You are on page 1of 1

ABSTRAK

KAJIAN : PERSEPSI PELAJAR KPLI (MENENGAH) TERHADAP TAHAP


PENGUASAAN KEMAHIRAN DALAM GERKO PERGERAKAN PUTERI ISLAM
DI MAKTAB-MAKTAB PERGURUAN ZON TENGAH.

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pelajar PPIM KPLI
(Menengah) terhadap penguasaan kemahiran dalam GERKO PPIM KPLI (Men)
berdasarkan cirri demografi iaitu pengkhususan mata pelajaran. Responden bagi kajian
ini terdiri daripada 77 orang pelajar KPLI PPIM (Men) dari maktab-maktab perguruan
zon tengah iaitu 26 pelajar pengkhususan Pendidikan Islam dan 51 pelajar bukan
pengkhususan Pendidikan Islam. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini ialah
soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan struktur GERKO PPIM KPLI
(Men) untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar ini. Data yang
dikutip dianalisis dengan menggunakan perisian komputer. Analisis statistik deskriptif
seperti frekuensi, min, peratus dan sisihan piawai telah digunakan untuk menghuraikan
sample dan menjawab soalan kajian. Analisis statistic inferens iaitu ujian –t digunakan
untuk menjawab soalan kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa (1) persepsi
pelajar PPIM KPLI (Men) terhadap tahap penguasaan kemahiran dalam GERKO PPIM
adalah di peringkat sederhana, (2) tidak terdapat perbezaan yang signifikan natara
pengkhususan Pendidikan Islam dan pengkhususan bukan Pendidikan Islam terhadap
penguasaan kemahiran dalam GERKO PPIM dan (3) Pelajar sering menghadapi masalah
dalam kemahiran asas terutama dalam kemahiran Tatacara Perjumpaan PPIM berbanding
dengan kemahiran-kemahiran yang lain. (4) Empat faktor telah dikenalpasti sebagai
faktor penyebab kelemahan penguasaan kemahiran dari perspektif pelajar. Faktor
tersebut ialah faktor tenaga pengajar, kekangan masa, kurang komitmen dan ketiadaan
kursus tambahan sebagai pengukuhan. Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan
untuk kajian lanjutan dan membantu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran pelajar
dalam GERKO PPIM KPLI (Men).

You might also like