You are on page 1of 11

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

Kewibawaan Muhammad Idris Al-Marbawi Dalam Memahami Beberapa Manhaj Imam al-Tirmidhi Dalam Kitab Bahr al-Madhi Oleh : Ahamad Asmadi Sakat Dr. Latifah Abdul Majid

ABSTRAK Kertas kerja ini ditulis bagi memaparkan sejauh mana nilai akademik kitab Bahr al-Madhi dalam menerangkan dua aspek terpenting dalam ilmu syarah hadith. Tumpuan penyelidikan kepada hadith-hadith syawahid yang disebut secara isyarah oleh Imam al-Tirmidhi dan cibarah Isim al-Tafdil dalam mengutarakan disiplin ilmu hadith. Berdasarkan dua metode ini penulis akan mengemukakan sejauh mana kemampuan al-Marbawi mengulas Jami al-Tirmidhi yang mempunyai nilai Sancah Isnadiyyah yang bernilai tinggi khususnya dalam konteks memperjelaskan keabsahan sesuatu hadith yang dikemukakan dalam Jami alTirmidhi tanpa mempunyai sifat taasub. Kajian memperlihatkan bahawa al-Marbawi tidak mampu memperjelaskan hadith-hadith yang diutarakan oleh al-Tirmidhi menggunakan kaedah muhaddithin. Sebaliknya terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu diambil perhatian kepada para pembaca atau pengajar kitab Bahr al-Madhi kerana buku al-Tirmidhi ditulis dengan dua tujuan asas. Pertama praktis Ulum al-Hadith dan kedua mengeluarkan hukum hakam para mujtahid di kalangan fuqaha dan muhaddithin hingga ke zamannya. Oleh itu tidak wajar sama sekali para pengajar atau pembaca berpada dengan terjemahan yang difahami secara zahir tetapi bercanggah dengan maksud pengarang iaitu Imam al-Tirmidhi.

Biodata Al-Marbawi Nama penuh beliau ialah Mohamed Idris bin Abdul al-Rauf. Nama tersebut diambil daripada nama datuknya Idris. Beliau lebih dikenali dengan nama Idris al-Marbawi, perkataan al-Marbawi di hujung namanya itu adalah mengambil sempena nama dan tempat asal beliau Lubuk Merbau. Sewaktu berumur empat tahun, beliau telah mula menghafaz ayat al-Quran. Dua tahun kemudian, beliau telah dihantar oleh bapanya ke Sekolah Misfalah di Kota Mekah yang berhampiran dengan rumahnya untuk pembelajaran beliau. Di situ beliau berkesempatan mendalami ilmu agamanya dalam bidang menghafaz al-Quran. Pada usia 10 tahun, beliau telah menghafaz 16 juzu al-Quran. Beliau telah mendapat didikan di sekolah tersebut

12

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

selama 4 tahun sebelum pulang ke kampung asal mereka di Lubuk Merbau pada tahun 1902M dan terus menetap di sana. Beliau juga telah mendapat pendidikan di beberapa buah pondok, antaranya ialah Pondok Tuan Hussain, Pondok Syeikh Ahmad Fatani, Pondok Tok Kenali dan lain-lain. Pada Mac 1924M, beliau telah memulakan pembelajaran beliau di Universiti al-Azhar. Ketika itu, pengajian di Universiti al-Azhar masih mengikut sistem lama di mana peperiksaan dijalankan secara lisan. Beliau telah mempelajari dua jenis ilmu agama, antaranya ialah alTafsir, al-Hadith, al-Fiqh, Usul al-Fiqh, al-Tasawwuf, al-Nahw, al-Saraf, al-Balaghah dan lain-lain. Antara guru yang rapat dengan beliau ialah Syeikh Yusuf al-Hawi dan Syeikh Ibrahim al-Samaluti.

