Study In Direct and Indirect Rule), J.M. Gullick (Indigenous Political Syistem Of Western Malaya) dan sebagainya yang disempumakan sebelum tahun 1960 telah menjadi tauladan atau landasan untuk mempersoalkan mengenai kesesuaian penerusan pendekatan Barat Sentrik.

Rupert Emerson adalah seorang sejarawan Barat yang cuba menulis tentang sejarah Malaysia dengan lebih objektif dan saintifik. Akibatnya selepas 1960-an penulisan Sejarah Malaysia pula mengalami perubahan.

Di tengah-tengah polemik tentang pendekatan dan pentafsiran sejarah Malaysia, telah terbit sebuah buku oleh J.M. Gullick yang bertajuk Indigenous Political Systems of Western Malaya. la merupakan hasil percantuman antara bidang Sejarah dengan bidang Antropologi Sosial kerana tulisan asalnya adalah merupakan sebuah tesis diploma dalam jurusan Antropologi Sosial. Selain itu kajian ini juga adalah ditulis berdasarkan kepada rekod-rekod sejarah.

hazmanazhar 2013

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Dari segi pensejarahan Malaysia pula, hasil penulisan ini merupakan satu kejayaan yang sungguh menarik. Walaupun beliau bukan seorang sejarawan tempatan, namun hasil penulisannya jika ditinjau tidak terlalu bersifat Barat Sentrik.

Sebelumnya boleh dikatakan bahawa tiada ahli sejarah yang menghasilkan sebuah karya mengenai institusi-institusi yang wujud dalam masyarakat secara serius. J.M Gullick, pula secara jelas memaparkan bahawa soal centricism bukanlah mempakan perkara asas dalam penulisan sejarah.

Walau bagaimanapun buku Gullick ini, pada tahun 1950-an tidak memberikan pengaruh yang begitu berkesan kepada para penuntut sejarah di Universiti Malaya di Singapura.

Namun terdapat juga penulis Barat seperti J.C. Bottoms yang mengatakan bahawa; "sejarah bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang paling digemari ialah lagenda, fantasi dan omong kosong...".

Pendapat ini temyatalah tidak diterima oleh para sarjana Indonesia dan Malaysia yang menegaskan bahawa karya itu dapat digunakan sebagai bahan sejarah secara kritis. Namun kita boleh memperkatakan bahawa beliau bukanlah seorang Melayu dan oleh sebab itu, agak sukar baginya untuk memahami kebudayaan Melayu.

Persoalannya kini ialah, mengapakah permintaan dan tuntutan seperti ini di tampilkan seolah-olah segala hasil penulisan sejarah mengenai Tanah Melayu sebelumnya iaitu di sepanjang zaman kolonial yang memperkenalkan penulisan yang di hasilkan oleh sejarawan dan pegawai tadbir seperti Frank Swettenham, K.G. Tregonning, L.A. Mills dan sebagainya tidak berjaya mewujudkan satu penghasilan sejarah yang objektif?

Jawapan bukanlah begitu, kerana pada hakikatnya, penulisan mereka juga penting sebagai memperkayakan sumber rujukan bagi pensejarahan Malaysia.

Namun, tohmahan yang dilemparkan terhadap sejarah Melayu yang dikatakan bukan untuk mencari realiti dan satu usaha untuk mencipta satu bentuk kekudusan dikalangan kerabat dan Raja-raja Melaka dengan menggunakan unsur mitos dan ajaib adalah amat keterlaluan.

hazmanazhar 2013

10

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Memanglah benar bahawa pengarang Sejarah Melayu menyatakan " maka fakir karanglah hikayat ini ....supaya akan menyukakan Duli Hadhrat Baginda". Tetapi ini tidak bermakna pengarang tidak cuba untuk mencari kebenaran.

Hal ini kerana terdapat beberapa peristiwa yang tercatat di dalamnya terbukti kesahihannya apabila dibandingkan dengan sumber-sumber luar negeri seperti tulisan Siam, China dan Portugis. Selain itu, contoh-contoh yang diberi turut memaparkan tentang kelemahan Sultan dan kerabat DiRaja.

