You are on page 1of 18

PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran Mikro bermula di Stanford University sejak 1963.


Satu pendekatan untuk amalan pengajaran, memperkenalkan kawalan ketat, kaedah lebih analitikal dan suatu pendekatan dalam memberi maklum balas.

Pada amnya, pengajaran mikro membekal dan memperkenalkan guru pelatih secara ansur maju dalam aktiviti pengajaran yang kompleks.

Pengajaran mikro adalah mikro dikecilkan dalam tiga cara: Saiz kelas jumlah pelajar mungkin hanya 5 Jangka masa pengajaran boleh jadi sependek 5-10 minit Kesukaran tugasan lazimnya hanya berfokus pada satu kemahiran mengajar pada satu-satu masa

Wragg, E.C. dalam bukunya, Teaching Teaching (David dan Charles, 1974)

berkata teknik ini membolehkan guru memajukan himpunan kemahiran profesional dalam suasana pengajaran yang kondusif, jauh daripada hiruk-pikuk suasana kelas biasa, dan ini terutama kepada guru pelatih yang baru mula, suasana yang agak selamat amat penting untuk pembelajaran yang berkesan.

PROSES PENGAJARAN MIKRO


Kitaran pengajaran mikro yang asal di Stanford,1960-an mengandungi urutan:Rancang Semula Mengajar Memerhati (Kritik) Merancang Mengajar Semula Memerhati Semula . (Allen

dan Ryan dalam Brown 1975)

PROSES PENGAJARAN MIKRO

Pelan

Pendapat Pemerhati

Menyatakan Objektif Dan Mengajar

Pengajaran semula

Kritikan Pemerhati

Perancangan semula

Kemahiran Pengajaran Dalam Pengajaran Mikro


penggunaan papan tulis variasi rangsangan penyoalan peneguhan penerangan pengunaan bahan resos, bahan bantu mengajar, contoh dan ilustrasi penutup

Set Induksi menyediakan pelajar mengikuti sesi pengajaran: iaitu orientasi prapengajaran. objektif set induksi adalah seperti berikut:: Untuk memfokus tumpuan pelajar kepada apa yang akan dipelajari Untuk mewujudkan kerangka rujukan sebelum dan semasa sesuatu sesi pengajaran Untuk memberi makna kepada konsep dan prinsip baru; dan Untuk merangsang minat dan penglibatan pelajar.

Pada asasnya, komponen set induksi mengandungi:


Menarik

perhatian mencuba sesuatu yang baru setiap kali. motivasi berceritalah atau tanyalah soalan yang merangsang dan releven Kognitif mengaitkan bahan pengajaran dengan pengalaman lampau dan baru atau mungkin dengan isu semasa. murid memerlukan hala tuju agar dapat memahami apa yang sedang diajar. Aktiviti dan tugasan yang ingin dicapai dijelaskan terlebih dahulu.

Mewujudkan

Perkaitan

Menstruktur

Penggunaan Papan Tulis Komponen utama penggunaan papan tulis:-

saiz tulisan dan gambar rajah yang sesuai, jarak antara huruf dan perkataan; Susunan - penggunaan ruang, penyusunan perkataan dan ayat; Penonjolan atau penekanan penggunaan kapur warna, menggaris, dan Teknik persembahan jelas, tepat dan releven
Kejelasan

Variasi Rangsangan

merujuk kepada kebolehan memperkenalkan kepelbagaian dalam pengajaran agar murid akan memberi tumpuan, lantas belajar dengan lebih berkesan

Antara perkara yang difokus ialah:penggunaan pergerakan dengan cara yang sistematik pengelakan pengajaran dari satu tempat penggunaan isyarat badan peningkatan penggunaan cara verbal dan bukan vebal untuk membantu murid memfokus perhatian mereka perubahan dalam pola kelajuan perubahan dalam fokus deria

percakapan murid, dan pergerakan murid.

Penyoalan keupayaan menanya soalan aras rendah dan aras tinggi. Soalan-soalan susulan termasuk : susulan yang mencungkil (follow-up prompts) - mengubahsuai soalan yang terlampau
susah untuk dijawap oleh murid,
susulan

yang meneroka ( follow-up probes)


- murid memberi penerangan lanjutan untuk jawapan yang kurang jelas,

susulan

alih hala (follow-up redirections) - mengalihkan respon murid kepada murid


lain untuk diberi komen

kesilapan yang biasa dalam teknik menyoal : Menujukan soalan kepada beberapa murid sahaja, Tidak memberi masa yang mencukupi untuk murid-murid merenung kembali jawapan. Menunjukkan sifat tidak sabar bila murid-murid menjawap soalan dengan salah Bercakap terlampau banyak sehingga muridmurid tidak mempunyai masa untuk meluahkan pemikiran dan pengetahuan mereka Menanya soalan pada ingatan atau proses mengingat semula dan meninggalkan soalansoalan yang menggerakkan proses pemikiran aras tinggi.

Kemahiran Peneguhan melibatkan perkembangan dalam mendiskriminasikan kaedah memberi ganjaran dan mengalakkan usaha murid. mengelakkan komen-komen berbentuk dendaan terhadap kerja murid. guru memberi senyuman, pujian pada jawapan yang baik, memberi galakan kepada murid yang lembam.

komponen kemahiran peneguhan:-

Lisan positif bentuk kata seperti baik, betul, ya. Gerak isyarat positif termasuk senyuman, anggukan, menepuk tangan; Dampingan mendekati, berdiri di sebelah atau duduk di sisi murid, dsb; Sentuhan menyentuh kepala, berjabat tangan Lisan negatif bukan, salah, merepek Gerak isyarat negatif mengeleng kepala, merenung secara marah dan sebagainya

Kemahiran menerang dan penggunaan sumber, alat bantu mengajar dan ilustrasi

Berkait penggunaan contoh yang relevan dan menarik dalam menerangkan sesuatu fakta, selain daripada pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai.

Penutup merumuskan sesuatu pengajaran, mengambil langkah-langkah untuk memastikan muridmurid dapat memahami serta dapat membuat perkaitan dengan apa yang telah diajar. satu penyimpulan pengajaran dapat mengukuhkan minat murid-murid serta membantu mereka mengimbas kembali apa yang telah dipelajari.

Penutup kognitif
digunakan

dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari serta memfokuskan perhatian murid terhadap isi-isi penting dalam sesuatu pengajaran

Penutup sosial
memberikan

sesuatu perasaan kejayaan kepada murid-murid . digalakkan untuk terus berusaha. Biasanya ini digunakan pada akhir satu pelajaran.

You might also like