Tujuan Kitab Bahr al-Madhi Dikarang Dan Sentuhan Mukadimah Pengarang telah menghasilkan kitab tersebut atas tujuan untuk menyiarkan hadith Rasulullah s.a.w. dan meninggikan kalimah Allah khususnya bagi mereka yang tidak memahami bahasa Arab. Bahr al-Madhi merupakan sebuah karya yang berbentuk terjemahan dan ulasan alMarbawi terhadap kitab hadith yang terkenal iaitu Jami al-Tirmidhi. Dalam menterjemah dan mengulas setiap hadith, beliau telah meninggalkan terjemahan sanad hadith dan perbahasan mengenainya yang terdapat dalam karya asalnya Kitab al-Jami Sahih wa huwa Sunan al-Tirmidhi. Ringkasannya itu telah beliau jelaskan bahawa sanad tidak perlu lagi dibahaskan kerana telah dibahaskan oleh pengarang asal, maka beliau lebih tertumpu pada matan. Dalam kitab Bahr al-Madhi, beliau telah memulakan ulasan pada setiap tajuk diiringi pula dengan beberapa hadith yang terdapat dalam kitab al-Jami yang berkaitan dengan tajuk. Kemudian beliau telah menerangkan maksud hadith tersebut dan disertakan bersamanya pendapat Imam al-Tirmidhi mengenai kedudukan hadith tersebut samada Sahih, Hasan atau Dacif secari umum. Kenyataan Imam al-Tirmidhi dan imam-imam yang lain terhadap hadith yang diriwayatkannya itu juga dinyatakan sesekali. Selepas itu, ulasan yang selanjutnya diteruskan. Kitab ini dihasilkan dengan pendekatan yang membicarakan perbincangan pada tajuk (bab) yang dikemukakan yang bermula dari masalah yang beliau timbulkan hasil daripada kefahaman beliau terhadap sesuatu hadith. Pada setiap masalah itu pula diletakkan angka bagi memudahkan para pembaca membuat rujukan. Dengan cara ini, jika timbulnya masalah yang berkaitan dibincangkan pada masalah yang lain, maka dijelaskan perbincangan tersebut. Beliau juga mengutarakan perbincangan yang telah ulama huraikan yang terdapat dalam beberapa kitab masyhur bagi menterjemah dan mengulas kitabnya yang telah beliau diperolehi daripada sumber asal kitab Jami al-Tirmidhi.

13

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

Metode al-Tirmidhi Secara Ringkas Di antara metode al-Tirmidzi dalam meriwayatkan hadith dalam kitabnya yang menunjukkan bab tertentu dengan cara berikut1: A. Meriwayatkan hadith dengan sanad i. Meriwayatkan sanad al-hadith yang pelbagai dalam sanad ii. Menyebut satu persatu secara teliti al-asanid seraya menyebut matan-matan hadith selepas menyebut isnad yang pertama iii. Mengasingkan setiap sanad berserta matan secara riwayat iv. Menggunakan isyarat untuk menunjukkan kewujudan hadith yang berkaitan tajuk bab tertentu pada sanad di kalangan sahabat B. Menggunakan isyarat pada hadith-hadith tertentu yang semakna dan munasabah dengan hadith-hadith yang dikemukan dalam tajuk (bab) i. Maksud al-Tirmidzi ketika menyebut wafi albab an fulan wa fulan dan lainlain. Dalam kertas kerja ini penulis hanya mengemukakan dua metode al-Tirmidhi dalam menerangkan hadith kitab Jami iaitu hadith isyarah seperti kata beliau wa fi al-bab can fulan wa fulan...di kalangan sahabat dan maksud kata-kata al-Tirmidhi Asah Shay fi alBab Aw Ahsan. Kedua-duanya merupakan antara metode terpenting bagi memperjelaskan hadith-hadith yang digunakan oleh Tirmidhi yang melibatkan kekuatan hujah dalam menghukum hadith.

Maksud sebenar Al-Tirmidhi Ketika Menyebut Wa fi Al-Bab cAn Fulan Wa Fulan Terdapat pendapat yang menyatakan maksud ibarat di atas; bahawa hadith yang dikemukakan ini diriwayatkan daripada sahabat-sahabat tertentu yang disebutnya. Pendapat ini salah kerana Imam al-Tirmidhi berkata wa fi al-bab bukan wa fi al-Hadith. Metod isyarat hadith-hadith bab ini berlaku tidak kira sama ada bab tersebut mempunyai tajuk atau tidak. Oleh itu, maksud ibarat beliau berhubung ibarat wa fi al-bab can fulan wa fulan ialah: Keseluruhan hadith yang dikemukakan adalah layak disebut di bawah tajuk bab itu, sama ada berkaitan dengan lafaz hadith yang diriwayatkan atau sebahagian sahaja daripada permasalahan. Walau bagaimanapun hadith yang diutarakannya menyokong hadith bab itu.2 Menerusi metod ini maka terserlah shawahid bagi hadith yang dikemukakannya. Terdapat juga faedah lain dalam mengisyaratkan hadith bab iaitu sebagai peringatan ke atas hadithhadith yang tidak dikemukakannya. Oleh itu, beliau jarang sekali mengulangi hadith yang disebutnya dalam bab-bab tertentu, malahan memadai dengan memberi isyarat kepada hadith yang lain.