Buku Sejarah Melayu sebenarnya adalah satu sumber sejarah yang amat penting sebagai bahan rujukan terutamanya dalam mengkaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Selama ini boleh dikatakan bahawa tidak ada satu pun sumber sejarah yang lain yang dikatakan boleh memberi maklumat yang sebegitu banyak mengenai Melaka dalam bahasa Melayu. Tome Pires melalui bukunya Suma Oriental juga turut menyatakan tentang kepentingan buku Sejarah Melayu.

Pentadbir British yang menulis tentang sejarah Malaysia seperti R.J Wilkinson pula telah menunjukkan sikap yang begitu subjektif, sinis dan dikongkong oleh nilai budayanya dalam menulis dan menafsir beberapa sejarah tempatan.

Oleh kerana dia seorang pentadbir yang mewakili pentadbiran, politik dan kepentingan barat, dia sebenarnya tidak bermaksud untuk menghasilkan satu karya yang ilmiah.

Apa yang nyata ialah beliau sendiri telah memutar belitkan kenyataan atau laporan yang didapati tentang empayar Melaka. Sebenarnya para orientalis jahil dalam menjalankan penyelidikan tentang latar sosial budaya masyarakat Melayu , tentang pemikiran dan norma-norma sosial yang berhubung dengan alam sekelilingnya.

Persoalannya ialah, mengapa penulis-penulis Barat itu menulis tentang Malaysia mengikut 'lenggang' Barat dan tidak lenggang Malaysia.

Tetapi jika kita perhatikan, kebanyakan daripada mereka sememangnya tidak boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Melayu, malah kebanyakkannya bukan penyelidik sejarah tetapi terdiri dari para pegawai atau pentadbir dan sebagainya.

hazmanazhar 2013

11

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Oleh itu, kita seharusnya melihat sejarah Melayu dari konteks fahaman masyarakat Melayu sendiri kerana hanya kita sahaja yang memahami selok-belok adat dan kebudayaan Melayu.

Hakikatnya, sehingga kini pun kebanyakkan ahli sejarah masih lagi menumpukan perhatian mereka kepada beberapa peristiwa tertentu sahaja dalam sejarah Malaysia. Misalnya, mengenai Francis Light dengan Pulau Pinang, Stamford Reffles dengan Singapura, Hubungan British dengan Belanda atau Siam dan sebagainya.

Oleh itu, seharusnya sejarah Malaysia ditilik dan dikaji semula dimana peristiwaperistiwa yang sama akan dikaji semula dengan lebih mendalam dengan tidak mengabaikan tentang sikap masyarakat tempatan terhadap orang Barat.

Percubaan-percubaan untuk menghasilkan sejarah Malaysia berbentuk baharu tidak akan berjaya hanya setakat kita melihat kepada peristiwa-peristiwa lama dari beberapa sudut baru.

Tambahan pula, jarang kedapatan tajuk-tajuk baru dalam kajian dan hasil penulisan. Ini bermaksud bahawa lompang-lompang dalam pensejarahan Malaysia tetap tidak terisi.

Misalnya, penulis buku-buku teks Sejarah Malaysia tidak memberikan perhatian wajar kepada sejarah negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan atau Terengganu kecuali untuk menghuraikan hubungan British-Belanda atau Siam.

Selain itu, perkembangan sistem birokrasi di Johor juga seakan tidak disedari atau di ambil peduli. Seharusnya perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi. Tregonning sendiri melalui karyanya 'Malayan History' telah menyatakan pendapatnya mengenai penulisan sejarah Malaysia iaitu; "....The study of Malayan history is under going a swift change. For many years it has been regarded in Europe centric fashion. It has been written either as the history of the European in Malaya, or it has been looked at from outside : or both. Norn it has become generally accepted that the Malayan Comminity itself must be the centre of studies."

hazmanazhar 2013

12

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sesungguhnya perkembangan penulisan sejarah Malaysia pada masa kini adalah agak memuaskan. Sungguhpun penulisan dalam bentuk buku masih boleh di pertingkatkan jumlahnya tetapi bilangan makalah agak menggalakkan.

Selain itu, peranan Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sejak awal lagi telah berjaya menerbitkan tujuh buah buku yang diasaskan kepada latihan ilmiah iaitu satu latihan ilmiah di terbitkan oleh pihak universiti dan satu lagi diterbitkan oleh pelajar sendiri.

