You are on page 1of 2

SK PINANGKAU MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.1 TAHUN 2013 TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN 1. 2. 3. BIL 1.

: 4 Mac 2013 : 9.30 pagi : BILIK GURU :

KAREN VVM PADEMHANABAN JOLIN TAIMIN NORAINA BINTI LOJUMIN AGENDA Ucapan Pengerusi Mesyuarat 1.1 Mesyuarat pertama Panitia Bahasa Inggeris dipengerusikan oleh Puan Karen VVM Pademhanaban, selaku Ketua Panitia. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana hadir dalam mesyuarat pertama panitia ini. 1.2 KP meminta Encik Jolin Taimin untuk mencatat minit mesyuarat pertama ini. Karen TINDAKAN

Jolin

2.

Agenda Panitia Pelantikan sebagai pentaksir sekolah bagi PLBS (BI) 2013 2.1 KP melantik Cikgu Jolin sebagai salah seorang daripada pentaksir PLBS Bahasa Inggeris sesi 2013. Taklimat PLBS 2.2 KP menerangkan bahawa tiada PLBS bagi tahun 1, 2 dan 3 disebabkan oleh KSSR. KP memaklumkan PLBS diteruskan bagi tahun 4 hingga 6. Pencapaian Akademik 2.3 KP mengedarkan perancangan Program Pelaksanaan Pelan Strategik Bahasa Inggeris 2010-2015 dan menerangkan setiap satu aktiviti yang dirancangkan. Beliau menerangkan lagi bahawa setiap aktiviti boleh diubah mengikut kesesuaian murid. 2.4 KP menjelaskan bahawa strategi yang akan dilaksanakan terhadap murid tahun 6 adalah sebagai persiapan mereka untuk menghadapi UPSR. Menurut beliau, kelas tambahan bagi tahun 6 akan bermula pada semester kedua. Aktiviti Nilam 2.5 KP mengatakan bahawa sasaran utama aktiviti nilam adalah membaca. Muridmurid akan menggunakan buku-buku cerita yang sudah dibekalkan di dalam bakul bergerak yang disediakan di dalam setiap kelas. 2.6 Minggu Nilam akan diadakan pada 22 26 Julai. Semasa minggu Nilam aktiviti bercerita akan dijalankan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan murid. English Month / Week 2.7 KP mengatakan sempena English Week Kuiz Perdana akan diadakan pada minggu ini (4 Mac 8 Mac) berdasarkan kepada takwim sekolah. KP mengingatkan guru Bahasa Inggeris supaya melaksanakan aktiviti English Week (11 - 15 Mac 2013) selama 10 minit setiap sesi pengajaran. Semua ahli panitia Semua ahli panitia Jolin

2.8 Aktiviti yang akan dijalankan bagi tahap 1 dan tahap 2 adalah singing, spelling. reading, dan kuiz. 2.9 Bagi bulan English pula akan dijalankan pada bulan Mac. Aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti menyanyi nursery rhyme/song, spelling, reading, dan kuiz. Bagi singing/poem dan nursery rhyme adalah persembahan yang tidak melibatkan pertandingan tetapi sebagai galakan untuk murid-murid untuk melibatkan diri. 2.10 Setiap persembahan akan dijalankan setiap hari mengikut kesesuian masa yang akan dijalankan pada waktu pagi bagi setiap kelas. Senarai Aktiviti yang akan Dijalankan Sepanjang Tahun 2013 2.11KP memberikan penerangan ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2013 bagi mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Laporan Headcount 2.12 KP meminta guru Bahasa Inggeris untuk menyediakan laporan headcount bagi kelas yang diajar. Laporan headcount yang dibuat haruslah berdasarkan kepada pencapaian murid. Hal-Hal Lain 3.0 Cikgu Aina menyoal tentang sumber kewangan yang akan digunakan bagi bulan English Month/Week khususnya untuk membeli hadiah. 3.1 KP menyatakan bahawa ada hadiah yang dibeli dengan menggunakan peruntukan panatia Bahasa Inggeris pada tahun yang lepas. 3.2 KP memohon kerjasama ahli panatia Bahasa Inggeris untuk sama-sama meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid SK Pinangkau. 3. Penutup Akhir sekali KP mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan berharap semua perancangan yang diadakan akan berjalan dengan baik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.05 a.m. Disediakan oleh : . ( JOLIN TAIMIN ) Disokong oleh : ( ) Disahkan oleh ( ) s.k Fail Dicadangkan oleh : . ( )

Semua ahli panitia

You might also like