Lihat dari muka surat 25-33 buku Metodologi Imam al-Tirmidzi dalam kitab Jami. al-Qasimi, Muhammad Jamal al-Din, 1399/1978M, Qawaid al-Tahdith min Funun Mustalah al-Hadith, Bayrut : Dar al-Kutub al-Islamiyyah, cet. 1, hlm. 212.

1 2

14

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

Teknik Imam Al-Tirmidhi Menggunakan Isyarat Kepada Hadith-Hadith Bab Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh Imam al-Tirmidhi ketika mengisyarat hadith-hadith yang warid dalam sesuatu bab. Beliau membahagikan martabat (rutbah) hadith-hadith yang diriwayatkan dan di antara hadith yang berbentuk isyarat seperti di bawah ini: i. Pada kebiasaanya beliau memilih dan mengemukakan hadith sahih dan masyhur untuk dijadikan sebagai hukum dalam permasalahan bab tertentu. Setelah itu barulah beliau mengisyaratkan kewujudan permasalah bab ini menerusi pelbagai ) dalam bab idha hadith (sumber), sebagaimana katanya, (
amma

ahadukum al-nas falyukhaffif. Dalam bab ini beliau mengemukakan hadith Abu Hurairah r.a dari awal hingga akhir dan berkata:


Maksudnya: Dan layak juga disebut di bawah tajuk bab ini hadith yang bersumber daripada cAdi ibn Hatim, Anas, Jabir ibn Samurah, Malik ibn cAbd Allah, Abu Waqid, cUthman ibn Abu al-cAs, Abu Mascud, Jabir ibn cAbd Allah dan Ibn cAbbas. ii. Kadangkala Imam al-Tirmidhi sengaja tidak menyebut hadith yang mashyur yang warid daripada sahabat Nabi s.a.w. sedangkan tariq hadith yang sampai kepadanya sahih dan hadithnya pula disebut dalam kitab-kitab sahih. Beliau tidak mengeluarkan hadith tersebut kerana hadith tersebut dianggap masyhur dan dikenali kesahihannya. Dalam keadaan ini beliau mengutarakan hukum fiqh dalam bab tersebut dari-pada hadith sahabat Nabi yang lain, yang tidak disebut oleh pengarang kitab-kitab sahih berhubung hadith-nya. Tariq hadith yang disebutnya pula tidak seperti tariq yang pertama, namun martabat hadith tersebut masih dihukumkan sahih, kemudian disusuli dengan teknik menggunakan isyarat kepada hadith-hadith bab sepertimana sepertimana biasa iaitu:

" "
Dalam teknik ini beliau membilang jamaah rawi al-Acla yang di dalamnya terdapat sahabat-sahabat yang masyhur. Beliau berbuat demikian kerana hadith yang munasabah dengan bab tersebut pernah dikeluarkan-nya sebelum ini. Oleh itu tidak disebutnya hadith tersebut di bawah bab tersebut untuk mengelakkan pengulangan dan seterusnya memberi faedah baru dengan menyebut hadith lain, seperti dalam bab; Ma jaa anna al-sawm li ruyah al-hilal wa al-iftar lahu:

Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, juz. 2, hlm. 35-36.

15

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

" ."
Maksudnya: Menceritakan kepada kami oleh Qutaybah (katanya), meng-khabarkan kepada kami oleh Abu al-Ahwas daripada Simak ibn Harb daripada Ikrimah daripada Ibn cAbbas katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, janganlah kamu berpuasa sebelum Ramadhan. Berpuasalah kamu sewaktu melihatnya (anak bulan) dan berbuka puasalah kamu (berhari raya) ketika melihatnya (anak bulan)hingga akhir hadith.