Apa yang penting dan ingin ditekankan di sini ialah, latihan ilmiah yang tidak diterbitkan ini telah menjadi sumber rujukan kepada tenaga pengajar dan pelajar tahun iv di Jabatan Sejarah.

Projek ini telah dapat mengisi ruang kekosongan yang begitu besar dari segi sumber rujukan dan penerbitan penulisan dalam bahasa Melayu. Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Malaysia : Warisan dan Perkembangan) dalam memperihalkan tentang sumber rujukan menyatakan; "....Bilangan buku sejarah Malaysia untuk orang awam, para pelajar dan pelancong adalah terhad.Yang ada hanyalah yang diulang-cetak dari naskhah yang diterbitkan bertahun-tahun lalu. Oleh itu, isi kandungan, tahap perkembangan dan tafsiran tidak banyak berubah daripada penulisan sejarawan British.

hazmanazhar 2013

13

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Era Selepas Merdeka Penulisan yang Berorientasikan Malaysia 1. ZAMAN TAWARIKH Pada awal abad ke-20, bidang sejarah muncul sebagai salah satu daripada bidang ilmu dan zaman tersebut turut dikenali sebagai Zaman Tawarikh.

Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, "tawarikh" menjadi terminologi untuk sejarah. Hal ini bagi menunjukkan tawarikh sebagai satu bidang ilmu, selain memisahkan sejarah daripada kesusasteraan (hikayat & syair).

Untuk itu, pada tahun 1918, sejarah (istilah "tawarikh") diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Maktab Perguruan Melayu Melaka.

Sejarah ditulis dalam bentuk prosa tetapi skop/bidang kajian masih tertumpu kepada institusi perajaan dan riwayat hidup raja dan pembesar (1920-an).

Contohnya, muncul penulis-penulis seperti: i. Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad yang menulis Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928); ii. Wan Abdul Karim bin Abdul Hamid yang menulis Tawarikh Raja-raja dan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak Darul

Ridzuan (1934); iii. Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail yang menulis Ringkasan Cetera Kelantan (1934); iv. Muhammad bin Haji Alias yang menulis Tawarih Dato Bentara Luar (1928).

Pada zaman ini juga munculnya pelbagai rencana mengenai sejarah dalam majalah dan akhbar. Ini menunjukkan minat masyarakat terpelajar tentang sejarah.

Sejarah

"kebangsaan"

pertama

ditulis

oleh

Abdul

Hadi

Hj.

Hasan

yang

berjudul Sejarah Alam Melayu (1920-an), yang mengandungi tiga jilid yang berbeza. Walaupun minat dalam bidang sejarah (tawarikh) meningkat ketika ini tetapi tidak begitu berkembang menuju keilmiahan sejarah sebagai matapelajaran. Skopnya

hazmanazhar 2013

14

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

masih kekal kepada hal-hal perajaan, kerajaan dan tokoh-tokoh (masih ikut penulisan tradisional.

2. ZAMAN NASIONALISME

Seterusnya, kesan Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Asia Tenggara dan Tanah Melayumenyemarakkan proses perjuangan untuk merdeka.

Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan zaman penjajahan British digunakan sebagai penggerak dan peransang semangat masyarakat menentang pentadbiran British.

Contohnya muncul penulis sejarah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob - Sedjarah dan Perjuangan Melayu (1948), Yahya Abdullah - Peperangan Tok Janggut atau Balasan Derhaka (1955), Abdul Talib Haji Ahmad - Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya Semantan (1961) dan Mustafa Tam - Tawarikh Salasilah Kedah (1962).

Secara umumnya, walaupun penulis masih memfokuskan kajiannya kepada sejarah tempatan (kenegerian), dan golongan atasan - raja dan orang besar, kaedah menulis sejarah adalah untuk menimbulkan perasaan cinta tanahair, bangga terhadap zaman kegemilangan Melayu.