Setelah mengemukakan hadith yang bersumber dari-pada Ibn cAbbas di bawah bab; Anna al-sawm li ruyah al-hilal wa al-iftar lahu, disusuli pula dengan teknik yang tersebut di atas yang bermaksud: Dalam bab ini diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah, Abu Bakrah dan Ibn cUmar. Kemudian beliau menjelaskan lagi bahawwa hadith Ibn cAbbas yang dikemukakannya di bawah bab tersebut adalah hasan sahih dan katanya lagi sesungguhnya diriwayatkan dari-pada pelbagai turuq seumpamanya. Ketiga-tiga hadith yang bersumber daripada Abu Hurairah, Abu Bakrah dan Ibn di atas ada disebut oleh Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab Sahih mereka.5
cUmar

Menurut al-Mubarakfuri, hadith bab tersebut yang bersumber daripada Ibn cAbbas yang dikategori-kan oleh Imam al-Tirmidhi sebagai hasan (lagi) sahih itu juga, ada disebut oleh Imam Ahmad dan al-Nasai dalam kitab mereka.6 Bagaimanapun teknik yang kedua ini ditemui dalam jilid kedua kitab Jamic Imam al-Tirmidhi. iii. Adakalanya juga ditemui, bahawa Imam al-Tirmidhi mengemukakan dalam bab tertentu dengan hadith daif atau yang kurang martabatnya sedangkan terdapat di sana hadith yang sahih. Hadith yang sahih tidak dikemukakannya di bawah bab tertentu, tetapi disebut secara isyarat beserta metodnya dalam isyarat iaitu, seperti dalam bab: Ma jaa fi fadl al-adhan:

4 5

Ibid,. Juz. 3, hlm. 369-370. Ibid., hlm. 370. 6 Ibid.

16

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

" ". .
Dalam bab di atas beliau mengeluarkan hadith yang bersumber daripada Abu Sacid yang dianggap sanadnya lemah kerana terdapat Jabir ibn Yazid al-Jucfi. Setelah menyebut hadith yang bersanad di atas, beliau mengiringinya pula metod isyaratnya kepada hadith-hadith bab, yang bermaksud: Dalam bab ini diriwayatkan juga daripada cAbd Allah ibn Mascud, Thawban, Mucawiyah, Anas, Abu Hurayrah dan Abu Sacid. Adapun hadith daripada Sayyidina Mucawiyah dan Sayyidina Anas menurut al-Mubarakfuri ada dikemukakan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya. Sebagai ulasan, bolehlah disimpulkan bahawa metod mengemukakan hadith daif atau lebih lemah dalam bab-bab tertentu tidak menjatuhkan kethiqahan Imam al-Tirmidhi sebagai ilmuan terbilang, sedangkan terdapat hadith sahih kerana beliau juga menyebut hadith yang sahih walaupun secara isyarat. Langkah yang diterokai di atas akan membantu para pengkaji dalam memperkuatkan hadith bab-bab tertentu itu, menerusi al-mutabaat, al-shawahid dan al-tarjih di antara hadith-hadith. Melalui metode di atas juga, sekiranya terdapat percanggahan, maka cara beliau ialah dengan mengemukakan hadith yang mengandungi percanggahan, seterusnya mengulas di mana tempat yang mengandungi shadh dan mungkar secara jelas. Berikut adalah antara contoh-contoh metod berkenaan di atas di dalam Bahr al-Madhi: Hujah Imam Tirmidzi pada isyarat tidak ditulis dalam Bahr al-Madhi sedangkan syawahid amat penting bagi mengenal gharib hadith seperti dalam Tuhfah al-Ahwadhi Juzuk 5 hadith bab Jihad hadith ke 1669 dan Bahr al-Madhi Juzuk 11 hadith ke 133. Beliau berpada dengan hadith yang diutarakan tanpa melihat pada hadith lain. Hadith ini sebenarnya dikemukakan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam sahih keduanya sementara di dalam Sunan al-Tirmidhi bertaraf Hasan Sahih sahaja. Begitulah hadith yang seterusnya. Dalam bab berikutnya, terdapat juga syawahid yang tidak dijelaskan sedangkan ketika mensyarahkan hadith, antara perkara yang amat penting ialah syawahid dan mutabaat. Pada bab ketiga (puasa di jalan Allah), al-Marbawi juga masih berpada dengan hukum gharib sedangkan gharib di sisi Tirmidhi dacif menurut sanad berkenaan. Namun hadith syawahid yang dipaparkan secara isyarat oleh al-Tirmidhi tiada dipaparkan bersama sedangkan hadith isyarat lebih kuat dan terdapat dalam al-Bukhari menerusi hadith Abi
7

Ibid,, Juz. 1, hlm. 612-613.

17

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

Said. Oleh itu, ternyata hujah Imam al-Tirmidhi bukan pada hadith bab, tetapi yang di sebut secara isyarah. Tetapi yang mendukacitakan kita ialah al-Marbawi dalam Bahr alMadhi langsung tidak mencatatkan hadith isyarah Juzuk 11 hadith ke Juzuk 5 hadith bab Jihad hadith ke 133-134 sebagaimana tercatat dalam Jami sedangkan hadith berkenaan daif sanadnya kerana bersumber dari Ibn Lahiah. Begitu juga hadith ke-3 dalam bab berkenaan tidak dinyatakan keghariban hadith berkenaan sedangkan pernyataan gharib tidak memadai menurut muhaddithin. Seterusnya dalam bab kelebihan khidmat fi Sabilillah hadith ke 1676-1677 Juzuk 5 kitab Tuhfat al-Ahwadhi dan Juzuk 11 dalam Bahr al-Mazi hadith 140-141. Imam Tirmidhi mengemukakan dua hadith, satu daripadanya lebih kuat berbanding yang lain. Pengarang tidak menaqalkan hukum hadith dengan betul. Asal hadith ini ialah hasan gharib lagi sahih sedangkan yang tercatat dalam Bahr al-Madhi hadith 140-141 hasan sahih. Dan, hadith ini menurut al-Tirmidhi lebih kuat berbanding hadith sebelumnya yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin Salih yang berkeadaan mursal. Oleh itu, pegangan Imam al-Tirmidhi ialah pada hadith yang akhir. Tetapi apa yang mengecewakan di sini, al-Marbawi tidak menyatakan hukum hadith dan pilihan al-Timidhi ketika menaqalkan hadith tersebut dengan lengkap. Maksud Kata-Kata al-Tirmidhi: (

Ungkapan seperti di atas sering ditemui dalam kitab Jamic al-Tirmidhi seperti kata beliau:

, atau . atau
Untuk mengelakkan salah guna ungkapan di atas, maka eloklah diketahui terlebih dahulu maksudnya, sama ada ia merupakan hukum kepada kesahihan hadith tertentu, hasan atau sebaliknya. Imam al-Nawawi menyebutkan dalam al-Adhkar8 bahawa tidak semestinya ungkapan di atas menunjukkan kesahihan hadith. Imam al-Nawawi mengulas lagi bahawa yang dikehendaki dengan ungkapan ialah, yang paling rajih

atau yang paling kurang kedacifannya.

berkeadaan berdiri. Hadith daripada Aishah r.a. yang bermaksud:

Keterangan di atas menunjukkan bahawa ungkapan tersebut bertujuan melebihkan sesuatu riwayat dengan riwayat yang lain serta menjelaskan kedudukan yang lebih rajih di antara keduanya tidak kira hadith tersebut sahih ataupun sebaliknya. Contohnya dalam bab al-nahy can al-bawl qaima ( )iaitu Bab buang air kecil Sesiapa yang menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kamu membenarkan kata-katanya...9

8 9

Lihat al-Suyuti, Tadrib al-rawi, hlm. 39. al-Mubarakfuri, Tuhfah al-ahwadhi, Juz. 1, hlm. 66.