Para penulis sejarah tempatan telah memulakan dimensi baharu dalam penulisan sejarah yang bercorak patriotisme termasulah: i. ii. Ibrahim Yaakob yang menulis Sekitar Malaya Merdeka (1957); Zainal Abidin Daud yang menulis Sejarah Malaya Merdeka (1957). Bentuk ini dikekalkan oleh sejarawan tahun 1960-an dan 1970an (penulisan yang mementingkan skop sejarah politik & biografi politik). iii. iv. Anwar Abdullah yang menulis Dato Onn (1971); Mohd. Yunus Hamidi yang menulis Sejarah Pergerakan Politik

Semananjung (tema sejarah bersifat kebangsaan)

hazmanazhar 2013

15

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Zaman "Sejarah Kebangsaan" bagi sejarawan tempatan bermula lebih kurang pada 1957 iaitu setelah kemerdekaan, apabila sejarah kebangsaan ditekankan dalam kurikulum sekolah.

Pada zaman ini muncul perdebatan tentang bagaimana sejarah Melayu/Malaya patut ditulis. Tema perdebatan ialah sejarah Asia Tenggara (termasuk Tanah Melayu) mestilah ditulis dari sudut pandangan dan perkembangan Asia Tenggara [Asiacentric]

Selain itu, muncul desakan penulisan semula sejarah Malaysia dengan "Malaysian centric".

Selain itu juga, para sejarawan tempatan mendesak agar pejuang-pejuang pada zaman penjajahan British diangkat sebagai seorang pahlawan dan bukannya penderhaka atau penentang. Hal ini akan meletakkan mereka sebagai tokoh sejarah yang sama seperti para pembesar dan raja-raja Melayu.

Seterusnya, muncul juga desakan agar sejarah patut ditulis mengikut disiplin ilmu sejarah dan bersifat ilmiah.

Kesedaran tentang sejarah sebagai ilmu pengetahuan manusia di Malaysia lahir pada akhir tahun 1960an. [Keperluan sokongan ilmiah dari bidang sains sosial terutama antropologi, sosiologi, filologi - pengaruh perubahan ilmu sejarah yang berkembang di Amerika Syarikat].

Peristiwa 13 Mei 1969 menimbulkan keperluan penyatuan kebangsaan (integrasi nasional) untuk menentukan keharmonian dan kedamaian masyarakat. Ertinya keperluan untuk versi sejarah Malaysia yang berdaya menanamkan kefahaman ras di antara ras-ras di Malaysia.

Hal ini juga bermakna, wujudnya desakan agar sejarah dijadikan sebagai satu medium untuk menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia.

Oleh itu tema-tema yang menonjol dalam tulisan sejarah akademik ialah sejarah masyarakat berbilang kaum, sejarah tempatan, sejarah pendidikan, riwayat orang besar-besar, sejarah politik dan banyak lagi. Tujuannya untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap dirinya dan ras-ras yang ada di Malaysia, dan mencari tema yang sesuai kepada sejarah kebangsaan.

hazmanazhar 2013

16

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Dapat dikatakan penulisan sejarah sejak merdeka dan terutama setelah 1969 menonjolkan sifat "autonomous" jika dibandingkan dengan karya sarjana (pegawai penjajahan sejak abad ke 19 - huraian peranan positif pentadbirannya dan justifikasi keperluan "peradaban" kuasa penjajah seperti tulisan Winstedt, Wilkinson, Swettenham, Low, dll.)

Walaubagaimanapun kebanyakan karya yang ditulis pada zaman 1970-an dan kemudian diterajui oleh sarjana luar (bukan Melayu). Justeru itu, fokus kajiannya masih mengenai zaman penjajahan Barat.

Contohnya termasuklah C.M. Turnbull, The SS 1826-67: Indian Presidency to Crown Colony (1972), E. Thio, British Policy in the Malay Peninsula 1880-1910 (1969).

Sejak tahun 1970an, muncul karya-karya bermutu akademik (oleh sarjana luar dan tempatan) mengenai sejarah Tanah Melayu yang membincang tentang tema selain daripada "conventional/national history" seperti aspek sosial, ekonomi, masyarakat bawahan, falsafah/ideologi, budaya.