18

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

Hadith di atas dikemukakan oleh al-Tirmidhi menerusi riwayat Sharik, kemudian beliau berkata: Hadith yang sehubungan dengan bab ini juga diriwayatkan daripada cUmar dan Buraydah r.a. Kemudian beliau berkata, hadith Aishah terbaik dalam bab ini dan lebih sahih. Kemudian beliau pula menerangkan kedudukan hadith-hadith tersebut dan pada akhirnya mentadcifkan hadith menerusi kedua-duanya. Hadith Sharik yang dinyatakan sebagai hadith yang terbaik dalam bab tersebut sebenarnya adalah hadith dacif kerana Sharik ibn cAbd Allah al-Nakhaci dianggap lemah kerana kesilapan dan berubah hafalannya sejak menjadi qadi Kufah. Begitulah seterusnya hadithhadith yang terkandung dalam bab tersebut semuanya dacif. Ulasan kepada ungkapan yang diutarakan oleh Imam al-Tirmidhi di atas menunjukkan bahawa hadith Aishah lebih rendah kedacifannya dan lebih rajih berbanding hadith lain yang terdapat dalam bab tersebut. Pemahaman al-Marbawi sepatutnya berdasarkan metode di atas, namun dalam memahami lafaz ahsan dan asah dalam Jami al-Tirmidhi, beliau telah membuang ibarah lengkap yang telah dibawa oleh al-Tirmidhi walaupun tidak sepatutnya begitu. Apa yg tercatat dalam Bahr al-Madhi hanyalah lafaz asah atau ahsan selepas menyebut hadith-hadith Imam al-Tirmidhi. Contoh terjemahan yang dibuat oleh al-Marbawi ialah seperti berikut: Bermula hadith ini sehabis-habis sah dan seelok-elok daripada bab ini dan menurutnya lagi hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Anas sedangkan apa yang tercatat dalam halaman 17 juzuk 1 Tuhfah al- Ahwadhi memberi maksud yang sesuai diletakkan di bawah tajuk berkenaan ialah hadith yang bersumber dari al-Malih daripada bapanya dan daripada Abu Hurairah dan Anas. Menurut penulis hadith al-Malih daripada bapanya dikeluarkan oleh Abu Daud, Nasai dan Ibn Majah. Hadith Abu Hurairah pula dikemukakan oleh Bukhari dan Muslim. Manakala hadith Anas pula dikemukakan oleh Ibn Majah. Kitab Bah al-Madzi dilihat tidak tepat dalam menterjemahkan ibarah isim tafdhil berkenaan. Kenyataan yang disebutkan tadi oleh al-Marbawi ini akan mengelirukan pembaca seandainya isim tafdhil berkenaan digunakan bagi dua atau lebih hadith yang lemah, ini hanya menerangkan bahawa salah satu darinya lebih kuat dari yang lain. Oleh itu, menurut muhaddithin ibarah asah dan ahsan bukan hukum bagi sesuatu hadith. Menerusi kajian juga terbukti apabila al-Marbawi tersilap dalam merujuk tajuk kencing berdiri sebagaimana sepatutnya. Hadith pertama dalam bab ini tidak dinyatakan pada akhir hadith sebagaimana yang tercatat dalam Jami. Dalam kitab Bahr al-Madhi, perkataan asah dan ahsan yang dikemukakan oleh pengarang asal dalam bahasa Arabnya hadith Aisyah Ahsan Shayi fi al-Bab wa Asah. Menurut pendapat penulis, hadith Aisyah ini juga dikemukakan secara bersanad oleh Imam Ahmad, Nasai dan Ibn Majah. Pada sanadnya pula, terdapat sanad perawi bernama Syarik bin Abdullah al-Nakhai. Beliau mempunyai banyak kesalahan. Walau bagaimanapun, beliau seorang yang saduq. Kekuatan hafalannya berubah apabila beliau mula mentadbir Kufah. Oleh itu, penyataan dalam terjemahan syeikh al-Marbawi yang menyatakan hadith Aisyah itu seelok-elok dan semakbul-makbul hadith pada bab ini dan lebih asah bertentangan dengan maksud sebenar di sisi muhaddithin. Ini kerana ungkapan yang digunakan oleh Tirmidzi bermaksud hadith Aisyah ini lebih asah dengan erti kata kurang kedhaifannya dan lebih rajih dari apa yang ditemui dalam bab ini.

19

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

Kesimpulan dan Cadangan Penulis merasakan bahawa perkataan Mukhta ar Sa al-Turmudh yang ditulis di muka depan kitab Ba r al-Mdh ini adalah dirasakan tidak sesuai kerana didalam kitab tersebut tidak semua adth yang dikumpulkan itu merupakan adth a . Ianya sama juga dengan penggunaan perkataan a pada kitab al-Jmic al-Sa . Jika dilihat di dalam Abwb alSalah sahaja pun sudah terbukti, terdapat banyak adth yang dihukum sebagai asan a , asan gharb dan gharb. Bagaimana pun terdapat juga adth yang tidak dihukum secara jelas tetapi sesebut secara isyarat. Oleh yang demikian, perkataan a adalah tidak sesuai digunakan untuk kitab Imam al-Tirmidh ini. Melalui hujah dan perbahasan yang dikemukakan didalam kitab Ba r al-Mdh, ianya lebih bersumberkan daripada pendapat-pendapat para imm yang lain seperti al-Nawaw, alShfic dan sebagainya yang dipetik daripada kitab asal mereka dan bukannya pendapat Ab cs sahaja sedangkan fatwa-fatwa ahli hadith dan para fuqaha dinyatakan oleh alTirmidhi secara bersanad sebagaimana dinyatakan dalam kitab cIlalnya. Jika ditinjau daripada kitab Ba r al-Mdh, perterjemah hanya berpada dengan sanad yang terakhir daripada sanad-sanad yang telah dinyatakan oleh al-Tirmidh sedangkan sanadsanad tersebut adalah dianggap penting di dalam cilmu penulisan adith bagi mengetahui abaqatnya, dalil-dalil fuqaha dan muhaddithin. Oleh yang demikian, dapatlah kita ketahui bahawa apa yang ingin dipersembahkan didalam penulisan ini bukanlah untuk mencari kelemahan pada kitab Ba r al-Mdh sebaliknya ia bertujuan untuk memperbaiki sedikit kekurangan bagi memastikan usahausaha Idris al-Marbaw ini lebih memenuhi keperluan kajian akademik Islam khususnya didalam penulisan cilmu-cilmu adth. Untuk memahami dengan lebih baik adalah disarankan kepada para pembaca yang berkeinginan untuk mensyarahkan hadith hendaklah memahami metode Imam al-Tirmidzi sebagaimana yang dikemukan dalam kitab Ilal di akhir kitab jaminya atau syarahnya kerana kitab Jami mempunyai dua metode terpenting yang digunakan serentak ketika mengemukakan dalil-dalil fuqaha dan muhaddithin hingga ke zamannya. Dua perkara berkenaan ialah menerangkan metode menerangkan hukum hakam dan metode menerangkan kecacatan hadith ataupun lebih tepat lagi metode ulum al-Hadith secara tatbiq. Dua perkara yang dibentangkan dalam kertas kerja ini ialah menerangkan konteks hadith isyarat yang amat berkait rapat dengan hujah Imam al-Tirmidhi ketika mengemukakan syawahid pada bab tertentu dan penggunaan ibarah asah dan ahsan, sudah cukup membuktikan bahawa kitab Bahr al-Mazi tiak mengambil berat tentang metodologi kitab Jami ketika mengemukakan hadith-hadith Nabi s.a.w. Adalah dinasihatkan kepada para ulama yang ingin mengemukakan pandangan Imam al-Tirmidhi secara tepat hendaklah merujuk kepada manhaj beliau sekurang-kurangnya yang disebut di akhir kitab jami iaitu kitab ilal kerana kitab Jami mengemukakan dua maksud dan tujuan kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim dikarang. Oleh itu, mereka yang bukan dalam

20

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

bidang takhasus sewajarnya tidak harus mensyarah kitab seorang yang faqih, muhaddith, murajih yang mengikut cara ahli hadith seperti Imam al-Tirmidhi. Dan bagi para pengajar yang menggunakan kita Bahr al-Madhi pula hendaklah merujuk syarah-syarah kitab berkenaan seperti Tuhfah al-Ahwadhi dan lainnnya.