Contoh pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia termasuklah: i. ii. A.C. Milner, Kerajaan: Malay Politic on the eve of colonial rule (1982), Shahril Talib, After Its Own Image: The Trengganu Experience 18811941 (1984), iii. Shahrom Ahmat, Kedah: Traditional and Change in A Malay State - A study of the economic and political development (1984), iv. Carl A. Trocki, Prince of Pirates: the Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885, v. R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for Security and

Independence (1974), vi. Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1875: the effects of commercial development on Malay Politics (1972)., vii. Lim Teck Ghee, Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Day 1874-1941 (1977).

hazmanazhar 2013

17

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Era awal pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia ternyata dipelopori oleh penulisan yang menggunakan bahasa Inggeris sehinggalah munculnya penulis sejarah ilmiah dalam bahasa Melayu seperti Nik Safiah Karim, Muhammad Yusoff Hashim dll.

Perbezaan antara sarjana akademik yang berpengaruh ke atas perkembangan pensejarahan Malaysia ialah falsafah sejarahnya (kaedah dan pendekatan serta skop).

Secara kasar, sarjana yang dipelajari di institusi luar negeri berkecenderungan kepada konsep moden Barat. Manakala sarjana yang dilatih dalam negeri masih melihat pentingnya "conventional history" - ianya detail tetapi masih berfokus kepada sejarah politik.

hazmanazhar 2013

18

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Hasil Karya Syed Muhammad Naquib Al-Attas Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1931-sekarang) merupakan seorang tokoh pemikir dan sejarawan tempatan yang ulung di Malaysia.

Sepanjang karier akademiknya, beliau pernah mengetuai Bahagian Kesusasteraan di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya dan Dekan Fakulti Kesenian Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum mengasas dan menjadi pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (INSTAC).

Beliau juga merupakan seorang pengkaji sejarah tempatan yang banyak melakukan kajian dan penulisan dalam bidang sejarah. Antaranya termasuklah: 1. Menyiapkan tesis untuk Ijazah Sarjana (masters) beliau yang bertajuk Raniri and Wujudiyyah of 17th Century Acheh (1962); 2. Menyiapkan tesis untuk Ijazah Kedoktoran (Phd) beliau yang bertajuk The Mysticism of Hamzah Fansuri (1970); 3. Menulis tentang Batu Bersurat Terengganu dalam The Correct Date of the Terengganu Inscription (1970); 4. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqaid of al-Nasafi (1988); 5. dll.

Contoh penulisan sejarah beliau dapat dilihat dalam The Correct Date of the Terengganu Inscription (1970):

Di dalam penulisan ini, pengarang telah menunjukkan penulisan yang bercirikan sentrik tempatan.

Beliau telah mengenengahkan tarikh baru yang menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu adalah lebih awal daripada abad ke-15. Di sini, beliau telah menyanggah pendapat yang dikemukakan oleh para sarjana Barat yang diketuai oleh R. O. Winstedt yang sebelum ini menyatakan bahawa negeri pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang

hazmanazhar 2013

19

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

menerima agama Islam ialah Melaka apabila rajanya yang pertama, Parameswara telah memeluk Islam pada tahun 1414.

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menggunakan fakta yang terdapat pada batu bersurat Trengganu sebagai 702H bersamaan 1303M.

Malahan, beliau telah berhujah bahawa tarikh ini juga bukan merupakan tarikh yang paling awal kerana tempoh di mana tarikh sebenar kemasukan Islam ke Terengganu dan tarikh yang tercatat di dalam batu bersurat itu telah menunjukkan bahawa proses pengislaman di situ telah memakan masa yang lama. Ini adalah berpandukan kepada andaian bahawa ciri-ciri tulisan Arab yang telah diadunkan dengan bahasa Melayu seperti yang terdapat di dalam batu bersurat tersebut menunjukkan proses pembelajaran penulisan Arab yang lama.

Hasil Karya Muhammad Yusoff Hashim Muhammad Yusoff Hashim merupakan seorang profesor di Jabatan Sejarah Universiti Malaya yang banyak menghasil dan menerbitkan hasil kajian sejarah yang bercorak tempatan.