Rujukan

Al-Marbawi, Muhammad Idris. t.th. Bahr al-Madhi Sharh bagi Mukhtasar Sahih alTurmudhi. Al-Mubarakfuri, Muhammad cAbd al-Rahman cAbd al-Rahim. Tuhfah al-Ahwadhi bi Sharh jamic al-Tirmidhi, Dar al-Fikr. Al-Dhahabi, Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad ibn cUthman, 1990M. Siyar aclam alnubala, Bayrut: Muassasah al-Risalah. al-Dhahabi, Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad ibn cUthman, 1410H/1990M Siyar aclam al-nubala, Bayrut, Muassasah al-Risalah, , cet. 7. al-Mubarakfuri, Muhammad cAbd al-Rahman cAbd al-Rahim, t.th Muqaddimah Tuhfat alAhwadhi bi sharh Jamic al-Tirmidhi, tahqiq cAbd al-Wahhab cAbd al- Latif, Dar al-Fikr, t.tp. Nur al-Din cItr, 1408H/1988M, al-Imam al-Tirmidhi wa al-muwazanah bayna jamicihi wa bayna al-sahihayn, Bayrut: Muassasah al-Risalah, cet. 2. al-Dhahabi, Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad ibn cUthman, 1325H, Mizan al-ictidal fi Naqd al-Rijal, t.tp.: Matbacah al-Sacadah, cet. 2. al-Tahanawi, Zafar Ahmad al-cUthmani, 1392H/ 1972M. Qawacid fi cUlum al-Hadith, Tahqiq Abu Ghudah, t.tp., t.pt.
cAbd

al-Fattah Abu Ghuddah , t.th, Arbac rasail fi culum al-hadith dalam al-Mutakallimun fi al-rijal, Maktabat al-Matbucah al-Islamiyyah, Halab.

al-cAsqalani, al-Hafiz Ahmad ibn cAli ibn Hajar, 1413H Taqrib al-tahdhib, tahqiq Abu alAshbal Saghir Ahmad Shaghib al-Bakistani, t.tp.: Dar al-cAsimah, al-Hambali, Ibn Rajab, 1407H/1987M, Sharh cilal al-Tirmidhi, Tahqiq Dr. Hammam cAbd alRahim Sacid, Urdun: Maktabah al-Manar, cet. 1. al-cAsqalani Ibn Hajar, al-Hafiz Ahmad ibn cAli ibn Hajar, 1327H, Tahdhib al-Tahdhib, t.pt., India.

21

Seminar Serantau Ilmuan Hadith Dalam Peradaban di Alam Melayu

Ibn Athir, cAli ibn Muhammad,1357H, al-Lubab fi Tahdhib al-Ansab, Mesir: Maktabah alQudsi. al-Mizzi, Yusuf ibn al-Zaki cAbd al-Rahman ibn Yusuf, .th.: Tahdhib al-Kamal fi Asma alRijal, t.tp.
cAbd

al-cAziz ibn Muhammad ibn Ibrahim, 1412H. Dawabit al-Jarh wa al-Tacdil, alMadinah al-Munawwarah: Matabic al-Jamicah al-Islamiyyah.

al-Laknawi, Abu al-Hasanat Muhammad cAbd al-Hayy, 1383H/ 1963M, al-Rafc wa alTakmil fi al-Jarh wa al-Tacdil, tahqiq Abu Ghuddah, Halab: Maktab al-Matbucat. Ahamad Asmadi ibn Sakat, 1998M, Metodologi Imam Al-Tirmidhi Dalam Kitab Sunannya (Jaminya): Kajian Perbandingan Dengan Metodologi Sunan Ibn Majah, Tesis M.A. Universiti Kebangsaaan Malaysia. Ahamad Asmadi ibn Sakat, 2007M, Metodologi Imam al-Turmudhi dalam Kitab al-Jamic, Pustaka haji Abdul Majid: Kuala Lumpur.
cAbd

al-Mawjud Muhammad cAbd al-Latif, 1404H/ 1984M, Kashf al-Litham an Asrar hadith Sayyid al-Aanam s.a.w. Maktabat al-Azhar, al-Qahirah.

Ibn al-Salah, Abu cAmr cUthman ibn al-Salah, t.th. cUlum al-Hadith, Tahqiq Nur al-Din cItr, Dar al-Fikr, Dimashq, Marwan Muhammad Mustafa Shahin, Taysir al-Latif al-Khabir fi cUlum Hadith al-Bashir alNadhir . al-Sakhawi, Sham al-Din Muhammad ibn cAbd al-Rahman ibn Muhammad, 1303H, Fath alMughith Sharh Alfiyah al-Hadith oleh al-cIraqi, t.pt., India,

22

You might also like