Antara penulisan sejarah yang pernah dihasilkan beliau termasuklah: 1. Kesultanan Melayu Melaka (1989); 2. Persejarahan Melayu Nusantara (1988); 3. Riwayat Trengganu Darul Iman (1982); 4. Sejarah Melayu (Edisi Shellabear) (1978); 5. Syair Sultan Maulana (1980); 6. Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur (1992); 7. Tun Perak dalam Dinamisme Ketamadunan Bangsa (1996); 8. dll.

hazmanazhar 2013

20

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Contoh penulisan sejarah beliau dapat dilihat dalam Kesultanan Melayu Melaka: Dalam karya ini, penulis dengan jelasnya telah memaparkan stail penulisan sentrik tempatan terhadap para pembaca. Hal ini boleh dilihat pada petikan : Oleh sebab masyarakat Melaka pada abad ke-15 dan ke-16

mempunyai masyarakat yang hidup tersusun dan berperaturan, maka wujudlah bidang pentadbiran dan politik bersistem yang menjadi fakta dan prinsip terhadap peraturan-peraturan.Dengan adanya sistem bagi keduadua bidang itu jugalah, Melaka berjaya wujud dan mengekalkan identitinya sebagai sebuah organisasi masyarakat daripada ia mula terbina (Muhammad Yusoff Hashim,1989). Petikan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur sentrik tempatan dalam penulisan ini di mana kita dapat lihat bahawa pengarang telah menceritakan mengenai sistem kehidupan masyarakat tempatan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, petikan ini turut memperlihatkan unsur sentrik tempatan dalam penulisan beliau : Kebolehan dan keistimewaan kepimpinan Parameswara dalam konteks penubuhan kerajaan Melaka bukanlah satu hal yang aneh, malah berkebetulan. Keberanian Parameswara telah menafikan kewibawaan kuasa besar Majapahit. (Muhammad Yusuff Hashim, 1989).

Melalui petikan ini, kita dapat lihat bahawa penulis ada menerapkan unsur sentrik tempatan dalam penulisannya dengan memerihalkan mengenai kebolehan dan keupayaan tokoh tempatan dalam melaksanakan

tanggungjawabnya.

hazmanazhar 2013

21

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Selain itu, penulisan sejarah beliau juga dapat dilihat melalui karya beliau iaitu Hang Tuah Wira Melayu: Berikut adalah petikan yang diselitkan unsur-unsur sentrik tempatan dalam karya ini : Sifat juang Hang Tuah terserlah sejak kecil apabila beliau dan rakan-rakannya berjaya menewaskan lanun di sebuah pulau. Ini membolehkan Hang Tuah diterima Raja Bentan sebagai pahlawan, apatah agi setelah beliau menyelamatkan Bendahara daripada menjadi mangsa orang mengamuk. Perjuangan Hang Tuah paling bermakna apabila beliau berjaya menghapuskan Hang Jebat yang menderhaka, sahabat karibnya atas rasa tanggungjawab dan kecintaan kepada tuannya dan negaranya. Keunggulan Hang Tuah sebagai seorang pahlawan yang bijaksana telah menarik perhatian Kisna Ryan lalu memilihnya sebagai duta Benua Keling ke China. Dan seorang pejuang Melayu, Hang Tuah berjaya mengalahkan orang-orang Feringgi di kedua-dua benua itu. (Mohd. Yusoff Hashim, 2008)

Dalam petikan ini, kita dapat lihat dengan jelas ciri-ciri sentrik tempatan yang ditonjolkan dengan menceritakan kehebatan Hang Tuah tanpa mengkritik ataupun menyangkal kehebatan tersebut.

hazmanazhar 2013

22

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Hasil Karya Khoo Kay Kim Profesor Emeritius Khoo Kay Kim merupakan seorang profesor emiritius di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Beliau yang merupakan seorang anak didik kepada tokoh sejarawan Barat terkemuka di Malaysia, Profesor J.G Tregonning berjaya mendapat anugerah Doktor Falsafah melalui tesis beliau iaitu The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 pada tahun 1972.

Selain itu, beliau juga memainkan yang sangat penting dalam perpaduan nasional dengan menjadi salah seorang tokoh penting dalam merangka Rukun Negara Malaysia.

Antara hasil kajian dan penulisan beliau dalam bidang sejarah termasuklah:

1. The Western Malay States 1850-1873:the effects of commercial


development on Malay politics; 2. The History of South-East, South, and East Asia (1977); 3. Sabah : history and society (1981); 4. Melaka : dahulu dan sekarang (1982); 5. Darurat 1948-1960 (1984); 6. Pensejarahan Malaysia (1970); 7. A History of Johore, 1365-1941 (1992) 8. dll.

Antara contoh penulisan sejarah beliau termasuklah dalam tulisan beliau iaitu Negeri-negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873: Kesan Perkembangan Dagang terhadap Politik Melayu. Antara isi kandungan buku tersebut termasuklah:

Petikan berikut menggambarkan wujudnya sentrik tempatan yang dimainkan penulis dalam karyanya : Sekarang, sudah diketahui bahawa setiap negeri Melayu di semenanjung, pada dasarnya mempunyai struktur poitik asas yangsama kecuali Negeri Sembilan.

hazmanazhar 2013

23

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Sistem politik yang ditubuhkan di Negeri Sembilan pada akhir abad ke-18, sebenarnya merupakan sebuah super struktur yang dibina di atas sistem sosial yang terperinci dan berasaskan perhubungan kekeluargaan sedia ada. Di negeri-negeri Melayu yang lain, daerah merupakan faktor utama dalam organisasi politik. (Khoo Kay Kim, 1984)

Petikan ini menceritakan mengenai struktur politik yang terdapat dalam kalangan masyarakat tempatan. Unsur ini jelas menunjukkan sentrik tempatan yang dimainkan penulis dalam karya beliau. Dalam bukunya Kuala Lumpur: The Formative Years (1996) pula, antara petikan beliau yang menggambarkan corak penulisan sentrik tempatan termasuklah: The Kuala Lumpur market provides insufficient

accommodation. The dry goods stalls have more than once been the subject of discussion, but provided there is enough available space of fresh provisions they need not be interfered with. A small extension next year will, it is hoped, provide all necessary accommodation. (Khoo Kay Kim, 1996)

Petikan ini menceritakan mengenai kemudahan jual beli yang terdapat di Kuala Lumpur sekiar akhir abad ke-19. Hal ini turut menampakkan corak sentrik tempatan dalam penulisan pengarang.

hazmanazhar 2013

24

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Karya Nik Anuar Nik Mahmud Profesor Dato Dr. Nik Anuar Nik Mahmud merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang banyak memberikan tumpuan dan pengkhususan dalam bidang sejarah Malaysia yang berkait dengan politik, diplomasi serta konflik sempadan dan pemisahan.

Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of Hull, England dan menyumbang kepada pelbagai penulisan dan kajian dalam pensejarahan Malaysia.

Antara kajian dan penulisan beliau termasuklah: 1. The Malay of Pattani: The Search of Security and Independence; 2. Susur Galur Kesultanan Melayu Terengganu 1708-2008; 3. Isu Limbang dalam Hubungan Britain dan Brunei 1890-1963; 4. Perlembagaan Tanah Melayu (1948) dan Orang Melayu; 5. Gagasan Melayu Raya dari Perspektif Nasionalis Melayu; 6. Kontrak Sosial - Menyelusuri Sejarah; 7. Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka? 8. Dll.

Berikut adalah sedikit sedutan penulisan beliau dalam Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka yang menggambarkan penulisan bersentrik tempatan: Sesampai saja di Kampung Kelubi, mata-mata berkenaan telah diberitahu oleh orang-orang kampung bahawa To Janggut was at the head of some hundreds of Malays, and was advancing to attack Pasir Puteh town Lanjutan daripada peristiwa Tok Akib, Haji Mat Hassan dan pengikut-pengikutnya telah menyerbu bandar Pasir Puteh. Sesampai saja di bandar, pengikut-pengikut Haji Mat Hassan called upon the district officer and the land officer clerk by name to come out and collect the land tax at the points of their spears (Nik Anuar Nik Mahmud, 1999)

hazmanazhar 2013

25

Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)

Petikan ini menggambarkan kepada kita keberanian yang ditunjukkan oleh Haji Mat Hassan atau Tok Janggut untuk bangkit menentang British bersama pengikutpengikutnya dan bersiap sedia menerima serangan balas daripada British.

Ini menunjukkan penulisan sentrik tempatan dalam penulisan pengarang dalam menggambarkan keberanian dan kepahlawanan Haji Mat Hassan atau Tok Janggut sehingga digeruni dan mengancam pihak British.

hazmanazhar 2013

26

You might also like